Showing posts with label Thun Diwan. Show all posts
Showing posts with label Thun Diwan. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Jawah bakal calon PKR Engkilili











Oleh Thun Diwan

SIBU: Keadilan Rakyat (PKR) akan mencalonkan mantan Ahli Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Engkilili pada pilihan raya negeri ini yang akan datang.

Hasrat Jawah Gerang yang juga bekas calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai pada tahun lalu telah mendapat restu dari  pucuk pimpinan parti pembangkang tersebut. 

Berdasarkan maklum balas pengundi kawasan itu, mereka memungkinkan Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan kesukaran untuk menawan DUN itu sekiranya, Jawah Gerang diletakkan sebagai calon mewakili parti pembangkang kelak.


Monday, June 28, 2010

Asfia, Naroden kecewa kerana 'Tan Sri' dan 'Datuk'



Oleh Thun Diwan

SIBU: Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar dan Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber YB Mohd Naroden Majais adalah dua pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang tersentuh dengan pengurniaan darjah kebesaran negara oleh Yang Di Pertuan Agong baru-baru ini.

Jawatankuasa khas pemilihan penerima darjah kebesaran PBB, telah menamakan Pengerusi Tetap PBB yang juga Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Semop, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar sebagai penerima anugerah Tan Sri.

Manakala Ahli Majlis Tertinggi PBB dan juga ADUN Simujan YB Mohd Naroden Majais telah dicalonkan untuk menerima anugerah Datuk.


Saturday, June 26, 2010

Tugu peringatan yang mengingatkan janji yang belum ditunai

Oleh Thun Diwan

SIBU: Sebuah tugu peringatan yang didirikan beberapa tahun lalu di sebuah rumah panjang di Rantau Miding, kini menghantui para penghuni. 

Usaha membina tugu yang mempunyai kos RM7,000 itu diasaskan seorang bekas ahli SPDP yang pernah menjawat jawatan setiausaha politik kepada seorang pemimpin Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Ekoran pembatalan PBDS, beliau telah bertindak menyertai Sarawak Progressive and Democratic Party (SPDP) sebelum beralih arah kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS). 

Monday, June 21, 2010

PRS undang padah jika singkir Larry dari Pelagus


Oleh Thun Diwan

SIBU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr James Jemut Masing begitu yakin mengatakan parti itu sedang mencari seorang calon untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus bagi pilihan raya negeri yang akan datang.

Kerusi DUN Pelagus kini disandang oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri YB Larry Sng Wei Shien yang dipecat daripada parti itu pada 2008 berikutan krisis pucuk pimpinan.

Sebelum pemecatan itu, YB Larry Sng Wei Shien yang mengetuai satu kumpulan dalam PRS, dipilih sebagai Presiden PRS pada satu mesyuarat tri-tahunan parti itu yang diadakan di Kuching pada ketika itu.

Wednesday, June 16, 2010

Johari berdepan tekanan sekat pelan peralihan kuasa

Oleh Thun Diwan

SIBU: Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg harus mengambil langkah bijak dan pendekatan halus untuk memastikan Pelan Peralihan Kuasa dalam genggamannya, dapat direalisasikan.

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg tidak harus bersikap gelojoh kerana langkah seperti itu telah terbukti menggagalkan hasrat Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib untuk menyerahkan Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia kepada pengganti nya, sebelum ini.

Tuesday, June 15, 2010

Ahli Sayap Pesaka PBB tidak puas hati

Oleh Thun Diwan

SIBU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dikatakan telah menyiapkan senarai nama  Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang baru dari parti itu.

Senarai nama dari Sayap Bumiputera tidak mencetuskan sebarang perbalahan diantara ahli parti memandangkan ianya ditapis oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Haji Openg sendiri yang bakal menerajui kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Bagaimanapun senarai nama yang dicadangkan oleh Sayap Pesaka untuk jawatan terbabit dari parti itu dikatakan telah menimbul banyak percanggahan pandangan di kalangan ahlinya.

Sunday, June 13, 2010

Martin Ben perkenal diri kepada para pengundi Kedup


Oleh Thun Diwan 

SERIAN: Martin Ben dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dikhabarkan telah menemui penduduk di kawasan Dewan Undangan Nengeri (DUN) Kedup sebagai usaha untuk mendapatkan pencalonan pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Anak kepada mendiang Temenggong Datuk Michael Ben itu dikatakan mula bergerak apabila  ADUN Kedup, Ferderick Bayoi Manggie membuat kenyataan terbuka menyerahkan kepada pucuk pimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) untuk menentukan kedudukannya kelak.

Mendiang Datuk Michael Ben adalah mantan anggota Kabinet Negeri dan juga ADUN Tebakang (Tebedu sekarang). 

Saturday, June 12, 2010

Tidak mudah dapat geran tanah NCR di Sarawak

oleh Thun Diwan

SIBU: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya kerajaan mempertimbangkan kemungkinan untuk mengeluarkan geran tanah kepada penduduk di luar bandar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10 ) sudah tentu melegakan pemilik Tanah Adat (NCR).

Apatah lagi apabila Perdana Menteri mengkhususkan pengumuman itu kepada penduduk-penduduk di luar bandar yang membabitkan Sabah dan Sarawak.

Difahamkan Sarawak mempunyai 1.5 juta ekar tanah yang diketagorikan sebagai NCR.


