Oleh Thun Diwan
MUKAH: Pelan Peralihan Kuasa Kerajaan Negeri bakal menyaksikan kemunculan beberapa nama ahli politik veteran untuk meanggotai semula pucuk pimpinan kerajaan negeri ini.
Mesyuarat bagi pelaksanaan pelan itu yang dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Pebangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg dikatakan masih berkisar tentang pelantikan orang lama itu.
Mesyuarat berkenaan yang telah diadakan beberapa kali selama ini adalah untuk menentukan kedudukan individu tertentu dalam kepimpinan negeri ini selepas Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyerahkan tampuk pimpinan itu.
Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg dikatakan akan menggantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam pelan itu.
Bagaimanapun nama orang lama yang dimaksudkan tidak diperolehi.
Bagaimanapun sumber percaya orang lama itu adalah Datuk Sri Mohd Effendi Norwawi selain dari Datuk Wahab Haji Dolah yang akan kembali semula ke peringkat negeri.
Datuk Wahab Dollah adalah Ahli Parlimen Igan dan pernah menyandang jawatan menteri muda negeri ini sebelum itu.
Selain itu sumber terbabit juga percaya beberapa bekas Ahli Dewan Negeri ini yang pernah digelar sebagai anak emas kepada Pehin Sri Tain turut tersenarai dalam pelan peralihan kuasa itu.
Di samping itu, menyusunan semula anggota Setiausah Politik Kepada Ketua Menteri turut juga dilakukan berikutan pelan peralihan kuasa itu.
Semua parti komponen BN telah diarah untuk mengemukakan calon masing-masing untuk jawatan itu.
Menurut sumber itu SPDP, PRS dan SUPP telah mengemukakan calon wanita untuk mengisi jawatan berkenaan.
i think pendi should go back to look after his beautiful wife or ...
ReplyDelete