Friday, June 11, 2010

PKR dijangka calonkan bekas guru cabar Sikie di Kakus

Oleh Thun Diwan

SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mula menggerakkan langkah sebagai usaha awal untuk mencabar keangkuhan Parti Rakyat Sarawak (PRS) di kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus.

Parti pembangkang itu terus yakin apabila mendapat tiupan semangat dari pengundi-pengundi di kawasan itu yang inginkan perubahan, ekoran sokongan kepada wakil mereka sekarang semakin pudar.

Pengundi di kawasan itu turut menyuarakan pandangan supaya wakil rakyat mereka sekarang ditukar kerana prestasinya semakin merosot, ditambah pula dengan sikap lupa dirinya yang semakin menebal.


Beberapa tempat yang sempat dikunjungi oleh sekumpulan ahli PKR di DUN Kakus bersempena dengan sambutan Gawai Dayak yang lalu, telah meniupkan semangat kepada parti pembangkang ini.

Beberapa buah Rumah Panjang di Sungai Bawang, Tau dan Sungai Arip termasuk rumah kelahiran Dato Sri
Douglas Uggah Embas turut dikunjungi.

Semuanya telah memberikan sambutan yang positif kepada PKR itu.

Sokongan itu telah mendorong parti ini membuat keputusan untuk mencuba nasib pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Kumpulan yang diketuai oleh Yusof Abdullah itu, turut mengunjundi beberapa buah rumah panjang di Batang
Anap termasuk Rumah Panjang kepada ADUN Kakus, John Sikie Tayai.

John dikatakan jarang menjenguk mereka atas alasan sibuk dengan tugas di Kuching.

Keadaan itu bertambah buruk sejak pelalantikan sebagai Menteri Muda baru-baru ini.

"Sebelum jadi menteri muda dulu pun jarang menjenguk kawasan,. sekarang apa tak lagi sudah jadi menteri muda, kata seorang lelaki berusia 40-an yang hanya ingin dikenali berasal dari Nanga Sangan, Tatau.

Namun ketika dirujuk dengan laporan akhbar, tidak banyak majlis rasmi yang menjadikan John Sikie sebagai tetami jemputan.

John hanya sekali-sekala kelihatan mengiringi bosnya Dato Sri Dr James Jemut Masing ke sesebuah majlis rasmi atau urusan parti.

Bagaimanapun beliau mungkin sibuk menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan di pejabat memandangkan telah bergelar menteri muda.

Lebih menyedihkan apabila John Sikie tidak mempunyai program bersama penyokongnya di kawasan itu pada sambutan gawai yang lalu.

Ia termasuk program pra-gawai atau ngiling tikai bagi perayaan itu.

Di samping itu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan Kakus yang diketuai oleh Datuk Douglas Uggah
Embas juga turut tidak banyak memainkan peranan sebagai parti komponen BN.

Parti ini lebih suka berdiam diri dengan sikap tunggu dan lihat.

Uggah yang juga anggota kabinet persekutuan dan Ahli Parlimen Betong jarang sekali menjenguk kawasan ini kerana tugas menterinya dan menabur bakti di Betong.

Betong dan Kuala Lumpur sudah cukup untuk dijaga baginya.

Jika apa yang dikatakan ini benar-benar berlaku, PRS dan BN perlu memperbaiki prestasi mereka di Kakus
kerana parti PKR telah dikatakan akan meletakkan seorang bekas guru yang belatar belakangkan pendidikan
tinggi untuk mencabar John Sikie pada pilihan raya yang akan datang.

1 comment:

  1. Pengundi Tatau

    Saya percaya yang YB John Sikie mempunyai schedule yang amat ketat, sampai Yang Berhormat Timbalan menteri tidak dapat lagi menjenggok kita di Tatau ini.
    Tambah pula YB John Sikie sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis dari Batang Rajang, yang dimana beliau memberi penuh perhatian kepada orang Batang Rajang, ini terbukti kepada lawatan beliau yang kerap sekali kebelakangan ini.

    ReplyDelete