Sunday, May 30, 2010

30 Tuai Rumah hadiri program PKR di Katibas

Oleh Thun Diwan

MUKAH: Tiga puluh Tuai Rumah telah menghadiri program anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Rumah Enggong, Katibas Song di sini semalam (30 Mei).

Program itu yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Gawai Dayak di rumah itu, sekali gus memberi tamparan yang hebat terhadap kedudukan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

Kehadiran beramai-ramai tuai rumah ini juga memberi mesej yang jelas kepada BN bahawa parti itu perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan prestasinya.

Program ini dikatakan telah dihadiri oleh pemimpin PKR Sarawak dan juga bekas calon pilihanraya parti itu, Nicholas Bawin Anggat.

Katibas dimenangi oleh BN menerusi Datuk Ambrose Blikau Enturan dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada pilihanraya yang lalu.

Ambrose telah menyandang kerusi itu sejak pilihan raya negeri semasa sejarah Politik Ming Court Sarawak 1987.

Dalam pilihan raya negeri yang lalu PKR hanya berjaya memenangi satu kerusi di negeri ini menerusi calonnya Dominique Ng di Padungan.

1 comment: