Salam 1Malaysia.
Isu pentadbiran di Baitulmal, Jais, Mais dan Peryatim telah banyak diperkatakan oleh pembaca Sebanaku Sarawak yang secara amnya merasa khuatir ataupun kurang yakin terhadap kualiti pengurusan ataupun pentadbiran institusi-institusi yang penting ini kepada masyarakat Islam di Sarawak.
Atas sebab itu, Sebanaku Sarawak, atas permintaan pembaca, mengambil keputusan untuk membuka ruang kepada semua untuk membuat cadangan-cadangan ataupun komen-komen untuk perhatian pihak-pihak yang berkenaan.
Pihak Baitulmal, Jais, Mais dan Peryatim akan dihubungi melalui email untuk memberitahu mereka bahawa Sebanaku Sarawak ada membuat forum khas untuk membincang isu-isu yang berkaitan dengan mereka.
Diharapkan pihak Baitulmal, Jais, Mais dan Peryatim akan mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan pentadbiran berdasarkan cadangan-cadangan dan komen-komen yang dibuat oleh pembaca.
Sekian. Terima kasih.
Dari rakyat untuk rakyat,
p/s Komen-komen yang tidak menepati tajuk forum akan 'dipindahkan' ke artikel-artikel yang berkaitan. Manakala komen-komen yang menggunakan bahasa yang kesat, Sebanaku Sarawak akan memadamkan kata-kata kesat tersebut. BERDEBATLAH SECARA BERHEMAH. Sekian. Terimakasih.
Terima kasih kpd Sebanaku Swk kerana membukakan ruang ini untuk berforum. Saya juga membaca komen2 ttg institusi Islam tersebut yang dizahirkan dgn pelbagai ragam; berhemah, geram, bersahaja, keras, lembut dsbnya. Apapun, semuanya tercetus drpd hati nurani umat Islam Swak yang melihat kepincangan dlm urus tadbir institusi tersebut. Cadangan saya, kumpulkan komen2 tersebut, pegawai berkenaan duduk berbincang dgn dada lapang dan hati terbuka. Buat brain storming, kupas dalam2. Jika ada kebenaran dan kelemahan; ambil tindakan penambahbaikan. Barang kali ada yang terlepas pandang atau tersilap sebelum ini, perbetulkan, bawa balik ke landasan yg betul. Saya rasa isu besar yang mengongkongi badan Islam ini selama ini ialah politiking terlalu ketara. Saya harap badan ini dibebaskan drpd pengaruh politik yang melampau. Orang politik atau lantikan pegawai atas politik tidak harus berlaku dlm badan ini. Biarlah badan ini bergerak atas autonomi tersendiri. Berikan pegawai mengurustadbirkan badan ini secara bebas, lebih penting lagi, ikut kehendak agama. Pegawai yang sudah pencen, tidak harus lagi diambil berkhidmat dlm badan ini, berikan peluang kepada generasi muda yang berlatar belakang agama. Sudah byk generasi muda Islam di Swk yang bersedia memikul galas menguruskan badan ini demi perkembangan dan pemartabatan Islam di Swak.
ReplyDeleteSaya setuju. Badan ini wajar sekali diurustadbirkan oleh pegawai yang berlatar belakang agama; mereka lebih berautoriti berdasarkan latar belakang pendidikan mereka. Lulus agama sekarang ini ada yang silang bidang; agama dan profesional. Kita gembira sekali, misalnya, apabila Sahibul Samah Ustas Kipli Yassin dilantik sebagai mufti. Tiada keraguan. MAIS diketuai oleh YBhg. Datu Putit Matzen; jelas lantikan politik. Sudah lama beliau di situ; wajar digantikan dgn pegawai yg lebih bertenaga. Berikan kpd pegawai yg belatar bkg agama, sekali gus pengurusan (sudah ada yang berkelayakan). Abang Sabeli (Baitulmal) ditukarkan kpd pegawai yg latar bkg serupa. Umat Islam melihat lantikan pegawai tertinggi ini berunsurkan politik. Lembaga Baitulmal juga hendaklah diberikan kpd org latar bkg agama; adunan baharu dan lama (pencener tak apa). Sudahh tiba masanya badan agama sepenting ini diterajui tenaga muda yang lebih bertenaga dan bebas pengaruh politik. Sayang sekali tenaga muda yg sedia ada, pelbagai bidang ilmu, tidak dimanfaatkan sepenuhnya demi Islam di Swak.
ReplyDeleteTumpuan utama Baitulmal; membasmikan kemiskinan dan melonjakkan pendidikan. Data lengkap umat Islam yg miskin/fakir di seluruh Swak mesti lengkap dan kemas kini. Baitulmal turun padang di seluruh Swak mengenal pasti keluarga Islam yang miskin/fakir dan anak Islam yg cicir sekolah dibantu seluruhnya. Keluarkan mereka drpd kemiskinan melalui pendidikan dan bisnes kecil2an (di mana sesuai). Saudara kita (Muallaf) dibantu sepatutnya hingga mereka mampu berdikari. Sungguh terharu dan terasa hati melihat umat Islam kita; miskin harta, miskin ilmu, miskin akhlak. Pogram lebih holistik dan menyeluruh dirangkakan dan dilaksanakan oleh badan ini utk memartabatkan Islam. Dalam berurusan, kurangkan birokrasi dan red tape. Permudahkan bukan memayahkan. Bantu tolonglah umat Islam kita sedayanya. Yang pasti, mereka yg berurusan di badan ini, umat Islam.
ReplyDeleteCadangan saya: Sumbangan umat Islam yg berkhidmat sebagai kakitangan di Swak dinaikkan dpd RM4.00 kepada RM10.00. RM6.00 khas untuk program basmi kemiskinan dan memacukan pendidikan. Jika sumbangan ini dimanfaatkan sepenuhnya, penyumbang pun akan berasa lega hati kerana digunakan dengan sebaik2nya. Pengurusan hendaklah telus, terbuka, dan berintegriti. Pastikan tiada hengki pengki sana sini. Ingat! Wang itu sumbangan orang. Baitulmal urus zakat yang ditentukan asnafnya. Pastikan asnaf ini dijaga dan dibantu betul2 berlandaskan hukum yang hak menurut Islam.
ReplyDeleteMulakan pemartabatan badan ini dengan mengorganisasikan semula pengurusan dan pentadbiran. Pastikan pengurusan oleh mereka yang hak, bukan lantikan politik atau tempat untuk melonggokkan pegawai bersara. Berikan peluang pekerjaan ini kepada generasi muda yang berpendidikan agama seperti yg dicadangkan oleh blogger di atas. Letakkan yang berhak di tempat yang mereka berhak. Penssioner Islam yang masih produktif boleh dilantik sebagai think tank badan ini dengan digabungkan tenaga baharu dan lama.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya meragui dan mempertikaikan cara pengendalian Baitul Mal dan beberapa Negeri Sarawak.
ReplyDeleteTak payah nak tanya kenapa. Saya boleh kemukakan sebab sebab ilmiah tetapi nanti.
Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui
Assakamualaikum,
ReplyDeleteSaya menyertai Ukhwah Ukwah Muslim dan Muslimah Sarawak dalam mempertikaikan cara pengendalian Baitul Mal dan juga pengendalian Lembaga Amanah Masjid negeri Sarawak.
Untuk pengetahuan, saya juga merupakan penyumbang tetap zakat kepada Baitul Mal Sarawak dan saya tak akan menghalalkan barang sesen pun kerana saya tahu wang zakat amanah berkenaan telah disalahgunakan.
Pertama saya nak tanya pengurusan Baitul Mal Sarawak. Pernahkah mereka mencetak atau mengumumkan cara duit dan pengumpulan zakat Baitul Mal pada bila bila masa ? Jawapnya tentu tidak pernah.
Kedua ialah pernahkah Baitul Mal Sarawak mengumumkan di mana wang amanah tersebut dibelanja dan berapa banyak kah yang diguna untuk tujuan yang " kononnya pelaburan " atau " pengembangan itu ? Sekali lagi saya katakan tidak pernah. Sebenarnya wang zakat itu wang amanah dan terdapat asnab yang berhak mendapatkannya. Saya idak menyatakan yang wang Baitul mal tidak boleh digunakan untuk tujuan pelaburan tetapi pada masa sama, saya tidak dapat mendapatkan hujjahan syariah dan nas nas Islam yang menyatakan yang wang zakat boleh dilaburkan ? Oleh yang demikian saya ingin tahu, atas dasar apa pihak pengurusan Baitul Mal dibenarkan membuat pelaburan dan membina bangunan bangunan mahal dengan menggunakan wang zakat tersebut ?
Ketiga, saya percaya yang disebabkan bantuan Baitul Mal diberi itu tidak menepati target dan objective yang sepatutnya dan ramai orang miskin tidak terbela, ramai fakir yang dilupakan, ramai pengembara ( termasuk pelajar ) yang keluar berjalan di sisi Allah tetapi tidak diberi bantuan yang sewajarnya. Saya tahu ada beberapa kerat orang miskin yang dibantu tetapi daripada research saya, saya mendapati jumlah wang bantuan itu amat sekali tidak munasabah. Misalnya purata RM100/- hingga RM150/- diberi pada seorang orang tua miskin untuk perbelanjaan 2 bulan. Ini sama sekali tidak masuk akal dan tidak rasional sebab siapa yang boelh hidup dengan wang sebanyak itu untuk dua bulan.
Dan ke empat, saya ingin mengingatkan pengurusan Baitul Mal yang mereka memegang Amanah ALLAH dan bukannya " answerable" kepada manusia yang melantik mereka. Pengurusan Baitul Mal answerable kepada ALLAH Rabbul Jalil di hari Akhirat, hari yang di mana semua manusia Muslimin di hakimi tentang perbuatan mereka. Apakah ini tidak boleh menyebabkan mereka insaf semasa memegang jawatan di dunia ini ?
Dan tentang Lembaga Masjid Negeri Sarawak, saya akan memberi komen lain nanti.
Jazaku'Allah khairan kathira.
Byk yg menghairankan ttg hala tujuan dan matlamat sebenar Baitulmal ditubuhkan. Sepatutnya dgn dana yg besar drpd sumbangan umat Islam Swak yg ada pada Baitulmal kini, bilangan umat Islam yg miskin/fakir semakin berkurangan, tetapi sebaliknya berlaku. Kos pembinaan kompleks Islam oleh Baitulmal menelan belanja ratusan juta ringgit. Nak tau atas ASNAF APA? Sekerdil2 ilmu saya dlm bidang agama, sepengetahuan saya, duluan dlm pengagihan wang Baitulmal adalah utk bantuan segera/mudah kpd umat Islam yg miskin/fakir, bukan mendahulukan perkara lain. Satu drpd tanda2 kecil kiamat ialah apabila manusia berbangga dgn yg besar2, tinggi2, mewah2 seperti bangunan dan seumpamanya. Kompleks Baitulmal yg dibina sekarang, kononnya sebagai mercu tanda kepesatan Islam di Swak dan kononnya menjadi kemegahan dan kebanggaan umat Islam Swak. Kompleks tersebut tiada maknanya dalam erti kata sebenar jika masih kedapatan umat Islam yg hidup merempat tanpa pembelaan yg wajar. Elok pihak yg berada di Baitulmal baca dan faham betul2 nas dan dalil ttg fungsi utama Baitulmal. Jgn ingat orang lain di luar sana tidak mengaji ttg Islam. Jika sekadar perkara2 berkaitan Baitulmal, budak bjr Pendidikan Islam dan KAFA/PAFA pun tahu, apatah lagi org yg mengaji dlm pendidikan Islam hingga ke peringkat sarjana/ijazah. Bagi saya, itulah bahananya jika pengurusan Baitulmal dan badan Islam lain di Swak diberikan kpd orang yang bukan hak. Telunjuk politik lebih hebat dan berkuasa drpd hukum Allah. Muka2 yg menguruskan badan2 ini, lebih2 lagi Baitulmal tidak boleh diharapkan dan dipercayai. Saya setuju, dengan keikhlasan dan ketulusan hati, minda terbuka, berlapang dada, urusan agama diberikan kpd yg berhak. Puak yg hendak "menghancurkan" badan Islam ini hendaklah diturunkan segera dan digantikan dengan y terbaik. Bertindaklah sebelum byk lagi laknat dan musibah turun drpd Allah. Teguran Allah amat dahsyat.
ReplyDeleteSebagai umat Islam yg sama2 prihatin dan ambil tahu ttg urusan agama sebagai tjwb bersama, saya mohon pihak pengurusan Baitulmal telus dan terbuka dgn memberikan laporan tahunan kpd semua penyumbang atau laporan itu dpt diperoleh di mana2 dgn mudah utk tatapan umum. Penyumbang melalui potongan gaji, wajar diberikan penyata tahunan dan laporan rinci ttg pengurusan Baitulmal khususnya kewangan. Kami amat kepingin mengetahui dgn mendalam urus tadbir Baitulmal. Saya layari lamanweb, FB Baitulmal, semuanya bersifat umum shj.
ReplyDeleteApabila kompleks Islam tajaan Baitulmal siap untuk digunakan nanti, saya mendesak pihak Baitulmal memberikan penggunaan percuma kemudahan awam yg tdpt di bangunan tersebut kpd umat Islam kerana kewujudannya hasil sumbangan umat Islam umumnya. Aktiviti Islam yg diadakan di kompleks tersebut yg dianjurkan oleh umat Islam tidak dikenakan bayaran apa2. Sediakan kemudahan untuk kegunaan/manfaat umat Islam.
ReplyDeleteIBOH GAGO HAL BAITULMAL DOLOK, DAH BANYAK KOMEN SIDAK DI SITOK, BACA JAK, PAS YA POLAH POST MORTEM. YANG DI KUATHIR KAMEK MASA TOK , DAH ADA PAK AJI DIAM DI KWSN SMPANG TIGA DOLOK MASUK KRISTIAN MERIK HUTBAH DI GEREJA DI KWSN KUCHING PAGI MINGGU,MUN SAYA MADAH KELAK SIDAK DI JAIS NGN MUFTI SIK NGMBIK TINDAKAN DGN TEGAS. KITAK PANTAU LOK BERAPA RAMI DAH ORG ISLAM DAH NUKAR AGAMA DI SARAWAK TOK,PEGI KITAK KWSN2 DI LUAR BANDAR, ADA JUAK DAK ISLAM SEMAYANG KE GEREJA PAGI MINGGU. MUN SIK CAYAK, ANTAR DAK PEGAWAI RISIK JAKIM KE KWSN2 ORANG KRISTIAN, PERNAH BAH NEMU KWN I MATI DAH DI TUDUNG SIDAK NGN KAIN CROSS, DAK DI LUAR DAH MUKAK MEJA JUDI NYA, BILA KAMEK ORG DATANG NGIKUT KELUARGA SI MATI NUNTUT MAYAT, BEDERAY DAK DI LUAR LARI NIAT KMK ORG NUDUNG MAYAT NGN KAIN KALIMAH TERUS DI MBAK BALIT MAKAY MOTOR BIASA. NOK GITOK JUAK PANTAU KAN.NYA NAK DI KAMPONG BELIMBIN, STGH DAH SIDAK MURTAT BALIT NGINANG DAK BABI D BAH RUMAH DAK NYA.NDAK BEDOSA KITA, DAH NGMBAK ORANG MASUK ISRAM, SIK DI DURI NYA, BARIT AJAK LAH MAKAI BABIIII......MADAH AJAK POK , MUN LEBIH GILAK DI PADAH ORANG KITA TOK BERATI BUSUK LAH.
ReplyDeleteAssakamualaikum wrbt.
ReplyDeleteSeklai lagi dengan izin Allah, saya terpanggil untuk memberi pendapat tentang Baitul Mal Sarawak ini.
Saya merupakan seorang umat Islam Sarawak yang begitu terkilan dengan cara Baitul Mal diuruskan. Tak payah bagi Baitul Mal untuk memberitahu ataupun yang sebenarnya tidak memberitahu kami tentang bagaimana cara Baitulmal diurus dan apakah bentuk minda pemikiran pengurusan Baitul Mal. Cukuplah saya menyatakan yang pengurusan Baitul Mal tidak menepati ciri ciri pengurusan syarak, dan perbuatan mereka dengan membelanjakan wang amanah Baitul Mal dengan sewenang wenangnya adalah haram dan berdosa. Adakah mereka berani menafikan ini ?
Dalam post comment pertama saya, saya telah bertanya " atas dasar apakah pengurusan Baitul Mal dibenarkan membelanja wang amanah ini untuk membina bangunan besar tapi tidak mempedulikan masyarakat Muslimin yang berhak dan memerlukan bantuan ?
Senang saja. Sila beritahu seluruh masyarakay Islam, berapakah wang yang telah dibelanja untuk membantu umat Islam dalam asnaf asnaf yang berhak itu dan SILA PAMERKAN REKOD-REKOD yang relevan dan berkaitan. Jangan buat kenyataan umum sahaja.
Dan SILA BERITAHU MASYARAKAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAH berapakah kos pengurusan Baitul Mal termasuk gaji gaji dan perks perks kakitangan Baitul Mal itu ? Dan berapakah jumlah syarikat di mana Baitul Mal Sarawak ada kepentingan dan apakah bentuk perniagaan syarikat syarikat berkenaan dan siapakah yang duduk sebagai pengarah pengarah dan berapakah gaji, emolumen dan perks mereka. Sila jawab wahai Baitul Mal.
Yang saya pasti pengarah pengarah dan pengurusan dalam Baitul Mal itu sebenarnya hidup dalam kemewahan dan membirakan asnaf asnaf Muslim yang berhak itu dalam kemiskinan dan kedaifan.
Insya Allah saya akan menulis lagi selepas ini
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteSaya mengesa ulama ulama Islam Sarawak membuat pemerhatian terhadap Baitul mal dan menjelaskan kepada masyarakat Islam samada pengurusan Baitul Mal itu betul dan menepati syarak. Please, jangan kita kata kita ni ulama tetapi mendiamkan diri dalam perkara yang batil di depan mata kita.
Pihak Baitul Mal hendaklah menunjukkan sikap accountable kepada penyumbang penyumbang wang zakat dan akauntabiliti ini cuma boleh dilakukan jika mereka " come out clean dan menunjukkan rekod rekod bantuan yang diberi kepada asnaf asnaf yang berhak.
Biralah saya berterus terang di sini. Gaji saya dipotong kononnya untuk Baitul Mal, tetapi saya yakin pihak Baitul Mal tidak menyalurkan gaji potongan zakat itu di sisi ALLAH. Untuk zakat sebenar saya, saya tidak membayar kepada Baitul Mal tetapi pergi terus kepada beberapa golongan fakir, miskin dan mereka yang berjalan ke jalan ALLAH dan memberi bahagian zakat yang saya sendiri membuat anggarannya. Tetapi saya tiada kuasa ke atas gaji bulanan saya kerana ia dipotong kononnya untuk zakat walaupun kebanyakan potongan gaji saya dan yang seluruh Muslimin Muslimat yang bekerja dengan kerjaan itu, ia dipotong tanpa kerelaan dan redha saya. Cuma sikit saja yang diguna untuk membantu golongan yang berhak ini dan itulah sebabnya saya tak rela dan tak halalkan. Tolong jangan anggap orang yang berada di luar Institusi yang di katakan Islam itu, jangan anggap orang luar tiada ilmu dan hujjah tentang apa yang hak dan batil.
Jangan berbohong pada saya di dunia ini. Nanti saya dan seluruh umat Muslimin dan Muslimah yang lain tidak memaafkannya di akhirat.
Saya menyeru ulama ulama Islam Sarawak menjalankan amanah mereka dengan memberi pandangan syarie ke atas pengurusan Baitul Mal Sarawak yang amat salah dan menjelikkan itu. Ulama ulama janganlah membisu kerana mereka juga akan dipersoalkan ALLAH di hari Akhirat nanti. Jangan bersekongkol dengan kebatilan.
ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA DI DALAM HATI KITA.
Wassalam
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteApa kah wajid hukum potongan gaji bulanan untuk zakat???? hukum mengeluar zakat adalah untuk setahun!!!!kenapa ini berlaku????apabila kos sara hidup meningkat potongan gaji masih diwajibkan.????ini adalah zholim!dana zakat untuk memperdayakan umat islam bukannya infrastruktur dan bangunan2!!!!!!"ulama mentakfsirkan kebodohan/kejahilan dlm agama",apabila orang2 jahil dilantik maka akan menyebabkan 7 perkara dan apabila di hatinya hanya RM$$$$$$$$$.
insyaallah akan bersambung...
wassalam..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSekiranya peringatan pembalasan di hari Akhirat belum cukup mengerunkan pengurusan Baitul mal Sarawak kerana mereka pun tak kisah dengan akhirat yang belum tiba. Wang, perks, gaji mahal, elaun melampau, emolumen besar sudah tentu nikmat yang terlalu besar untuk mereka daripada memikirkan pembalasan ALLAH.
Tetapi macam mana jika saya katakan yang pembalasan ALLAH itu tidak semestinya menanti Akhirat.
Dalam dunia yang fana ini pun pembalasan ALLAH boleh berlaku, jika itu dikehendaki ALLAH SWT. Lupa kah kita pada trend pembalasan zaman sekarang ?
INGATLAH DAN INSAFLAH.
Karyawan biasa di Baitulmal mendpt gaji biasa2 seperti karyawan (kakitangan kerajaan) lain. Yang kenyang hingga buncit prut, bos besar2. Sebagai penyumbang kpd Baitulmal, walaupun tak seberapa, saya tetap berhak mengetahui bagaimana dana Baitulmal dimanfaatkan/disalurkan. Apa yang saya lihat, umat Islam, terutama asnaf fakir dan miskin, tidak mendapat manfaat langsung drpd Baitulmal kecuali bantuan sikit2 utk keperluan sementara mengikut keadaan. Sepatutnya masalah kedaifan dan kemiskinan dlm kalangan asnaf yg layak ini semakin berkurangan, tetapi malang sekali, mereka terus terhimpit hidup. Tahu tidak Baitulmal masih byk umat Islam yg kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anak cicir sekolah kerana kemiskinan. Menjadi pencuri dan telibat gejala sosial kerana desakan hidup dan kemiskinan yg menghantui mereka terus2an, walaupun Baitulmal wujud di Swak ini. Bodoh dan buta sangatkah mereka yg berada di Baitulmal sehingga tidak terbuka hati dan tercelik mata melihat kepapakedanaan umat Islma. Malu kita, dalam kita berbangga dgn wang Baitulmal yg melimpah ruah sehingga mampu membina bangunan berpuluh2 tingkat, umat Islam terus melarat. Utk apa bangunan itu? Memberikan tempat lebih selesa kpd karyawan Baitulmal sahaja. Impak langsungnya kpd umat Islam tidak dirasai oleh yg berhak. Usah Baitulmal berdalih2. Kita di luar ini sudah tahu byk perkara tidak betul berlaku di Baitulmal. Ingat sikit, di luar sana sudah byk umat Islam yg bijak pandai, bukan boleh diperbodoh2 dgn kata2 retorik, atau helah bela diri Baitulmal. Melihat gaya Baitulmal berbelanja dana Baitulmal, sudah cukup bukti Baitulmal diurus oleh karyawan/ketua yg kepalanya korporat, kumpul byk wang, dpt itu ini kemudahan/keistimewaan sebagai pengurus di Baitulmal, sedangkan umat Islam marhein terus2an dlm kemiskinan/kedaifan. Apa punya Baitulmal. Kami juga ada orang dalaman Baitulmal yg jadi sumber maklumat kpd mereka, mereka yg tersepit dan terbelit kerana lingkaran mereka yg oportunis dan berkepentingan diri. Allah tahu apa yg kamu buat di Baitulmal. Tunggu hukuman Allah kpd sesiapa yg menyeleweng wang Baitulmal dan berbelanja bukan pada jalan hak, walaupun satu sen.
ReplyDeleteApa bangang punya pengurasan Baitulmal. Mun nak ngurus badan besar macam Baitulmal,cuba blajar betul2, baca byk kitab, cari nas dan dalil sahih, bagaimana urus Baitulmal dan apa tujuan Baitulmal menurut Islam. Sebenarnya, bukan semua di Baitulmal sik tau, tau, sgt tau. Nak tau tuk sik dpt angkat muka, kelu lidah nak tegur kerana kabel kecik. Kerdil di Baitulmal. Bekerja sebab cari makan saja. Ya nak besar2 di Baitulmal palak gila mikir nak guna Baitulmal utk kepentingan diri. Byk gilak unsur politik dan campur tangan politik di Baitulmal. Nak nangar sidak ikhlas sik ikhlas ngurus dana Baitulmal, berkhidmat di Baitulmal dgn elaun ala kadar. Maok sik sidak ya? Mun imbuhan sik besar, barang kali, sumpah nenek datuk nya sik maok keja sia. Ndang berani melawan hukum Allah mun Baitulmal pun berani main2 ngurusnya. Macam sik percaya jak hukum dan bala Allah pasti sampe ngan orang yg khianat dgn umat Islam. Mun sik turun ngan diriknya empun, turun ngan krga ngan anak2, cucu cicitnya. Tunggu kitak mun sik btul urus Baitulmal, laknat n hukuman Allah amat berat menanti kamu.
ReplyDeletePengurusan tuyuk. Yalah bahananya jika lari drpd Islam, lebih2 lagi jahil atau beramal dlm kejahilan. Siapa2 nak urus badan agama, pastikan ilmu cukup dan mantap. Sik dpt sembarangan ngurus bab agama. Sik dpt main2. Mun jahil ngaku jahil. Lebih bagus bjr dolok, jgn nak asas dlm hukum agama pun sik tau. Ada sidak nak tau, sik brani bebunyi. Tekunci mulut. Bukan sik brani nak tegur, mun lancap sikit mulut, kenak cantas, kena tekan. Ni org dpt nak bebas negur segala nak pincang di Baitulmal. Kita umat Islam sama2 btjwab memastikan Baitulmal bena2 bfungsi dan bkesan dlm mengeluarkn umat Islam drpd miskin dan fakir. Yg keutamaan Baitulmal. Iboh nak ngegeh ngan nak lain2 dolok. Maslahat dan soal pokok kenak selese dolok. Apapun, Baitulmal jgn sekali2 dipolitikkan. Lantikan pegawai tinggi kenak ikut lunas undang2 n agama. Berik ngan urang layak dan bena2 faham agama. Sekurang2nya ada integriti nak cakap bab agama, wlpun sik semestinya sidak nak didikan agama ya tahu semua. Sekurang2nya umat Islam konfiden dgn latar blkng agamanya. Sidak bidang peofesional lain, mantu. Bab hukum, serah ngan sidak ustaz/ah. Jgn main hentam keromo ajak. Muak urang ngan kerenah sik profesional berlandaskan agama dlm ngurus Baitulmal.
ReplyDeleteSALAM.
ReplyDeleteITULAH AKIBATNYA BILA PIHAK ATASAN PERCAYA DGN SESEORANG UNTUK MENGURUS SATU2 PERTUBUHAN DAN SETERUSNYA TIDAK DI PANTAU AKAN APA YANG DI BUAT OLEH ORANG YANG DI PERCAYAINYA, JESTERU ITU APABILA SUDAH DI BERI MANDAT UNTUK MENERAJUI PERTUBUHAN INI MAKA SEORANG KETUA AKAN MENGATUR STRATEGI UNTUK MENGAMBIL SEMUA KRONI2NYA DAN TIDAK MAHU LAGI BERBINCANG DENGAN ORANG2 LAMA DALAM BAITULMAL DAN MAIS. JIKAKIRANYA WANG KONSESI HASIL DARI KUOTA BALAK TIDAK DI SALAH GUNA UNTUK MEMBINA BANGUNAN YANG BERHARGA MENCECAH PULUHAN JUTA ITU, DI AGIHKAN UNTUK MENOLONG SEPENUHNYA ANAK2 ORANG ISLAM UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN MEREKA LEBIH MENAFAATKAN UNTUK ASET ANAK2 MELAYU UNTUK BEBERAPA DEKAD AKAN DATANG. BEGITU JUGA DENGAN KURSUS2 MOTIVASI UNTUK BELIA2 ISLAM TIDAK DI ANJUR DENGAN BAIK, MEREKA MENGANJUR HANYA UNTUK ANAK2 KRONI2 DAN ANAK2 KAWAN KRONI MEREKA, MEREKA TIDAK MENJEMPUT BELIA DI KAWASAN2 KAMPUNG,SEBAB ITULAH APABILA KURSUS2 DI ANJUR TIDAK RAMAI YANG HADIR DAN MEMBAZIRKAN WANG BAITULMAL KERANA BILA MEREKA MENGANGGARKAN BELIA HADIR SERAMAI 200 ORANG TAPI CUMA YANG HADIR HANYA DALAM JUMLAH YANG KECIL,PADAHAL BUDGET UNTUK KURSUS DI BELANJA UNTUK 200 PESERTA.SIAPA YANG MENANGGUNG KERUGIAN, MENGENAI DENGAN KURSUS MOTIVASI PELAJAR YANG HENDAK MEMASUKI KE UNIVERSITI2, PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM BAITULMAL TIADA MENJEMPUT PELAJAR2 YANG DI TAJA DAN DI BIAYAI OLEH BAITULMAL TETAPI YANG DI JEMPUT UNTUK HADIR ADALAH ANAK2 SAUDARA KRONI2 DALAM BAITULMAL SAHAJA,JIKA KITA BENAR2 IKHLAS UNTUK BEKERJA DAN BERPENGELAMAN, KITA HANYA MAEMBUKA DATA DAN SECARA AUTOMATIK NAMA DAN ALAMAT PELAJAR YANG DI TAJA DAPAT DI KESAN., ADAKAH MEREKA SENGAJA MENGANJUR KURSUS2 TERSEBUT SEMATA MATA UNTUK MEMBERI KESELESAAN KEPADA MEREKA SAHAJA DAN PENCERAMAH JUGA TIDAK PERLU DI IMPOT, RAMAI LECTURER TEMPATAN IKHLAS HATI UNUTK MENERANG DAN MEMBERI MOTIVASI KEPADA PESERTA2 TANPA MENETAP BAYARAN ELAUN SEPERTIMANA YANG DI TUNTUT OLEH PENCERAMAH IMPOT, INI JUGA BOLEH DI KATAKAN MEMBAZIRKAN WANG ZAKAT YANG DI KUTIP PIHAK BAITULMAL TIAP BULAN MENERUSI POTONGAN GAJI KAKITANGAN KERAJAAN. SEKIAN ,HAAP MAKLUM...
