Showing posts with label AMK. Show all posts
Showing posts with label AMK. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Nazib yakin Fadilah tidak akan terima cabarannya untuk perdebatan terbuka

KUCHING, Februari 05, 2010: Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat Negeri Ahmad Nazib Johari mencabar Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadilah Yusof untuk berdebat secara terbuka.

Menurut beliau, perdebatan itu adalah untuk membahas serta menjelaskan isu-isu berbangkit dan berkaitan hala tuju pemuda di negeri ini.

“Sudah lama saya ingin berdebat dengan beliau tetapi sehingga kini belum ada maklum balas daripadanya,” ujarnya ketika ditemui Utusan Borneo Semasa lawatannya di sini semalam.