Wednesday, June 9, 2010

PBB, PRS dan SPDP tidak sehaluan di Ngemah

Oleh Thun Diwan

MUKAH: Tindakan beberapa komponen parti dalam Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan hak ke atas Kerusi Dewan Undangan Nengeri Ngemah secara senyap-senyap, dilihat sebagai pembuka laluan mudah kepada Parti Cinta Malaysia untuk terus mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya yang akan datang.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dikatakan telah mula bergerak dan memperkenalkan diri di kawasan DUN itu sejak beberapa bulan lalu.

Parti itu secara diam-diam turut memperkenalkan nama seseorang yang dikatakan bakal calon BN pada pilihan itu kelak.


Mereka telah memperkenalkan nama seseorang yang dikatakan calon PBB untuk merampas Ngemah dari tangan pembangkang pada pilihan raya itu nanti.

Alasan parti itu mudah, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) menerusi calonnya pada pilihan raya lalu telah gagal menyumbang kepada BN.

Calon BN dari PRS ketika itu tumpas di tangan calon Bebas Gabriel Adit Demong.

Gadriel sekarang adalah Pengerusi PCM Sarawak.

Serentak dengan itu PRS juga telah giat melakukan pendekatan terbaru sebagai usaha untuk mempertahankan kerusi itu bagi BN pada pilihan raya akan datang.

Di samping itu Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) juga turut percaya bahawa kerusi itu akan diberikan kepada mereka atas alasan penyandangnya Gabriel Adit adalah bekas ahli parti itu.

Berikutan itu SPDP juga turut menggerakkan pasukannya untuk memperkenalkan diri kepada pengundi di kawasan pilihan raya itu.

Tindakan tiga buah parti komponen BN ini telah mengelirukan para penyokong Barisan Nasional - dan pada masa yang sama menunjukkan tiada sehaluan dalam BN negeri ini dalam perkara itu.

No comments:

Post a Comment