MEMANG ADA KEBENARAN NYA SESETENGAH KOMEN2 D ATS, ADA JUGA YG KURANG MAKLUMAT SAMPAI BUAT IKUT MULUT JE, TAPI TAK APA. SEKURANG2NYA, APA YG TRPNDAM D HATI DPT D LPASKAN. UNTUK REDA DAN LAPANGKAN DADA. TAPI KALAU SETAKAT NAK KOMEN DLM NI TP PIHAK CM TAK BACA. BUANG MASA AJA..KENAPA TAK POST KOMEN ATAUPUN EMEL TERUS KEPADA CM, MYBE ADA TINDAKAN DRASTIK D AMBIL KOT. SAYA PUN TAK SUKA JUGA TENGOK BAITULMAL D URUS TADBIR OLEH PIHAK SEPERTI D NYATAKAN TADI. ANK SAYA NK MOHON BANTUAN MSK IPT TAK LAYAK, HANYA KERANA GAJI SAYA SEKITAR RM2000 DGN TANGGUNGAN 2 ORG. PELIK BETUL, SEKARANG RM2000 UMPAMA RM1000 UNTUK 10 TAHUN DULU. MAYBE SAYA DPT TRIMA HAKIKAT TAK D BANTU, TP INGAT. ANK SAYA MUNGKIN KECEWA, ANDAIKATA DIA BRJAYA DAN BERGAJI, DIA TAK NAK BUAT POTONGAN ZAKAT KRN DENDAM BLA MEMIKIRKAN MASA DIA NK BLAJAR TP BAITULMAL TAK BANTU..ITU KATA SAYA SAJA, MINTAK2 ANK SYA TAK BEGITU. SAYA DH BERI DIDIKAN AGAMA TENTANG MANA YG HALAL DAN HARAM..YG WAJIB DAN SUNAT..KITA TAKUT GENERASI BARU NANTI DH TAK NAK KLUAR KAN ZAKAT KERANA KURANG YAKIN N KECEWA KEPADA BAITULMAL..ITU SAJA..FIKIR2 KAN LAH.
ReplyDeletePERUTUSAN BUAT TUAN HAJI ABANG MOHAMMAD SHIBLI BIN HAJI ABANG MOHAMMAD NAILIE (PENGURUS BESAR TABUNG BAITULMAL SARAWAK.)& WARGA BAITULMAL SARAWAK..
ReplyDeletePENGURUS BESAR TABUNG BAITULMAL SARAWAK.
"sekiranya kalian mengakui sebagai pemegang amanah dana umat di jalan yang benar adakah kalian mengambil sifat2 yg terpuji KHALIFAH UMAT IBNU AZIZ." sebagai teladan!!!
Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat.
Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat.
Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang".
teguran kami;
ReplyDeleteA)dapatkah kalian mengeluarkan hak 7 asnaf yang lain..secara tulus? kerana anda semua telah menerima hak anda 1/8 drp asnaf tanpa ada laporan ketidak cukupan gaji untuk sara hidup.sedangkan asnaf yg 7 bhg perlu dinilai seketat2nya..!nikmat ALLAH telah di kurniakan kepada anda bagaimana dgn dgn mereka????
B)kalian bisa menggunakan fasilitas Baitulmal untuk kegunaan peribadi.lantas kenapa asnaf yg 7 disekat dr mengambil haknya.sepatutnya kalian menunjukkan contoh/teladan yg jujur kepada 7 asnaf yg lain.Syukurlah nikmat ALLAH keatas kalian.sekiranya KALIAN mempunyai 1/8 keatas hak asnaf kenapa jurang kehidupan dengan yg 7/8 itu seperti langit dan bumi?????????kami tidak berhak keatas hak itu tapi kami mengajak KALIAN menjadi jujur dan amanah!!!!
C)sekiranya pihak kalian berhak mendapat manfaat yg lain diatas dana zakat tersebut spt elaun2 tambahan spt elaun pengarah, elaun hp, elaun perjalanan,elaun minyak,elaun hotel, elaun mesyuarat, pemandu di sediakan kenapa asnaf yg 7 itu tidak berhak untuk mendapatkan hak mereka???
D)kalian mendapatkan hak kalian dgn gaji 4 ke 5 angka sebulan kenapa salah satu drp asnaf cuma mendapat rm100 ke rm150.00 sebulan..bukankah anda juga asnaf seperti yg 7 asnaf tersebut???
E)kalian mengembangkan dana dengan tertubuhnya a)kooperasi baitulmal untuk asnaf 1(amil)ditubuhkan untuk kepentingan anda sekalian..kenapa tidak tertubuhnya untuk yg 7(asnaf)yg lain sbb kuasa ditangan Pengurus Besarnya..adalah itu satu rasuah??????
b)ditubuhkan anak syarikat (BELA SEMPURNA) utk mengambil alih urusan pengurusan harta..BUKANKAH ITU TELAH MEMBERI BEBAN/PENGECUTAN/PENGALIHAN DANA kepada anak syarikat.KENAPA BAITUL MAL PERLU MEMBAYAR LEBIH MELALUI ANAK SYARIKAT.
"sepatutnya anak syarikat memberi keuntungan kepada BAITUL MAL bukanya BAITUL MAL memberi keuntungan kepada anak syarikat(terbalit)
" KALO BEGITU BAITUL MAL(AMIL) JUGA HARUS MEMBERI KEUNTUNGAN JUGA KEPADA asnaf YG 7(anggap jak asnaf 7 ya anak syarikat juak!!!!)
E)EJEN INSURANS ETIQA....kenapa kalian tidak menyediakan insuran nyawa...etc...kepada asnaf yg 7..kenapa...siapakah penama bagi ejen tersebut yg berhak keatas komisen insurans yg dijual??????????bukankah pengurus besar KALIAN???
F)etc...etc..etc...
Tabung Baitulmal Sarawak
"Kepada sahabat FB Baitulmal, sila baca dalam mingguan Sarawak hari ini artikel Rakan Zakat Anda bertajuk "Realiti Menghadapi Cacian". Antaranya, dalam dunia yang serba canggih ini budaya mencaci semakin mudah dan jika tidak dibendung dengan MENJAGA HATI YANG BERSIH, kita akan terpengaruh sehingga apa-apa saja di depan mata itu benar. Salam Ukhwah."
08 May at 07:06
KAMI TIDAK BERHAK KE ATAS DANA ZAKAT bukan golongan asnaf!!!..alhamdulillah TAPI KAMI BERHAK UNTUK MENEGUR!!!!
Sejauh manakah ketakwaan anda terhadap amanah ALLAH swt.di harap kalian faham di antara teguran dan cacian.
Wassalam
Kata-kata hikmah Sayidina Umar Al Khattab
ReplyDelete– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.
3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.
4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.
5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
Ingatan utk sdr seagama:
ReplyDeleteRasulullah bersabda: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat”(Hadis riwayat Muslim).
Ulama bersuara:
ReplyDeleteSurah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki dulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, kerana kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.
Dari Anas bin Malik r,a. katanya:Seorang daripada Bani Tamim datang mengadap Rasulullah s.a.w.,lalu meminta penjelasan,
ReplyDeleteKatanya:”Ya!,Rasulullah, cukupkah apabila saya membayar zakat kepada utusan tuan maka dengan yang demikian terlepaslah tanggungan saya di sisi hukum Allah dan Rasul-Nya, mengenai zakat saya itu?”
Maka jawab Rasulullah s.a.w.:” Ya(benar), apabila engkau membayar kepada utusanku maka terlepaslah tanggunganmu mengenainya, selain itu engkau mendapat pahalanya, dan (kalau ada pemungut zakat) yang menyelewengkannya maka dialah yang menanggung dosanya" [Hadis Riwayat Imam Musim]
-Kewajipan umat Islam tunaikan zakat,jika Baitulmal menyelewing merekalah yg tanggung dosanya
-Maka jgnlah kita kumpul dosa...saya percaya sedikit sbyk sida di Baitulmal pun tau dosa pahala.
DR MUZZAKIR
Ulama bersuara:
ReplyDeleteSdrku muslim,bersyukurlah kalau sdr tidak termasuk dlm asnaf zakat, maknanya sdr org yg berkemampuan(berada).Asnaf zakat;mereka yg hidup dlm 'kedaifan' smada rohani atau jasmani. Lagi pun org yg sihat, tanpa sebarang keuzuran tidak berhak ke atas wang zakat.Sabda Rasulullah S.A.W:”Orang yang berada dan kuat tubuh badannya(sihat) yang boleh bekerja untuk mendapatkan sara hidup(rezeki) yang mencukupi tidak ada bahagian untuknya daripada wang zakat.”[HR.Imam Ahmad]
Maaf, saya tidak bermaksud utk mempertahankan mana2 pihak, sekadar rasa ada tanggungjawab menyampaikan ilmu yg ada...sebab ramai yg beri komen nampaknya kekurangan maklumat...saya juga berdoa semoga pihak Baitulmal terima teguran yang baik2 dan membina.Kerepak xada fakta, iboh diduli...cabaran dlm perjuangan. selebihnya kita sama2 berserah kpd Allah SWT.
Terima kasih kpd DR MUZZAKIR atas perkongsian.
Saya tidak hairan dgn sehgian drp terlatah segelintir pakar yg beri komen(Top Commenter?)yg xpuas hati dgn Baitulmal...manaknanya tuan2/puan2 org normal, cuma ketandusan fakta dan maklumat.
ReplyDeleteBg Baitulmal dan mereka yg memohon bantuan, tetapi gagal, sila renungilah:
Firman Allah S.W.T.(maksudnya):
“Dan di antara mereka ada yang mencelamu [wahai Muhammad] mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mreka suka [dan memandangnya adil];
dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah”Surah At-Taubah: 58)
Ulasan:
1.Jika Baitulmal meluluskan permohonan, mereka akan dipuji.
2.Jika Baitulmal TIDAK meluluskan permohonan mereka, serta merta mereka akan marah, mencaci,xmenghalal dsb.
3.Syarat utama bertugas di Baitulmal mestilah mereka yg tahan kena caci,maki,kerepak,kritik dan yg sewaktu dgn nya.Kena terima hakikat tersebut,Allah SWT dah madah awal2.Giya jua 'peminta' zakat...anda pasti marah mun lulus...mMaha benarlah Firman Allah!
-bersambung
DR MUZZAKIR
Usah nak bersilat byk. Barang kali dan satu andaian orang lain sik ada ilmu ttg keperluan berzakat atau pegurusan zakat. Apa yg a-q dan hadis sebut ttg zakat yg dipaparkan di atas, tiada keraguan dan tiada siapa pun umat Islam berani nak sangkal, sesuai dgn a-q dan hadis yg sempurna sifatnya, kecuali hadis daif/palsu yg tidak tentu sumbernya. Masalahnya, apa yg tersebut dlm a-q dan hadis, adakah difahami, dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya dlm urus tadbir zakat di Baitulmal? Itu isunya. Apa yg penting dan utama, semak balik, tegok sedalam2nya ada atau tidak salah guna dan salah tafsir fungsi Baitumal sebenarnya? Saya yakin, sahahat segama yg berik komen di atas, bukan insan yg memerlukan zakat dan tidak terniat pun nak dpt bahagian dalam agihan zakat. Apa yg dimaksudkan (pada kefahaman saya), mereka hairan, mengapakah anshaf fakir dan miskin semacam tidak terbela sepatutnya sebagaimana kehendak/tujuan zakat itu? Isunya, jelas sekali masih byk umat Islam tersepit dan bergelumbang dgn kemiskinan dan kefakiran. Dana Baitulmal berjuta2 ringgit. Tetapi, masih byk umat Islam yang fakir dan miskin terus tidak terbela. Mereka ini hendaklah dikeluarkan drpd kefakiran dan kemiskinan. Isunya: Apakah langkah drastik dan strategik yg dirancangkan dan dilaksanakan oleh Baitulmal untuk mengeluarkan mereka ini drpd kefakiran dan kemiskinan? Jgn dikaitkan bantuan badan lain sepertik JKM dll dlm bantuan Baitulmal? Dlm pendidikan misalnya, memang ada badan lain yg berikan bantuan, tetapi Baitulmal juga mesti terkedepan membantu mereka ini. Tidak relevan sama sekali, jika dikatakan mereka yg sudah menerima bantuan badan lain, tidak boleh lagi mendapat bantuan Baitulmal. Jika mereka berhak dan cukup syarat, walaupun mendapat bantuan drpd badan lain, mereka masih tetap layak kerana Baitulmal harus terasing drpd bantuan badan lain. Bantuan badan lain disebabkan mereka layak dan tidak mampu; bererti mereka pun layak dpt bantuan Baitulmal. Tengok syarat Baitulmal (betulkan saya jika salah), bantuan dberi, dgn syarat, pemohon tiada bantuan lain, jika sudah menerima bantuan lain, maka pemohon tidak layak. Seseorang pemohon hanya layak mendapat bantuan drpd satu tajaan/badan sahaja. Jika betul apa yg salah sebutkan ini, adakah sedemikian sifat/bentuk syarat yg perlu ditetapkan. Jika mereka drpd keluarga miskin/fakir dan cukup syarat, maka layaklah mereka. Jika berkaitan dgn pendidikan, mereka wajar dpt bantuan drpada asnaf Fisabillah (berjuang utk mendapat pendidikan/ ilmu pengetahuan). Apapun, cukup renungkan, malu juga nak bawa muka ke Baitulmal, jika bukan kerana terdesak atau atas keperluan. Benar barang kali, pendapatan ibu bapa/penjaga nampaknya besar. Dalam hal ini, kerana keadaan semasa, bantuan amat diperlukan. Bayangkan, pendapatan ibu bapa, katakan RM3000.00, 5 org anak bersekolah/menuntut hingga ke universiti, dengan keperluan hidup harian, adakah cukup pendapatan sebanyak itu? Pemohon bukan nak ambil kesempatan drpd dana Baitulmal yg byk itu, tetapi desakan dan keperluan semasa, menyebabkan permohonan dikemukakan.
ReplyDeleteSetuju. Sesiapa yg cukup nisab hartanya dan mengeluarkan zakat, maka wajib atasnya menbayarkan zakat. Jika sudah terlaksana, maka lepaslah dia daripada tanggungjawabnya. Maka, zakat yg dikeluarkan kpd pemungut zakat, jika diselewengkan, maka penungut zakat itu menanggung dosanya (Tepat dan betul). Dalam hal ini, adakah kita hendak membiarkan pemungut zakat, jika menyeleweng, terus2an dgn dosanya? Pun menjadi tanggungjawab umat Islam lain, menegur dan menperingatkan mereka. Itu pun satu bentuyk dakwah. Kita umat Islam wajib menegur umat Islam lain, jika mereka terang2an melakukkan kesalahan bertentangan dgn syarak. Kita berharap TIADA PENYELEWENGAN DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI BAITULMAL. Jika ada, wajib diperbetul, tidak boleh tutup sebelah mata. Dalam pengagihan dan pembelanjaan zakat di Baitulmal, semacam tiada keutamaan mengikut apa yg ditentukan dalam asnaf yg cukup jelas. Kita hendak Baitulmal, bantu asnaf fakir dan miskin dgn bantuan sepatutnya supaya mereka mampu berdikari dan keluar drpd kefakiran dan kemiskinan. Selagi mereka tidak terkeluar drpd fakir dan miskin, mereka wajib terus dibantu. Dalam hal ini, perancangan yang holistik, strategik, dan berkesan hendaklah dirancangkan oleh Baitulmal.
ReplyDeletebenar kah sik wahai ustaz2 yang komen di atas,kita sik boleh merik zakat dalam ghaib dgn oang yang mintak sedekah di tepi jalan kerana mereka tiada mengeluarkan resit rasmi seperti sidak baitulmal kerana resit tersebut boleh di mbak kita dlm kubur mun kita mati.
ReplyDeleteSurah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki dulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, kerana kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.
ReplyDeleteBTOL..MMG BTOL APA YG D NYATAKAN DLM SURAH INI..TP ITU BAB ORG YG DI KATAKAN SEORANG FASIK..TP ANDAI KATA PENERIMA BERITA ITU SENDIRI YG SEMEMANG NYA FASIK GIMANA PULAK DONG..MASYARAKATTTTT
Sabda Rasulullah S.A.W:”Orang yang berada dan kuat tubuh badannya(sihat) yang boleh bekerja untuk mendapatkan sara hidup(rezeki) yang mencukupi tidak ada bahagian untuknya daripada wang zakat.”[HR.Imam Ahmad]
BTOL..MMG BTOL HADIS INI..TAPI JGN LUPA, RASULULLAH PNAH D TNYA OLEH SAHABAT TENTANG KEADAAN MASA HADAPAN..RASULULLAH MENJAWAB " MEREKA LBH MENGETAHUI ZAMAN MEREKA " MAKA, DGN KEADAAN MASA SEKARANG..KEPERLUAN SEMASA DH TAK SAMA SEPERTI DAHULU.."KEMISKINAN BOLEH MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN..D HARAP PIHAK YG BIJAK MENGGUNAKAN HADIS UNTUK MENGUATKAN HUJAH ATAU MEMPERTAHANKAN SESUATU YG MMG D KETAHUI UMUM KELEMAHANNYA TIDAK TERLEPAS PANDANG TENTANG HADIS2 YG LAIN..MASYARAKATTTTT
Assalamuakaikum wrbt.
ReplyDeleteSaya amat berbangga ramai saudara saudara kaum Muslimin dan Muslimah kita yang memberi pendapat bernas dan menepati relevan tajuk yang menjadi kepentingan umat Islam di Sarawak iaitu Baitul Mal.
Izinkan saya beri sedikit komen. Ada Saudara kita yang beri komen, iaitu mempertahankan Baitul mal iaitu menyatakan yang bagi mereka yang dapat bantuan gembira tapi bagi yang tak dapat sudah tentu marah.
That is not the point here Saudara. Saya berpendapat yang rasa terkilan ramai pembaca dan umat Islam di forum ini bukan semata mata kerana mereka tak dapat bantuan Baitul Mal tetapi disebabkan polisi Baitul Mal yang tidak transparent atau terbuka dalam memberi penerangan tentang tadbir urus Baitul Mal pada keseluruhannya. Saya telah mengemukakan beberapa pertanyaan tentang rekod rekod Baitul Mal dalam membantu golongan dalam anaf asnaf yang berhak tetapi kini tiada jawapan. Kenapa pegawai pegawai Baitul Mal yang membaca forum ini dan pendapat pendapat pembaca tidak memberi respons kepada pertanyaan kita. Saya juga ada mengemukakan pertanyaan " atas dasar apa atau atas hukum apa Baitul mal boleh menggunakan wang zakat untuk membina bangunan bangunan besar sedangkan banyak lagi golongan asnaf yang memerlukan bantuan tetapi tidak dibantu ? Ini soal hukum yakni soal halal dan haram dan apa yang boleh, harus, wajib, mubah dan haram. Mengapa tiada jawapan dri baitul Mal Sarawak ?
Saya juga ingin membuat pandangan balas terhadap komen salah seorang saudara kita iaitu membayar zakat ialah perkara wajib. Itu memang tidak dinafikan iaitu wajib bagi mereka yang mampu iaitu cukup kaul dan hisab. Saya juga membayar zakat secara persendirian dan tidak melalui Baitul Mal. Cuma yang saya tiada kuasa ialah potongan gaji saya. Ini bukan bermakna saya tak suka gaji dipotong tetapi saya yakin yang potongan gaji saya dan umat Islam yang lain tidak digunakan ke jalan yang betul dan diredhai ALLAH.
Sebagai seorang professional, saya juga tahu yang Baitul mal Sarawak menerima berpuluh puluh million million ringgit wang zakat daripada Tabung Haji, Bank Islam, bank rakyat, Permodalan Nasional Bhd dan beberapa syarikat gergasi Islam
yang lain.
Ini bermakna orang seperti saya sebenarnya membayar zakat 5 kali.
Zakat pertama ialah melalui potongan gaji bulanan. Zakat kedua ialah melalui simpanan saya dan dividend dalam Tabung Haji. Zakat ketiga ialah saham dan simpanan Bank Rakyat. Dan ke empat ialah melalui ASB saya yang juga dipotong zakat. Dan zakat ke lima ialah zakat yang saya sendiri membayar terus kepada beberapa kerat golongan yang tak berkemampuan melalui initiatif saya sendiri. Saya yakin ada ramai orang macam saya yang membayar zakat berkali kali.
Bukannya saya complain tetapi saya berhak untuk mengetahu dan memastikan yang zakat zakat berkenaan diberi pada golongan asnaf asnaf yang berhak dan bukannya untuk membina bangunan besar untuk kesombongan dan kemegahan dan bukan juga untuk membesarkan perut buncit mereka yang kononnya menjalankan amanah di baitul mal. Malangnya bukan amanah yang dijalankan tetapi cuma kebanyakannya kepentingan diri.
ALLAH LEBIH MENGETAHUI PERBUATAN KITA.
Saya akan menulis lagi.
Wassalam.
Assalmualaikum wbrt.
ReplyDeleteKepada Saudara Dr MUZAKKIR, seorang penyumbang pendapat di forum ini,
Saya percaya Saudara bekerja di Baitul mal. Sila lihat post komen saya di atas iaitu yang di tulis dan di siarkan pada jam 5.17 p.m. 22/5/2011 dan saya amat menghargai jika Saudara Muzakkir dapat menjawab semua persoalan saya itu.
Wassalam
Assalamualaikum wrbt sekali lagi,
ReplyDeleteSebelum saya mengakhiri pendapat hari ini, saya ingin BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN SEMUA SAUDARA SEAGAMA ISLAM SAYA.
Kebanyakan kita membayar zakat lebih daripada satu kali dalam setahun. Misalnya (1) ada AKAUN TABUNG HAJI, maka tiap tiap tahun ada POTONGAN AUTOMATIK DARIPADA DIVIDEND yang diberi kepada kita.
(2) Ada AKAUN BANK ISLAM, maka tiap tiap tahun ada potongan automatik daripada dividend kita
(3) Ada AKAUN BANK RAKYAT, maka tiap tiap tahun ada potongan automatik ke atas dividend kita
(4) Ada AKAUN ASB, maka ada bahagian zakat yang dibayar oleh PNB. Walaupun dalam rekod tiada potongan automatik, PNB juga membayar zakat daripada keuntungan pelaburan kita.
Kesimpulannya kita yang banyak kena potong ini, kita berlapang dada sebab ALLAH SWT beri kesempatan kepada kita untuk beramal dan membantu lebih. Pada masa sama, kita juga berhak untuk melihat BAITUL MAL ditadbir urus dengan lebih transparen, dan mengikuti hukum hukum syarak, yakni yang hukum hukum ini bukan kita yang menetapkannya tetapi ALLAH SWT yang menetapkannya.
Mengapakah Baitul Mal Sarawak masih lagi berdalih ke sana sini menegakkan benang basah mereka ?
AMANAH ALLAH ITU WALAUPUN BERAT TETAPI MESTI DILAKSANAKAN.
Wassalam,
Assalaualikum wbrt.
ReplyDeleteTentang tuduhan yang kita menyampaikan berita berita fasik, seOlah olah menuduh kita fasiq, itu merupakan jalan terdesak Baitul mal untuk lari daripada memberi penerangan dan transparency yang kita harapkan.
Jangan terlalu cepat menuduh seorang itu fasiqun. Kalau Baitul Mal di jalan yang betul, sila jawap lah semua pertanyaan saudara Islam kita ni.
Kenapa kita tak ambil iktibar daripada contoh Sayyidina Umar ibnu Al Khattab (r.a). Sebagai Khalifah Islam beliau gemar berjalan seorang diri di malam hari di sekitar kota kerana mahu melihat sendiri keadaan rakyatnya.
Lupa kah kita bila Sayidina Umar (r.a ) terlihat seorang wanita miskin memasak batu kerana tiada makanan dan supaya anak kecilnya berhenti menangis melihat masakan itu. Sayidina Umar pun cepat cepat mendapatkan gandum dan memberikan kepada wanita itu. Wanita itu amat berterima kasih kepada Sayidina Umar di atas bantuan itu tetapi wanita itu juga tidak mengenali yang membantunya itu ialah Sayidina Umar iaitu seorang Kalifah Islam. Apa kata wanita itu ?
Beliau kata " Sesungguhnya saudara lebih baik daripada Amirul Mukminin..."
Walaupun Sayidina Umar terkejut mendengar itu tetapi Sayidina Umar tidak marah, malah menghargai teguran wanita berkenaan yang menyatakan yang pemerintah tidak mengambil berat terhadap dirinya sebagai rakyat dan dari itulah Sayidina Umar membuat self improvement sebagai Khalifah, daripada teguran wanita berkenaan. Sayidina Umar tidak pernah marah dan tidak menuduh wanita tadi sebagai fasiq semata mata kerana satu teguran.
Saya mengesa Saudara yang mengelar diri sebagai " Ulama " dalam forum ini dan juga Dr Muzakkir supaya berhenti menuduh orang lain sebagai fasiq ataupun menuduh mereka sebagai geram tanpa sebab terhadap baitul Mal Sarawak.
Pembaca di sini kebanyakannya ikhlas memberi teguran dan peringatan dan juga nasihat kerana baitul mal itu adalah amanah ALLAH SWT dan bukannya milik persendirian manusia mana pun.
Wassalam,
AALAH LEBIH MENGETAHUI.
salam semua..jgn lupe kita ada satu lagi badan Islam yg menjaga amanah di negeri Swak..iaitu lembga amanah masjid negeri sarawak..sya kira perlu transformasi juga..mohon pandangan..
ReplyDeletelembaga amanah masjid sarawak dulu pernah kehilangan wang kutipan dari tabung masjid sebanyak seratus lebih ribu tapi di diamkan saja, di mana kah perginya wang tersebut, perkara ini berlaku sekitar tahun 90an. di fahamkan wang tersebut telah di songlap oleh pegawai di sana.
ReplyDeleteAssalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteTerima kasih saudara seukhwah kita di atas yang nak memperbincangkan tentang Lembaga Amanah masjid Negeri Sarawak. Insya ALLAH saya akan menyusur nanti.
Sekali lagi tentang pandangan pandangan kita terhadap Baitul mal Sarawak, soal pokoknya ialah mereka tidak transparent, selalu menyembunyikan perbuatan mereka, gagal dalam amanah mereka dan tidak dapat menjelaskan soal prinsip syarie iaitu atas dasar apa, atau atas nas apa yang membenarkan mereka berbelanja besar wang amanah itu untuk membina bangunan mahal di atas kenyataan yang ramai lagi umat Islam Sarawak yang tidak terbela, miskin, daif dan serba kekurangan.
Hujjah pihak yang dikatakan mewakili Baitul Mal itu amat lemah, tiada nilai intellek dan tiada nilai ilmiah dan fakta. Memadaikah bagi mereka cuma untuk menyatakan yang kriteria untuk golongan yang layak menerima zakat itu macam itu dan macam ini ? Budak SPM pun boleh berhujjah demikian.
saya ingin mengingatkan di sini yang saya tidak terperanjat yang satu hari nanti tindakan perundangan mungkin di ambil untuk memerintah supaya Baitul Mal Sarawak " open their books, show their accounts, and open their corporate veil..." Saya tidak menolak kemungkinan ini.
Dan tentang Lembaga Amanah Masjid Negeri, nama saja amanah tetapi setengah pegawai pegawainya tidak menunjukkan sifat tawadduk, taqwa dan berhikmah dalam tindakan mereka. Mereka pun berperangai macam golongan korporat yang nakkan untung yang lumayan, dan tak perlu lah mereka menafikan ini. Wang amanah masjid, banyak mengkayakan mereka. nak nafikan kah ?
saya akan menulis lagi selepas ini.
Wassalam.
janganlah kalian warga baitul mal/lembaga amanah masjid negeri menutup kesilapan dgn ayat2 al-quran..wahai SAUDARA SEAGAMAKU..kembalilah ke pangkal jalan yakni jalan yg diredhai..lontaran komen2 bukanlah untuk menghukum kalian kerna yg layak menghukum hanya ALLAH swt.yang salah/silap tetaplah sudah berlaku dah takdir kitak org..tapi "LARILAH DARI TAKDIR ALLAH KE TAKDIR ALLAH YANG LAIN" umar al-khattab r.a.
