Oleh Thun Diwan
SIBU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr James Jemut Masing begitu yakin mengatakan parti itu sedang mencari seorang calon untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus bagi pilihan raya negeri yang akan datang.
Kerusi DUN Pelagus kini disandang oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri YB Larry Sng Wei Shien yang dipecat daripada parti itu pada 2008 berikutan krisis pucuk pimpinan.
Sebelum pemecatan itu, YB Larry Sng Wei Shien yang mengetuai satu kumpulan dalam PRS, dipilih sebagai Presiden PRS pada satu mesyuarat tri-tahunan parti itu yang diadakan di Kuching pada ketika itu.
Sementara itu Dato Sri Dr James Jemut Masing juga dipilih sebagai Presiden menerusi satu lagi mesyuarat serupa yang diadakan berasingan oleh pengikutnya.
Berikutan dari peristiwa itu, dendam dalam parti yang baru berusia tiga tahun ketika itu terus membara hingga menyebabkan PRS mempunyai dua ibu pejabat.
Keadaan parti itu bertambah buruk apabila ahli di peringkat akar umbi mula memandang sinis terhadap satu sama lain sehingga pejabat cawangan parti pecah kepada dua di seluruh negeri.
Serentak itu berlakulah tindakan pecat memecat antara YB Larry Sng Wei Shien dan Dato Sri Dr James Jemut Masing.
Namun campur tangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf mesyuarat tri-tahunan parti itu yang diketuai oleh Dato Sri Dr James Jemut Masing, mampu meredakan sedikit keadaan.
Bagaimapun ROS juga tidak pernah mengambil tindakan terhadap YB Larry Sng Wei Shien kerana mengadakan mesyuarat yang menyalahi peraturan pertubuhan.
YB Larry Sng Wei Shien sehingga kini masih ADUN Barisan Nasional (BN) Pelagus yang sah.
Sekiranya Dato Sri Dr James Jemut Masing membuat keputusan untuk meletakkan orang baru dari PRS untuk mempertahankan kerusi itu, ia ibarat mengundang satu lagi masalah dalam parti itu.
Dato Sri Dr James Jemut Masing dalam hal ini tidak boleh menafikan YB Larry Sng Wei Shien, sebaliknya beliau perlu memanggil menteri muda itu sebelum membuat sebarang keputusan.
Umum mengetahui bahawa YB Larry Sng Wei Shien telah menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang wakil rakyat di kawasan itu.
Selain itu YB Larry Sng Wei Shien juga gigih memikul amanah sebagai seorang menteri muda.
Jika dibentang KPInya, tiada sebab untuk menggugurkan YB Larry Sng Wei Shien daripada pencalonan pada pilihan raya akan datang.
Sekiranya PRS tidak mencalonkan YB Larry Sng Wei Shien, BN mungkin akan berbuat demikian.
Seandainya prestasi YB Larry Sng Wei Shien selama ini di bawah par, Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mungkin telah mengambil tindakan menggugurnya dari jawatan menteri muda.
Dalam hal ini PRS perlu bertolak ansur, kikis kepentingan diri dan sediakan ruang untuk YB Larry Sng Wei Shien.
Dato Sri Dr James Jemut Masing baru-baru ini dipetik oleh media tempatan dengan mengatakan bahawa parti itu kini sedang mencari calon sesuai untuk kerusi Pelagus.
Selain itu Dato Sri Dr James Jemut Masing juga dikata sedang mengintai orang yang berkenaan untuk dicalonkan di kerusi Ngemah.
there is going to be another bn-bn fight in pelagus this election
ReplyDeletewe have thousands of candidates who can replace Larry or even smarter than him. if larry is really a leader, try to get out from his father's shadow... don't think he can survive... even a minute
ReplyDeletebelum cuba belum tahu!!!
ReplyDeleteKawasan Larry sng merupakan kawasan majoriti dayak, memang sesuai beliau di singkirkan.
ReplyDeleteayo...jika itu larry manyak pandai kelaja,itu taib banyak suka sama dia..kasi dia bedili sama itu supp la..apa mau pusing2..kalau dia bolih menang kasi dia jadi cm pun tarak hal punya,itu pelagus prs punya kelusi maa,itu larry bukan prs mana bolih bedili sana..suruh itu larry bedili sibu ka,mili ka,bintulu ka..ayooo apa macam ini
ReplyDeletesaya banyak pandai... kawasan petra jaya pun saya boleh menang
ReplyDeleteu lagi kah larry..tadik u cakap mahu stand dekat itu burit kah..oh soli..salah tulis..itu bruit tempat..sekalang u mau stand petla jaya juga..saya boleh boleh sokong u sana..itu amoi hasidah tidak pandai keleja macam e ae mama o..manyak telan luit..kalo u sana moleh ciak lui sikit-sikit saja aa..olang sana tidak tau eh..kasih RM20 pun manyak suka..kita kowteam a larry?..jangan lupa saya nanti lah..itu tender busat kasi saya..apa itu najib cakap dekat sibu dolok, "u sekelatch my back..i sekelatch ur back jugak laa."
ReplyDeletekalau org kat plagus tak mau larry,bediri dekat meluan lah...masih manyak olang meluan mau sokong ...100% boleh menang...
ReplyDeletePengundi kws lain jgn sibuk n bising tentang siapa calon n siapa menang. Kami pengundi Pelagus bijak n pandai menilai siapakah calon yang harus kami pilih. Kami tidak membabi buta. Kami yakin semua pengundi Pelagus akan menilai siapakah wakil kami di DUN negeri Sarawak. Kami maukan wakil yang rajin, pandai,berpelaman, berdaya saing, berwawasan, kreatif, inovatif, positf dll dan bukai wakil yang mewakilkan diri.
ReplyDelete