Saturday, June 12, 2010

Tidak mudah dapat geran tanah NCR di Sarawak

oleh Thun Diwan

SIBU: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya kerajaan mempertimbangkan kemungkinan untuk mengeluarkan geran tanah kepada penduduk di luar bandar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10 ) sudah tentu melegakan pemilik Tanah Adat (NCR).

Apatah lagi apabila Perdana Menteri mengkhususkan pengumuman itu kepada penduduk-penduduk di luar bandar yang membabitkan Sabah dan Sarawak.

Difahamkan Sarawak mempunyai 1.5 juta ekar tanah yang diketagorikan sebagai NCR.


Angka ini diumumkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) nengeri ini menerusi Kementerian Kemajuan Tanah pada 1995.

Pengumuman itu dibuat oleh Dato Sri Celestine Ujang ak Jilan yang ketika itu Menteri kemajuan Tanah.

Bagaimanapun Dato Sri Dr James Jemut Masing yang menyandang jawatan sebagai menteri itu sekarang tidak banyak dilibatkan dengan hak tanah.

Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber telah diberi kuasa dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus hal ini dan pemberian hak menerusi Jabatan Tanah dan Servei.

Lima puluh ribu ekar (50,000) tanah NCR di Sarawak telah diterokai untuk penanamaan kelapa Sawit di bawah program pemulihan dan penyatuan untuk menggerakkan ekonomi penduduk di luar bandar oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA).

SALCRA sejak penubuhannya 25 tahun lalu memberi jaminan geran kepada tanah NCR yang terlibat dalam pembangunan lembaga itu.

Malangnya sehingga kini tidak sampai 5 peratus daripada 18,000 peserta skim ladang kelapa sawit SALCRA telah mendapatkan geran hak milik tanah masing-masing.

Pengeluaran geran itu hanya pembabitkan orang tertentu sahaja, yang lain diarah menunggu dan ramai peserta yang terlibat dalam skim pertama lembaga itu di Merindun, Lubok Antu belum lagi mendapat geran tanah masing-masing.

Berdasarkan kepada fakta ini, ternyata hasrat perdana menteri dalam pengumuman RMK10 itu tidak tercapai.

Satu lagi sebab yang boleh menggagalkan hasrat RMK10 berhubung perkara itu ialah negeri ini mempunayi Kanun Tanah yang tersendiri dan tidak perlu akur undang- undang tanah persekutuan atau arahan kerejaan pusat.

Lagi pun mengikut sumber rasmi banyak kawasan NCR di negeri ini talah diluluskan untuk pembangunan ladang kelapa sawit atau penanaman hutan kepada syarikat swasta.

Ini akan menyukarkan proses pemberian geran kepada tanah itu pada masa akan datang.

Oleh itu perlulah pemilik tanah di negeri ini tidak terlalu mengharap kerana harapan itu akan memudarkan kepercayaan kepada kerajaan BN kelak.

4 comments:

  1. nak bagi geran tanah???ada untungka bagi geran tanah NCR pada penduduk, bagus bagi sama itu tokey2 besar, ada juga palak agong mari..

    ReplyDelete
  2. rimbunan hijau bosJune 23, 2010 at 5:55 PM

    still got ncr land to steal ka?

    ReplyDelete
  3. Tanah NCR atau tanah adat banyak ada dinegeri sarawak. Cuma yang susah mendapatkan surat gran tanah tersebut. Gran atau tidak gran tidak kisah tawkey ramai sedia nak beli denganorang perantaraan melalui Peguam, dengan disahkan oleh KK atau Penghulu. Beribu ribu ekar tanah demikian telah pun bertukar tangan dan Pejabat Tanah dan Ukur selkalu keluarkan surat tanah ikut kaperluan pemohon, pemohon selalunya towkey lah, kerana sanggup keluar wang yang banyak.

    ReplyDelete
  4. hal kedak tok patut diketengahkan di sitok agar mudahan pihak-pihak yang berkenaan akan ambik tindakkan yang sewajarnya. mun di diam ajak, abis la tanah ncr di kerja sidak lanun di land survey ngan cina.

    ReplyDelete