ReplyDeletesemoga kita sama beroleh petunjuk yg diredhai...tidak dinafikan kedudukan team pengurusan yg berpelajaran tinggi dan berilmu lulusan universitas2 terkemuka...namun tidak semua perkara yg dapat difikir dgn hukum logik akal atau strategi2 akal...kembalilah kepada al-quran dan al-sunnah bukannya mencedok strategi2 kapitalis untuk diimplikasi di dalam pengurusan kalian.tiada pengurusan koperat dlm islam yg ada hanya melaksanakan syariat islam...takut campur punya campur jadi (keparat)..yg haq dan yg bathil sik dapat dicampur.........
sekira kalian tidak cukup ilmu agama..belajarlah...bertanyalah...jangan ikut hukum akal jak jamg oiii!mun sik dapat juak 'RESINED'jak "LARILAH DARI TAKDIR ALLAH KE TAKDIR ALLAH YANG LAIN" umar al-khattab r.a.
serah jak post kitak orang ya dgn orang yang lebih arifff dan dari lulusan yang sewaktu dengan nya..
Buang masa ada baik jumpa minta diberi taklimat
ReplyDeleteAsnaf Penerima Agihan Zakat
ReplyDeleteI. Fakir
Orang yang tidak mempunyai harta atau usaha yang dapat menghasilkan 50 peratus daripada keperluan hidupnya seharian (pendapatannya kurang daripada 50%).
II. Miskin
Orang yang mempunyai harta dan usaha yang dapat menghasilkan lebih daripada 50% untuk keperluan hidupnya seharian tetapi tidak mencukupi. (Pendapatannya tidak mampu memenuhi keperluan harian).
III. Amil
Orang yang dilantik atau pekerja-pekerja (kakitangan) yang boleh dipercayai mengurus hal ehwal zakat, mengumpul dan membahagikan kepada yang berhak menerimanya sesuai dengan Hukum Syarak.
IV. Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam dan keimanannya belum lagi kukuh. Mereka ini perlu dijinakkan hatinya ataupun seseorang yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam.Nota: Mereka yang telah bertahun-tahun memeluk Islam terkeluar daripada asnaf muallaf.
V. Al-Riqab
Hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dimerdekakan dengan cara menebus dirinya dengan sejumlah wang. Dan juga, membebaskan kaum muslimin daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi fizikal, mental, kejahilan ataupun terkongkong di bawah penguasaan orang yang zalim.
VI. Al-Gharimin
Orang yang terpaksa berhutang disebabkan keperluan mendesak yang tidak berlebih-lebihan bagi diri dan masyarakat Islam yang bukan kerana maksiat (nafsu).
VII. Fisabilillah
Aktiviti-aktiviti atau perjuangan di jalan Allah S.W.T seperti menegak syiar Islam, menuntut ilmu dan seumpamanya.
VIII. Ibnu Sabil
Orang yang kekurangan bekalan dalam perjalanan dengan tujuan baik seperti menyiarkan ajaran Agama Islam dan seumpamanya.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSyabas semua.banyak pendapat diberikan.cuma tindakan haruslah disegerakan.Ini Imej kita umat islam di sarawak.
SEGERAKAN TINDAKAN...DEMI MEMELIHARA YANG HAQ...
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteDengan izin ALLAH SWT saya kembali memberi pendapat terhadap institusi Islam di Sarawak.
Saya mengesa satu " muhasabah diri " yakni semua kita bermuhasabah untuk memperbaiki diri kita supaya segala amalan dan tindak tanduk kita diredhai ALLAH SWT. Peringatan ini juga untuk diri saya sendiri.
Saya mengesa supaya kita jujur kepada diri sendiri sebab dengan jujur pada diri kita sendiri kita juga jujur kepada ALALH. Tetapi walaupun sekiranya kita tak jujur pada ALLAH, ALLAH SWT tetap mengetahui niat dan perbuatan kita, samada perbuatan zahir ataupun perbuatan yang tersembunyi.
Amat malanglah setengah daripada kita masih dalam keadaan berdusta dan menafikan yang mereka perlu memperbaiki diri sedangkan bukti sedia di depan mata tentang kesilapan beberapa Institusi Islam kita. Kenapa membiarkannya ?
Saya mahukan golongan ulama Islam Sarawak sentiasa porgresif dan dynamic, dalam meletakkan syiar Islam melebihi semua strata kehidupan yang lain. Jangan lah membisu bila melihat sesuatu yang batil di depan mata. ALLAH akan bertanya golongan ulama pewaris ajaran Nabi ini di Yaumul Mashar nanti. Jadilah golongan ulama yang berwibawa, bukan tumpang sekaki dengan benda yang separuh betul dan separuh tak betul. Yang hak tak dapat dicampur dengan yang batil.
Saya sebenarnya ada " blue print " untuk Baitul Mal Sarawak yang pada pandangan saya merupakan satu usaha untuk meninggikan syiar dan usaha perekonomian Islam di negeri ini. Saya juga nak tanya rakan ulama yang lain, apakah usaha mereka untuk memperbaiki kepincangan pengurusan beberapa Institusi Islam di Sarawak. Di mana ilmu fiqh dan mumalat dan ikhtisad yang pernah dipelajari itu ? Yang belajar Syariah tu, di mana agaknya usaha untuk memperkemaskinikan kedudukan syariah di Sarawak khususny yang membabitkan perkara keluarga Islam, seperti kebajikan janda janda yang ditinggalkan suami, dan pembayaran nafkah yang lebih adil, dan peranan suami yang bertanggungjawab dalam rumah tangga ? Dan mengembangkan ekonomi dalam rumahtangga ? Undang undang yang perlu digubal untuk memastikan keadilan nafkah ?Di mana semuanya ini ?
Ilmu yang dipelajari dulu itu untuk apa ?
Wassalam,
ASSALAMMUALAIKUM SAUDARA-SAUDARI YANG AMAT BIJAKSANA.
ReplyDeleteBERIKUTAN PENUBUHAN ANAK SYARIKAT SAYA BAITULMAL SAYA BERANGGAPAN IANYA AMAT POSITIF BAGI MEMAJUKAN URUSAN OPERASI SERTA KEWANGAN BAITULMAL SENDIRI. JIKA DI FIKIRKAN, BAITULMAL MEMBELANJA WANG KELUAR TANPA ADA MASUK KEMBALI IANYA AKAN MENYEBABKAN EKONOMI BAITULMAL MEROSOT TANPA PEROLEHAN DARI YANG BELUM MENDALAMI ERTI ZAKAT. JADI, DENGAN ITU BIAR KITA MENGENALI APA SEBENARNYA YG BERLAKU SEBELUM KITA MENYATAKAN SESUATU. SURAH AL-KHUJURAT AYAT 6 BERKATA : JIKA KAMU BERJUMPA DENGAN SEORANG FASIK YANG MEMBAWA BERITA, HENDAKLAH KAMU MENYELIDIKNYA AGAR KAMU TIDAK MENYESALI AKAN TINDAKAN KAMU. WASSALAM....MAJU PEMIKIRAN UNTUK MASA DEPAN UMAT ISLAM.
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteTentang Majlis Islam Sarawak, dan lembaga Amanah Masjid Islam Sarawak saya nak tanya :
(1) Apakah aktiviti aktivit ilmiah yang dijalankan oleh masjid masjid di luar bandar yang terletak di dalam pengurusan Lembaga Amanah Masjid Negeri ?
(2) Sekiranya ada, apakah bentuk aktiviti berkenaan dan kekerapan ia diadakan ?
(3) Sumber sumber kewangan Masjid Sarawak itu dikendalikan siapa ?
(4) Pernahkah akaunnya di auditkan ?
(5) Berapa kah jumlah perbelanjaan untuk masjid masjid yang diuruskan oleh Lembaga Amanah Masjid negeri ?
(6) Adalah pihak Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak juga terlibat dalam bisnes dan perniagaan, samada yang betul ataupun yang meragukan ?
(6) Adakah semua tanah waqaf untuk masjid masjid dan surau di seluruh Sarawak itu betul betul digunakan untuk tujuan Islam ?
Sila jawap dengan jujur dan ikhlas.
Wassalam,
wahai saudara yang budiman dan lagi bijaksana. jika saudara ingin mengetahui persoalan terebut silalah datang berjumpa dengan orang yang diamanahkan menjaga kewangan masjid tersebut agar anda akan mengetahuinya dengan lebih jelas.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteOh ya, Saudara kita tadi menyatakan yang Baitul Mal ada syarikat bisness yang dikatakan membawa untung kepada Baitul Mal. Di katakannya yang Baitul Mal itu, jika cuma keluarkan wang tanpa masuk maka ia akan menyababkan ekonomi Baitul mal merosot.
Okay saya nak tanya. Syarikat apakah itu ? Kenapa disembunyikan fakta tentang nya ? Apakah bentuk perniagaannya ? Siapa yang menjalankannya ?
Siapa yang sebenarnya fasiq di sini ? Orang yang mahu menegakkan kebenaran ataupun orang yang menyembunyikan sesuatu ? Kenapa kerap dikeluarkan surah al Hujarat itu tentang orang munafa itu ?
Saya dan rakan yang lain bukannya membawa berita apa apa tetapi hanya bertanya untuk kebenaran.
wassalam,
UNTUK PENGETAHUAN TUAN YG BIJAKSANA, APA YG SAYA KETAHUI, SYARIKAT TERSEBUT MELAKSANAKAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SERTA PENYELENGGARAAN BANGUNAN. SEPERTI JUGA SEBUAH KERETA YANG KITA GUNA, JIKA TIDAK DISELENGGARA MAKA AKAN ROSAK ATAU BINASALAH HARTA ITU. BEGITULAH IBARATANYA SYARIKAT TERSEBUT YANG MEMASTIKAN HARTANAH MILIK BAITULMAL DIJAGA AGAR IANYA BERADA DALAM KEADAAN BAIK KERANA IANYA JUGA ADALAH SALAH SATU ASET UNTUK UMAT ISLAM SARAWAK TERUTAMANYA.SELAIN ITU JUGA SYARIKAT INI JUGA TIDAK TERLUPA UNTUK MEMBAYAR WANG ZAKAT PERNIAGAAN SEBAGAI MEMENUHI AMANAH YANG DIAMANAHKAN OLEH ALLAH S.W.T. JIKA TUAN INGIN MENGETAHUI PENGURUSAN OPERASI SYARIKAT TERSEBUT LEBIH LANJUT, SILALAH BERJUMPA DENGAN PIHAK YANG DIAMANAHKAN AGAR TUAN MENGETAHUINYA DENGAN LEBIH JELAS DAN NYATA.AYAT 26: SURAH AL-IMRAN: KATAKAN LAH(WAHAI MUHAMMAD) : WAHAI TUHAN YANG MEMPUNYAI KUASA PEMERINTAHAN!ENGKAU LAH MEMBERI KUASA PEMERINTAHAN KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI DAN ENGKAULAH YANG MENCABUT KUASA PEMERINTAHAN DARI SESIAPA YANG ENGKAU KEKHENDAKI. ENGKAULAH JUGA YANG MEMULIAKAN SESIAPA YANG ENGKAU KHENDAKI DAN ENGKAULAH YANG MENGHINA SESIAPA YANG ENGKAU KHENDAKI. DALAM KEKUASAAN ENGKAULAH SAHAJA ADANYA SEGALA KEBAIKAN.SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU"
ReplyDeleteKEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT HARTA
ReplyDeleteIbadat zakat merupakan salah satu daripada rukun islam yang lima. Ibadat zakat ini diwajibkan kepada setiap orang islam apabila cukup syarat-syaratnya. Selain melaksanakan perintah Allah s.w.t, tujuan utama ibadat ini ialah untuk membantu umat islam yang memerlukan pertolongan. Sudah menjadi lumrah alam bahawa ada manusia yang senang, susah, kaya, dan miskin. Oleh itu ibadat zakat yang diwajibkan merupakan pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang terdapat di muka bumi ini. Ibadat zakat juga merupakan hubungan individu dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hal ini dapat dilihat melalui pembahagian harta seseorang kepada orang lain mengikt hukum syarak. Selain itu, hubungan yang erat antara sesama umat islam dapat dijalan.
Wahai hamba Allah yg bertanya. Dalam islam mengajar kita bertanya tanpa menyinggung hati org lain. Kalau bertanya jgn lah mengemukakan info yg tidak tepat dgn cara menuduh dlm pertanyaan spt komisen insuran, pembinaan bangunan dn sbgainya. Itu bukan pertanyaan. Dosa fitnah lebih besar dr dosa membunuh, dosa kepada manusia jika manusia itu tdk memaafkan Allah swt juga tidak akan memaafkan. Bukan begini cara utk bertanya hingga menimbulkan rasa syak wasangka. Jika ada kesilapan seseorg bkn hak kita yg menghukum dan mengata org itu salah. Satu lagi, jika anda ada harta dan ada anak, adakah anda akan memberi semua harta anda kepada anak anda sedangkan anda masih hidup? Persoalan kedua, anda mempunyai sebidang tanah, kenapa anda membina sebuah rumah di atas tanah tersebut? Sila fikirkan jawapan. Jika anda dapat menjawapnya anda akan dpt jwpn kepada persoalan anda tentang pembahagian wang zakat dan pembinaan bangunan kompleks islam. Sepatutnya kita sebagai umat islam mesti berusaha bkn hanya tahu meminta. Begitu juga anda bila ada anak anda akan memberi belanja kpd anak anda pada tempoh tertentu. Sampai masa matangnya anda akan membiarkan anak anda berusaha mencari rezeki. Betul tak? Kalau taksampai bila lah kita hanya bergantung harapan. Untuk yg telah menerima bantuan anggaplah bantuan itu seperti kail dan umpan dan bagaimana kita hendak menangkap ikan itu terpulang kpd yg menerima bantuan itu. Kpd yg tak menerima anda haruslah bersyukur kerana ands bukan dalam keadaan miskin dan anggaplah anda seperti org yg dpt memberi dn membantu org miskin dgn zakat yg anda keluarkan. Fikir2kan.
ReplyDeleteHamba Allah yg daif.
Srs.
kita bukan mengata orang dan memfitnah orang tapi kita membayar zakat supaya wang zakat kita dapat di salur kepada orang yang benar2 memerlukan untuk menanggung kos2 pembelajaran anak2 orang miskin daif, itu yang di bangkitkan, walaupun ramai anak2 miskin yang telah di biayai oleh pihak baitulmal tetapi masih ramai juga yang benar2 memerlukan permohonan mereka di tolak, kita bukan menyatakan pihak baitulmal tidak bagus tapi kita mahu mereka membaiki kelemahan2 dalam tadbir urus baitulmal, kiranya kita memberi anak kita belanja, maka kita akan terkilan dgn anak kita kiranya wang yang di beri kita itu di beli pada barang2 yang tidak berfaedah seperti rokok, dadah dll. ini sudah pasti kita akan marah dengan anak2 kita. semakin kita daif, semakin itulah kita menjaga perbelanjaan kita supaya tidak membazir dan dapat menampung perbelanjaan kita untuk jangka masa panjang.
ReplyDeleteKalau itu yg di maksudkan alhamdulillah. Tetapi ada kah org itu benar2 layak atau tidak? Kadang2 kehidupan kita manusia sebegini mudah terlupa waktu susah yg bakal menjelma ketika dlm keadaan senang. Itu yg banyak terjadi pd bangsa kita yg patut di ubah. Saya bukan nak menyokong baitulmal semata2. Tapi jika kita hanya berharap tanpa usaha ianya akan menyakiti kita sendiri. Dulu saya pernah mendapat bantuan belajar dari baitulmal utk belajar. Harapan memang ada utk mendapat bantuan. Alhamdulillah saya dpt Rm200 dr baitulmal walau ianya tdk dpt menampung. Tapi apa yg penting kita kena usaha juga. Ktika senang cubalah kita menyimpan sekurang2nya Rm10 sebulan ketika anak kita kecil. Jika simpanan itu dlm tempoh 15tahun jumlahnya Rm1,800. Itu baru Rm10 sbulan. Itulah di namkan tanggungjwb kita sbg bapa. Memang baitulmal bertanggungjwb memastikan umat islam tidak miskin. Tapi apa yg saya tahu masyarakat islam sarawak khususnya tidaklah seberapayg bergelar miskin. Jika hendak dilihat trend masa kini semua org mampu mempunyai telefon bimbit dan ada yg membeli reload Rm50 utk sebulan. Ini kerana pemikiran, minda dan gaya hdp kita dpengaruhi oleh budaya barat yg menjadikan kehendak itu sebahagian dpd keperluan. Tetapi saya terkilan dgn sesetengah komen yg diberi menjurus kpd fitnah (amalan rasuah) dan menunjuk jari kearah mereka yg mengurus baitulmal. Saya mohon maaf kerana memberi pandangan jika ada yg terasa. Ini kerana saya kenal pekerja serta pengurusan baitulmal walaupun saya bukan bekerja dlm baitulmal. Sepatutnya kita harus bersatu sebagai muslim bukan mengata.
ReplyDeleteSrs
Dari Nu'aiman bin Basyir Ra. ia berkata: 'Rasulullah Saw bersabda': 'Kamu melihat orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasihi, saling cinta mencintai dan saling tolong menolong, seperti 1 tubuh yg kalau ada salah satu bagian dr anggota tubuh yg terkena penyakit, maka seluruh (kesatuan dr 1 tubuh-tmbhn dr ku) tubuh ikut menderita...',"
ReplyDeleteDari Ali r.a., Rasulullah saw. bersabda, “Segeralah bersedekah, sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi sedekah.” (Razin, Misykât)
ReplyDeleteDari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda, “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Allah swt. akan menambah kemuliaan kepada hamba-Nya yang pemaaf. Dan bagi hamba yang tawadhu’ karena Allah swt., Allah swt. akan mengangkat (derajatnya). (Muslim; Misykât)
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteJazaku'Allah khairan kathira kepada Saudara yang memberi penjelasan tentang bisnes Baitul Mal tadi. Syukran Jazillan kepada yang lain yang memberi feedback.
Saya akan mengulas pendapat 2 Saudara pembaca kita yang menyumbang post comment iatu tentang business Baitul mal dan juga Saudara yang menamakan diri sebagai " Hamba ALLAH yang daif ".
Syukur ke hadrat ALLAH SWT di atas feedback kedua dua Saudara kita ini. Cuma yang saya perhatikan ialah :
(1) tentang business yang dikatakan dibuat oleh Baitul Mal tadi, saya yakin saudara kita yang menjawabnya itu bukannya mempunyai " first hand information " atau " first hand knowledge " terhadap business berkenaan. Ini kerana cara beliau menjawab ialah seperti berikut bermula dengan "...APA YANG SAYA KETAHUI...."
(2) Seterusnya ialah tentang business berkenaan. Masih banyak lagi point yang belum dijelaskan. Misalnya keuntungan business berkenaan pergi ke mana, siapa yang mengarah business berkenaan, apa nama syarikat berkenaan, berapa kos untuk businessnya..." Ini merupakan sebahagian daripada tuntutan transparency,
(3) Ketiganya, saya tak menafikan kebenaran kata kata " Hamba ALLAH yang daif " yang kita mestilah mendapat sumber pendapatan yang lain dan tak boleh bergantung selama lama nya dengan satu sumber sahaja " Tetapi kita mesti berhati hati di dalam soal hukum. saya melihat issue ini daripada perspective yang jelas, kita mestilah kembali pada ALLAH dan Rasul ( yakni sunnah Rasulullah s.a.w ) sebelum membuat sesuatu pembaharuan di dalam institusi Islam seperti Baitul Mal. Jangan memandai mandai saja, yang nantinya menjadi bid'aah.
(4) Untuk melakukan pembaharuan memang boleh jika kita berijtihad dengan betul. Ijtihad ini perlu dilakukan oleh mereka yang berilmu dan boleh juga dibantu feedback oleh mereka yang professional. tetapi jangan berijtihad seorang diri dan menetapkan semua itu betul semata mata untuk keuntungan. Jangan membelakangkan ALLAH dan Rasul.
(5) Cuma 2 saja soalan saya yang amat terawal dari mula saya memasuki forum ini. Soalan pokoknya masih sama, atas dasar apakah atau atas nas apakah Baitul mal dibenarkan menggunakan wang zakat untuk membina bangunan yang mahal. Itu asnaf apa ? Soalan keduanya ialah " sudah berapakah wang Baitul mal digunakan untuk membantu asnaf asnaf yang layak ?
PERSOALAN PERSOALAN INI PENTING SEBAB saya hendak melihat jika dibandingkan dengan wang yang dibelanja untuk membina bangunan mahal dan untuk membantu asnaf yang berhak, yang mana satu lebih. Ini juga penting untuk seluruh umat Islam Sarawak mengetahui.
Dan seterusnya saya mengatakan yang " ADALAH MUSTAHIL YANG BAITUL MAL AKAN KETIADAAN WANG ATAU SUMBER PADA BILA BILA MASA PUN ". Percayalah dengan pendapat dan kesimpulan saya ini. Ini kerana selagi ada umat Islam, yang mengaku Dua kalimah Syahadah, dan yang mampu dari segi harta, selagi itulah Baitul Mal akan terus makmur. Dan syarikat syarikat perniagaan Islam juag akan terus menyumbang kepada zakat selagi ada keuntungan. Jadi mengapa ada pembaca kita yang perlu bimbang yang akan dapat ketandusan wang ataupun kemampuan Baitul Mal untu membantu umat Islam ? Mengapa ?
Harap dapat jawapan balas daripada pembaca berkenaan. Saya akan menulis lagi.
Wassalam,
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteUntuk cadangan saya tentang keperluan berijtihad itu, saya harap yang akan membalas atau mengupas cadangan saya itu, biarlah mereka yang tahu hukum ALLAH. Dan tahu susunan syarie sumber sumber Islam.
Ini kerana saya perhatikan yang kupasan daripada mereka yang membela Baitul mal itu amat menyimpang sekali.
Soalan soalan yang dikemukakan oleh pembaca yang nak tahu tentang pembinaan bangunan mahal Baitul mal itu bukannya fitnah. Bagaimana ia boleh menjadi fitnah sedangkan semua orang tahu yang Baitul Mal itu yang membina bangunan mahal itu dan ini adalah satu hakikat dan bukannya fitnah.
Jangan lah mereka yang mempertahankan Baitul Mal itu menjadi defensive sehingga mendakwa itu satu fitnah. Fitnah apa yang dimaksudkan di sini ?
Hukum Islam adalah jelas, Baitul Mal itu tujuannya ialah untuk membantu orang yang tiada kemampuan seperti asnaf asnaf yang ditetapkan. Tentang pembinaan bangunan mahal, di mana nas hukum itu ? di mana ?
Wassalam,
knight of saladin. Adakah anda mengetahui lebih dalam mengenai syarikat tersebut? anda juga tidak mengetahui sedalam2nya bukan? so tidak anda mengatakan saya tidak tahu info syarikat tersebut. Untuk makluman juga saya kenal lebih rapat lagi tentang operasi dan kakitangan syarikat tersebut. saya cadangkan agar tuan berjumpa sendiri dengan pegawai2 yang berkaitan sebelum mengemukakan info. sebab itu saya mengatakan info yg tuan berikan tidaklah tepat. kalau ingin tahu jumpalah mereka dengan berpandangan muka bukan dengan cara tersembunyi. itu adalah yg terbaik bukan? Rasulluah s.a.w jika ingin mendaptkan pamdamgam serta keputusan ianya akan berjumpa serta berpandangan untuk berbincang tanpa mengemukakan sesuatu yg belum tentu sahih.
ReplyDeleteSalam buat Knight of Saladin. Saya candangkan agar anda mendalami Al-Quran dan maksud tersirat disebaliknya dengan pelbagai perspektif yg meluas. Nanti anda akan mendapat jawapan kepada persoalan anda itu. Terima kasih
ReplyDeleteSrs
Untuk makluman juga :
ReplyDeleteDana Baitulmal terbahagi kepada 3 iaitu:
1. Dana Zakat : Dimana dana itu disumbang oleh pembayar zakat yang diamanahkan oleh Allah swt dan wajib kepada muslim yang berkemampuan untuk membayarnya. Zakat tidak saj bermaksud zakat fitrah setahun sekali. Zakat terbahagi kepada beberapa perkara iaitu zakat pendapatan, perniagaan, simpanan dll.
Kegunaan wang zakat : untuk membantu golongan 8 asnaf bagi meringankan beban dan bukannya melepaskan seseorg itu dari beban.
2. Dana Wakaf : Dimana dana itu disumbang oleh orang2 yang berkemampuan untuk melepaskan harta atau sesuatu itu bagi pembangunan umat islam serta mengekalkan harta tersebut untuk di manfa'atkan. Ini tidak bererti harta yang diwakaf itu tidak boleh di kenakan bayaran kepada yang mengunakan harta wakaf. jika difikirkan secara rasional harta itu perlu dijaga dan ianya perlu di kenakan juga bayaran yang setimpal bagi pengurusan operasi harta wakaf itu agar inya terus berkekalan dan di manfa'atkan.
3. Dana Baitulmal : Dana ini diperolehi daripada sumbangan wajib yang dikenakan kepada semua umat islam yang berkerja di sarawak mengikut ordinan yang telah ditetapkan.
Kegunaan dana : Untuk urusan operasi baitulmal serta pembangunan hartanah dan pembangunan harta2 yang dimiliki yang diuruskan oleh baitulmal untuk pengekalan hartanah tersebut untuk masa hadapan.
Jadi, lihatlah dimana kegunaan dana2 yang tersebut dan janganlah kita hanya mengetahui ianya cuma wang zakat semata2. Jika ingin mengetahui lebih lanjut berhubunglah atau pergilah ke pejabat Baitulmal sendiri untuk mendapat penjelasan lanjut dan melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku.
Srs.
Al-'Asr
ReplyDelete[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Khutbah Akhir Nabi Muhammad S.A.W
ReplyDelete"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Allah swt berfirman : “Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Olah kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta.” (An-Nur : 13)
ReplyDeletesarawakupdate.com/home/berita/baitulmal-jejak-fakir/
ReplyDeletelayari dan lihatlah website diatas.
Menerangkan tanda orang yang bersandar kepada amal. Bergantung kepada amal adalah sifat manusia biasa yang hidup dalam dunia ini. Dunia ini dinamakan alam asbab. Apabila perjalanan hidup keduniaan dipandang melalui mata ilmu atau mata akal akan dapat disaksikan kerapian susunan sistem sebab musabab yang mempengaruhi segala kejadian. Tiap sesuatu berlaku menurut sebab yang menyebabkan ia berlaku. Hubungan sebab dengan akibat sangat erat. Mata akal melihat dengan jelas keberkesanan sebab dalam menentukan akibat. Kerapian sistem sebab musabab ini membolehkan manusia mengambil manfaat daripada anasir dan kejadian alam. Manusia dapat menentukan anasir yang boleh memudaratkan kesihatan lalu menjauhkannya dan manusia juga boleh menentukan anasir yang boleh menjadi ubat lalu menggunakannya. Manusia boleh membuat ramalan cuaca, pasang surut air laut, angin, ombak, letupan gunung berapi dan lain-lain kerana sistem yang mengawal perjalanan anasir alam berada dalam suasana yang sangat rapi dan sempurna, membentuk hubungan sebab dan akibat yang padu.
ReplyDeleteAssalamualaikum. wrbt. Saya akan menjawab semua ini nanti. tengah sibuk dengan tugas sekarang.
ReplyDeleteKnights of Saladin
DARIPADA KINGHTS OF SALADIN,
ReplyDeleteAssalamualaikum wrbt.
Terima kasih atas feedback 2 saudara kita yang memberi respons pada post komen yang pada awal pagi ini.
Respons saya ialah (1) jika betul saudara itu tahu tentang syarikat berkenaan, maka dedahlanlah. Kenapa suruh saya ke pejabat Baitul Mal pulak. Dedahkan di forum ini apa bentuk bisnes syarikat berkenaan, siapa pengarahnya, untungnya pergi ke mana. ini supaya semua umat Muslim tahu, bukan saya seorang saja tahu.
(2) saudara ke dua kita menyuruh saya mendalami Al Quran dan menghayati prinsipnya. Syukur saya pada ALLAH yang ada hambaNYA yang menyeru yang ma'aruf ini. Insya ALLAH, saya sentiasa cuba berbuat demikian dan pengajian Al Quran juga merupakan sebahagian daripada pengajian saya masa di universiti dulu. Dan akan sentiasa buat hingga sekarang. Tetapi bagi sesiapa yang menyeru demikian hendaklah juga membuat seru kepada pemegang pemegang amanah Di baitul Mal itu supaya mereka jangan menyeleweng.
( 3) Ketiga, saya rasa banyak mereka yang menjawab bagi pihak Baitul Mal di forum ini bukannya ulama. Misalnya ada Saudara kita yang memetik surah Al Quran yang menyatakan keperluan 4 saksi untuk sesuatu perkara dan jika tiada maka ia berdusta.
Saudara, janganlah memetik surah luar daripada konteks bicara kita. Surah berkenaan ialah berkaitan dengan hukum hudud dan kesalahan hudud yang mana mesti ada 4 saksi adil. Ini perkara dalam pembuktiaan hukum Islam yang dinamakan " Bayyinah ". Malah dalam perundangan Islam terdapat cabang lain selain daripada hudud. Kesalahan Tahzir misalnya tiada keperluan untuk 4 saksi. Sila lihat pendapat imam Malik dalam Marsalih Mursalah. Fahamkah konsep maslahah ? Saya juga mengaji perundangan Islam. Jangan memutar belit sesuatu tanpa melihat pada konteks perbincangan hari ini.
