Wednesday, June 16, 2010

Johari berdepan tekanan sekat pelan peralihan kuasa

Oleh Thun Diwan

SIBU: Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg harus mengambil langkah bijak dan pendekatan halus untuk memastikan Pelan Peralihan Kuasa dalam genggamannya, dapat direalisasikan.

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg tidak harus bersikap gelojoh kerana langkah seperti itu telah terbukti menggagalkan hasrat Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib untuk menyerahkan Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia kepada pengganti nya, sebelum ini.

Kes Tan Sri Adenan Haji Satem cukup untuk dijadikan Johari ikhtibar berhubung perkara ini.

Lagi pun sikap menonjol sebelum sesuatu itu berada dalam tangan boleh mendatangkan padah kepada diri sendiri.

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg bagaimanapun sehingga kini dilihat mengambil langkah yang cukup berhati-hati dan tidak membuat sebarang pendedahan berhubung perkara itu.

Meskipun beliau dikatakan telah mempengerusikan beberapa mesyuarat yang dinamakan Pelaksanaan Pelan Peralihan Kuasa Kerajaan Sarawak, namun pendiriannya cukup kukuh.

"Biar pecah di perut jangan pecah di mulut" mungkin itulah perumpamaan yang menjadi pegangan bakal Ketua Menteri ini untuk memastikan perkara ini rahsia sehingga kepada masa ia perlu diumumkan.

Bagaimanapun sumber dalam mengatakan Johari tidak terlepas daripada tekanan dari dalam.

Cabaran yang dipikul oleh Johari Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg dalam usaha untuk merealisasikan pelan peralihan kuasa itu, amat berat.

Banyak suara lantang yang kedengaran menentang pelan peralihan kuasa itu dengan alasan ianya belum perlu untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ada juga suara yang mengatakan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg belum cukup bersedia untuk menduduki jawatan nombor satu negeri itu memandangkan beliau tidak mempunyai cukup pengalaman dan kurang pendedahan di peringkat pusat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang yang telah 'ditetapkan' untuk berundur dalam peralihan kuasa itu, cuba menggagalkan perancangan ini dengan mengatakan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih diperlukan untuk memimpin negeri ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang bagaimanapun tidak menyatakan sehingga bila khidmat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud itu masih diperlukan negeri ini.

Kenyataan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang itu menggambarkan seolah-olah beliau masih berkeras dan enggan meninggalkan Tingkat 19, Wisma Bapa Malaysia.

Antara alasan lain yang ditabur oleh pihak tertentu dalam beberapa mesyuarat Pelaksanaan Pelan Peralihan Kuasa Kerajaan Sarawak ialah Menteri Pengurusan dan Perancangan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan tidak serasi dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah Embas yang dinamakan sebagai bakal mengganti Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dato Sri Douglas Uggah Embas kedua-duanya adalah Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dato Sri Douglas Uggah Embas dikatakan tidak serasi dengan satu antara lain dan sering bertikam lidah setiap kali Mesyuarat Majli Tertinggi PBB atau mesyuarat lain yang berkaitan dengan dasar kerajaan atau parti.

Sehubungan itu, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg perlu terus berhati-hati dalam menyelesaikan masalah ini, ibarat menarik rambut dari dalam tepung : "rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak"

Selain itu, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg juga menerima tekanan yang terlalu hebat dari kalangan orang kanan lain dalam PBB.

Namun dikatakan tekanan itu bukan dari Tan Sri Adenan Haji Satem tetapi oleh kumpulan orang-orang yang pernah disebut-sebut akan mengganti Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini.

Antaranya Datuk Seri Dr Mohd Effendi Narwawi dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan  sendiri.

Apa pun kebelakangan ini Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg sering dilihat mengiringi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam majlis-majlis perasmian.

Ini mungkin satu pendekatan yang dikirakan oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg sebagai paling tepat untuk merealisasikan pelan peralihan kuasa itu nanti.

Pelan itu hanya mempunyai satu nama yang bakal mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kelak - iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

5 comments:

  1. abang joe, better watch out awang tengah. he killed his own boss, denan, few years ago just because he wanted to take over his place. yes, he is now. but since you are said to be the next cm, then u better becareful ... or you are going to be the next denan...

    ReplyDelete
  2. ayaa...sempat ka mau tukar cm?tada org lebih muda ka jd cm?itu semua sudah tua,otak pun sudah tidak dapat pikir creatif lagi mau majukan sarawak....bagus suruh itu larry sng jd cm

    ReplyDelete
  3. saya akan tetap lantik menteri muda kesayangan pehin sri taib dalam kabinet saya ... saya akan lantik dia sebagai menteri muda jaga jamban ... saya tahu dia bijak untuk menangani masalah jamban-jamban di sarawak

    ReplyDelete
  4. Abang Jo bakal jadi ketua menteri?
    1.Mun cm mauknya jadi ketua menteri dah lama nya lantik abang Jo sejak tahun 1998 lagi.
    2. CM tahu abang jo pernah link dgn anwar pada tahun 1997-98 dalam pertandingan abang jo-adenan
    3. dapatkah abang jo dipercayai untuk menjaga kepentingan perniagaan besar keluarga cm? adakah era pak lah selepas mahathir berulang versi sarawak nanti?
    4.sejauhmanakah CM benar2 mahu melepaskan jawatan dengan pelbagai isu ekonomi, politik di negeri sarawak sedang hangat? sedangkan cm seorang real fighter in politik setanding dengan mahathir
    5. Adenan jadi ketua menteri? Hampir semua menteri besar/ketua menteri era abad 21 di malaysia berumur bawah 50 tahun. Perdana Menteri Thai, Australia, Filipina,AMerika syarikat, malah Jepun (52 tahun). Adenan pun tak minat lagi jd cm.
    6. Pelapis tak ada? amat mustahil 2.5 juta orang di sarawak tak ada yang berkelayakan. Sedangkan Nabi Muhammad ada pelapis2 dalam memimpin negara islam.
    7. Fikirkan secara intelektual. baca sejarah asia tenggara dan sejarah politik dunia sebelum berhujah.

    ReplyDelete
  5. "...Abang Jo bakal jadi ketua menteri?
    1.Mun cm mauknya jadi ketua menteri dah lama nya lantik abang Jo sejak tahun 1998 lagi.
    ..."

    Otak Udang kah tok? Pulang lah balik ke gua Niah!

    Kalau nok jadi KM apa perlu Taib setuju? Bodo ...!!! Otak penuh dengan encaluk!!!

    ReplyDelete