Sunday, January 29, 2012

Blog SUPP menunjukkan kekecewaan atau kemarahan dengan Taib?


Sila klik dibawah dan baca blog rasmi SUPP:-
Blog Rasmi Komponen BN Sarawak Parti SUPP

Yang Amar Berhormat Pehin Sri Taib mengambil masa hampir seratus minit di rumah Billionaire Sir Tiong Hiew King (Emperor Papua New Guinea) dan hampir sejam di rumah YB Dato Sri Wong Soon Koh.  0 minit di Rumah Terbuka SUPP.

Tuesday, January 24, 2012

Siapakah mastermind penghancuran komponen Barisan Nasional parti SPDP?

Nansian, Dr Tiki, Rosey dan Paulus keluar SPDP

Borneo Post January 7, 2012, Saturday
KUCHING: Empat bekas pemimpin SPDP yang dilucutkan jawatan dalam parti pada 25 November lepas mengumumkan keluar daripada parti berkuat kuasa hari ini dan akan menubuhkan Kelab Barisan Nasional Sarawak.
Mereka yang lebih popular dengan gelaran SPDP 5 mengambil keputusan tersebut setelah melihat tidak ada prospek ke arah penyelesaian krisis dengan pucuk pimpinan, Presiden Tan Sri William Mawan Ikom.
Pengumuman keluar parti itu dilakukan menerusi kenyataan media semalam dan ditandatangani mereka yang terbabit, Datuk Peter Nansian Ngusie, Datuk Dr Tiki Lafe, Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang.
Nansian yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan merupakan bekas naib presiden kanan SPDP dan juga ADUN Tasik Biru, Dr Tiki ialah pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara dan Ahli Parlimen Mas Gading merupakan bekas naib presiden, Rosey, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga juga ADUN Bekenu merupakan bekas ahli Majlis Tertinggi parti manakala Paulus ialah ADUN Batu Danau dan merupakan bekas ketua penerangan.
Mereka memberitahu, keputusan keluar parti juga diambil berikutan tindakan Majlis Tertinggi SPDP pada 25 November 2011 memecat bekas Naib Presiden Datuk Sylvester Entri Muran daripada parti.
Entri, Menteri Muda Bekalan Air, merupakan seorang daripada anggota SPDP 5. Beliau dipecat kerana menentang kepimpinan Mawan.
Berikutan itu mereka menggelar mereka sebagai Kumpulan 5 atau G5.
“SPDP (Mawan) telah mengumumkan (pada 25 November 2011) memecat seorang daripada kami (G5), YB Datuk Sylvester Entri Muran, justeru kami tidak ada pilihan lain melainkan keluar daripada SPDP,” kata kenyataan itu.
Pada mesyuarat Majlis Tertinggi pertama SPDP selepas perhimpunan parti, SPDP 5 diketuai Entri, keluar meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi pada Januari 2010.
Mengenai surat keluar parti kepada pucuk pimpinan SPDP, Nansian berkata ia tidak diperlukan.

Awang Tengah denies meddling

by Peter Sibon, reporters@theborneopost.com. Posted on September 22, 2011, Thursday

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan
KUCHING: PBB senior vice-president says he has nothing to do with SPDP’s internal problems.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) senior vice-president Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan has denied accusations that he has meddled with the Sarawak Progressive Democratic Party’s (SPDP) internal affairs.
The so-called ‘SPDP Five’ could face disciplinary action for failing to attend the party’s supreme council meetings over the last two years.
They are senior vice-president Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru assemblyman), vice-president Sylvester Entri Muran (Marudi assemblyman), vice-president Datuk Dr Tiki Lafe (Mas Gading Member of Parliament) and supreme council members: Bekenu assemblywoman Rosey Yunus and Batu Danau assemblyman Paulus Palu Gumbang.
“Why should I interfere (in the affairs of other component parties) as that could weaken the BN.”
news end.