Jika pihak Baitul Mal di pihak yang betul, nyatakanlah dan jawaplah soalan soalan pokok yang saya kemukakan.
(4) Ada juga Saudara kita yang menyatakan tentang katergori sumber Baitul Mal iaitu daripada zakat, waqaf, potongan gaji. Ini saya sudah lama mengetahuinya. Saya juag penyumbang zakat berkali kali melalui Tabing haji, Bank Rakyat, Bank Islam. Kita kena faham yang bila Tabung Haji memberi zakat, itu daripada potongan dividen pemegang akaunnya. Sama juga dengan bank Rakyat. Ini daripada pemegang saham Bank Rakyat.
Saya ingin menyatakan di sini yang priority Baitul Mal dalam berniaga adalah salah dan membina bangunan besar dan tidak memberi perhatian utama kepada masalah kemiskinan, kepayahan hidup, perjuangan orang yang berjaln di sisi ALLAH.
Saya akan menulis lagi Insya ALLAH. Syukran pada semua dan semoga mendapat keredhaan ALLAH SWT.
Terima kasih saudara knight.
ReplyDelete1. Kalau saya certa pun tentang syrikat tersebut dlm forum ini adakah anda percaya? Ini kerana anda tidak akan dpt melihat sendiri. Rasulluah jika ingin mengetahui lebih sahih rasulluah sendiri akan bersemuka utk mendapatkan kesahihan. Bukankah itu slah satu dr sunnah?
2. Alhamdulillah kerana saudara seorg graduat pengajian Al- Quran. Adakah Al- Quran mengajar kita utuk mencari keburukan org dan menghukum org tanpa memperolehi bukti yg sahih?
3. Ada tak Allah swt menyatakan dlm Al-Quran seorg ulama saja yg dpt menentukan sesuatu dan boleh bercakap tentang agama? Adah anda seorg ulama?
4. Betulkah anda tahu pecahan zakat lebih lama? Apakah pecahan zakat itu? Wang simpanan harus dikenakan zakat tak? Saudara lebih tahu kerana saudarabelajar pengajian Al-Quran dan agama bukan?
5. Anda ada sebidang tanah, apa yg perlu anda lakukan terhadap tanah tersebut? Jual? Apa yg anda dpt? Buat rumah @ bangunan? Atas dasar apa? Berkebun? Utk apa? Jika anda dpt menjawap soalan ini maka terjawaplah kenapa baitulmal buat bangunan komersial.
Anda tolong fikirkan semua soalan tersebut dan jika anda ada jwpan nya maka itu lah jwpn kepada persoalan anda melalui perspektif diri anda dan baitulmal.
Srs
APA DI BUKAK KITAK ORANG NGN KITAB , HADITH , ASNAF ZAKAT LAH, MCM2 LAH , TADBIR URUS BAITULMAL YA NANG DAH SIK BETUL, DAK PENCEN DI AMBIK KERJA BUKAN MAUK MAKAN GAJI SERIBU DUA, MALU JUAK SIDAK BEKAS PENGARAH , BEKAS MUFTI DI BERIK GAJI NGGAK BANYAK YA, MESTILAH MAKAN GAJI SEKURANG KURANGNYA SEPULOH RIBU SEBULAN, CUBA AMBIK PEGAWAI KERAJAAN ISLAM ATTACH JAK KE SIA, BIAR LAH KERAJAAN BAYAR GAJI SIDAK NYA, SAMA JUAK, SIK BUANG DUIT ZAKAT, YANG SIDAK MUFTI DAH BEGAJI BESAR APAHAL LAGIK DI BERIK JADI DAK AHLI LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT BAITULMAL, PENASIHAT AGAMA PUN BAITULMAL JUAK BAYAR GAJINYA KINEKTOK.MUN MCM YA NEY DAK DUIT PLANTATION LEMBAGA AMANAH MASJID, DI NGAP NAK SORANG YA AJAK KAH, ADA NAK SAMPAY ANAKNYA MAIN DAK BOLING DI KL PUN ADA BODYGUARD JUAK NGEKOT JAGA ANAKNYA, MUN TEK NAK PERSONAL, DAK SEKERITI DI MASJID YA DI PAKAY NYA, TAMBANG ELAUN SEMUA MASJID BAYAR, NYA PAGAR KUBUR JALAN KERETAPI YA, SEMADI JAK JNJI , YA PUN TAKUT KALAH ELEKSEN. PIKIR JAK KITAK SIA.
ReplyDeleteSubhanaAllah. Mana bukti dan fakts mengatakan mereka ahli lembaga pengarah itu org yg berpencen dan bergaji besar hingga sepuluh ribu? Boleh tak tuan tunjuk kan payslip mereka utk bukti? Kalau ianya betul apa yg tuan cakap tu dgn bukti yg sahih mungkin saya percaya. Kalau ianya tdk benar siapakah yg sanggup menghadapi dosa fitnah? Tuan sanggup kahmenghadapi dosa fitnah itu? Kalau betul pun mereka berkerja mungkin itu hak mereka kerana rezeki dtgnya dr Allah swt. Cuma kita harus berusaha mencari rezeki. Mungkin tuan ingin duduk sebagai lembaga pengarah tak? Tetapi sebelum itu cuba tanya kpd diri dulu, adakah aku layak dan mampu dan sanggup menghadapi apa saja amanah? Ingat lah surah Ar-Rad ayt 11 : Allah swt tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri.
ReplyDeleteDan ingat juga janji iblis laknat yang sebelum diturunkan oleh Allah swt. Aku akan terus menganggu dan menyesatkan umat Adam hingga kiamat. Itulah perjanjian iblis dgn Allah swt. Jgn lah kita menjadi sebahagian dpd golongan iblis itu kerana iblis akan terus menghasut serta memainkan nafsu kita umat adam. Kenapa kita perlu dengki sesama muslim. Kenapa tidak kita dengki kpd Bill gate yg mencipta microsoft yg kita guna. Dia lebih lagi kaya. Kenapa kita tidak memikirkan bagaimana nak melawan keluaran dia dpd kita hanya sibuk sesama muslim. Adakah nikmat yg Allah berikan kpd muslim yg lain itu menjadikan kita dengki dgn mereka dan kenapa pula dgn org yg bkn muslim kita harus memuja? Apakah tanda itu? Tahikah anda iblis sedang tertawa disebelah anda bila ianya dpt mengawal emosi anda utk mengikut telunjuknya? SubhanaAllah.
"Wahai Para Pemimpin: Kami merindui Pemerintahan Umar Al-Khattab r.a"
ReplyDeleteUMAR SENDIRI MENGAMBIL HARTANYA UNTUK UMAT ISLAM, dan BELIAU SENDIRI TIDAK MAKAN DAGING 'SEHINGGA' SEMUA ORANG MISKIN DI BAWAH PENTADBIRANYA MAKAN TERLEBIH DAHULU.
Dengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah) Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah).
UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA.
Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. Selain itu, Umar r.a turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah.
Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a
1.Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.
2.Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata
"barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas"
5.Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan
"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"
Umar r.a menjawab
"Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya"
Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan "PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN."
Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.
Umar r.a menjawab "Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya".
WASSALAM.
DENGAN RASA RENDAH HATI KEPADA SEMUA YANG MEMBERI PANDANGAN DISINI, ADA BAIKNYA KITA BERHENTI BAGI KOMEN-KOMEN DISINI. APA UNTUNGNYA DAN KITA TIDAK PASTI SIAPA DIBELAKANG SENABAKU SARAWAK. BERHENTILAH...BERHENTILAH DEMI PERPADUAN. JIKA HENDAK MAKLUMAT SAHIH SAMA-SAMA KITA TETAPKAN SATU TARIKH KITA JUMPA PIHAK BAITULMAL. MINTA DIBERI TAKLIMAT...
ReplyDeleteKNIGHTS OF SALADIN MENULIS...
ReplyDeleteAssalamualaikum wrbt Saudara saudara Muslimin dan Muslimah se agama,
Dengan izin ALLAH SWT, sekali lagi saya diberi kekuatannya untuk membalas komentar saudara seukhwah dengan saya. Saya ditanya beberapa soalan tadi tentang zakat.
(1) Jawapan saya ialah : Wang simpanan wajib dikenakan zakat jika cukup haul dan nisab
(2) Wang perniagaan wajib dikenakan zakat atas dasar keuntungan perniagaan tetapi bukan atas yang " modal " atau " capital "
(3) Ada juga zakat pertanian.
(4) tentang tanah. Tanah sebagai harta secara dasarnya tidak wajib dikenakan zakat. Tetapi kita kena faham pengurusan tanah dan dasar pemilikan tanah dalam Islam. Ini bermakna tanah itu hendaklah dimajukan. Terlalu detail untuk saya sebut pandangan Islam terhadap tanah. Sila Saudara saya yang pertama tadi sila buka " Ihya Al Mawat ". Kalau faham Ihya Al Mawat, itu lah jawapannya.
Alhamdulillah, dengan ilmu yang ALLAH kurnia pada saya, dapat saya jawap soalan Saudara Seukhwah tadi. Cuma kenapa soalan soalan pokok saya sejak dari dulu lagi belum terjawab ? : )
Saudara saudara seukhwah ku sekalina, Saya cuma ingin pertanyaan. Sekiranya saudara saudara yakin yang landasan Baitul mal itu betul, tolong bantu lah dengan menjawab soalan soalan pokok saya itu. Walau apa pun saya tetap mendoakan semua usaha Saudara saudara di Baitul Mal itu mendapat keredhaan ALLAH SWT bagi perjuangan perjuangan yang betul. Saya tak nafikan yang banyak yang betul di Baitul Mal, tetapi salahkah kita bertanya tentang apa yang kita di luar ni anggap kabur dan meragukan ? Tahu kah Saudara khutbah Jumaat pertama Sayyidina Umar Ibnu Al Khattab (r.a. ) kata selepas menjawat jawatan Khalifah ?
Insya ALLAH saya akan menulis lagi selepas ini. Ada amanah lain yang perlu saya tunaikan selepas ini.
Jazaku'Allah khairan kathira.
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
KNIGHTS OF SALADIN,
ReplyDeleteAssalamualaikum wrbt.
Saudara yang pertama tadi ada tanya " Adakah benar ada dalam Islam itu hanya ulama boleh bercakap pasal agama ?
Jawapan saya, ialah memang betul. Hanya ulama yang berhak bercakap pasal soal hukum yani soal fatwa. Tetapi bagi soal soal yang telah diputuskan, barulah orang biasa boleh bercakap pasal ugama. Tetapi yang boleh memutuskan hukum itu melalui ijtihad ialah alim ulama. Ini jangan kita sangsi. Jangan kita membolehkan sesuatu perbuatan berkaitan dengan hukum dan bertindak sesuka hati.
jangan pandai memandai seorang diri. Bolehkah seorang yang bukan bidangnya bercakap dalam bidang itu ? Bolehkah seorang engineer bercakap tentang soal perubatan kecuali soal soal yang sudah diketahui umum ?
wassalam,
KNIGHTS OF SALADIN menulis...
ReplyDeleteAda masa sikit ini.
Lihat sunnah Rasulullah s.aw. Rasulullah s.a.w. jika diberi hadiah berbentuk makanan, maka baginda tidak akan senang kecuali sehingga baginda selesai menbahagi makanan tersebut pada jiran jiran ataupun sahabat di sekeliling..."
Apa iktibar yang boleh kita ambil di sini ? Masih hendak mengambil cara korporat kah kita bila mengurus amanah ALLAH atau hendak mengikut cara sunnah Rasulullah s.a.w ?
Wassalam,
ALHAMDULILAH KERANA HIJAB PENGETAHUAN DAN MATA ANDA TELAH TERBUKA UNTUK MELIHAT SUNNAH RASULULLAH S.W.T.
ReplyDeleteKINI PERSOALAN ANDA "KENAPA SAYA PATUT PERGI KE BAITULMAL DAN BERJUMPA MEREKA?" ITULAH JAWAPAN ANDA KENAPA SAYA MENYARANKAN AGAR ANDA BERJUMPA MEREKA KERANA SUNNAH RASULULLAH JUGA IALAH JIKA BAGINDA MENDAPATKAN SESUATU BERITA YANG TIDAK MENGETAHUI KESAHIHAN NYA MAKA BAGINDA SENDIRI AKAN BERJUMPA DAN BERBINCANG DENGAN PANDANGAN MATA AGAR APA PUN KEPUTUSAN DAPAT DILaKUKAN DENGAN PERKARA YANG SAHIH.
RASULUALLAH JUGA BILA BAGINDA MARAH BAGINDA AKAN DIAM , APABILA BAGINDA GEMBIRA DIA AKAN TERSENYUM. SELAIN ITU JUGA APABILA BAGINDA MEMBERI HARTANYA MAKA IANYA TIDAK AKAN MENGUNGKIT ATAU BERTANYA DIMANAKAH DAN KEGUNAAN HARTA TERSEBUT.
ADAKAH CARA TUAN MENYATAKAN YANG MENGURUS BAITULMAL ITU SALAH SERTA MEMFITNAH ITU CARA HIDUP ISLAM YANG TUAN PELAJARI DI UNIVERSITI DALAM JURUSAN PENGAJIAN AL-QURAN.
SATU LAGI, SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH KERANA TUAN TELAH MENJAWAB SOALAN SAYA DAN ITULAH JUGA JAWAPAN KEPADA PERSOALAN TUAN.HANYA TUAN SENDIRI YANG MUNGKIN BELUM MENDALAMI APA YANG TUAN PERSOALKAN. DIHARAP KITA SAUDARA SEMUSLIM INI DAPATLAH BERSATU BUKANNYA MENUNDING JARI UNTUK MENYATAKAN SESEORANG ITU SALAH ATAU BETUL KERANA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG MAMPU MENILAI KITA. SEORANG ULAMA DENGAN SEORANG PROFESIONAL ADALAH HAMBA ALLAH DIMUKA BUMI INI. TIDAK SEMESTINYA SEORANG PROFESIONAL TIDAK MENGETAHUI HUKUM HAKAM HIDUP DIDUNIA DAN DI AKHIRAT, DISITU JUGA DENGAN PARA ULAMA. DIHARAP TUAN CEPAT2 LAH BERFIKIR DENGAN TINDAKAN TUAN ADAKAH IANYA SALAH ATAU BETUL AGAR APA YANG KITA LAKUKAN DILINDUNGI OLEH MALAIKAT ATAU KITA BERADA DALAM HASUTAN IBLIS YANG LAKNAT.
Srs
Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang. Tidak ada sedikitpun kelembutan pada diri mereka. Hati mereka keras bagaikan karang. Kaku tabiat, baik ketika memberi maupun menerima. Kurang peka perasaan, lagi tipis peri kemanusiannya. Berbeda halnya dengan orang yang dikaruniai Alloh Ta’ala hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Dialah yang layak disebut pemilik hati yang agung penuh cinta. Hati yang diliputi dengan kasih sayang dan digerakkan oleh perasaan yang halus.
ReplyDeletesabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”. (Riwayat Ahmad dan Muslim)
ReplyDelete”Maka hendaklah kamu bertanya ahli dhikr (ahli-ahli kitab yang terdahulu) sekiranya kamu tidak tahu.” (an-Nahl: 43)
ReplyDelete”Dan contoh-contoh itu Kami (Allah) bawakan kepada manusia dan tidak (ada orang yang) mengetahuinya melainkan orang-orang alim.” (al-Ankabut: 43)
”Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang-orang yang tahu dan tidak tahu? Demi sesungguhnya orang-orang yang (sentiasa) ingat (kepada Allah) ialah orang yang mempunyai akal (berilmu).” (az-Zumar: 9)
KNIGHTS OF SALADIN,
ReplyDeleteAssalamualaikum,
Saya telah menjawab semua persoalan yang dikemukakan pada saya. Tetapi pihak baitul Mal tidak menjawabnya sebaliknya masih berdalih.
Itu saya faham. Kerana orang yang menjawabnya ialah bukannya ulama atau ahli dan memang terdapat beberapa perkara yang disembunyikan di situ.
Adil kah perbincangan di sini ? Saya di cabar untuk menjawab tetapi pertanyaan saya langsung tidak terjawab. Dan masih lagi setengah mereka menegak benang basah. kalau betul Baitul mal accountable lekas lekas lah jawab. Jangan nak berpura pura menjadai ulama pulak.
Apa yang mereka tahu tentang pendapat zakat dan Ihya Al Mawat yang saya nyatakan tadi ? janganlah berpura pura.
Sebenarnya saya tidak tahu apa yang dimaksudkan fitnah oleh mereka mereka yang mempertahankan Baitul mal itu ? Apa kah fitnah yang mereka kata saya lemparkan itu ? Apa kah pertanyaan itu satu fitnah ? Kalau mereka berdiri di landasan yang betul, mengapa takut ? Mengapa berhelah sana sini ?
Kenapa bila ada satu lagi e mail baik daripada seorang pembaca yang mencerita kan tentang sayyidina Umar ibnu Al Khattab ( r.a ), dan memetik Qardawi, tentang sifat mulia Umar (r.a ) pihak Baitul mal tidak insaf ?
Saya ingin menyatakan di sini yang benda yang hak itu jelas dan terang dan yang batil itu memang selalu kabur dan tersembunyi.
Saya juga nak tanya " Kenapa selama ini, dalam forum ini tiada ulama ulama yang mempertahankan Baitul Mal Sarawak itu ? " Ini menunjukkan yang ulama juga tahu masalah yang berlaku dalam institusi berkenaan.
Kalau nak bermuzakarah dengan saya, sila jemput mereka yang ahli, bukannya mereka yang hendak menegak benang basah.
Ya, pendapat yang mengatakan yang orang biasa boleh memberi penadapt hukum agama adalah pendapat yang songsang. kalau macam tu, ayah pin pun boleh beri pendapat dia. Na uzubillah.
Wassalam
KNIGHTS OF SALADIN bertanya,
ReplyDeleteAssalamualaikum wrbt.
Saya juga ada soaln tambahan selain daripada soalan soalan pokok saya yang belum dijawab itu ?
Pernahkah akaun Baitul Mal di audit dengan betul ? Siapa yang melaksanakan audit tersebut ? Siapa akauntan mereka ? Kenapa issue mengenai akaun dan pendapatan Baitul Mal ini tidak pernah diumumkan ? Kenapa ?
Sekali lagi saya nyatakan yang saya bertanya ini kerana bersandarkan akauntabiliti Sayyidina Umar ibnu Al Khatab (r.a ) di mana sayidina Umar begitu halus, dan telus teliti mejaga apa yang hak dan apa yang meragukan.
Apa kah pihak Baitul Mal berpendapat mereka lebih baik daripada Sayyidina Umar (r.a. ) ?
Sila lah jawab pertanyaan tambahan ini.
Wassalam,
Assalamualaikum , dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi mengasihani.
ReplyDeletePada ketika pembentukan permulan Baitulmal tiada yang punya mata, tiada yang punya hati, perasaan cinta jauh sekali, hingga akal menjadi dunggu, hati menjadi beku, mata menjadi kelabu, hina mencengkam jiwa, benci menjadi nadi, telunjuk menjadi batu menunding seperti melihat hantu dan hati tetap sayu, tiada harapan, tiada ungkapan restu itulah hakikat Mu Baitulmal badan amanah muslim yang satu.
Kini kau yang megah (Baitulmal)Berbunga kata nista setelah kau tampak megah berkuasa, dalam keagunganan mu kini tampak jalan satu pembela ummah bersatu tapi lebur oleh manusia yang berhati batu, manusia yang tidak kenal apa itu satu kiblat satu iradat tujuan yang jitu. Perjalanan Mu kita tampak megah menuju impian yang nyata tadi penghadang dan penceroboh yang tak kenal apa itu satu tujuan walaupun mengaku satu kiblat bersama. Angkuhnya mereka,iri hati,dengan kejayaan yang nya.
Mudah mudahan Allah lindungi Kamu Baitulmal.Amin
KNIGHTS OF SALADIN,
ReplyDeleteAssalamualaikum wrbt.
Insya ALLAH, saya dan kebanyakan pembaca yang lain tidak iri hati dengan Baitul mal. jauh daripada irihati kami ingin melihat Baitul Mal yang transparen, dan kukuh dan BERLANDASKAN SYARAK.
Irihati kah kami jika kami menyumbang berkali kali dalam satu tahun pada institusi ini ? Iri hatikah kami jika kami bertanya untuk kebenaran, tetapi tak pernah terjawab dengan betul oleh mereka yang mengetahui perjalanan di dalamnya ?
kenapa tak ikut sunnah Rasulullah s.a.w dan para sahaba terutama sekali sayyidina Umar ( r.a. ) dalam menguruskan Baitul Mal ? Apakah kerana cara Rasulullah s.a.w itu tidak canggih pada pandangan mereka ?
Sesiapa pun boleh menulis sajak, tapi itu sajak kosong tanpa nila estetika sekalipun. Waima, yang penting sini, yang masih perlu diperjelaskan di sini ialah soal hak dan yang meragukan.
Kami, di sepanjang hidup baligh kami, sejak kami mula mencari rezeki, sentiasa menyumbang yang wajib kepada Baitul mal. Apa kah ini satu fitnah atau irihati ?
Janganlah kita menggunakan cara budak kecil untuk menjawab soalan, bila tak boleh menjawab, maka dituduhnya orang yang bertanya itu memfitnah dan irihati. Sila pamerkan akauntabiliti.
Wassalam,
Hilangnya Agama Ini karena Empat Hal:
ReplyDeletePertama, karena anda tidak mengetahui apa yang anda amalkan.
Kedua, karena anda mengamalkan perkara-perkara yang anda tidak mengetahuinya.
Ketiga, karena anda tidak mau belajar hal-hal yang anda tidak mengerti, lalu anda terus menerus bodoh.
Keempat, anda menghalangi orang-orang yang belajar pengetahuan, dimana mereka tidak tahu.
Awasilah pendengaran dan pengelihatan yang merupakan dua pintu yang sentiasa terbuka menuju ke hati. Apa sahaja yang masuk menerusi kedua-dua pancaindera ini akan sampai ke hati. Betapa banyak perkara yang didengar dan dilihat oleh manusia dari hal-hal yang tidak patut sampai kesannya ke hati, lalu sukar pula baginya untuk menghapuskan kesan itu. Allah swt telah berfirman: "Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (Asy-Syams : 8-10)
ReplyDeleteaku rasa knight of saladin ya nang dah bebal gilak and xboh lah gago nak layan takut kita gila sama mcm nya. mun dah mengatakan menyumbang ya ikhlas tapi dipertikaikan atau di ungkit ya bukan menyumbang nama nya. ya adalah aktiviti sumbang. hahahahahahahah...... bubye......
ReplyDeleteorg kedak ya xperlu diberi salam.
knight of saladin.
ReplyDeletesaudara ingin tahu kenapa baitulmal tidak transparent? saudara jawab soalan saya baru saudara tahu jwpn nya. Sanggupkah saudara pergi ke pasar dalam keadaan telanjang tanpa seurat benang? jawapan anda akan menjawap kenapa baitulmal tidak transparent. terima kasih
toton
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
ReplyDeleteOrang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).
Pok mun i offer u mok x? jadi pengarah kepada lembu2. Dapat juak bila lembu ya sihat and besar kita dapat jual and untuk bayak. I tauk u tok mata duitan. hahahahahaha.....i kesian bah dgn u. apa u oleh mengata hal org. bgs kita jaga lembu jak. bubye......
ReplyDeleteAku tok spm jak pok. sama juak byr zakat pok. tapi aku syukur kerana hidup aku xkaya tapi hati aku tenang dgn rezeki Allah. maaf pok duit yg ko padah ko pun ya beri dgn org ya sebenar bukan harta ko. ya harta Allah utk kita kongsikan bersamaaaaaaaaaa......kweng...kweng...kweng...
ReplyDeletetatatatata......bubye
Iktibar perang uhud.
ReplyDeleteSehabis perang Uhud itu kekejaman musuh semakin bertambah juga. Jenazah jenazah tentera Islam yang bergelimpangan di medan perang, mereka koyak koyak dan hinakan. Dengan ramainya korban orang orang Islam dan sedikitnya korban di pihak mereka, mereka sama sama menyombongkan diri kerana mengira bahawa tentera Islam akan dapat dibinasakan semuanya. Yahudi Madinah mulai ingin bersahabat dengan bangsa Quraisy untuk menyerang orang Islam, melanggar janji yang sudah mereka tandatangani di hadapan Nabi sendiri. Kaum munafik (yang bergabung dengan orang Islam, kerana takut dan lain alasan, bukan kerana keinsafan), makin terang terang mengkhianati kaum Islam.
Sejak pertama kali seseorang membuka matanya di dunia, Allahlah yang menetapkan setiap peristiwa yang terjadi dalam kehidupannya. Allahlah Yang Mahakuasa, Mahabijaksana, dan Mahaadil. Semua diciptakan Allah dalam rangka memenuhi rencana-Nya dan untuk tujuan Ilahiah, sebagaimana difirmankan Allah dalam sebuah ayat Al-Qur`an, "Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran. (al-Qamar: 49) Dalam cahaya kekuasaan dan kehebatan Allah yang tiada batasnya, manusia hanyalah makhluk yang lemah. Tanpa kemurahan dan kasih Allah, ia tidak akan bisa bertahan. Melalui kemampuannya untuk memahami dan mempertimbangkan, manusia dapat memahami sesuatu hanya seluas apa yang diizinkan Penciptanya. Adalah sebuah keharusan bagi kita untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan maksud-maksud Ilahiah yang telah ditetapkan-Nya. Apa pun yang kita alami dalam hidup ini, kita harus tetap ingat bahwa Allah adalah Tuhan yang menguasai seluruh alam semesta dan Dia mengetahui, melihat, dan mendengar apa yang tidak dapat kita ketahui, lihat, dan dengar; dan bahwa Allah mengetahui sesuatu yang akan terjadi dan tidak kita sadari. Demikianlah, kita menyadari bahwa Allahlah yang menyebabkan terjadinya setiap peristiwa sesuai dengan tujuan ilmiah, yaitu untuk kebaikan kita.
ReplyDeletewahai orang-orang yang beriman? bertakwalah pada Allah swt.(dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA)dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memrhatikan apayang dia telah sediakan(dari amal-amalnya)untuk hari esok(hari akhirat)dan (sekali lagi di ingatkan ):bertakwalah kepada ALLAH,sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuanNYA,akan segala yang kamu kerjakan.
ReplyDeleteDan janganlah kamu menjadi seperti orang telah melupakan(perintah-perintah)Allah,lalu Allah menjadikan mereka melupakan(amal-amal yang baik untuk menyelamatkan)diri mereka.Mereka itulah orng-orng yang fasiq.
Surah Al-Hashr ayat 18 dan 19.
Srs
Kesombongan itu juga dapat dilihat melalui tutur katanya, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat. Imam Al Ghazali berkata; “Orang yang sombong atau takabbur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar.”
ReplyDeleteOrang yang sombong atau takabbur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya, ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandingnya.
Sombong atau takabbur batin ialah membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat di dalam hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah lahirnya kata-kata membanggakan diri. Iblis menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam, katanya, “Aku lebih baik dan mulia dari dia (Adam), aku dijadikan dari api sedangkan dia dijadikan dari tanah,” lalu dengan angkuhnya Iblis enggan tunduk kepada Nabi Adam, sehingga dengan itu menyebabkan Allah melaknat Iblis dan keturunannya.
KNIGHTS OF SALADIN menulis dengan riangnya...
ReplyDeleteAssalamualaikum wrbt.
KENAPA SAYA KETAWA
Hampir pecah perut saya ketawa membaca beberapa post mereka yang geram pada saya.
Seorang pengirim post menganggap saya ni bebal. Saya gelihati entah mungkin ALLAH SWT tidak mengizinkan saya marah tetapi membuat saya ketawa. Itulah besarnya kuasa ALLAH, hanya sebilangan kecil daripada kuasa ALAH Yang Maha Esa, yang amat Besar, saya tak diizinNYA marah. Jadi saya ketawa terbahak bahak bersama rakan rakan saya. Kalau orang lain dipanggil bebal, mungkin mereka marah.
Ini mungkin dari cara Saudara kita itu mengatakan saya. Tak apa. Di Izinkan ALLAH Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, mungkin satu hari nanti Saudara akan mengetahui siapa saya yang sebenarnya. Pada masa itu renunglah saya baik baik dan ingatlah apa yang saudara katakan ini.
Yang lebih dasyat dia kata " org kedak ya xperlu diberi salam..." Jangan macam tu Brother. Itu boleh bermaksud mengkafirkan saya. Kita tidak boleh mengkafirkan sesama Islam. saya tidak pernah mengkafirkan sesiapa pun. Adalah berdosa mengkafirkan orang lain.
Tetapi tak apa. Saya terlebih daulu memaafkan saudara. Saya percaya saudara terlepas cakap. Nanti di Hari Raya Aidil Fitri boleh bermaaf maafan lagi. Mungkin di Hari raya saya akan membuat public appearing di Baitul Mal. Hari baik bulan baik.
Saya juga tergelak dan geli hati dengan saranan salah seorang saudara pembaca kita yang mengajak saya masuk business lembu. Untuk jadi pengarah lembu. Saudara itu memulakan pendapat itu dengan menuduh saya mata uitan. Dia kata "....Dapat juak kita lembu yang besar dan sihat untuk kita jual dan untuk bayak. I tauk u tok mata duitan.."
Saudara, sila lah dengan lawak saudara tu. saya tak tahu kenapa tiba tiba saya di katakan mata duitan. Duit Baitul Mal bermillion lagi. Tapi tak apa, saya juga maafkan saudara.
