Saturday, June 26, 2010

Tugu peringatan yang mengingatkan janji yang belum ditunai

Oleh Thun Diwan

SIBU: Sebuah tugu peringatan yang didirikan beberapa tahun lalu di sebuah rumah panjang di Rantau Miding, kini menghantui para penghuni. 

Usaha membina tugu yang mempunyai kos RM7,000 itu diasaskan seorang bekas ahli SPDP yang pernah menjawat jawatan setiausaha politik kepada seorang pemimpin Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Ekoran pembatalan PBDS, beliau telah bertindak menyertai Sarawak Progressive and Democratic Party (SPDP) sebelum beralih arah kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS). 

Menurut penghuni rumah panjang tersebut, sebelum pembinaan tugu tersebut mereka telah diminta oleh ahli PRS tersebut untuk membuat kutipan wang bagi tujuan pembinaan.

Mereka juga telah dijanjikan bahawa pembayaran akan dibuat selepas selesai pembinaan tugu tersebut.

Bagaimanapun, janji hanya tinggal janji apabila bekas ahli SPDP ini telah menyertai PRS.

Berikutan itu penghuni rumah panjang ini telah bercadang untuk mengemukakan tuntutan kos pembinaan itu kepada SPDP.

2 comments:

  1. won't surprise if the statue was erected to curry favour with mawan or the local spdp leaders. as usual, some small politicians want to get in the good book of political masters.

    ReplyDelete
  2. james masing jeles no one erects a statue for him ...hahahaha

    ReplyDelete