Adakah apa-apa kebenaran dalam khabar angin bahawa YB Datuk Amar sudah 'membiayai' kelima-lima yb ini dengan RM 20,000 ke RM 50,000 sebulan setiap seorang selama lebih 2 tahun?  Adakah ini semata-mata kerana YB Datuk Amar amat prihatin dengan kebajikan 5 yb ini atau kerana khabar angin bahawa ada guna 5 yb ini untuk Datuk Amar 'ambition' lebih besar?  Apa pun Tok Guru dan Chief Strategistnya sudah memangku jawatan tertinggi di Sarawak...

Wednesday, January 18, 2012

Datuk Bandar Sibu dan Ahli Parlimen Lanang Tiong Thai King abaikan penyokong kuat BN


Jangan abai penyokong kuat BN

by Abang Ismail Abang Su’ud. Posted on January 16, 2012, Monday

BELA SUMUA PENYOKONG BN: Masing (tengah) bersama Entulu (kiri) dan Joseph Salang (kanan) semasa bercakap dalam sidang media semalam.
Wakil rakyat mesti adil, khususnya yang bukan ahli parti komponen mereka
BINTULU: Penduduk yang menjadi penyokong kuat kepada Barisan Nasional (BN) tidak harus diabaikan oleh wakil-wakil rakyat BN yang mewakili mereka di sesuatu kawasan meskipun mereka dalam parti komponen BN yang berlainan.
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing berkata, wakil rakyat BN mestilah berlaku adil ketika memberikan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing khususnya terhadap rakyat yang bukan ahli parti komponen mereka.
Beliau merujuk mengenai kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Sibu (sebahagian kawasan Parlimen Lanang) yang merupakan kawasan Cina diwakili Ahli Parlimen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
“Ada kalangan Dayak merasakan mereka seolah-olah diabaikan. Ini amat berbahaya (kepada BN) apabila (sesetengah kumpulan masyarakat) diabaikan,” ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PRS di Hotel Kemena Plaza semalam.
Masing berkata, tindakan itu boleh memburukkan BN apabila penyokong BN daripada kaum Dayak boleh memusuhi BN apabila tiba pilihan raya.
“Jika anda tidak meminggirkan mereka, mereka yang merupakan penyokong kuat BN akan sentiasa gembira untuk membantu anda kerana masyarakat Dayak sangat sedia membalas budi,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Tanah Sarawak.
Dalam pada itu Masing berkata, BN akan terus berhadapan cabaran besar membabitkan isu pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar.
Katanya, semua parti dalam BN seharusnya saling membantu dan bekerjasama yang mana wakil rakyat yang mewakili parti tertentu dalam komponen BN serta mewakili sesuatu kawasan itu perlu adil dengan semua kaum semasa melaksanakan tugasnya.
Mengenai mesyuarat itu katanya, pihaknya turun padang semalam merupakan satu usaha untuk mendekati ahli-ahli parti dari beberapa kawasan negeri ini supaya mereka tidak berasa terabai lebih lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kini semakin hampir.
“Sebelum ini kerap kali kami mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat PRS Kuching untuk ahli-ahli parti peringkat bahagian.
“Sekiranya mesyuarat kerap kali diadakan di Kuching, seolah-olah ahli-ahli parti di peringkat bahagian lain merasakan mereka tidak penting,” jelasnya.
Selain itu Masing turut meminta kerajaan persekutuan menunaikan janjinya kepada masyarakat Orang Ulu yang terjejas berikutan pelaksanaan Empangan Bakun yang bernilai RM7 bilion.
Katanya, kerajaan berjanji untuk membiayai separuh daripada kos pembinaan rumah panjang baharu di Skim Penempatan Semula Sungai Asap.
“Kerajaan negeri telah melaksanakan bahagiannya untuk membayar 50 peratus lagi kos berkenaan. Saya berharap pembayaran akan dapat dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang,” ujarnya.
Mengenai program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) katanya, satu cara pembayaran berkesan perlu difikirkan kerajaan bagi program BR1M khusus untuk rakyat di kawasan pedalaman.
“Bayaran menggunakan sistem baucar tidak begitu bersesuaian bagi mereka berbanding dengan bayaran tunai secara terus.
“Ia membebankan rakyat, terutama bagi yang tinggal di luar bandar di Long Busang, satu kawasan jauh di pedalaman Belaga yang terpaksa membelanjakan RM600 untuk kos pengangkutan ke bandar bagi mendapatkan wang tunai daripada baucar itu sekali gus wang bantuan itu habis hanya untuk belanja pengangkutan.
“Apakah kebaikannya apabila mereka mendapat RM500 dan menggunakan RM600 (untuk belanja pengangkutan)?
Akhirnya ia menjadi masalah yang membebankan rakyat,” katanya.
Timbalan Presiden PRS merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun, Naib Presiden PRS merangkap Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang  Gandum, Naib Presiden PRS merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo, Ahli Dewan Undangan Negeri Tamin Joseph Mauh Ikeh,  Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak, Ketua Pergerakan Pemuda Mong Dagang, Ketua Pergerakan Wanita Senator Doris Sophia Brodie dan ahli Majlis Tertinggi PRS turut hadir dalam sidang media itu.

