Monday, June 28, 2010

Asfia, Naroden kecewa kerana 'Tan Sri' dan 'Datuk'



Oleh Thun Diwan

SIBU: Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar dan Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber YB Mohd Naroden Majais adalah dua pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang tersentuh dengan pengurniaan darjah kebesaran negara oleh Yang Di Pertuan Agong baru-baru ini.

Jawatankuasa khas pemilihan penerima darjah kebesaran PBB, telah menamakan Pengerusi Tetap PBB yang juga Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Semop, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar sebagai penerima anugerah Tan Sri.

Manakala Ahli Majlis Tertinggi PBB dan juga ADUN Simujan YB Mohd Naroden Majais telah dicalonkan untuk menerima anugerah Datuk.


Bagaimanapun, malangnya kedua-dua nama itu tidak tersenarai sebagai penerima pingat kebesaran negara apabila senarai nama rasmi dikeluarkan.

Sebaliknya senarai nama itu mengandungi nama Ketua Penerangan PBB Datuk Amar Adenan Satem yang juga ADUN Tanjung Datu sebagai penerima anugerah Tan Sri; dan Ahli Majlis Tertinggi PBB yang juga ADUN Lambir, Aidan Wing menerima anugerah Datuk.

Ahli Parlimen Kapit, yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBB Alexander Nanta Linggi yang turut menerima gelaran Datuk - dan nama beliau telah dicalonkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) peringkat Dewan Rakyat.

Perubahan ini menujukkan belang Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang kelihatan begitu cerah sebelum ini semakin luntur.

Mana tidak nya, YB Mohd Naroden Majais yang mereka cadangkan turut tercicir daripada senarai penerima berkenaan.

Pada pandangan umum, Menteri Muda Alam Sekitar, YB Dr Rauf Haji Zen lebih layak untuk menerima gelaran tersebut daripada YB Mohd Naroden Majais.

Mengapa nama YB Mohd Naroden Majais yang jauh lebih junior dicadangkan untuk menerima anugerah berkenaan.

Adakah disebabkan wakil rakyat ini rakan karib Dato Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar?


Presiden PBB, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah membuat keputusan yang bijak apabila bertindak menggugurkan dua nama itu dan menggantikannya dengan nama lain yang lebih layak dan sesuai untuk menerima anugerah berkenaan.

Tan Sri Adenan Satem sememangnya orang yang paling layak untuk menerima anugerah Tan Sri dan bukannya Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar.

Malah jika bukan Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Haji Openg dilihat lebih layak daripada Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar untuk menerima anugerah Tan Sri.

Selain itu jawatankuasa berkenaan turut dilihat kurang adil apabila mengetepikan hak Sayap Pesaka dalam hal ini.

YB Alexandar Nanta Linggi bukan cadangan daripada PBB.

5 comments:

  1. apa macam mau dapat itu tan sli kalo tidak pande keleja?itu adeenan..ooo soli..itu tan sli adenan haa saya manyak suspect..soli lagik..saya manyak lespect..memang patut dia dapat tan sli ooo..itu asfia sama naroden sama itu awang tepi..aiya soli..manyak salah oo..awang tengah..apa itu merayu cakap aa.MUKA KO DIAT..aa..keleja tidak pandai..itu pangkat mahu..tidak malu punya olang..suka ati lu lah mau kecik kah..kembang hati kah..ooo latuk asfia..ada kantau lagik kah boleh kasi saya?..

    ReplyDelete
  2. what happen to abang joe? why no tan sri?????

    ReplyDelete
  3. Fuck asfia lah.go to hell! If this was New York, he'll be guned down oredi.

    ReplyDelete
  4. Asfia asfia.... step down secara terhormatla..

    ReplyDelete
  5. Why many people do"nt lika YB Asfia, he is good and look after his consituensi well and he had 3-4 wakil to see to any requirement needed and ack fast on peoples request from his kewasan. On matter with P.Bruit, he is not to be blame, because it is beyond his power, and those responsible was Pehin Seri Temenggong and DA Awg 1/2 and the Director of L&S Department. Wahy blame Asfia, he is powerless and only able to stop any questions in Dewan DUN meeting, and not out side.YB Asfia should not move from his present Consituensi, and I pray in the comming State Elcetion, his name will still nominated, and for others, we left to the wise decession of our Pehin Seri Temenggong to decided to prolong the Dynesty and what ever until the time end. Insa Allah.

    ReplyDelete