Dan yang paling saya tergelak, ada Saudara kita yang kata dalam komentar beliau "....Nak tahu kenapa Baitul Mal tak transparent ? sanggupkah saudara pergi ke pasar telanjang tanpa seurat benang...? "
Saudara, saya tak tahu apa kiasan ini. Tetapi telanjang pada khalayak ramai itu berdosa dan menjelikkan. Yang peliknya Saudara kita ini pulak mengakui yang baitul Mal tak transparent.
tak apa lah. saya maafkan semua komentar komentar yang sangat mengeli hati ini walaupun mereka mengutuk saya dengan perkataan yang tak sepatutnya. Tetapi tetap mengeli hati sehingga rakan rakan sejawat saya di sebelah saya tergelak besar hingga termasuk kuih dalam mulut lalu tertelan terus semasa kami minum petang hari ini.
Saya maafkan semua ini. Insya ALLAH satu hari nanti Saudara saudara semua akan tahu siapa saya, mungkin di Hari Raya dan pada masa itu ingatlah apa yang di kata pada hari ini.
SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA KITA.
Wassalam,
dr segi hujah2, saudara knights of saladin & co menampakkan kebenaran yang gagal ditepis oleh mana-mana komenter yang pro-baitulmal ataupun mana-mana institusi islam yang lain. Kesimpulan utk setakat ini ialah, pengurusan Baitulmal tidak mengikuti panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. YB Daud harus dipertanggungjawabkan kerana berlakunya penyimpangan ini.
ReplyDeleteKNIGHTS OF SALADIN MENULIS...
ReplyDeleteAssalamualaiku wrbt.
Insya ALLAH saya akan masih menulis di forum ini. Terima kasih atas galakan Saudara Se Ukhwah di atas. Saya percaya pandangan kita mewakili ramai umat Muslimin dan Muslimah di Sarawak.
SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAH, BARAQAH, TAUFIK DAN HIDAYAH PADA PERJUANGAN KITA.
Wassalam,
PADA BAITUL MAL SARAWAK,
ReplyDeleteMengapakah tiada seorang pun ulama Sarawak yang menyokong modus operandi di Baitul mal itu ? Kenapa Saudara ?
Adakah kerana ulama ulama sendiri yang ragu ragu tentang perjalanan institusi Saudara itu ?
Kami terlalu keempunan untuk mendengar pendapat ulama, mana mana ulama lah tak kisah. Sebab ulama yang amanah akan memberi dalil-dalil dan nas nas dalam hujjahan mereka. Tentang tiadanya transparency dalam institusi berkenaan ?
Disiplin orang yang berilmu itu ialah memberi hujjah dan dalil dalil yang benar dan diterima oleh ulama muktabirin.
Bukannya hanya memberi pendapat saja. Seperti pertanyaan pertanyaan soalan pokok yang saya kemukakan pada pihak Baitul Mal yang tak dijawab oleh mereka. Itu bukannya disiplin ilmu yang betul, itu bukan cara orang berilmu. Orang yang berilmu tidak akan mengelak daripada mmeberi hujjah berdasarkan fakta dan sumber-sumber sahih.
Apa sumber Islam yang sahih yang digunakan oleh Baitul mal di forum ini dalam menjawab pertanyaan Saudara Knights of Saladin itu ? Hampir langsung tiada. Sebaliknya mereka yang sebahagian kecil ini menggunakan perkataan yang tidak elok. Nasib baiklah Saudara kita Knight Saladin itu rela memaafkan mereka yang berlakuan keanak anakan itu ? Tak malu kah baitul Mal ?
Assalamkm,
ReplyDeleteSaya Hj Lebai Othman b Mat Rasid dari kedah. Kebetulan melihat post komen yang dikeluarkan di sini. Ada brapa perakara sya tak puashati. Nape ada pembaca yang bila dia bg komen, terus kutuk org yang tanya. Apa salahnya org seperti sedara Knight Saladin tu bertanya. Dia ada hujah dia, kalu tak suka maka balas dan cantas lah hujah dia dengan cara org berilmu. Bukan cara budak budak. Ada yang juga kata org macam sedara Knight Saladin tu tak yah bagi salam. Itu dah sampai peringkat mengkafirkan dia ? Kita tak tahu org tu cam mana ? Dari segi hujjah sedara Knight tu, itu kukuh punya hujah. Memetik sumber betul. Abis knapa baitul mal tak balas hujah dia dengan betul jugak.
Hati hati lah dengan cara kita berucap.
Sokong Sdra Knight Saladin. biar sebilangan manusia kecil ngutuk kitak. Rami agik di belakang kitak. Biar org yang mengkafir kitak ya berdosa, sidaknya dlm Baitul mal ya nang sik duli molah barang macam ya. Jangan maafkan orang yang mengeji dan mengkafir kitak ya. Teruskan beri pendapat di jalan ALLAH.
ReplyDeleteSaya ada baca komentar setengah pembaca dari Baitul mal yang mengutuk Sdra Knights of Saladin itu. Pada pembaca pengirim post berkenaan, inikah akhlak saudara sebagai orang Islam. Apa salah Sdra Knight Saladin bertanya ? Dia jugak penyumbang zakat dan org yang ada hak mengetahui perjalanan Baitul mal itu. Knapa kutuk orang yang ada hujjah kuat ? Sedarkah baitul mal yang kerana org penyumbang spt dia lah Baitul Mal berkembang ? Kenapa persoalkan hak dia ?
ReplyDeleteAdakah kamu dah tunai tanggungjawab kamu dgn betul dalam Baitul Mal ?
Saudara Islam semua,
ReplyDeleteTangarlah apa respons sidak baitul mal ya bila kita nak nyanyak perkara tadbir sidak ya. Kita dikatanya gago dengan hal orang. Ya lah sikap org sik amanah. Suka napok urusan sidaknya. Kita banyak nyumbang Baitul mal. Apa kaitan sidak baitul mal ya, dikeluarnya surah Quran macam macam yg sik relevan tentang tadbir urus sidak ya. Apa kaitan sikap sombong dgn org yang nak tanyak tentang Baitul mal tok ? Apa kenak mengenak dgan kita yang dikata sombong ? Sombong kah kita tok ? Kita sik ada hak kah untuk tauk ? Dan bila ditanya lagik, terus sidak ya madah seorang saudara kita sebagai kapir ? Sik berdosa kah ya ? Sapa yang sebenarnya sik ngikut syarak situk ?
PERGI SERIAN SINGGAH DI KPG KUAP
ReplyDeleteSINGGAH MINUM DI RUMAH PAK KAMAL
SAYA MEMOHON PIHAK BAITULMAL MENJAWAB
APAKAH PERANAN SEBENAR PENUBUHAN BAITULMAL
SINGGAH MAKAN DI RUMAH PAK WAHAB
MAKANAN DI HIDANG SUNGGUHLAH PEDAS
MEMOHON BENAR2 PIHAK BAITULMAL MENJAWAB
JAWABLAH DENGAN HAATI YANG IKHLAS
SELEPAS KE SERIAN, KE KAMPONG TABUAN
SINGGAH SEBENTAR MEMBELI ULAM
SILA ANJURKAN MAJALAH MINGGUAN
UNTUK DI AGIH DENGAN UMUAT ISLAM
PERGI KE PASAR MEMBELI DADEH
DADEH DI BELI UNTUK BEKALAN
BILA MAJALAH SUDAH DI AGIH
BARULAH KITA DAPAT MEMBACA PROGRAM HARIAN
PERGI KEBUN NAIK BECA
BECA DI BELI DARI MELAKA
SETELAH UMAT ISLAM HABIS MEMBACA
BARULAH KITA TIDAK DI SANGKA SALAH GUNA KUASA
PERGI KE PASAAR MEMBELI KARI
UNTUK MAKANAN SI DAUD TAMBI
SAYA AKAN MENYUSUL LAGI
SETELAH JAWAPAN KITA DI BERI
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteEsok saya akan beri pandangan tentang Lembaga Amanah Masjid Sarawak. Ada soalan soalan saya yang belum terjawab oleh mereka. Saya masih juga akan menulis tentang Baitul Mal, tak kiranya apa kejian mereka terhadap saya.
Oh ya, untuk pengetahuan, pengkhusan saya bukan lah bidang Al Quran walaupun Ulumul Quran itu menjadi sebahagian daripada pengajian saya semasa di universiti dulu. Alhamdulilah Ulumul Hadith juga saya kaji di masa yang sama. Fiqh ul Islam juga saya pelajari Alhamdulillah.
Saya berharap pihak LAMNS dapat menjawab soalan soalan yang saya kemukakan dulu. Jangan lah juga suruh saya pergi ke pejabat mereka untuk dapatkan maklumat. Sila terangkan di sini untuk kebaikan semua. Dan harp semuanya betul dan tiada yang bersembunyi.
Wassalam,
Wassakam
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteSOALAN INI KHUSUS UNTUK LEMBAGA AMANAH MASJID NEGERI SARAWAK
"..... Terdapat satu kejadian di mana dikatakan yang pihak Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pembinaan untuk projek yang dikatakan hendak dilaksana di tanah perkuburan di Jalan Keretapi. Dan dikatakan yang kubur di situ hendak dipindahkan. Yang peliknya dikatakan yang projek itu belum diluluskan tetapi syarikat berkenaan iaitu syarikat pembinaan berkenaan telah pergi dan mula menceroboh kawasan itu. Benarkah ?
Masa kejadian ini berlaku saya berada di luar negeri tetapi saya dimaklumkan kejadian ini oleh seorang pegawai tinggi negeri. Ini demi AALAH, beliau telah memberitahu saya.
Saya juga nak bertanya - Bukankah kawasan berkenaan telah di warta sebagai kawasan khas untuk perkuburan Islam ?
Mengapakah pihak lembaga Amanah Masjid Negeri membiarkannya berlaku ?
Apakah sudah tidak ada tanah lain kah di Sarawak ini untuk tujuan rakus berkenaan ? Apakah keluasan tanah di negeri Sarawak ini sudah mengecil dan mengecut seperti Singapura ?
Kenapa pihak Masjid Negeri Sarawak membiarkan perkara salah ini berlaku ?
Wajib Tayang menulis:
ReplyDeleteJaik ati aku dgr kata2 org yg sinis d ats..akibat nila setitik, rosak susu sebelanga..aku ada juak knalan yg kja d baitulmal ya..sik smua cdak kja d sia jahat dan sik amanah..mybe yg ngluar perkataan mcm miak kcik bekelaie d ats ya antara yg rendah ilmunya..main sedap mulut jak ngluar knyataan sampai madah sik layak d berik salam indah dgn knight of saladin..harap miak yg ngluar kata2 ya, istighfar bnyk2..ingat, kitak org ya kja d baitulmal..apa2 prbuatan ktk org d perhati org luar..ya la mslh kita mun org d ambk kja main ambk adk kakak ajak tnpa check latar belakang pndidikan nya..spatutnya org yg d ambk kja d baitulmal ya sekurang2 nya ada latar belakang agama..bkn ambk adk kakak skadar nk brik pluang adk kakak yg sik ada kja msk ke baitulmal..mtk pihak yg megang amanah d baitulmal lbh brhati2 lg mun nk ambk pkrja baru d masa hadapan..supaya masyarakat lbh menghormati institusi baitulmal d masa hadapan..jd sik ada lg la kemusykilan masyarakat dgn baitulmal..wasalam
udah gik kitak orang tok nak bebangkit bangkit, sik kitak orang tauk kah, yb daud dah sakit, turun nait ke hospital nun, mun apa2 halnya sik jadi menteri lagik, sik kitak kesian kah, sapa nak mayar bil letrik nya mun dah sik jadi menteri lagik, yb daud masa tok malar sejuk kaki tangan maaca komen kitak oarang, cuba udah gik, ujung2 sik sempat nya nemu shopping komplek baitulmal.
ReplyDeleteapabila ditanya dan ditegur,disuruh pergi taklimat....taklimat..taklimat....dr sekolah hingga dah kerja tok sampe btukar jabatan dah tok malar jak taklimat!O tedah pegawai yg merik taklimat ya hanya ditekan kefarduan berzakat bila diaju soalan pasal agihan dan lain2..yg dijawab 'ya urusan pihak atasan dan pengurusan'..pas ya diedar borang zakat potongan gaji(ZPG)..
ReplyDeleteapabila zakat telah dijadikan sebagai 'PRODUCT' untk mengumpul dana.maka hilanglah amalan 'sunnah' dan timbul amalan materialisme and kapalisme.di ukur dgn hasil kutipan dan bukan pada agihan.
macam company insurans ada macam2 product.dimana target keatas sales dan komisen kepada agen..bila nak molah tuntutan lambat..macam2 prosedur.....kejayaan, kemajuan dan keupayaan diukur pada tingkat 'MATERIAL' yalah seperti bangunan,kenderaan,gaji,keuntungan(lebihan zakat/zakat berbaki dlm akaun & elaun2 bukannya pengabadian kepada ALLAH swt.
sifat 'AKU' masih lagi menebal disanubari MEREKA...ulama berkata" PEGANGLAH DUNIA DENGAN TANGAN DAN TOLAKLAH DUNIA DGN HATI"jangan sampai dihatimu mencintai dunia wahai saudara.
kepada Sdra Knight Saladin & Co. teruskanlah ikhtiar anda.Sikda lagi ustaz2 yg brani negur dlm Baitul mal ya..Lamak dah kenak boikot dan dituduh 'abbasiah'.yg tinggal hanya ustaz2 taklimat ajak.SEmoga ALLAH mengalihkan yang batil itu di mana selalu kabur dan tersembunyi.
Assalamualakikum wrbt.
ReplyDeleteSaudara sudara se ukhwah saya di atas. saya dah memaafkan mereka yang membuat komen komen yang tak elok terhadap saya. saya berlapang dada, mereka pun masih saudara se agama saya jugak.
Insya ALLAH pertanyaan saya bukannya menyalahkan YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman. Jika beliau uzur, maka kita ikutlah sunnah Rasulullah s.a.w, maka kita ziarah lah beliau dan mendoakannya.
Cuma saya yang bertanya tentang Baitul Mal ini untuk menyumbang kepada " maslahah " ( dalam Bahasa Arabnya ialah kepentingan umum ) yakni kepentingan umum semua. Y.B ialah seorang pemimpin, saya minta beliau banyak beristiqamah dan berlapang dada mendengar pandangan kami.
Insya ALLAH saya dah maafkan semua yang terlanjur cakap itu.
Wassalam,
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKENAPA SAYA MEMILIH " KNIGHTS OF SALADIN "
Ini berkaitan sejarah. Saladin ialah panggilan Bahasa Inggeris untuk Pahlawan atau Panglima Salahuddin al Ayubi yang mengalahkan tentera nasrani semasa di Baitul Muqaddis atau dikenali sebagai Jerusalem untuk kali kedua bagi empayar Islam dan kekal begitu lama.
Percubaan Richard the Lion Hearted untuk merampas semula Baitul Muqaddis gagal.
Sifat pemimpin Pahlawan ini sangat mulia. Sebelum beliau merampas semula Jerusalem itu, tentera Nasrani telah memerintah kota berkenaan. Dan masa tentera Nasrani meramaps pada 2 dekad sebelumnya, tentera Nasrani telah membunuh puluhan ribu orang semasa merampasnya dari tentera Islam.
Tetapi bila Panglima Salahudin al Ayubi itu dapat merampas semula Jerusalem, beliau tidak berdendam dengan tentera Nasrani yang kalah. Malah diampunkan nya puluhan tentera Nasrani yang kalah itu dan diberikannya " safe passage home " ke Eropah. Itulah satu contoh kemuliaan pahlawan Islam. Malah banyak intellectual sejarah Eropah memuji sifat sanggup memaafkan beliau itu.
Saya akan menulis lagi beberapa lakaran sejarah ISLAM selepas ini jika diizinkan ALLAH, Yakni jika ada masa.
Wassalam,
sdr knight of saladin, ini pertanyaan saya kepada sdr. Apakah persoalan pokok sdr yg belum terjawab itu? Adakah ianya berkenaan dgn nas dan dalil membina bangunan mercu tanda itu? Kalau itu soalan pokoknya saya rasa ianya dah terjawab dengan beberapa post saya yg lalu utk difikirkan cuma ianya bukanlah secara direct point. saya harap sdr fikirkan. Perlukah saya mengulang atau memberi jawapan dgn direct supaya sdr tidak perlu berfikir? tentu jawapan sdr sebegini bukan, ya...saya mahu ianya jelas lagi nyata. Seseorang yg berilmu akan memikirkan sesuatu dgn lebih meluas, kerana ilmu Allah swt amat luas untuk umatnya kaji dan perolehi.
ReplyDeleteTak apa, mungkin juga Allah swt mengerakkan hati saya untuk terus mendalami ilmunya yg terlalu banyak. Bukan sekadar ilmu agama saja ilmuNya itu, bahkan ilmu kehidupan, ilmu matematik, ilmu sains dll perlu kita kaji. Kerana Allah swt telah memberi kita pertunjuk melalui Al-Quran utk kita mencari ilmu yg lebih luas dlm perjalan kehidupan ini.
1. Saya telah menyatakan kepada sdr tentang 3 Dana yg saya post utk difikirkan.
A. Dana Zakat - ada nas dan dalilnya utk mengutip dan mengagih
B. Dana Baitulmal - Dpd sumbangan wajib @ sedekah.
C. Dana Wakaf - Harta yg dicintai dan di manfa'atkan ke jalan Allah swt.
2. Dana yg mana satu digunakan utk membina bangunan itu? Persoalan sdr.
Jawapannya, Dana Wakaf dan Dana Baitulmal. Ini kerana Dana tersebut tidak sesen pun menganggu Dana Zakat kerana Dana Zakat memang ada nas dan dalilnya sendiri.
3. Kenapa perlu bangunan itu dibuat?
A. Untuk mengekalkan aset umat islam serta mengembangnya sekaligus dimanfa'atkan dgn sebaik mungkin.
B. Pembinaan bangunan itu, adalah utk tujuan komersial dan akan disewa oleh badan-badan kerajaan, badan-badan berkanun dsb untuk menjana ekonomi baitulmal. Persoalan nya utk apa? Ianya adalah utk tujuan operasi baitulmal, membantu surau dan masjid, membantu program2 ilmiah dsb yang bukanlah dalam kategori ASNAF.
C. Kenapa perlu wujudnya anak syarikat?
Wujudnya anak syarikat adalah untuk menyelenggara dan memastikan hartanah baitulmal berada dalam keadaan baik. Selain itu juga ianya mengurangkan kos pentadbiran baitulmal dalam penjagaan hartanah.
Persoalan saya kpd sdr knight.
1. Kenapakah kita tak mengunakan wang dinar mas @ perak untuk membayar zakat?
2. Adakah wang kertas itu nilainya tetap?
3. Adakah islam itu menyukarkan bkn memudahkan?
4. Adakah islam juga melarang kita berubah kearah kebaikan dan kejayaan? ( Azan : Marilah menuju kejayaan. )
5. Adakah islam juga membenarkan kita menungkit atau mengata2 setelah kita memberi sedekah, zakat @ wakaf?
6. Tanggungjawap suami ialah memberi nafkah kepada isteri. Jika kita memberi wang kpd isteri kita utk perbelanjaan sebulan, isteri telah mengunakan hasil itu utk menjana ekonomi dgn berniaga ( menjahit, membuat kuih dll yg halal ) adakah itu satu kesalahan bagi seorg isteri memajukan dirinya dan keluarga?
7. Kenapa kita mesti meminta2 tanpa usaha bahkan Allah swt telah memberi tangan, kaki, mata dsb untuk berusaha mencari rezeki, kerana rezeki Allah swt amat luas sekali? Ini kerana apa? Sifat MALAS dan terlalu mudah untuk meminta2 tanpa usaha bukan?
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian" dan "Allah tdk akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri".
Srs
Assalamualaikum wrbt,
ReplyDeleteJazaku'Allah khairan kathira pada saudara di atas atas memberi penerangan itu.
Insya Allah saya akan beri respons selepas ini. Saya sedang menjalankan amanah tugas rasmi sekarang.
MOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI KITA.
Salam satu kiblat,
ReplyDeleteSetelah Allah SWT menciptakan akal, Allah perintahkan agar akal itu menghadap, lalu akal itu menghadaplah. Kemudian itu diperintahkanpula agar akal itu membelakang, lalu akal itu membelakang. lalu Allah berfirman kepada akal itu: "Tidak ada satu ciptaan Ku yang lebih aku banggakan (cintai) dari engkau, maka tidak Aku pasangkan engkau, kecuali kepada mahluk Ku yang paling aku cintai pula" (Hadis riwayat Ar-Raziin dari Ibnu Masuud r.a)
"Dan sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. (surah As-Syamsi 9-10)
Kiblat satu
KNIGHTS OF SALADIN,
ReplyDeleteAssalamualaikum wrbt.
Terlebih dahulu saya ingin mengingatkan pengirim post di atas yang bertanya pada saya itu, nasihat saya yang pertama ialah " Mulakan muzakarah dengan memberi salam. Itu baru adab' ul alim. Jangan lupa soal tertib dalam bermuzakarah.
Ya, saya akan respons pada e mail berkenaan.
Soalan soalan saya yang terdahulu YANG TAK TERJAWAB ialah ( 1) atas dasar apa Baitul mal membina bangunan mahal yang semua ketahui selama ini.
ya, saudara telah memberi jawapannya tetapi jawapn berkenaan ialah dari sudut ekonomi. Itu bukannya dalil atupun jawapan syarak. Tahu kah saudara jika pernah mendengar baitul Mal di zaman khalifatul Islam yang terdahulu, pernah kah tanah waqaf digunakan untuk pelaburan ? Wang Baitul Mal itu wang amanah. Apakah maksud waqaf itu sebenarnya ? Boleh lah wang amanah Baitul mal itu di buat bisnes ? Untuk buat anak syarikat ? mana hukum yang membolehkannya ?
JIKA SAUDARA RAJIN MEMBACA POST POST KOMEN SAYA TERDAHULU, saya tidak terus menerus mengarakan yang ia tidak boleh ataupun boleh. Tetapi ada beberapa syarat yang mesti dipenuhi sebab ini soal hukum. Yang saya tekankan dahulu ialah setiap pembaharuan di dalam satu Institusi Islam seperti Baitul Mal ialah perlunya penglibatan ulama ulama yang boleh mengeluar fatwa melalui ijtihad yang betul.
Saudara fahamkah maksud ijtihad ?
Dan saudara ada mengemukkan pertanyaan baru pada saya yang semua boleh saya jawab. Tetapi dulu pun ada rakan saudara atau Saudara sendiri yang bertanya saya soalan zakat yng saya jawab semuanya. Malangnya ketika itu pihak Baitul mal tidak pula mempedulikan soalan soalan saya.
Saya boleh menjawab soalan baru saudara itu .Tetapi sebelum saya menjawabnya, saya nak Baitul MAL jawab soalan saoaln saya yang masih tak terjawab sejak dulu. Ia adalah :
(1) pernahkah akaun baitul mal di audit dengan betul ?
(2) Siapa pengaudit luarannya yang mesti bebas ?
(3) Berapakah pendapatan Baitul Mal daripada zakat, potongan gaji, waqaf ?
(4) mengapa Baitul Mal tidak pernah mengumumkan ini kepada masyarakat Islam Sarawak ?
(5) berapakah perbelanjaan Baitul mal untuk pengurusan dan untuk membantu asnaf asnaf yang berhak dan berapakah perbelanjaan untuk membina bangunan dan kos pelaburan bisnes bisnes ?
(6) Adakah baitul mal berhutang pada mana mana bank untuk membina bangunan berkenaan ?
(7) Mengapakah tiada barisan ulama dalam management Baitul mal ?
(8) DAN SOALAN CEPU EMAS - DI MANA KAH DALIL DALIL SYARIE YANG MEMBENARKAN WANG ZAKAT DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA BANGUNAN MAHAL ? yang saya hendak di sini ialah dalil syarie, bukannya jawapan yang ia kerana untuk ekonomi masa depan. Itu jawapan konvensional bukan jawapan syarie.
Saya ingin mengulas soalan saudara yang kononnya saya mengunkitkan pemberian zakat saya. Saya tak ada langusng mengungkit, dan saya menyatakan yang saya menyumbang zakat kerana saya ingin memberi kesedaran pada Baitul MAL Ttentang hak saya untuk bertanya dan untuk dijawab. Di dalam post saya yang terdahulu, dua tiga post yang mula mula saya tulis itu, tiada siapa di Baitul mal yang menjawabnya. kenapa ? malah yang ada komen ialah mereka yang mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya walaupun sekarang saya sudah memaafkan mereka.
Saudara, orang yang mengungkit itu maksudnya hendak mendapatkan balik pemberian dia atau ingin mendapat favour dengan orang yang diberinya itu. Adakah saya pernah meminta balik atau meminta favour dari Baitul Mal ? Tidak pernah. Saya membayar zakat atas dasar wajib.
Dan bukankah saudara saudari di baitul mal yang sepatutnya lebih bimbang sebab saudara saudari senua memegang duit amanah ALLAH SWT. Kenapa nak behave " trivially " dengan mengatakan yang saya dan pembaca lain yang suka mengungkit ungkitkan itu ? mereka di abitul mal yang sepatutnya lebih malu dan bertanggungjawab kerana mengurus duit yang bukan kepunyaan mereka.
JAWABLAH SOALAN SAYA DULU.
Wassalam,
KNIGHTS OF SALADIN
ReplyDeleteAssalamualikum wrbt.
kalau nak tahu berapa peratusan penduduk Islam Sarawak yang berpuashati dengan Baitul mal, sila buat satu poll study. Carilah mana mana agensi polling survey yang boleh buat survey berkenaan.
Tak perlu berdolak dalih lagi. Buat survey yang comprehensive, apakah yang menyebab perasaan tidak puas hati itu.
Ubahkan minda kita. Baitul mal ialah Institusi Islam, bukannya syarikat korporat yang berpura pura seperti banyak kepura puraan di Kuala Lumpur tu. Baitul Mal bukan bank. Targetnya bukan untuk buat profits\.
ya, boleh buat untung selagi SYARAK MEMBENARKAN. Bagaimana nak tahu samada jika di benarkan Islam atau tidak ? Kita ramai ulama yang berwibawa, jemput mereka berfikir dan bermuzakarah. dan ambil ketetapan ijma ulama bersama, apa yang syarak boleh benar berniaga dan apa yang tak boleh. Saya tak mengenepikan peranan ahli ekonomi. ya, masukkan mereka dalam panel dan pastikan yang bisnes itu syariah compliant atau mematuhi syarak.
Ini, Baitul mal Sarawak masuk bisness macam sebarang saja. Kenapa tak ada terlebuh dahulu dibuat Ijtihad ulama tentang soal muamalah. jadi anggap semua bisness yang masuk itu boleh aje. " Syariah compliant " maksudnya ialah bisnes yang halal, tidak meragukan dan tidak mengelirukan. Misalnya PRINSIP YANG PENTING DALAM BAITUL MAL IALAH " ...TIADA SIAPA PUN BOLEH MENGKAYAKAN DIRI MEREKA MELALUI BAITUL MAL..." sila lihat cara Sayyidina Umar ibnu al Khattab menguruskan wang amanah. Sayyidina Umar (r.a ) sendiri memberi hartanya dan memulangkan harta pegawai pegawainya yang meragukan. Itu baru meragukan. Baitul Mal Sarawak macam mana ?
Wassalam,
MAHLUK TANAH
ReplyDeleteKesian...kesian...kesian.
MAHLUK TANAH
ReplyDeleteKesian dengan orang kita, suka Mengumpat dan menuduh. Nang kesian dengan ktk orang. Orang lain tepuk tangan ktk orang berbunuh. Lu pikirlah sendiri.
Sejahteralah kamu
ReplyDeleteUmat islam Sarawak ada cuma 30 peratus daripada jumlah penduduk tetap. Peratusan itu menunjukkan perlu kesatuan yang utuh. Wahai sahabat se kiblat ku. Apa akan daya kita. tanpa aset yang kukuh tanpa ada pengembeling usaha hamba- hamba yang berjiwa kehadapan untuk dikecapi anak cucu kita yang akan datang.
Dari berita dan info yang saya ketahui bahawa Baitulmal telah pun terpilih diantara institusi islam yang layak terpilih untuk anugerah account bersih dari Jabatan Audit Negara Malaysia pada tahun 2011. Kelayakan ini adalah berdasarkan Baitulmal telah mempunyai account bersih selama 10 tahun(Sepuluh Tahun) terdahulu. Mengapakah pihak Jabatan audit negara mengiktiraf Baitulmal atas dasar Islamkah, dasar politik kah, atas dasar rasuahkah , atau atas dasar simpati?.Tetapi pihak lain mempersendakannya. Siapa yang layak memberi pengiktirafan tersebut.
Renung-renungkan lah.
Satu kiblat
Assalamualaikum wrbt,
ReplyDeleteSaya sanggat berbangga kalau baitul mal dipilih sebagai antara yang layak untuk account bersih pada tahun 2011. Benarkah begitu ? Saybas. Boleh panjangkan lagi info detail dengan saya dan pembaca lain ? jangan buat kenyataan umum saja.
Ini akaun bersih dalam katergori mana ? Boleh jelaskan lebih lanjut lagi.
Cuma apa yang saya ketahui kriteria untuk account bersih ini bukannya menunjukkan " tiada unsur kepentingan di dalamnya ".