'Kambing Hitam' dalam PBB harus undur


by Thun Diwan

SIBU: Selama 23 tahun menjadi Wakil Rakyat sejak kemenangan pertama pada pilihan raya negeri 1987, jangankan mendapat gelaran darjah kebesaran 'Datuk' ataupun 'Dato'',  jawatan menteri muda pun seumpama bak kata pepatah 'jauh panggang dari api'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang seangkatan, ada yang telah mendapat gelaran kebesaran itu dan dihargai dengan perlantikan sebagai menteri, namum ada yang dinafikan dan disisih jauh.

Antara yang bernasib baik ialah Datuk Wahab Aziz, Datuk Bolhassan Haji Di, Datuk Wan Wahab Wan Sanusi, Datuk Wahab Haji Dolah dan Datuk Hamden Haji Ahmad.


Friday, June 11, 2010

PKR dijangka calonkan bekas guru cabar Sikie di Kakus

Oleh Thun Diwan

SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mula menggerakkan langkah sebagai usaha awal untuk mencabar keangkuhan Parti Rakyat Sarawak (PRS) di kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus.

Parti pembangkang itu terus yakin apabila mendapat tiupan semangat dari pengundi-pengundi di kawasan itu yang inginkan perubahan, ekoran sokongan kepada wakil mereka sekarang semakin pudar.

Pengundi di kawasan itu turut menyuarakan pandangan supaya wakil rakyat mereka sekarang ditukar kerana prestasinya semakin merosot, ditambah pula dengan sikap lupa dirinya yang semakin menebal.

Wednesday, June 9, 2010

PBB, PRS dan SPDP tidak sehaluan di Ngemah

Oleh Thun Diwan

MUKAH: Tindakan beberapa komponen parti dalam Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan hak ke atas Kerusi Dewan Undangan Nengeri Ngemah secara senyap-senyap, dilihat sebagai pembuka laluan mudah kepada Parti Cinta Malaysia untuk terus mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya yang akan datang.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dikatakan telah mula bergerak dan memperkenalkan diri di kawasan DUN itu sejak beberapa bulan lalu.

Parti itu secara diam-diam turut memperkenalkan nama seseorang yang dikatakan bakal calon BN pada pilihan itu kelak.

Tuesday, June 8, 2010

'Orang Lama' dalam Pelan Peralihan Kuasa

Oleh Thun Diwan

MUKAH: Pelan Peralihan Kuasa Kerajaan Negeri bakal menyaksikan kemunculan beberapa nama ahli politik veteran untuk meanggotai semula pucuk pimpinan kerajaan negeri ini.

Mesyuarat bagi pelaksanaan pelan itu yang dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Pebangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg dikatakan masih berkisar tentang pelantikan orang lama itu.

Mesyuarat berkenaan yang telah diadakan beberapa kali selama ini adalah untuk menentukan kedudukan individu tertentu dalam kepimpinan negeri ini selepas Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyerahkan tampuk pimpinan itu.

Monday, June 7, 2010

Tuai Rumah merana menunggu janji wakil rakyat

Oleh Thun Diwan

MUKAH: Pada ketika cerita mengenai pilihan raya negeri yang akan datang menjadi buah mulut ahli-ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang, lain pula cerita pengundi setia Barisan Nasional di Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Saban dan Layar.

Mereka hanya bercerita tentang apa yang telah dijanjikan tetapi gagal ditunaikan.

Mereka mengatakan masih menahan luka di hati yang belum sembuh dan masih berdarah kesan daripada pilihan raya negeri 2006.

Monday, May 31, 2010

SUPP tikam BN dari belakang

Oleh Thun Diwan

MUKAH: Tatkala Barisan Nasional (BN) menuding jari terhadap kebiadaban Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai punca kekalahan pada pilihanraya kecil Parlimen Sibu yang lalu, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pula menuduh keuzuran polisi kerajaan sebagai faktor.

SUPP secara senyap menyalahkan polisi kerajaan yang dikatakan telah lapuk dan tidak lagi relevan kepada masyarakat bandar adalah antara penyebab kecundangan BN di Sibu.

Malah SUPP percaya sekiranya BN sebagai peneraju kerajaan tidak bertindak segera mengubah polisi sedia ada yang disifatkan telah dimamah usia, bukan sahaja parti ini malah semua parti komponen BN bakal terjejas pada pilihan raya yang akan datang.

Sunday, May 30, 2010

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ajak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang undur

Oleh Thun Diwan

MUKAH: Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan telah menyediakan pelan peralihan kuasa bagi tampuk pimpinan kerajaan negeri ini sebagai rancangan pengunduran beliau setelah hampir 30 menerajui Bumi Kenyalang.

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam pelannya itu dikatakan telah menamakan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg sebagai penganti beliau.

Selain itu, beliau juga turut menamakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas untuk mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Menteri II daripada Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

30 Tuai Rumah hadiri program PKR di Katibas

Oleh Thun Diwan

MUKAH: Tiga puluh Tuai Rumah telah menghadiri program anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Rumah Enggong, Katibas Song di sini semalam (30 Mei).

Program itu yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Gawai Dayak di rumah itu, sekali gus memberi tamparan yang hebat terhadap kedudukan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

Kehadiran beramai-ramai tuai rumah ini juga memberi mesej yang jelas kepada BN bahawa parti itu perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan prestasinya.