Thursday, January 12, 2012

NST CEO who published humiliating frontpage "Taib under MACC investigation" is made Petra Energy CEO

Anthony Bujang is Petra Energy's new CEO

Published: 2012/01/11





KUALA LUMPUR: Integrated oil and gas brown field services provider Petra Energy Bhd has appointed Datuk Anthony Fridauz Bujang its new chief executive officer.

In a statement today, Petra Energy said Anthony who is formerly Chief Executive Officer of the New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), was well experienced in banking, communications and the oil & gas industry.

The company also announced the appointment of Florentius Henry Toyad as Director of Operations, Mohamad Zaidee Abang Hipni as Chief Financial Officer, Saperi Rambli as Senior General Manager (Corporate Communications, Branding and Services), Mohamed Azahari Jantan as Head of Contract and Commercial, Mohamad
Subky Bustari as General Manager (Group Operations Planning), Abdullah Hashim as Senior Manager (Internal Audit) and Lee Hung Sang as Technical Operations Manager.- BERNAMA

Who is the controlling shareholder of Petra Energy Berhad who has rewarded the former Chief Editor for humiliating taib on the frontpage headline of national newspaper?

The taib humiliating NST frontpage headlinearticle was:-

MACC investigates Taib Mahmud over timber corruption allegations



2011/06/09

KUALA LUMPUR -- The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has confirmed that it is currently investigating Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud over allegation of timber corruption.
Its commissioner, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed said the commission was in the process of gathering more information regarding the matter.

"As I said earlier, we are investigating Taib Mahmud and whatever our action is, we cannot reveal at this moment," he told reporters at Sime Darby Bhd's signing and handing over corporate integrity pledge to the MACC, here today.

Abu Kassim was responding to a question on whether the MACC was looking at carrying out a similar action by the Swiss Anti Corruption Agency, which recently froze the assets of Taib Mahmud over the allegation of timber corruption.

According to a foreign news report, the Swiss Federation president Micheline Calmy-Rey was reported to be aware of the allegations and had forwarded the information about Taib’s assets in Switzerland to its regulatory body FINMA (the Swiss Financial Market Supervisory Authority) for investigation.
End

The article was also published in thestar but not in the frontpage (back pages).
http://www.umnosarawak.blogspot.com/2012/01/anthony-bujang-is-petra-energys-new-ceo.html

Sunday, January 1, 2012

Strategic adviser to CM aspirant made acting TYT

Perancangan CM aspirant semakin berjaya?

Asfia is acting Head of State

Borneo Post December 30, 2011, Friday

CONGRATULATIONS: Asfia being congratulated after he was sworn-in as acting Head of State. — Bernama photo
KUCHING: Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, 64, has been appointed as the acting Head of State for the period Dec 27 to Feb 10 next year.
Asfia took his oath of office before Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu and Kuching High Court Judge Datuk Rhodzariah Bujang at a ceremony held at the Lapau, State Legislative Assembly Building, Petra Jaya, here yesterday morning.
Earlier, Jabu read the appointment letter from the Yang Di-Pertuan Agong before Asfia signed the document.
Yang DiPertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin is currently on leave.
Asfia is also the Speaker of State Legislative Assembly (DUN).
Also present were Asfia’s wife Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar and other family members, Jabu’s wife Dato Sri Empiang, Land Development Minister Tan Sri Dr James Masing and Social Development Minister Tan Sri William Mawan.