Akaun bersih maksudnya perbelanjaan di dalamnya menetapi koding koding yang ditetapkan. Itu dalam erti kata Jabatan Kerajaan. Tiada perbelanjaan yang menyalahi koding yang ditetapkan. Tiada bayaran tertunggak.
Tapi untuk Baitul Mal, saya ingin mendapat penjelasan lanjut kerana apa yang saya tahu ialah menurut katergori Jabatan Kerajaan kerana saya amat familiar dengan audit jabatan Kerajaan. Boleh minta supaya diberi detail tentang ini ?
Dan bila pula jabatan Akauntan Negara mengaudit Baitul Mal ? Boleh jelaskan ?
Wassalam,
Salam,
ReplyDeleteSaya suka menyentuh ttg LAKMNS.
Tak ada org lain kah yg lebih layak dilantik untuk menerajui badan tersebut? Mula2 saya mengenali, saya naif. Sangkaan ku mereka ni mesti Alim org nya. Mesti mereka ini ada latar belakang agama, dari Al-Azhar ka, Arab Saudi ka, takpun Bekas ustaz kot. Rupa2 nya meleset sama sekali.
Lagak segak, tie, blazer. Wow...cakap lantang, Kalau dgn staff semua mati semut. Kalau cakap dgn org atasan semua semut hidup balik. Tingkah dgn org bawahan jauh panggang dari api berbeza dgn org atasan.
Ahh...tiada tanda2 rendah diri, alim atau sifat2 org yg biasa duduk dlm masjid. Walhal menjaga amanah masjid. Sedih aku mengenangkan. Ada hati yg terguris tiada terubat.
Tiada kah lagi org yg selayaknya menjaga masjid? Imam yg mengimamkan solat layak kah? Mungkin tiada kelulusan dlm finance kot, kesian.
Teraju Baitulmal, walaupun tiada background belajar agama, at least dia berusaha, belajar, memahami, dan bersikap rendah diri. Perwatakan dan percakapan sentiasa berhati-hati takut dek menyakiti perasaan lain. Syabas!
Tiap pagi ada talk dgn staffnya, motivasi, acronym, dll. Aku teruja. Inilah yg kita mahu lihat. Cuba untuk berubah dan belajar.
Itu saja luahan pendapat dari hamba yg lemah ini....
Sejahteralah keatas kamu wahai rakan seagama.
ReplyDeletePersoalan saya itu tetap saya nanti2kan jwpnnya. Itu terpulang kpd pihak baitulmal menjawab persoalan anda kerana saya telah menjawab persoalan anda secara tersirat. Kalau sdr nak tahu kenapa saya bkata begitu, jawablah soalan itu dan sdr tahu apa jwpn kpd soalan saudara kpd baitulmal.
Saya menunggu jwpn sdr. Barulah kita nampak apa yg kita bincangkan.
Utk peringatan juga sekali lagi bangunan itu bukan melalui saluran ZAKAT. Wakaf juga boleh terbahagi kpd beberapa jenis wakaf. Tolong sdr kaji jenis2 wakaf tersebut serta manfa'atnya. Bagaimana kalau harta wakaf tidak dibuat demikian? Adakah harta wakaf itu akan kekal dgn perkara2 yg bermanfa'at?
Saya akan bertanya lagi setelah sdr menjawab persoalan saya dan jwpnnya akan membuka mata hati kita melihat sesuatu yg dikatakan takdir Allah swt.
Utk of saladin
Srs
MOGA KALIAN DI BERKATI ALLAH SENTIASA
ReplyDeleteUntuk maklumat lanjut bila dan bagaimana cara audit di jalankan kena tanya Pihak Baitulmal atau terus ke Bangunan Tabung Baitulmal untuk penjelasan. Yang saya tahu ia telah di auditkan .
Satu Kiblat
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteSaudara seukwah di atas,
Saya akan menjadi seorang yang paling bangga jika baitul Mal mendapat pengiktirafan yang baik. Percayalah saudara. Kenapa saya tak harus bangga ?
Tetapi kita hendaklah bersandar maklumat yang betul. Dan mendapat pencalonan " Akaun bersih " itu harus dilihat daripada perspektif yang betul. aCCOUNT BERSIH bukan menunjukkan intipati dan kepatuhan syarie.
Kita ni yakni saya dan pembaca yang lain bertanya dan mengemukakan pendapat untuk kebaikan. Bukan kita mempersedndakan Baitul Mal. Bila masa kita mempersendakan mereka. saya dah berapa kali memberi contoh Sayyidina Umar ibnu Al Khattab ( r.a ) tapi nampak nya tidak diambil kisah contoh terbaik ini.
Di dalam ucapan pertama nya sejak memegang jawatan Khalifah, Umar (r.a) menyatakan yang dirinya bukanlah yang terbaik bagi jawatan khalifah itu. Dan beliau meminta para jemaah menegurnya jika beliau tersasar. Bangun seorang Muslimin dan menyatakan yang jika Umar tersasar maka mereka akan menegurnya dengan sebilah pedang.
Marah kah Sayyidina Umar (r.a ) ? Tidak sekali kali marah ya saudaraku. malah Umar berbangga yang ALLAH ada memberi kekuatan pada hambabya untuk menegur beliau jika beliau tersasar daripada landasan yang sebenarnya.
Kalau Umar (r.a.) sanggup berlapang dada dan terbuka dan tenang menerima peringatan itu, mengapa tidak kita ? Apa yang nak dipersendakan di sini ? Tiada langsung. Tiada kepentingan politik pun saya memberi buah fikiran di dalam forum ini. Kepentingan pun atas maslaha ummah, itu saja dan AALAH SWT menjadi saksi saya.
Agama itu ialah nasihat. Terima lah. kalau Baitul Mal itu memang seratus peratus patuh pada ketetapan syarak, saya akan menjadi umat yang paling berbangga di bumi ALLAH ini percaya lah. Tapi kalau masih ada perlu pembetulan, usaha lah. Berjihadlah kita untuk kebaikan itu. Kita tolong Baitul Mal atas jihad itu.
Kalau ada benda yang baik, malah saya yakin banyak yang baik di Baitul mal itu teruskan lah. tetapi perbaiki lah yang patut.
Tentang harta waqaf itu, samada patut dibangun kah atau sebaliknya, saya dah berkali kali nyatakan yang saya terbuka dalam soal ini. Tetapi cuma perlu lah dipastikan ia boleh. Alim ulama boleh berijtihad dalam soal ini. Sebab ia membabitkan soal hukum. Saya pun tak berani memandai mandai dalam soal ini.
Saya tak berani berijtihad seorang diri, nanti member baik saya tu siapa ?..... Siapa yang jadi member baik saya jika saya berijtihad seorang diri dalam soal hukum. syaitan itu banyak tipu muslihatnya. Termasuk dalam tipu muslihat agama.
dan pembinaan bangunan itu, betul kah cuma yang daripada bahagian waqaf saja yang di gunakan ? Kosnya macam mana ? Di mana sebenarnya mereka mendapat kos membina itu ? Okay, kalau bukan wang zakat, cukupkah wang yang ada di situ untuk membina bangunan itu ?
Kita kabur sebab tiada penerangan jelas. Ini kenyataan umum, kenapa tiada laporan tahunan yang jelas menyatakan soal ini ?
Wassalam,
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
ReplyDeleteAssalamualaikum: Knight of Saladin
Bisa Tersenyum
Anda terpilih menjadi orang yang berjaya kerana anda mampu mengeluar zakat anda.Andalah orang yang berbahagia dibumi ini kerana anda dapat membantu yang lemah dengan kekayaan yang anda ada.Andalah orang yang patut berbangga kerana anda dapat melihat pada masa ini instistusi islam berperananan menjana ekonomi masyarakat islam dengan adanya pembangunan -pembangunan yang telah dirancangkan.Senyumanmu terukir dengan terpancarnya keihlasan kerana hati budi mu sanggup bekerjasama mengembeling tenaga untuk bersatu menuju kejayaan umat islam sejagat khususnya umat islam disarawak.Hatimu yang dicipta oleh allah ta'ala dgn penuh kasih sayang yang mampu menilai tanggungjawab saudara seagamamu yang bekerja keras untuk mertabatkan islam dikaca dunia.Dan kamu tersenyum bahawa dirimu mahluk yang sempurna yang telah terpilh menjadi khalifah Allah dimuka bumi dengan tanggungjawab yang berat harus dipikulmu.Dengan izin Allah anda akan berjaya hingga anda mengucap syukur ya Allah dijadikan manusia yang mendapat nikmat dan rezeki dibumi yang serba indah.Bisa kamu tersenyum saudaraku seagama dengan ku untuk kedestinasi yang kekal abadi untuk mengecapi jannah.Insyallah
Orang yang Bertaubat.
Assalamualaikum wahai rakan seukhwah di atas yang menama kan diri sebagi " Bisa tersenyum "
ReplyDeleteSenyum itu sadaqah. insya ALLAH, beri lah banyak senyuman sadaqah kita pada hari ini.
Taubat itu ialah sebaik baik perbuatan. Syukur kita kerana diberi nikmat iman. Rasulullah s.a.w pun sentiasa memohon pengampunan pada ALLAH SWT walaupun baginda dijamin ke syurga.
Saudaraku yang dikasihi, Tujuan saya menulis ialah untuk memperbaiki. Saya sendiri pun ditegur oleh sahabat dari masa ke semasa, oleh rakan sejawat, oleh staff saya pun saya terbuka menerimanya.
Alhamdulillah saya sentiasa bersyukur kerana ALLAH memberi nikmat dan kesempatan pada saya dan mereka yang lain untuk sentiasa membantu umat mulimin mulimah melalui sumbangan kami. Ini ada saya sebut daalm beberapa post terdahulu.
Saya berlapang dada kerana membayar zakat beberapa kali setahun. Nikmat membayar tetap terasa di hati saya. saya tidak complain kerana ALLAH telah berjanji " Sesungguhnya barang siapa yang mensyukuri nikmatKU maka akan KU tambahkan nikmatKU pada nya..." Itu janji ALLAH dan ALLAH tidak pernah memungkiri janji.
Terima kasih Saudara ku di atas mesej yang disampaikan itu. Insya ALLAH mesej saudara akan membuat saya berasa lebih insaf dan lebih bersedia untuk mencari jalan jihad dan membantu jihad jihad saudara saudara kita yang lain termasuk di Baitul Mal jugak.
Mereka di Baitul Mal pun berjihad juga sama sama, niat saya cuma nak tumpang sekaki juga berjihad bersama mereka, apa salahnya tumpang sekaki untuk kebaikan. Dan yakni di pengakhir hari itu ALLAH akan meRahamati kita semua.
Wassalam,
Ya Allah perlihatkan kepada kami segala yang benar itu sebagai kebenarandan berikan kepada kami segala kemampuan untuk mengikutinya, dan perlihatlah kepada kami segala yang salah itu sebagai kesalahan dan berilah kemampuan kepada kami untuk menghindarinya. Itulah amalan nabi yang maha agung.
ReplyDeleteJika ingin mencari kebenarannya , saya rasa elok berkunjung pada Web site Tabung Baitulmal atau ke Zakat Information Center jalan Satok.
Satu kiblat
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteYa, saya nampak sebab sebab Baitul mal memajukan tanah waqaf berkenaan. Saya tahu kegunaannya. Saya rasa ia perkara yang boleh membawa kebaikan. Di dalam Ihya Al Mawat ada menyatakan ini, iaitu konsep tanah yang tak digunakan sekian lama, akan diambil oleh pemerintah.
Saya berharap projek ini berjaya dan mendapat keredhaan ALLAH. Kalau memang betul tiada kena mengena dengan wang zakat, memanglah ia boleh dilaksanakan. Sebab ia tidak akan membabitkan soal asnaf apa apa. saya berdoa semoga ia berjaya sebagaimana berjayanya tabung haji dalam aspek pemilikan harta mereka. Sekiranya bangunan Baitul mal itu berjaya, maka oleh kerana ia terletak di tengah bandaraya Kuching, maka harta itu akan terus berkembang dan pendapatan Baitul mal boleh bertambah dan nilai asset akan naik daripada masa ke semasa.
Cuma harapan saya ialah tentang zakat, akan terdapat program program yang lebih komprehensif untuk membantu umat Islam, maksudnya ada penambah baikan di dalam aspek ini.
Boleh juga di ikhtiar untuk membuat umat Islam itu berdikari setelah mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Saya berharap yang keadah untuk membantu golongan fakir miskin, tua, mereka yang berhutang di jalan ALLAH, anak yatim, pengembara, mualaf boleh di bantu.
Cuba perhatikan lah golongan mualaf, sebab bila mereka menerima Islam, mereka menjadi tanggungjawab kita. Ada juga kes di mana mualaf terbiar, bukan terbiar di segi kewangan tetapi di segi pengajaran perkara fardhu. dan juga untuk melembut hati mereka, mualaf mualaf miskin juga boleh dibantu dengan program program untuk mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan.
Saya akan menulis lagi selepas ini. Insya ALLAH. Ada urusan rasmi selepas ini.
Wassalam,
UMAR SENDIRI MENGAMBIL HARTANYA UNTUK UMAT ISLAM, dan BELIAU SENDIRI TIDAK MAKAN DAGING 'SEHINGGA' SEMUA ORANG MISKIN DI BAWAH PENTADBIRANYA MAKAN TERLEBIH DAHULU.
ReplyDeleteDengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah) Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah
KNIGHTS OF SALADIN menulis...
ReplyDeleteAssalamualaikum wrbt
KEHEBATAN SALAHUDIN AL AYUBI YANG DIKURNIAKAN ALLAH
Lanjutan cerita saya tentang Salahuddin al Ayubi. Beliau berasal dari Tikrit Iraq. Tapi bukan golongan Arab sebaliknya bangsa Kurdish.
Beliau megetuai tentera Islam yang " sweep across Europe " dan menewaskan tentera nasrani di Eropah. tentera Islam mara hingga melinatsi lembah Rhine and merentasi Sungai Danube.
Ramai orang Eropah terutama sekali tentera nasrani membenci Salahuddin. Malah ada fitnah dicipta mereka. Kononnya beliau mengamalkan ilmu yang pelik. Sebab itulah selain daripada mengelar beliau sebagai Saladin, orang nasrani itu memanggilnya sebagai tentera " Saracen "
Salahuddin al Ayubi sebenarnya seorang Sultan dan panglima. Sebenarnya selain daripada menjadi Raja dan panglima, Salahuddin al Ayubi juga seorang sufi. Beliau bukan saja ketua tentera, tetapi beliau juga mentarbiyyahkan ahli tenteranya agar menjadi umat Muslim yang beriman dan bertaqwa.
Tentera Nasrani membina beberapa kubu kuat iaitu fortress, misalnya Templar fortress, di tempat bukit strategik di lembah Baitul muqaddis dan menyatakan adalah mustahil tentera Islam boleh mengatasi kubu tebal berkenaan. Ia dikelinngi sungai dan bercuram. Amat pelik tetapi dengan izin ALLAH, tentera Saladin telah menumpaskan dan menawan kubu kuat berkenaan dalam masa kurang sehari. Tentera Nasrani tidak percaya yang Templar fortress mereka boleh jatuh dengan begitu mudah.
Kalau dulunya bila tentera Nasrani mengambil Jerusalem dan membunuh banyak orang awam Islam dan Yahudi tetapi bila tentera Salahuddin al Ayubi merampasnya balik, beliau telah memaafkan tentera Nasrani yang menyerahkan diri itu dan memberi mereka jalan selamat pulang ke Eropah.
Itulah kemuliaan hati beliau.
Bila Pope Urban tahu kejatuhan Jerusalem, dia mengeluarkan satu edict yang mewajibkan perang crusade mengambil semula Jerusalem. Raja England Richard the Lion hearted telah mara ke Jerusalem dan hampir berjaya ke tempat suci umat Islam itu. Tetapi tahu kah kenapa Richard sebenarnya gagal ?
Kerana amalan dan taqwa Salahuddin al Ayubi. Sebgai sufi, beliau telah banyak bersolat dan bermunajat kepada ALALH SWT. Tentera Nasrani terhalang malah digegarkan oleh satu kuasa aneh sebelum sempat tiba di Baitul Muqaddis.
Itulah kejayaan pada Islam bila umat Islam bersatu dan yakin malah meletakkan taqwa pada ALLAH mengatasi segala galanya.
Wassalam,
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteBagaimana pertanyaan saya tentang Lembaga Amanah Masjid negeri Sarawak itu ? Saya e mail semalam. Harap boleh dijawab.
Wassalam,
assalamualaikum,
ReplyDeleteDari Abul 'Abbas 'Abdullah bin 'Abbas ra dia berkata:
“Suatu hari (ketika) saya (dibonceng Rasulullah saw.) di belakang (hewan tunggangan) , Beliau bersabda kepadaku: “Wahai anak kecil, sungguh aku akan mengajarkan beberapa kalimat (nasihat penting) kepadamu, (maka dengarkanlah baik-baik!):
“Jagalah (batasan-batasan syariat) Allah, maka Allah akan menjagamu, jagalah (batasan-batasan syariat) Allah, maka kamu akan mendapati Allah di hadapanmu (selalu bersamamu dan menolongmu), jika kamu (ingin) meminta (sesuatu), maka mintalah (hanya) kepada Allah, dan jika kamu (ingin) memohon pertolongan, maka mohon pertolonganlah (hanya) kepada Allah, dan ketahuilah, bahwa seluruh makhluk (di dunia ini), seandainya pun mereka bersatu untuk memberikan manfaat (kebaikan) bagimu, maka mereka tidak mampu melakukannya, kecuali dengan suatu (kebaikan) yang telah Allah tuliskan (takdirkan) bagimu, dan seandainya pun mereka bersatu untuk mencelakakanmu, maka mereka tidak mampu melakukannya, kecuali dengan suatu (keburukan) yang telah Allah tuliskan (takdirkan) akan menimpamu, pena (penulisan takdir) telah diangkat dan lembaran-lembarannya telah kering.”
HR At Tirmidzi (7/228-229 -Tuhfatul Ahwadzi), hadits no. 2516), disahihkan oleh Syaikh Al Albani). Perawi Hadits
Sahabat yang meriwayatkan hadits ini adalah ‘Abdullah bin ‘Abbas bin ‘Abdil Muththalib bin Hasyim bin ‘Abdi Manaf, anak paman Rasulullah saw yang lahir tiga tahun sebelum hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah, dan beliau pernah berdo’a untuknya agar dipahamkan Al Qur’an dan ilmu agama, dan beliau digelari “Al bahr” (lautan) karena luasnya ilmu yang beliau miliki, beliau wafat di Thaif pada tahun 67 atau 68 H.
Assalamualaikum,
ReplyDeletedetik hati saya memberitahu saya pernah berjumpa saudara yang menamakan diri sebagai " Bisa tersenyum " dan " Orang bertaubat " itu.
Di mana ya ? Tapi tak apa. Cuma gerak hati saya terdetik. Harap kalau kita pernah bertemu, itu merupakan pertemuan yang mengukuhkan ukhwah dan penuh fadhilat dan kemanafaatannya.
Wassalam,
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeletePERTANYAAN TENTANG LEMBAGA MASJID NEGERI SARAWAK TENTANG PENCEROBOHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM
Saya ada mengemukakan pertanyaan tentang kejadian pencerobohan tanah perkuburan Islam yang berlaku pada tahun lepas.
Saya difahamkan yang kejadian berkenaan bukanlah salah YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman pada bila bila pun. Saya diberitahu yang terdapat salah faham di situ. Ia berlaku kerana pihak Lembaga Masjid sendiri yang tak mengambil langkah perlu.
Bolehkah pihak Lembaga Amanah Masjid Sarawak menjelaskan perkara ini ?
Wassalam,
Salam sejahtera knight.
ReplyDeleteAlhamdulillah krn sdr telah nampak pembinaan bangunan itu utk apa. Tiada siapa pun kita terlepas dr kesilapan.
Semoga dgn itu sama2lah kita memajukan BAITULMAL kerana "BAITULMAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"Kita serahkan kpd mereka yg mentadbir baitulmal, kita cuma membantu jika ada org susah beri info dgn mereka, jika ada apa2 berkaitan asnaf beritahu saja dgn mereka. Saya juga berharap sama2 lah kita mentarbiah sdr2 kita yg lain agar membayar zakat kerana ianya salah satu dari rukun islam yg wajib kita laksanakan.
Wassalam.
Srs
Sdr Knight of Saladin,
ReplyDeleteSaya dapati drpd komen2 sdr mungkin seorang yg 'kuat' Islamnya....sehinggakan beriya2 utk memperjuangkan institusi Islam. Namun saya amat dukacita terhadap sdr kita ini yg begitu 'miskin' maklumat berkaitan institusi Islam yg sdr 'kasihi'. Malang sungguh2 bg seorang pejuang Islam 'sejati' yg ketandusan info terhadap semua institusi Islam di Sarawak yg sdr 'sayangi.
Dan dapati sdr begitu byk masa diluangkan utk beri komen yg 'hebat'
Assamualaikum wrbt.
ReplyDeleteKEPADA KEDUA DUA SAUDARA KU DI ATAS,
Saya menghargai penjelasan yang diberi. Insya ALLAH mungkin ada lagi yang saya akan tanya di masa depan.
Tentang miskin info tentang Baitul Mal, ya to some extent memang betul. Dulu saya berada di luar negeri Sarawak. Tapi kenapa BAITUL MAL tak publish majalah terbitan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. Saya bersedia menyumbang cerita menarik tentang sejarah Islam yang mungkin ramai tidak mengetahuinya. Hikmah di sebalik sejarah. Saya juga selalu berdialog dengan paderi paderi Kristian dan menjelaskan Islam kepada mereka. Dialog dengan cara terhormat dalam internet.
Tentang saya yang di katakan banyak masa ? Sebenarnya saudara, masa saya tak juga banyak. Kadang kadang saya curi masa, saya menulis komen saya di forum ini semasa di dalam kereta iaitu di belakang kereta, sementara driver saya memandu di depan.
Jazaku'Allh khairan kathira.
syukur alhamdulillah..masih terdapat rupanya di sarawak tok orang islam yg 'kuat' agama memperjuangkan institusi Islam.Baruk satu soalan dah kelam kabut.Orang bertanya kitak jawab.orang kurang info kitak terangkan dan huraikan.bukankah ya tangungjawab kepada yang ditanya..untuk menjawab dan menerangkan..yang samar diterangkan..dah terang disuluhkan lagi...
ReplyDelete'CUMA SATU SOALAN'
WASSALAM
Salam sdr knight of saladin.
ReplyDeleteUntuk makluman tuan, saya telah memiliki beberapa edisi buku rakan zakan dan Al-Mal yg dberi oleh pihak baitulmal. Disitu info2 yg kita perolehi. Mungkin tuan fikir tiada, tetapi ianya ada dan saya telah mendapatkan info berikut. Jika tuan ingin mendapatkannya, mintalah dgn pihak baitulmal dan sentiasalah melayari web baitulmal dan fb baitulmal utk memperolehi info. Memang semua kita miskin ilmu, ini kerana Allah swt saja yg kaya dgn ilmu dan kita digalakkan utk mencari ilmu akhirat dan ilmu duniawi.
Wassalam.
Srs
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
ReplyDeleteAssalamualaikum: Knight of Saladin
Khalifah Allah dan hamba allah di muka bumi ini.
Berjayalah aku dimuka bumi ini dengan kemewahan yang diberi.Tidak ku pandang amanahku hingga aku terus mencaci.Sikap ego ku masih menghantui...hati ku masih melenting ...aku masih mencari jawapannya,,,.Ku pandang diluar jendela..petani,buruh,nelayan,burung,kucing,anjing semuanya mencari..yang dinamakan rezeki..Terkenang ku sikap sahabat nabiku..berjuang menegakkan warisan nabi.hingga segala-segalanya dicurah untuk berbakti.Aku melihat tangan ku bulu romaku tidak satu tertanggal untuk agama ku.Layak kah aku menjadi khalifah allah di bumi ini.Hamaparan sejadah menanti..Hingga aku hanya hamba allah yang bersujud dan taat peritahnya.tetapi aku terus tersentak malu dengan kalimah allah,bahawa manusia khalifah Allah di muka bumi ini.
Orang yang bertaubat.
Assalamualalikum wrbt.
ReplyDeleteTerima kasih ketiga tiga saudara ukhwah yang menulis pada saya di sana.
Sauadara saudara memberi suluh pada saya. Saya akan membuka mata dengan suluhan itu. Saya bertanya yang dulu untuk kebaikan.
Saya menghargai apa apa rakan yang sama sama sujud pada ALLAH di Baitul Mal itu buat untuk kebaikan.
Saya sentiasa mencari kebenaran dengan bertanya.
Doa saya di hari Jumaat yang mulia ini, moga sauadara saudara semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dalam beriman ( ingat tu, panjang umur mestilah bermanafaat ) dikurniakan sihat wal alfiat, dijauhkan bencana, dikurniakan iman dan taqwa yang berkekalan, diberi sahabat yang mendatangkan untung dan fadhilat, diberi keluarga yang makmur dan bahagia dan di kurniakan keturunan yang akan sentiasa mengimarahkan rumah rumah ibadat, dan yang akan sentiasa membawa panji panji agama ALLAH di muka bumi ini.
Saya juga berdoa semoga semua saudara saudari diberi syafaat tanpa menunggu terlalu lama di Hari Akhirat, di permudahkan hisab dengan senang tanpa kesulitan, di beri ganjaran jannatul firdaus, dan di tempatkan selama lamanya sebagai penghuni syurga yang sangat disayangi ALLAH SWT.
Makbulkan lah doa ku ini YA ALLAH.
Wassalam,
Alhamdullilah,
ReplyDeleteSaudara Knight
Suurah faatir ayat 8
Ada orang yang menghias hidupnya dengan perbuatan-perbuatanyang tidak baik, sehingga keburukan itu dianggap baik. Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki, dan menunjuki sesiapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah Engkau(Muhammad) merasa patah hati kerana sedih lantaran mereka itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.
Hai orang orang yang beriman, bersabarlah, dan kuatkan kesabaranmu, dan bersedialah, serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat kejayaan dan kemenangan(Sura Ali Imran: 200)
Ingat Allah Ingat kejayaan
Satu Kiblat
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteSaudara satu kiblat,
Insya ALLAH, selain daripada perinagatan ALLAH SWT dalam al -Furqan, yakni Al Quran, banyak lagi yang boleh dibuat untk mengingatkan samada perbuatan itu baik atau tidak. Sebab itu hidup berjemaah penting, ber usrah dan sentiasa ingat mengingati.
Dalam satu usrah yang baik, himpunan ilmuan dan juga yang sederhana ilmunya tapi banyak amalnya maka yakinlah itu jamaah Islamiah yang baik.
Belajar lah dan menghayati Al Quran dan sunnah Rasullah s.a.w dan sirah sirah para Rasul dan nabi yang lain. Mungkin kita terkejut jika saya katakan yang Islam amat subur di negara Eropah sekarang. Mungkin kita terkejut jika saya katakan yang Islam semakin di takuti oleh ramai institusi barat dan kuncu kuncu mereka.
Saya selalu menulis dalam penerbitan intellectual lain bukan saja tentang perkara professional pekerjaan saya tetapi perkara sejarah Islam yang baik untuk contoh umat.
Tetapi golongan seperti saya kehausan dan kempunan untuk melihat generasi muda yang berketerampilan dalam bidang agama dan professional. Di masa lalu golongan muda begitu bersantun bila bercakap tentang Islam. Begitu berkobar kobar untuk berada di " front line ".
Kini apa yang kita dengar ? Ya, golongan ilmuan Islam memang ada tetapi mereka berdepan dengan sebilangan golongan muda yang terhanyut dengan budaya yang mereka puja misalnya kebebasan dan keterbukaan yang melampau. Golongan muda yang bebas ini sentiasa hendak jawapan yang kononnya rasional. Oleh kerana itu, saya dan rakan jemaah menggunalah argument rasional.
Mereka iaitu golongan muda yang nak bebas ini tidak sedar yang Islam ialah agama terbuka yang di mana semua peraturan peraturan di dalamnya ialah menurut fitrah manusia.
Saya pernah beri " counseling " beberapa golongan muda yang memuja muja budaya meminum benda yang haram. Approach saya ialah simple " Sebenarnya minum arak itu sangat bertentangan dengan fitrah kamu dan juga fitrah semula jadi badan kamu. Bila kamu minum apa yang kamu rasa ? Tidak kah kamu rasa kesakitan di badan akhirnya kerana cuba menahan kesan alkohol itu ?"
Dan akhirnya mereka mengakui kesakitan dalam badan mereka itu. Apa gunanya mendapat " kick " kalau internal badan itu terluka, sakit dan bila bangun pagi sudah pening dan tak bermaya ? Tapi saya tak tahu lah berapa dalam kumpulan tersebut yang meninggalkan budaya haram itu. Mudah mudahan ramai, saya rasa.
Insya ALLAH saya akan menulis lagi.
Wassalam,
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
ReplyDeleteAssalamualaikum: Saudara Knight of Saladin
Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya
daripada keluarga yang harmoni dan bahagia.
• Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud
penceraian.
• Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan
hilang tempat bergantung dan bermanja.
• Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan
dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang
lain.Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak
bersatu-padu.
• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling
curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.
• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
• Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini
disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga
sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang
yang tinggi di kalangan masyarakat.
• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala
sosial dan keruntuhan akhlak.
• Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam
peningkatan dalam kadar jenayah.
• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya
generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
• Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan
rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini
tentulah serong dan buruk
Orang yang bertaubat
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteSaudara " Orang yang bertaubat "
Insya ALLAH saya akan respons lepas ni.
saya tengah ada tugas rasmi. Banyak orang yang tunggu keputusan saya ni : ) Pihak pihak yang tunggu keputusan saya pun nervous nampaknya : )
Akan di balas pandangan di atas.
Wassalam,
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteSelain daripada berserah pada ALLAH SWT, saya rasa kunci untuk hidup bahagia ialah hidup sederhana walaupun berpendapatan tinggi.
Orang yang hidup sederhana boleh banyak merancang untuk kebahagiaan masa depan. Boleh berjimat, melabur dan menyumbang untuk derma, sadaqah. Orang yang hidup sederhana walaupun income tinggi sebenarnya bijak dan besar kemampuan di lain hari.
Yang seterusnya ialah perlu ada kasih sayang dan chemistry yang betul antara suami isteri. Ini untuk elak perceraian. Perlu ada sikap menghormati di antara mereka. Dan suami mesti pandai memimpin. Dia jangan jadi masalah pada keluarga pulak.
Isteri mesti hormat suami, dan faham daya kemampuan. Dan tentang anak anak, give them chance to grow well. Tapi perlu guidance yang tidak keterlaluan. Namun perlu dilindungi dari unsur pengaruh maksiat dan budaya haram yang lain.
Tak apa kalau anak tu tak begitu excell dalam studies, jangan terlalu menekan dia. kalau kepandaian dia ke arah lain galakkan ke arah itu. Asalkan benda baik.
Wassalam,
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
ReplyDeleteAssalamualaikum: Saudara Knight of Saladin
MENYUSURI sejarah perkembangan tamadun Islam, tokoh muda seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Usmanah bin Zaid, Abdullah Ibn Umar, Ibn Abbas, Saidatina Aisyah dan beberapa nama besar lain, adalah pelopor muda daripada kalangan sahabat Rasulullah saw yang menempa nama dan memberi sumbangan besar ketika usia muda.
ORANG YANG BERTAUBAT
Zaman remaja sering disalah anggap sebagai zaman untuk mencuba sesuatu yang baru sedangkan hakikatnya, zaman ini adalah zaman keemasan kerana ruang dan peluang yang ada jika digunakan untuk tujuan kebaikan, menghasilkan kebaikan.
Lukman Al-Hakim yang terkenal dengan kata-kata nasihatnya, suatu hari pernah ditanya anaknya: “Wahai bapaku! Apakah sebaik-baiknya perkara bagi manusia?”
Jawab Lukman: “Agama”.
Ditanya lagi: “Kalau perkara itu dua?”
Dijawabnya: “Agama dan harta.”
Anaknya terus bertanya lagi: “Jika tiga?”
Lantas dijawab: “Agama, harta dan malu.”
Ditanya lagi: “Jika empat?”
Dijawab Lukman: “Agama, harta, malu dan budi pekerti yang baik.”
Ditanya lagi oleh anaknya: “Jika lima?”
Seterusnya dijawab Lukman: “Agama, harta, malu, budi pekerti yang baik serta pemurah.”
Tanya anaknya: “Jika enam?”
Lukman dengan jawapan yang bijaksana menjawab: “Wahai anak kesayanganku, jika lima perkara sudah terkumpul dalam diri seseorang, maka dia adalah suci terpelihara (takwa), dilindungi Allah dan bebas daripada syaitan.”
SDRA KNIGHT OF SALADIN,
ReplyDeleteKenak kitak dah sik mauk nyanyak sidak baitul mal agik pasal hal hal tadbir sidak nya ? Sdra dah puas hati kah ngan penjelasan sidak ya ? Sdra org banyak ilmu, debatlah ngan sidak ya. Saya masih sik puas hati ngan yang berlaku di sia.
Kitak dah jadi suk dengan sidak baitul mal kah ?
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya akan respond pada Saudara kita yang bertanya " sudah berpuas hati kah saya dengan penjelasan Baitul Mal ? " Kemudian di post yang lain baru saya beri ulasan Saudara Orang Bertaubat ".
Sauadara yang tanya tentang puas hati itu, sebenarnya bagi saya, pihak Baitul Mal telah memberi jawapan yang seikhlas pada saya. Saya peganglah apa yang pihak Baitul Mal katakan itu. Saya memerhatikan yang Baitul Mal ada kesungguhan untuk memajukan diri mereka, kita support lah mereka untuk kebaikan. Saya juga memerhatikan yang jawapan mereka di buat dengan lemah lembut dan menyatakan secara keihsanan.
Dalam Islam tujuan kita ialah untuk mencari kebenaran saudara. Sebab itu dalam Islam, perbincangan ilmiah dinamakan sebagai muzakarah bukannya perdebatan. Muzakarh itu bertujuan untuk mengeratkan ukhwah, mencari kebenaran yang sudah pastinya datang daripada ALLAH SWT dan mencari titik persamaan.
Bantu lah mereka Saudara, itu juga jihad kita bersama saudara saudari kita dalam Baitul mal. Kita jangan berdebat debat, sebab takut nanti di dalam perdebatan itu kita tersasar daripada niat mencari kebenaran dan sebaliknya hanya mahu mencari kemenangan.
Apa maksudnya kemenangan itu ? Kemenangan sebenarnya bagi kita umat Islam ialah mendapat keredhaan ALLAH SWT. Firman ALLAH " Bertolong tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan jangan sekali kali kamu membantu dalam perkara kejahatan..."
Wassalam,
SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK SEPANJANG MASA.
Saua
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteKnights of Saladin,
Buat Sauadara " Orang bertaubat itu "
Surah Luqman sebenarnya surah yang sunnguh indah, ia dalam katergori surah surah Madini ialah bahagian kedua selepas surah surah Makki. Nabi ALLAH Luqman ( a.s. ) memberi pengajaran berguna pada anaknya terutama sekali perkara yang membabitkan rukun dan wajib.
Sejahtera lah dan beruntung lah bagi mereka yakni termasuk saudara ku ini, yang tahu menggunakan akal dan hikamh ALLAH dalam berfikir dan beruzlah. Sebenarnya pada hari ini, tidak ramai umat Islam yang mahu merungkai semangat pengajaran dan roh yang terdapat di dalam Al Quran itu. Mungkin kita akan terkejut bila saya dedahkan yang Napolean Bonarparte, iaitu Raja Perancis telah memuji muji Al Quran bila beliau tiba di mesir satu ketika dan berkata jika manusia berpegang pada AL Quran, dan ajaran Nabi Muhammad (s.a.a ) maka mereka akan mencapai kebahagiaan hidup mereka di dunia. Saya ada menulis sejarah ini dalam satu article, nanti saya akan cari balik artikel itu dan menyatakan apa yang Raja Napolean itu kata. Ini supaya kita insaf. Apa guna nya setengah muda mudi islam berkiblatkan barat sedangakn setengah pemimpin barat masa lalu mengakui kehebatan Nabi Muhammad ( s.a.w ) dan kebenaran Al Quran. Ramai muda mudi tak tahu sejarah kehebatan Islam, mereka hanya tahu hiburan kosong di AF dan sebagainya. Minta maaf, saya bukan anti Akademi Fantasia, tapi apa manafaat di situ. Kenapa ALLAH cuma di cari ketika kesusahan ? Di kegembiraan, ingatkah mereka itu akan ALLAH ? Sedangkan ALLAH sentiasa ingat pada kita semua. disayangiNYA kita dan diberinya nikmat iman dan taqwa, dan rezeki yang baik baik. SUBHANA'LLAH WAL BI HAMDI
SEMOGA SAUDARA BERBAHAGIA DI HUJUNG MINGGU INI DAN TERUS MENDAPAT RAHMAT DAN NIKMAT ALLAH.
Wassalam,
Assalamualaikum.
ReplyDeletePERTANYAAN PEMBACA PADA LEMBAGA AMANAH MASJID SARAWAK
Saya harap pihak berwajib iaitu Lembaga Amanah masjid Negeri Sarawak boleh menjawab pertanyaan pertanyaan terutama sekali berkaitan pencerobohan tanah perkuburan Islam itu.
Itu isu sensitif, dan sering diguna oleh berbagai pihak untuk kepentingan masing masing. Bagi diri saya, saya tidak pernah bertanya untuk kepentingan politik. Ini atas dasar kepentingan umat Islam yang semua berhak mengetahuinya.
Masjid ialah tempat paling suci untuk umat Islam dan pihak Lembaga Masjid hendaklah mempertahankan kawasan waqaf mereka atau pun kawasan yang di mana umat Islam ada kepentingan. Jangan lah membiarkan faktor wang ringgit dan keuntungan menguasai diri.
Saya mendapat maklumat daripada seorang " Public Servant " iaitu seorang pembesar yang berada di kedudukan yang tinggi kedudukannya dalam kerajaan negeri tentang apa yang berlaku di dalam Lembaga Amanah Masjid berkenaan.
Maklumat itu sangat tak memberangsangkan. Ia menyatakan yang beberapa kerat ahli lembaga berkenaan memang beriya iya untuk membenarkan tanah perkuburan itu dimajukan dan mahu memindahkan perkuburan ke tanah lain. Benarkah itu ? Walaupun dalam Islam tanah perkuburan boleh dipindahkan tetapi mengapa di sini perlunya tanah perkuburan Islam untuk dijadikan projek pembangunan ?
Saya juga diberitahu yang semasa pencerobohan itu berlaku, projek belum lagi diluluskan tetapi pemaju projek masuk dengan traktor dan bull dozer mereka. Dan tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam.
Dan saya difahamkan oleh sumber berkenaan yang menteri muda yang bertanggungjawab tentang soal Islam di Sarawak tidak setuju dengan projek berkenaan tetapi ada orang dalam Lembaga Amanah Masjid negeri yang " push " to get the projek done. Dan demi ALLAH yang menjadi saksi saya, sumber saya ialah orang yang sangat dipercayai.
jadi tujuan saya bertanya bukanlah untuk memfitnah sesiapa tetapi untuk mendapat " confirmation " atau pengesahan daripada pihak Lembaga Amanah masjid terutama sekali bahagian executive pentadbiran Masjid negeri Sarawak.
Harap saya tak dituduh memfitnah sesiapa, kerana saya nak terlebih dahulu mendengar penjelasan pihak masjid negeri.
Wassalam,
MENCARI KEBENARAN
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaudara Anonymous
May 28, 2011 9:57 AM,
Hormatilah pandangan sauadara Knights of Saladin tentang kefahaman beliau dlm isu pengurusan baitulmal.setiap orng ada kefahaman yg tersendiri..saya juga setuju dengan teguran dan pandangan beliau tentangan pembinaan bangunan yg tinggi tidak membabitkan dana asnaf...alhamdulillah..sejauh mana pengetahuan beliau tentang selok belok pengurusan baitulmal dan anak2 syarikat mereka.walallahualam. Saya sebagai manusia kebanyakkan bukan dr yg berpelajaran tinggi tidak mampu utk muzakarah lebih jauh melaink dgn tahap ilmu yg telah ALLAH kurniakan kpd saya..alhamdulillah..
masyarakat dibawah tidaklah bpandangan jauh sperti pemimpin2..tetapi masyarakat merasai kesan kepimpinan, maka dgn itulah kita mencari dr mana dtgnya rasa tersebut...
sejauh mana keberkesanan penubuhan pelbagai anak2 syarikat baitulmal terhadap kepentingan 'baitulmal' atau masyarakat.Ataupun berkepentingan kepada pengarah2 syarikat atau agensi2 atau pada ahli2 sahaja.
sejauhmana keberkesanan penjimatan kos yg diwar2kan ataupun salah satu jalan menyalurkan pembayaran tanpa sebab yg kukuh atau(di adakan) kepada anak2 syarikat.(tidak kiralah dana itu dtgnya dr mana2 dana yg disebut diatas)
"Allah tdk akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri".
subhanallah..ikthiarlah, selagi jalan itu diredhai bukan jalan yg dimurkai.
semoga sesiapa saudara diatas dpt menjelaskan kepada saya..
wassalam.
Salam sejahtera saudara.
ReplyDeleteUtk mengetahui lbh labjut dan melihat sendiri apa yg berlaku sila lag pergi berjumpa dgn pihak mereka. Selain itu penubuhan anak syarikat juga memberi muslim yg lain utk berkerja di sana. Ini kerana kwn saya pun telah mendapt pkerjaannya di anak syrikat tersebut. Kalau tak, dimana dia nak kerja.
Srs
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteKNIGHTS OF SALADIN menulis membalas komentar,
Kepada Saudara yang menulis lebih lanjut di atas dan memberi ulasan tentang pandangan, jazaku'Allah khairan kathira.
Sebenarnya Sauadara, saya memang menyatakan sesuatu itu dengan ikhlas. Saya terima yang Baitul Mal itu melakukan benda yang baik atasa dasar apa yang mereka beritahu saya, walaupun saya hendak tahu lebih lanjut lagi sebenarnya. D
Saya ada beberapa kali menyuarakan pendapat yang golongan ulama haruslah di dahulukan dalam pengurusan Baitul mal. Ini bukannya menidakkan peranan economist dalam pengurusan berkenaan. Cuma saya lebih afdal rasanya kira ulama memainkan peranan yang lebih, yakni ulama tahu hujjah agama, tahu taraf dan sifat krtieria muamalat yang betul.
Tidak sekali kali saya kata ahli ekonomi dan business admin tiada peranan di sini. Peranan ulama ialah untuk menentukan hukum dan peranan ahli ekonomi ialah menentukan dasar dan perjalanan. Itu makna nya selari dan seiring.
Saya dan beberapa rakan lain di forum ini yang di luar Baitul Mal sering memberi contoh Sayyidina Umar ibnu Al Khattab (r.a. ). Terlalu banyak contoh baik Umar (r.a) tentang konsep amanah. Contoh yang utama ialah Rasulullah ( s.a.w ) yang juga saya berikan. Amanah ialah perkara yang Rasullullah (s.aw ) pandang berat, hatta hadiah yang diberi kepada Rasulullah (s.a.w ) pun, bila baginda menerimanya, maka baginda akan membahagikannya pada sahaba dan jiran jiran baginda dan orang yang tak berkemampuan yang lain. Baginda menerima hadiah atas dasar yang memberi dan menerima hadiah itu dibenarkan dalam Islam, tetapi baginda tidak menyimpan hadiah yang diberi padanya.
Begitu juga Umar (r.a). Beliau menjadi khalifah ketika ekonomi umat Islam sedang berkembang pesat, itu pun Umar (r.a.) memastikan yang pegawai pegawai kerajaan terutama sekali yang berkhidmat dalam perbendaharaan dan Baitul Mal ini tidak membuat walau sedikitpun untung untuk diri mereka sekiranya keuntungan itu ada kaitan walau sedikt pun dengan tugas rasmi mereka. Umar (r.a) memberi hartanya kepada kerajaan yang dipimpinnya walaupun itu hartanya sendiri. Beliau akan memastikan yang tiada rakyatnya lapar dan amalan beliau tidak memakan daging itu selagi ada rakyatnya yang lapar itu menunjukkan satu hikmah. Mengapa ? Sebab daging itu benda mewah. Umar (r.a) tidak mahu memakan benda yang mewah bila rakyat nya masih lapar.
Itulah saudara, bagaimana telusnya Umar.
Dalam forum ini saya menyumbang pendapat. Dan menghargai pendapat orang lain. Dan memahami sentiment banyak pembaca pembaca yang menulis ingin penjelasan lebih lanjut daripada Baitul Mal. Bila pihak Baitul Mal menjelaskan pada saya, saya pegang pada apa yang dinyatakan itu. Mereka telah menyatakan pada saya yang pembinaan bangunan itu daripada waqaf dana Baitul Mal. saya sujud syukur pada ALLAH kerana saya tahu yang dana Baitul Mal itu dana yang bukannya datang daripada zakat.
Tentang aspek aspek busines baitul Mal yang lain, itu belum dimaklum pada saya, mungkin kerana saya belum menulisnya atau bertanya tentangnya. Itu juga berkait dengan soal hukum,yakni soal soal penambahan dan pembaharuan di dalam Baitul Mal. Kita tak boleh terus mengatakan salah ataupun tidak.
Misalnya saya bagi contoh, sebab di dalam zaman kegemilangan Islam di zaman Abbasiah, masjid juga tempat beribadat, pendidekan, tempat bersosial dan tempat perniagaan. Perniagaan itu digalakkan dalam Islam. Tetapi jangan lupa, kita hendaklah membezakan di antara perniagaan persendirian dan perniagaan atas dasar amanah. Kalau berniaga bermodalkan harta sendiri, bolehlah kumpul dan simpan seberapa banyak untung. Tetapi perniagaan atas dasar amanah, keuntungan itu mesti balik pada tujuan amanah berkenaan.
Cuma di dalam konteks Baitul Mal Sarawak ini saya mengalu alukan pertanyaan saudara saya di atas yang bertanya tentang soal soal bentuk perniagaan di dalam Baitul Mal itu, anak anak syarikatnya, itu soalan yang baik. Teruskan Saudara.
WASSALAM,
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteOh ya, saya akan berlepas ke Semenanjung hari ini dan akan berada di sana untuk urusan peribadi beberapa hari.
Maaf jika ada post komentar oleh pembaca lain yang dituju pada saya akan lambat dibalas oleh saya. Insya ALLAH saya akan layari bolg ini jika kedapatan masa.
Wassalam,
menjelang tilawah tak berapa lama lagi di harap pasukan jais ,mais n daud n his boys can deliver something new about muslim imej after one of your friend look emotional regarding malaikat nak turun to sarawak.by pumpung people head ...what type of this minister can do if with no pumpung battock he will lead his jungle members to pumpung outsiders from enter here.so...must do the best all out...sumubukum ummyu pahum la yub sirun ...hu alllah hi allah ha allah...sadakallah..walaknatullah again masing
ReplyDeleteSalam. Kamek rasa Saudara Knight of Saladin pelembut hati org nya. Tutur katanya di atur rapi. Sik nya ngelabah dan marah dolok bila di anok macam macam oleh sidak ya. Kamek rasa nya bukan org ekstrem. Suka mengambil hati org walaupun org yg sik setuju ngannya ya sik faham isi hati nya. Masih juak nya sayang ngan perjuangan org sama saudara seagamanya.
ReplyDeleteSdra kita ya juga mahu Baitul Mal maju dlm bisnes. nya pun paham tentang perlu bisnes dlm Baitul mal ya. Mungkin nya dpt berik lebih lanjut lagik komennya tentang bisnes yang dibuat Baitul mal macam bisnes insurans. Rasa saya bisnes ya sik salah.
Apa pendapat kita saudara Knight of Saladin ? Harap dpt jawab komen kita tok.
siapakah penama bagi agensi insurans Baitulmal?????? jeng,jeng,jeng.............
ReplyDeleteKenak nama samarannya " Knights of Saladin ? Sbb Saladin tok yang satu-satunya Sultan, Raja, Kesatria, ( Knight ertinya pahlawan Kesatria dlm Bahasa Melayu ) Islam yg berjaya pertahan semua tempat suci Islam yg di asak oleh tentera nasrani zaman dolok. Saladin sik pernah tewas mana peperangan besar, panglimanya dan kesatrianya ( knights ) semua pandae strategi dan org warak, iktikad sidak ya kuat. Cubaan org nasara berik rasuah pada panglima panglima tentera Saladin sik berjaya.
ReplyDeleteKita bandingkan, Dlm perang teluk zaman moden tok, antara sebab tentera barat Amerika senang menang di iraq ialah general jeneral Iraq dah disuap sidak ya. masa masuk baghdad, semua ketua tentera cabut. lihat report CNN dan aljazira dolok ?
Ada org nanyak diatas ya. Sapa penama insurans baitul mal ?
ReplyDeleteKepada batu api-batu api yang ada dalam ruangan ini.Pok mun you x puas hati, you check dolok peranan you sebagai seorg islam.Sudahkah membaca buku perihal dajal.Kalau belum cari buku tersebut.Baru you tau.
ReplyDeleteSidak masjid negeri sarawak ya, kenak sik jawap yang ditanyak pada kitak ? Apa sidak setiausaha ya takut kah ? Ne cerita tentang tanah kubur yg diceroboh ? Kitak yg sik lalek kah ? Ne amanah kitak di LAKMNS ya ? Setiausahanya penakut. Org salah nang macam ya.
ReplyDeleteOrg bertanyak kenak dikata dajal ? Apa yg dajalnya bila org nak tauk. Sik clear kamek sapa yg dikatanya dajal tok. Insurans kitak org ya sapa penamanya ? Tok soal direct, jd jangan ngata kita dajal.
ReplyDeleteSS baertanya.
ReplyDeletesiapa pula lembaga pengarah bagi anak2 syarikat tersebut????
kamek join rami org yg nak tau tentang peristiwa tanah perkuburan di ceroboh ? Kenak sik ada jawapannya ? nang betul lah sidak pengurusan ya makan suap, angkuh dan nak ngadaikan maruah umat Islam. Iboh sidak ya berpura-purak ? Mun cam ya, iboh jak jalan tugas amanah masjid. mun nak masuk bisnes, kluar jak, ambik loan dan cuba nasib.
ReplyDeletetok ada org sia yang terhegeh hegeh, kononnya alim tp bila diberik kesempatan, maruah sapa-sapa pun dijualnya.
mun sidak lembaga masjid ya sik jawab kita, kelak kita jawab pemimpin sidaknya dlm pilihanraya umum klak. undi jak pembangkang. dah kita dipolah cam tok. kenak CM suka ngan org sik guna kedak ya ? kita nang inger nangar org angkuh, suka membesar diri. sapa sik tauk org yg angkuh dlm masjid negeri ya. di suap bisnes man pakae ceroboh kubur org pun nya sanggup. dengan staf diriknya pun nya nunjuk kukunya. ya org yg sik layak megang amanah.
ReplyDeletesidak mengurus masjid ya kelabu asap. Kononnya bagus lah dirik nya. Peribahasa " lebih sudu dari kuah " Ketawa besar sidak cina developer ya nangar org masjid ya senang di beli sidaknya. Kenak kita sik terpikir nak lapor pada SPRM jak ? Berapa ndak duit masjid ya dah diguna nya sorang dirik ? Rumahnya makae guard yg sepatutnya ngawal tempat lain. Sik nyeleweng nama ya ?
ReplyDeleteSokong. Undi pembangkang jak masa PRU 13. Nyaman klak mengarae sidak org masjid ya carik kerja lain. Biar nya tauk, jawatan ya bukan warisan neneknya.
ReplyDeletebanyak pun geram dengan pencerobohan ya. Ne miak pondan setiausaha masjid ya ? Ya lagik aksyen kah masa ceroboh ya ? brapa percent profit nya terimak dr sidak developer ya ? pakae upahnya supaya tempat ya boleh dimasuk org dengan traktar dan bulldozer ya ?
ReplyDeleteSalam. Saudara Knight of Saladin, Mun saudara betul berjuang untuk Islam, sebenarnya banyak info sidak Baitul Mal ya kurang tepat. Sik mungkin sidak ya boleh membina bangunan dengan waqaf sidak baitul ajak. Boleh percaya kah kita ?
ReplyDeleteKadang kadang sidak Baitul Mal ya nutup peluang org Melayu berniaga. Misalan, kadang kadang dibolot sidak Baitul Mal ya gerai gerai sewaan tempat lain. Akhirnya umat Islam sik dapat berniaga. Sewa dolok dibangunan lamak sidak ya dinaitnya.
Saudara Knight of Saladin, jangan kitak terimak bulat bulat kata-kata sidak ya. Ya kata-kata org yg ada kepentingan. Ada elaun pengarah nak dijaganya. Kenak hingga kinek tuk sida Baitul Mal sik madah pasal anak syarikat sidaknya pada pembaca semua ? Sebab banyak gilak benda yg nak ditapok sidak ya,
Kita tauk Saudara tok org ikhlsa, ya lah Baitul Mal ambik kesempatan atas ikhlas kitak ya. Kitak dibulak sidak ya, separuh ada yg benar dikata sidak, separuh agik dibulak sidak ya.
Iboh ditanyak Sdra kita ya. Org mudak ya mungkin di Kelantan kinek tok. Rasa kamek lah. Mun tekaan kamek sapa diriknya betul. :) Tanyak jak sidak Baitul Mal ya.
ReplyDeletetesting 1 2 3....1 2 3
ReplyDeleteassalamua'laikum wbt............
Berhemah lah masa berik pendapat.
ReplyDeleteassalamua'laikum wbt...........
ReplyDeletewahai saudara saya di atas, maafkan mereka pihak pengurusan baitulmal dan LAKMNS..kita tidak layak mghukum..cukuplah sekadar bertanya dan menegur kesilapan2 mreka.semoga Allah mbuka pintu hati mereka kembali kejalan syarak, jln yg diredhai..kita adalah bsaudara.
memang tidak dinafikan oleh masyarakat islam sarawak, kakitangan JAIS, makamah syariah dan LAKMNS terdapat penyalahan kuasa dan dana untuk kepentingan peribadi dan kroni.
penubuhan anak2 syarikat adalah sebagai birokrasi untuk menutup penyalahan kuasa dan dana Baitulmal..para kakitangan baitulmal telah digula2kan untuk mengurus takbir anak2 syarikat tersebut demi kepentingan peribadi diatas JENAMA 'menjimatkan kos Baitulmal.'
"perniagaan atas dasar amanah, keuntungan itu mesti balik pada tujuan amanah berkenaan." (Knights of Saladin) dan bukannya kepada kepentingan diri dan kroni.
yang diterangkan kpd kita cuma "ni kerana kwn saya pun telah mendapt pkerjaannya di anak syrikat tersebut. Kalau tak, dimana dia nak kerja." ini bukan jawaban nya saudara..persoalan kita adalah menepati syarak atau tidak penubuhan anak2 syarikat...inilah dinamakan GULA2..
"BAITULMAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"
insyaallah, memandangkan slogan tersebut telah diguna pakai oleh baitulmal, maka bersama2lah kita berikthiar membangunkan baitulmal.saling tegur menegur..membaiki kesilapan,sering berlapang dada menerima teguran,(Umar Al-Khattab menegur umat dan membenarkan Umat menegur beliau).jangan takut negur yg silap yg dtg dr baitulmal.anggaplah ini adalah taklimat dr umat..semoga sama2 kita diredhai Allah swt.
Assalamualaikum wrbt..
ReplyDeleteKnights of Saladin mengucap syukran jazillan pada Saudara SS.
Saudara SS telah memberi pendapat yg sangat berguna. Saya minta maaf sebab tak membalas beberapa e mail Saudara saudara sekalian yg lain. Masih lagi saya berada di Semenanjung. Dan akan menghurai lanjut lagi.
Cuma pesanan saya pada setengah umat Islam, yg Gawai ini perlu lah kita berhati hati. Mungkin tidak salah pergi ke rumah rakan Dayak yg merayakan Gawai tetapi jangan lah sampai kita lupa batasan dan perkara halal dan haram. Apa yg boleh bagi org lain mungkin tidak boleh bagi kita. Saya rasa dalam perkara ini, ucapan selamat dari kita itu memadai lah.
Di setengah negara barat, bila ada official function tapi kita nyatakan yg kita tak boleh minum minuman keras atas dasar kepercayaan agama kita, mereka iaitu org Barat berkenaan akan lebih menghormati kita. Malah mereka pun, ada setengahnya tak suka minum. Jadi kita sebagai umat Islam, tunjuklah contoh di mana mana pun. Org Yahudi conservative pun tak boleh minum alcohol atau makan daging haram macam kita. Tapi tujuan saya menulis ni bukan untuk kita kagum pada org yahudi, yang itu jangan sekali kali sebab tauhid mereka berlainan dari kita. Cuma sekadar memberi contoh agama lain yg juga haram alkohol. Jadi, kita mestilah beri contoh yg lebih baik dari org Yahudi itu.
Alhamdulillah, ALLAH mengizinkan saya menyatakan yg berkenaan di atas sebagai peringatan untuk semua termasuk saya sendiri. Walau bagaimana pun, saya selalunya tidak menghadiri sebarang perayaan lain kecuali perayaan kita sendiri iiatu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Bukan saya anti perpaduan, tapi cuma masa aje yg tak beri kelapangan pada saya.
Insya ALLAH, saya akan menulis lagi. Masih di bumi Semenanjung ni.
Wassalam,
ASSALAMUALAIKUM WBT. MINTA SIDAK DI BAITULMAL TULIS DLM BLOG TUK MEMAPARKAN PERBELANJAAN BAITULMAL; PENGURUSAN, PEMBAHAGIAN KPD ASNAF, PEROLEHAN SETAHUN DRPD ZAKAT, PENGGUNAAN ZAKAT SECARA TELUS DAN TERBUKA. USAHLAH NAK BERSILAT SANA SINI. PEMBERI KOMEN DLM BLOG TUK NAK TAUK PEROLEHAN DAN PERBELANJAAN BAITULMAL. DOLOK PERNAH SAYA DENGAR MASA TAKLIMAT BAITULMAL, KATA SIDAKNYA "KITA SIK BOLEH HEBOH2 GILAK DANA BAITULMAL. TAKUT DIDENGAR ORANG LAIN. DIAM2 AJAK". SAYA SIK FAHAM MAKSUD CAKAP BUNYI YA. APA NAK DITAKUT DGN ORG BANGSA/AGAMA LAIN. BAITULMAL SIK ADA KENAK MENGENAK DGN SIDAKNYA. TUK URUSAN ORG ISLAM. MEREKA SIK ADA HAK NAK CAMPUR TANGAN.
