Oleh Thun Diwan
MUKAH: Pada ketika cerita mengenai pilihan raya negeri yang akan datang menjadi buah mulut ahli-ahli politik dari pihak kerajaan dan pembangkang, lain pula cerita pengundi setia Barisan Nasional di Kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Saban dan Layar.
Mereka hanya bercerita tentang apa yang telah dijanjikan tetapi gagal ditunaikan.
Mereka mengatakan masih menahan luka di hati yang belum sembuh dan masih berdarah kesan daripada pilihan raya negeri 2006.
Pengundi di kedua-dua kawasan itu mendakwa menerima banyak janji pembangunan yang ditaburkan oleh calon-calon pada pilihan raya berkenaan ketika itu.
Namun hampir empat tahun telah berlalu, janji-janji yang ditaburkan belum menampakkan hasil meskipun calon-calon yang terbabit telah berjaya membantu Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan.
"YB kami menjanjikan bekalan elektrik kepada rumah panjang kami ketika itu dan lebih meyakinkan apabila kontraktor turut dipanggil untuk melakukan pendawaian.
"Tetapi wayar yang dipasang terus tinggal wayar sehingga sekarang," kata seorang Tuai Rumah dari kawasan DUN Bukit Saban.
DUN Bukit Saban dimenangi oleh Robert Lawson Chuat calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) apabila mengalahkan calon pembangkang Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Edwin Dundang pada pilihan raya itu dalam pertemuan satu lawan satu ketika itu.
Turut didakwa beberapa lagi rumah panjang di kawasan itu juga dijanjikan dengan kemudahan asas sedemikan samada bekalan air bersih, jalan raya atau elektrik.
Kesemua rumah panjang itu kini masih menunggu janji-janji untuk ditunaikan.
Di samping itu, beberapa buah rumah panjang di DUN Layar turut dihantui oleh perkara yang serupa.
Antaranya lima buah rumah panjang di Ulu Layar ketika itu yang turut dijanjikan dengan projek bekalan elektrik menggunakan sistem solar.
Menurut seorang tuai rumah yang turut dijanjikan dengan sistem solar itu, beliau bersama empat tuai rumah lain telah dipanggil oleh Datuk Patinggi Jabu ke Kuching atas urusan projek pembangunan.
Katanya, apabila berada di rumah Timbalan Ketua Menteri, yang juga dari PBB, itu di Tabuan Jaya pada masa itu, mereka diminta untuk menyatakan apa yang mereka mahu.
"Yang manisnya semasa di rumah itu, Datuk Patinggi (Tan Sri Alfred) Jabu (Numpang) bertanya kepada mereka.. "Nama projek dikeka kita? (Bahasa Iban)," kata tuai rumah itu semasa mengingat kembali randau mereka bersam ADUN Layar itu ketika itu.
Setelah menyuarakan penduduk itu mereka terus diminta menandantangi borang setiap seorang, katanya mengingat kembali detik pertemuan yang dianggap akan membawa sinar baru kepada rumah panjang mereka.
Pertemuan itu dikatakan berlaku pada ambang pilihan raya negeri 2006.
Katanya, meskipun telah lima taun borang itu ditandatangi, tidak ada berita tentang solar yang telah dijanjikan itu.
Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menang dalam pilihan raya itu dengan mengalahkan calon SNAP dan Bebas ketika itu.
bagus la,itu duit RM450 sebulan cukup ba pakei beli diesel ka,benzin ka..apa mau sibuk2 tentang elektrik,air bersih,itu duit 450 boleh beli semua ba,..*Kitai anang enda ngundi perintah (BN),laban cda mai pemansang*..bukan org lain yang kata begitu,majoriti tuai rumah yang memaksa rakyat mengundi BN..bagus la..undi lagi BN
ReplyDeleteHidup BN!!!!!!!!!!!!! hahahaha ...
ReplyDeletewhere enuf RM450??? Taib has RM450 juta ... RM4,500 ok ...
ReplyDelete