Saturday, June 12, 2010

'Kambing Hitam' dalam PBB harus undur


by Thun Diwan

SIBU: Selama 23 tahun menjadi Wakil Rakyat sejak kemenangan pertama pada pilihan raya negeri 1987, jangankan mendapat gelaran darjah kebesaran 'Datuk' ataupun 'Dato'',  jawatan menteri muda pun seumpama bak kata pepatah 'jauh panggang dari api'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang seangkatan, ada yang telah mendapat gelaran kebesaran itu dan dihargai dengan perlantikan sebagai menteri, namum ada yang dinafikan dan disisih jauh.

Antara yang bernasib baik ialah Datuk Wahab Aziz, Datuk Bolhassan Haji Di, Datuk Wan Wahab Wan Sanusi, Datuk Wahab Haji Dolah dan Datuk Hamden Haji Ahmad.



Orang yang lebih berjaya dalam tempoh itu adalah seperti Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

ADUN Nangka Datuk Awang Bemee Ali Basah amat tidak menyerlah dan sepatutnya berbanyak berterima kasih kerana antara yang bernasib mendapat gelaran Datuk walaupun tidak layak.

Bagaimanapun beliau terlalu angkuh dengan kebesaran itu sehingga lupa diri dan kini telah menerima tikaman hebat apabila dikatakan sebagai seorang wakil rakyat yang lemah.

ADUN Kedup, Frederick Bayoi Manggie antara yang tersisih, mula dipilih menjadi wakil rakyat apabila berjaya mempertahankan Kerusi Tarat untuk Barisan Nasional (BN) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada pergolakan politik 1987.
 
Bagaimanapun Dr Abang Drauf Abang Haji Zen meskipun tanpa gelaran Datuk mampu melangkah lebih jauh untuk duduk di kerusi empuk sebagai Menteri Muda.
 
Berbanding dengan Federick Bayoi Manggie, Datuk Michael Manyin Jawong jauh lebih junior dalam politik PBB tetapi lebih menyerlah atau sengaja diserlahkan mungkin atas sebab tertentu.

Datuk Michael Manyin Jawong bukan sahaja mendapat gelaran Datuk sebelum masanya malah telah dijulang awal-awal lagi apabila dilantik menjadi Menteri sebaik sahaja memenangi DUN Tebedu dalam satu pilihan raya negeri sedikit masa dahulu.

Namun cara PBB membuat ukuran dan penilaian terhadap perkara itu samada berdasarka 'itu orang aku' 'itu orang dia' atau melihat kepada keupayaan dan pengalaman seseorang itu dalam politik, tidak diketahui.

ADUN Machan, Datuk Gramong Juna boleh dikategorikan sebagai antara orang yang bernasib baik kerana sejak penyertaannya dalam PBB pada 1988, beliau duduk di kerusi empuk sebagai menteri muda.

Datuk Ambrose Blikau, ADUN Katibas bagaimanapun pernah turun naik kedudukan dengan pelantikan sulungnya sebagai Menteri Muda selama dua minggu sebelum pilihan raya negeri pada 1987.

Berpandu kepada perkara itu maka bukan sahaja Bayoi yang perlu berundur malah Blikau, Gramong, Drauf, dan Bemee juga harus memberi laluan kepada muka baru pada pilihan raya negeri akan datang.


Dalam hal ini Bayoi telah tampil dengan kata dua, bertahan sekirannya terus diberikan kepercayaan dan bersedia berundur jika diminta untuk berbuat demikian.

3 comments:

  1. urang lamak yang dah tepu pemikiran mesti berundur mun nak niat pbb menang lam pilinraya negeri tok

    ReplyDelete
  2. majoriti harus berundur,bagi peluang org muda la..ni semua dah tua2 pun masih nak jadi wakil rakyat,dapat buat keja ke..atau pasal wakil2 rakyat ni semua dah terlalu lama..dah tak ada idea nak majukan Sarawak,kita yg jadi mangsa gunakan jalanraya macam jalan zaman belum merdeka lagi,air elektrik khiamat pun tak sampai ke kampung2..kalau tak berundur kasi karamkan bn baru tau..

    ReplyDelete
  3. development has to be 'there' in order the political development concept is to stay relevant:). so, even if the money is available, the BN must not give 100% development ... or there will be no need for BN

    ReplyDelete