ReplyDeleteKepada yg bertanyak diatas, dipaparkan perbelanjaan baitulmal spt dibawah;
ReplyDelete1. Belanja pengurusan ; RM??? Cari dirik pun!
2. Pembhg kpd asnaf ; 8 asnaf... tangar sekeliling ada jawapan nya!
3. Perolehan setahun; kira dirik pun...
4. "telus & terbuka"; apa anda faham ttg telus = tembus, terbuka = terlanjang
5. Apa bersilat? mauk silat cekak? silat gayung?
6. Apa dalam palak ko?
SEMUA SOALAN2 DIATAS, DPT DIJAWAB SENDIRIK...TOK BUKAN ZAMAN BATU! MUDAH AKSES DGN MAKLUMAT! SUKA NAK MOLAH ISU! SIK CAYAK, TAIP JAK APA KITA MAUK DLM INTERNET MESTI ADA JAWABAN! MEDIA MASSA LAIN... MCM MERARE DILUAR ASAL RAJIN BACA JAK!!!!! MUN RAJIN GIK PEGI DIRECT KE JAB AUDIT...ADA SIK AKAUN BAITULMAL DIAUDIT????
Jawapan kedak ya cukup kah ? Ada kah wbsite sidak ya madah untung pendapatan Baitul mal ? Belanja pengurusan ? Di suruhnya kita nangar sekeliling. Mun u mauk jawapan sebenar, banyak lagik org yg sik dibantu Baitul mal di sekeliling ya.
ReplyDeleteDalam palak kamek orang, banyak perkara yg bukan amanah yang dipolah kitak orang ya. Kitak tauk apa dalam pejabat kitak ya, kitak tauk sapa dapat untung bisnes. Jadi apa perlu marah dengan kamek yg berhak tauk. Dalam mengurus amanah ya, kitak orang yang mengurus, jadi kitak orang yg perlu nunjuk keterbukaan, bukannya marah sik tentu pasal macam tok
Saudara saudara semua,
ReplyDeleteBerishtifar lah. Yang menegur ya, tegurlah cara hikmah. Yg menjawab ya, jawab lah dengan sabar. Tapi wajib dijawab dengan benar.
Ada beberapa saudara kita di forum tok yg terpuji cara sidaknya. Saudara knights of Saladin ya, siknya marah dan sik nya cepat ngelabah bila sidak baitul Mal nganoknya. Malah lekas lekas nya maafkan sidak ya yang kuat ngutuk nya. Malah di doanya hasrat dan impian yg terbaik untuk saudara saudari seagamanya di Baitul mal ya. Dipujinya sidak ya dalam aspek di mana sidak Baitul Mal ya betul. Tangar kitak ya. Walaupun ada org nyuruhnya sik suka dgn Baituk mal dan madah Baitul Mal ada mmbulakkannya, tapi Saudara Knights of Saladin tok sik terburu buru marah dan sik menghukum dan sik termakan kata org lain sebelum nya tanya soal siasat dolok. Ya peribadi bagus.
Yg menjawab bagi baitul mal pun, jawablah dengan tenang. Jgn marah org di luar ya. Kitak org megang amanah. Mestilah org ingin tauk sebab pemegang amanah ada hak untuk menerangkan.
Saudara SS juga contoh baik walaupun baruk masuk forum tok. Pendapatnya pun brnas juak.
Knights of Saladin mengimbas kembali kenangan masa dulu
ReplyDeleteSEJENAK MENGENANG AL MARHUM USTAZ AWANG PON BIN AWANG SIBON
Al marhum merupakan seorang Hakim Besar Syarie ketika dulu. Dan selepas bersara beliau saya faham ada masuk politik. Saya bukan orang politik jauh sekali ahli mana mana parti. Langsung tak ada minat politik dalam jiwa saya. Jadi jangan salah anggap yang ini tulisan politik.
Saya memang kenal dengan al Marhum ustaz lama lagi, masa saya buat kajian ilmiah di Mahkamah Syariah dulu. Al Marhum suka menggalakkan mahasiswa universiti supaya mecedok seberapa banyak ilmu. Kami merujuk beliau sebagai Yang Amat Arif kerana al Marhum ialah Hakim Besar Syarie masa tu. Pada petang bila al marhum free sebelum habis waktu bekerja al marhum akan meluang masa bersama kami. Saya suka diusiknya kadang kadang sebab saya suka bertanya. Al marhum merupakan seorang yang seangkatan al marhum ustaz Fadhil Noor bekas Presiden PAS yang juga rakan baik beliau.
Dari kejernihan wajahnya, cara tutur kata yang begitu teratur, dan merendahkan diri walaupun tinggi ilmunya, saya tau al marhum seorang yang sangat mulia peribadinya. Al marhum seorang yang sangat tinggi nilai ilmu dan wibawanya. Semua orang segan pada beliau. Bila beliau ketawa pun ikut sunnah Rasulullah ( s.a.w ), beliau tersenyum hingga nampak giginya. Bukan ketawa kuat.
Salah satu perkara yang saya ingat yang sangat mengembirakan al marhum dulu ialah bila beliau kata pada saya yang kerajaan nak upgrade kan taraf Hakim Hakim Syarie. Dan bila ia berlaku, al marhum bercakap tentang hasrat nak buat yang lebih baik lagi dalam bidang perundangan. Saya rasa ia berlaku.
Bila saya mula bekerja, gembira al marhum. Beliau mengharap semua anak anak ( al marhum suka mengelar kami sebagai anak anak ) yang pernah dibimbingnya itu dapat menyumbang ke arah perjuangan Islam. Tapi pekerjaan saya itu membawa saya ke beberapa tempat. Lama sungguh saya lepas itu tak berjumpa dengan al-marhum. Hingga lah beliau kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya ditempat bersama orang mukmin yang disayangi ALLAH SWT.
Saya difahamkan yang al marhum ada menulis beberapa buku ilmu feqah.
Tujuan saya menulis ini ialah untuk " return to memory lane " di mana orang yang terdahulu itu begitu komited dan ikhlas dalam memperjuangkan Islam walaupun tidak ramai yang mengetahuinya.
Saya lebih suka merujuk pada orang orang yang baik baik dan mulia yang dah kembali ke rahmatullah dengan gelaran al marhum. Bagi saya, bukan raja raja saja yang layak dirujuk dengan terma berkenaan. Semulia mulia manusia di sisi ALLAH ialah mereka yang bertaqwa ( al Quran ) dan ALLAH tidak pernah menyebut samada mereka itu raja, pemimpin, pentadbir, petani atau nelayan atau rakyat marhaen yang biasa. Kita semua sama di sisiNYA dan dibezakan atas dasar taqwa padaNYA.
Wassalam,
Saudara Knight of Saladin,
ReplyDeleteTerima kasih atas contoh baik yg ditunjukkan.
Pada masa ni jarang-jarang ada orang yg berhemah dan berlembut bahasa masa dia bagi pendapat. Ada yg suka guna Bahasa kasar. Yg beri komen kurang bijak pun ada. Org politik suka guna bahasa dashyat.
Saudara lain dari yg lain.
- Nurul Asmah Md Yusof
Sdr Knight of Saladin,
ReplyDeleteApa pendapat kitak tentang Majlis Islam S'wak, Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah ? Yg institusi tok tak disentuh dlm forum tok. Blh kitak beri pendapat ?
T/Kasih.
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteKNIGHTS OF SALADIN mengulas....
Saudara yang bertanya tentang ketiga institusi Islam Sarawak berkenaan,
Beginilah. Pada pandangan saya ketiga tiga institusi Islam berkenaan dijaga dan ditadbir dengan baik. Ini komen asas saya dan bukannya melihat " furuqiah " dan bukan lagi secara detail.
Tiada salahnya orang yg dah pencen mentadbir Majlis Agama Islam Sarawak sekiranya landasan institusi itu betul dan berlandaskan syarak. Cuma mungkin di masa depan ulama boleh didahulukan untuk mengetuai Majlis berkenaan. yang cuma of interest pada saya ialah aktiviti aktiviti dan program MAIS. Saya agak keliru kerana tak tahu di mananya hiraki Mufti di dalam MAIS. Ini kerana saya sudah lama tak berada di Sarawak dan cuma bertugas di sini baru baru ini. Bagi saya Mufti itu mesti berada di hiraki yang tertinggi sebab cuma ulama boleh menjadi mufti.
Tentang JAIS, secara luarannya dijaga dan ditadbir dengan baik. Namun saya mengakui yang saya belum tahu betul betul hala tuju dan objektif JAIS secara keseluruhannya. Saya tak tahu program program institusi berkenaan yang berkaitan dengan umat Islam Sarawak.
Dan yang terbaru mengenai Mahkamah Syariah Sarawak, itu saya tak tahu. tetapi berdasarkan pengalaman masa lampau, institusi Mahkamah Syariah Sarawak ialah institusi yang sangat dihormati. Itu pengamatan masa lampau.
Saya perlu melihat keseluruhannya iaitu performnce Mahkamah Syariah di dalam bidang perundangan dan kehakiman Syarie pada beberapa tahun kebelakangan ini mislnya dalam menyelesaikan kes-kes tertungak dan mengembangkan prinsip prinsip perundangan syarie yang baru dan itu yang saya tak tahu.
Saya akan menulis lebih lanjut lagi tentang
institusi berkenaan bila ada masa lagi Insya ALLAH. Saya sedang menunggu flight ke Sarawak ni dari KLIA.
Wassalam,
salamkom wahai umat muhammad.....menurut kata hati dan jelajah keliling saya berkenaan mais,jais di sarawak adalah sangat menyedihkan di tambah kurangnya penghayatan dan tauladan yang mereka beri dalam halatuju mencorakkan perpaduan,kesedaran,manfaat ilmu yang kurang.contohnya di kawasan saya yang jauh dari kota..apa yang di perhatikan tiadanya kesedaran mahupun keinsafan yang terbit dari wajah tentang ap yang wajib dan apa yang mergukan atau yang haram sekalipun di mata hati mereka.kadang2 sedih dan menangis keseorangan kerana megenangkan adanya pihak yng berkuasa mentarbiyah tapi yng di tarbiah adalah perkara yang tidak menepati apa kehendak semasa yang mendorong kepada berlakunya yng luar jangkauan kita.apalah salahnya pihak jais selain dari menguatkuasakan undang2cap apek mereka cuba berhabisan cara atau pendekatan lain yang d fikirkan dapat melemahkan hati mrk yng terjerumus ini dapat sama2 menyedarkan muslim yng lain ke arah amal maaruf nahi munkar.sedangkan mereka sendiri macam hanya di depan manusia berlakon sedangkan hakikatnya tugas mengikat hal yang sebenar.tanpa tugas ini kiranya aku pun seperti kamu juga..misalnya.masyaalah jenis apakah kaedah yang di gunapakai oleh kamu....subhanallah
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletealbaqarah 48...jagalah dirimu dari suatu hari,yang pada saat itu org sama sekali tidak dapat membela yng lainnya,dan tidak pula di terima syafaat dan tebusan,dan mereka tidak akan di tolong.so jais and mais pls go with your vision or lets people choose which vision are suitable for yor organisation .if not minoriti muslim will suffer till the end...vote for change
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteKnights of Saladin menulis ulasan di atas...
Kepada kedua dua saudara di atas. Saya menghormati pandangan pandangan saudara. Tetapi boleh kah jika saudara berdua sebut secara spesifik ketidak puasan pada MAIS dan JAIS itu. Saya bukan hendak membela mereka kerana saya sendiri sudah lama tak berada di Sarawak. Jadi saya tidak tahu bentuk ketidak puasan pada kedua dua institusi berkenaan.
Saudara-saudara sekalian, Islam itu jelas dan terang. Tiada keraguannya. Jangan lah kita kata benda ketidakpuasan itu terlalu umum sehingga pihak JAIS dan MAIS sendiri mungkin tidak dapat menghurai lanjut tentang apa yang tidak puas hati itu. Saya sendiri tak tahu apa ketidak puasan sauadara saudara itu.
Dan simpanlah politiking itu ke minima. Please keep politicking to the minimum. Saya sangat tak setuju kalau forum ini di jadikan tempat untuk meminta undi atau " vote for change " sekalipun. Kita bermesyuarah atau bermuzakarah dan jangan lah jadi agenda politik itu sebagai tujuan kita di sini.
Dan harap pihak MAIS dan JAIS dapat menjawab pertanyaan saya tentang objektif dan matlamat utama MAIS dan JAIS itu. Saya juga akan bertanya tentang statistik Mahkamah Syariah tentang kes kes penyelesaian mereka dalam beberapa tahun dan prinsip perundangan baru yang mereka kembangkan.
Saya juga akan sentuh tentang enakmen undang undang keluarga Islam Sarawak yang saya rasa perlu diperbaiki. Saya tahu mengubal undang undang itu bukan jurisdiction Mahkamah tetapi Mahkamah boleh memulakan langkah ini.
Wassalam
Saya sokong saudara Knight of Saladin. Janganlah mempolitikkan forum yg baik ini. jangan hemtam sembrono. Dan jangan memancing undi politik. Nawaitu kita akan berubah, nanti ia akan juga berakhir dengan zero sum game, iaitu akhirnya itu politik jugak.
ReplyDeleteSauadara Knights of Saladin,
ReplyDeleteRamai saudari muslimah di sini ingin mengenali saudara yg amat berilmu tinggi dan suka merendah diri itu. Saudara seorang yang sangat berhemah tinggi. Tidak keberatan kah untuk bagi e mail saudara ?
Wassalam,
Nurul Asmah bt Md Yusof
Assalamualaikum wrbt,
ReplyDeletealhamdulillah,dengan izinNya saya menulis..
saya amat bersetuju skali..aspek pengurusan organisasi islam haruslah berlandaskan 'takwa' tanpa takwa maka bercampur baurlah yg bathil kedlm yg haqq.kebayakkannya lebih membanggakan ilmu,akal dan fikiran yg dirasanya hebat,bijak (kebijaksanaan mereka)dan sebagainya tanpa melihat kepda ketakwaan yg melahirkan iman yg mantap untuk 'dengar dan patuh' perintah ALLAH swt.
'hanya ketakwaan dan keimanan yang dapat mengawal kebijaksanaan akal'.tanpa ketakwaan dan keimanan yg mantap, kebijaksanaan seseorang akan cenderung kepada kepentingan peribadi dan kroni.
untung rugi hanya dilihat pada dasar material bukan ibadah kepada ALLah swt.iaitu sebaik2 ganjaran adalah pahala disisi ALLAH.
kebanyakkan VISI organisasi Islam di sarawak terpengaruh ataupun mencedok visi2 sekular/kapitalis(terlalu materialistik).sebaik2nya hendaklah mengesakan ALLAH swt dlm setiap amalan mahupun visi..
Apabila pemimpin organisasi islam yg dilantik kelulusan tinggi dan dikatakan 'smart' dgn ilmu pengurusan dunia maka terpengaruhlah segala isi organisasi dr sistem pengurusan hingga ke kakitangan mengikut stail koperat..hingga lalai yakni ibadah hanya menharap redha ALLAH dan bukanya manusia.setuju sekali lagi.. golongan ulama diperlukan dlm menentukan hala tuju sesebuah organisasi islam supaya pelaksana yg bijak pandai dpt 'melaksanakan' mengikut hukum syara'..bukan atas dasar 'bijak pandai'.
insyallah saya akan menyambung tulisan ini nanti..
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteKnights of Saladin menulis...
Tentang saudari yg menulis pada saya, saya menghargai permintaan mereka yg berkenaan. Setiap yg baik itu daripada ALLAH, dan yg silap tu daripada kelemahan saya sendiri.
Saya percaya permintaan saudari saudari berkenaan dibuat ikhlas untuk menimba ilmu dan bertukar pendapat dan pengetahuan.
Saya memohon maaf buat masa ini saya tak dapat memberitahu e mail saya. Saya menghargai permintaan saudari semua cuma saya tak dapat menyatakan e mail biasa kerana ia akan mendedahkan identiti saya.
Namun demikian, saya akan create e mail yg khusus untuk ini, yakni untuk bertukar pandangan ilmu dan pengetahuan dan saya berharap ia akan diguna sebaik baiknya nanti. Tunggulah.
Wassalam,
Salam
ReplyDeleteApa kata kita buat undi tak percaya terhadap pengurusan baitulmal sarawak..biar datuk taib nukar pengurusan ya dgn mendahulukan ulama sebagai pilihan utama untuk memimpin institusi islam yang telah terbina sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi..sayang institusi perbendahraan Islam yang telah dibina Rasulullah S.A.W. dengan iman dan taqwa, yg tujuan nya adalah untuk membela umat Islam yg memerlukan dipertikaikan oleh masyarakat Islam sendiri hanya gara2 kelemahan pihak yg d pilih untuk memimpinnya..jangan korporatkan sangat institusi Islam hingga blh d labelkan sebagai keparat olh masyarakat Islam sendiri..ada institusi yg blh d letak kan org korporat dan ada institusi yg memerlukan golongan ilmuan Islam untuk menjadi pemimpin..kita renungkan firman Allah S.W.T d bawah :
Fas alu Ahla zikri inkuntum laa tak lamun
(serahkan lah pada mereka yg ahli )
Jadi, fikir-fikirkanlah..
-Wajib Tayang-
Assalamualaikum wrbt.
ReplyDeleteSecularism ialah pemusnah empayar Islam yg terdahulu. Kerajaan Othmaniah terlalu korup dan banyak melantik yg bukan ahli sebagai pemimpin organisasi Islam. Akibatnya ramai institusi diurus dengan buruk. Pihak British mengambil kesempatan dan mencucuk jarum dan menghasut rakyat Turki dan Arab menentang kerajaan mereka sendiri.
Dan kerajaan Othmaniah itu sendiri sudah lemah, mereka sendiri tiada roh dan jiwa Islam, pemimpin-pemimpinnya suka minum arak dan menyimpan gundik-gundik, maksiat berleluasa, jadi bagaimana rakyat boleh menyokong mereka.
Tulisan ini sekadar renungan kita bersama. Saya tak menyatakan terdapat persamaan di antara kerajaan Othmaniah dengan yang ada pada kita sekarang.
Wassalam
Knights of Saladin menulis....
ReplyDeleteBolehkah pihak MAIS terangkan di mana sebenarnya hiraki Mufti di dalam MAIS itu sendiri. Saya masih tidak tahu.
Persoalan hiraki penting. Dalam urusan agama, ulama mesti di dahulukan. Tiada ijma yang betul tanpa penyertaan ulama. Tiada hukum sahih mengenai hal hal yg tak disebut dalam Ouran dan Hadith kecuali atas ijma ulama yg berdasarkan ijtihad.
saya harap pihak MAIS dan JAIS dapat menjelaskan matlamat dan objektif organisasi mereka dan menjelaskan tentang aktiviti. Saya tak meminta semua penjelasan aktiviti, sebab saya tahu setengah aktiviti haruslah di simpan rapi dalam dalamnya tanpa menghebahkannya.
Tetapi akiviti asas mesti ada dan boleh dijelaskan.
Wassalam,
tangar jak kita forum forum lain. Forum tok ajak yg Bahasa org bertamaddun digunakan. Forum lain, ada bahasanya okay, ada yg teruk gilak. Sebab do forum kita tok bincang hal Islam. Ada org berilmu berik pendapat dikalangan kita. Diforum lain ya bincang politik seratus peratus.
ReplyDeleteSaudara Knight of Saladin,
ReplyDeleteT/kasih atas jawapan di atas. Harap dapat e mail saudara kelak. Rasa ingin kenal selalu ada.
moga saudara sentiasa ceria.
- Siti Munirah dan member.
Saya ingin beritahu yg pihak MAIS dan JAIS haruslah menjawab soalan-2 yg dikemukakan oleh saudara saudara di atas. Blog tok dibaca oleh puluhan ribu org. Janggal sangat kalau MAIS dan JAIS berdiam diri.
ReplyDeleteNanti tanggapan umat Islam ialah mereka sengaja mengelak dari beri jawapan yg betul dan benar.
Baitulmal urus dolok 8 asnaf nak layak dpt zakat ya dengan profesional dan betul2 dpt nyelesai masalah asnaf tuk, terutama fakir dan miskin. Isu mudah ajak: Masih byk umat Islam tmasuk saudara muallaf yg benar2 perlu dibantu mengeluarkan mereka drpd kemiskinan/kesusahan hidup. Masih byk anak umat Islam yg berpotensi maju dlm pendidikan sik mendapat bantuan sewajarnya drpd Baitulmal. Byk anak umat Islam tercicir dlm pendidikan disebabkan kemiskinan keluarga. Byk umat Islam nak makan pun susah, apatah lagi nak hidup senang lenang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, malah, kais-mengais pun sik cukup jua. Ada sik Baitulmal nyimpan data selengkapnya ttg statistik umat Islam yg fakir dan miskin, cemerlang pelajaran tapi sik mampu lanjut pelajaran, anak Islam tercicir sekolah dll?
ReplyDeletePegawai Baitulmal kenak turun padang (all out) mengenal pasti masalah umat Islam di bawah sana. Jenguk rumah kediaman mereka. Mungkin sidak Baitulmal sik percaya kali, ada rumah umat Islam lebih truk dari kandang kambin dan reban ayam. Sekitaran kotor sik terurus. Ada umat Islam sik dpt nyambut Hari Raya seperti org lain, tertunggu2 jak sedekah adik kakak di kirik kanan. Cukup mengharukan. Cubalah kitak di Baitulmal ya peka sikit.
saya udah madah dolok2, dlm senarai e-Kasih tersenarai kebykannya umat Islam. Bukak data di Yayasan Swak, byk yg mohon bantuan umat Islam. Bukak data PTPTN, yg byk mohon anak umat Islam. Nak turun nait pejabat Baitulmal, semuanya umat Islam yg latar belakang hidupnya susah, fakir, dan miskin. Barang kali, ada yg tiap2 taun turun nait Baitulmal minta bantuan. Mun muka sama turun nait tiap taun minta bantuan Baitulmal, ertinya hidup mereka masih dlm kesusahan, kefakiran, dan kemiskinan. Bantulah mereka all out, bukan seadanya. Keluarkan mereka drpd kemiskinan dgn menyediakan punca dan sumber ekonomi yg dpt disandarkan utk menghapuskan kemiskinan. Sapa2 jak umat Islam dlm kategori miskin tegar, mereka WAJIB dibantu sepenuhnya, bukan seadanya, bukan bermusim, bukan ikut keadaan, bukan one off, bukan ala kadar, bukan "jadilah".
TENTANG JAIS/MAIS: Dr. Adi, Pengarah Unit Perkhidmatan Pendidikan JAIS/MAIS, dengan dibantu oleh guru PENCEN (longgokan guru pencen) mengadakan kursus setiap tahun, dengan kerjasama JPN Sarawak, untuk Pengetua/GB, Penolong Kanan, UNTUK APA? Macamlah sidak Pengetua/GB/PK ya sik tau ttg kepemimpinan Islam. Dinamakan kursus Kepemimpinan Islam utk pegawai kanan JPNS. Malah, byk sidak Pengetua/ GB/PK ya lebih tau drpd Dr. Adi dan konco2nya ttg Islam. Jauh lebih hebat barang kali. Sasaran Dr. Adi sik berapa betul. Lebih baik keseluruhan peruntukan ya pake mantu anak umat Islam, bukan sidak nak udah pande2 ya. Sik ada untung besar. Tahu sik Dr. Adi, byk Pengetua/GB/ PK sik rela hati nak dtg kursus ya. apa bleh buat, nak meraikan majlis ajak. Kamek Pengetua/GB/PK tuk sik brapa minat nak dtg tapi terpaksa.
ReplyDeleteMun dah byk gilak duit, turun jak ke sekolah2. Berik kepercayaan kpd Pengetua/GB/PK mengadakan aktiviti/program yg sesuai utk sekolah dgn bantuan dana JAIS/MIS. Pengetua/GB tahu apa keperluan di sekolah. Program nak diadakan oleh UPP JAIS ya, monotonus; membosankan. Tiap2 taun sik ada perubahan. Nak mengendalikan kursus/ program ya, org dah dikenal latar belakangnya. Sik ada autoriti dan akauntabiliti utk memberi motivasi murid. Mun diberik ke sekolah, sekolah dpt milih urang nak benar2 pakar dan berkelibar dlm bidang ya.
Kerajaan Sarawak jumud dlm soal agama
ReplyDeleteOrg pencen dilonggok ke dalam MAIS, JAIS dan yg lain. Bukan salah tapi org - org pencen tok bukannya lulusan agama.
Tangar jak institusi institusi Islam S'wak, ada roh Islam sik ? Hampir sik ada. Berapa berjayakah program Dakwah sidaknya ? Berapa org masuk Islam dan jadi saudara baru ? Berapa kali sidak ya enforce soal " halal " dalam kedai makanan dan restaurant ? Dan produk produk makanan ? Apa program amar ma'aruf dan nahi mungkar sidak ya ? Berapa berkesan kah ?
MAIS nampaknya terlalu sik bermaya, macam institusi yang dah pencen juak. Ya, cam ne nak di katakan wibawa ? Apa wibawa sidak MAIS ya ? Di biarnya Baitul mal di tadbir sik tentu pasal, sik di dulinya samada bisnes Baitul mal ya betul kah sik.
Baitul Mal pun sik duli gilak dgn persoalan orang miskin dan daif ? Nya berik bantuan macam lepas batuk di tangga jak, ya gago dgn bangunan bangunannya. Dan bila ditanyak dlm forum tok, sidaknya nafikan perkara tok. Apa duit yg diguna sidak ya sebenarnya pakae buat bangunan mahal ya ? Mustahil sik ada financing bank ? Dan cam ne nya bayar financing ya ?
MANGSA PENYALAHGUNAAN KUASA INSTITUSI ISLAM SARAWAK
Assalamualaikum,
ReplyDeleteHarap MAIS dan JAIS dapat respon pada e mail email di atas. Kena ada keterbukaan, nanti kelak dikata tiada kekuatan untuk mendengar pandangan ummah, menerima pendapat baik dan tiada kekuatan untuk membela diri dari pandangan yang tak benar.
Mendiamkan diri ditengah tengah pendapat pendapat dari luar adalah tindakan kurang bijak.
Moga dapat beri penjelesan..
Wassalam,
Assalamualaikum wrbt;
ReplyDeletecuba kita renung, apabila asnaf miskin telah menerima bantuan JKM maka mereka tidak layak utk bantuan Baitulmal.KENAPA mereka yg menerima gaji dari baitulmal tetap boleh menerima elaun2 dr anak2 syarikat Baitulmal.bukankah mereka telah menyalah gunakan kuasa..mereka telah berlaku zholim!
KENAPA mereka membenarkan diri mereka mengambil peluang keuntungan keatas diri mereka melalui amanah yg dipertanggungjawabkan..Tidak cukupkah gaji asal yg dibayar Baitulmal kpd mereka yg mencecah 5 angka setiap bulan.(nikmat Allah swt keatas mereka)Syukur nikmat Allah.
MAIS & JAIS sik peduli dgn Baitulmal..Coba check sapa lembaga pengarah bagi anak2 syarikat Baitulmal?Apabila ulama sudah menjadi pencinta dunia yg memfokuskan kepada materialistik(ulama Suk) kuasa,gaji dan elaun2 yg bermacam2..masalah umat dibiarkan.
ulama dan pemimpin bukan milik umat tapi milik golongan tertentu.
Ada 2 golongan di kalangan manusia, kalau 2 golongan itu baik maka baiklah semua manusia, kalau 2 golongan itu jahat maka jahatlah manusia, iaitu para ulama dan pemimpin.
telah lahir ulama dan pemimpin yg jumud dan liberal..di negeriku.mereka lebih suka berjalan sendiri dan komersil bukan golongan yg membangunkan jemaah.
jangan diharap sidak Jais,Mais dan Baitulmal untuk menjawab..mereka terlalu takut dan telah di gula2kan..maka tanyalah kepada pengarah,mufti,pengurus besar..merekalah yg beraksi mlalui campur tangan 'the hidden hand'.
mendirikan bangunan itu tidak salahkan..tapi proses mendirikan bangunan itulah yg dicurigakan..anak sykt digunakan atas alasan mejana/mengembang dana baitulmal..(birokrasi)kontrak diserah kepada anak2 syarikat dan anak syarikat menyerah kpd mereka2 yg bkepentingan.(the hidden hand)
di antara proses Baitulmal ke "anak2 syarikat" kemudian ke "konraktor/pembekal" kemudian ke baitulmal kembali. kemudian baruk kepada umat."DISINI" lah terdapatnya kepentingan2 peribadi..ianya blm lagik pemberian baitulmal kepada surau2 sejadah,buku,beg, dll. melalui proses purchasing macam toklah.keuntungan dpt dijanakan.kpd peribadi..
mungkin memang adalah financing kepada bangunan ya atas dasar syiar islam tapi sapa financer..mestilah (the hidden hand) will involve.sapa yg meluluskannya pun ada kepentingan..
Syiar islam itu pada zat islam itu sendiri kepada sesiapa yg beramal.bukannya pada bangunan,syarikat islam,produk islam,logo islam,tapi pada yg patuh/mengikut al-quran dan sunnah.
“Sebab itu, agama perlu berada di atas politik/liberal dan bukan parti politik/liberal yang mengarah golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka,”
Wassalam