Oleh Waarheid Mirino
MIRI: Pas Sarawak telah membuat rombakkan kepimpinan dengan melantik Adam Ahid sebagai pesuruhjaya yang baru bagi menggantikan Ustaz Uthman Mustapha dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada Mei 03 yang lepas di Kuching.
Selain dari itu, parti tersebut juga telah menggugurkan Saidin Massudin Sahini dari jawatan setiausaha dan tempat beliau telah diberikan kepada Fidzuan Zaidi.
Keputusan untuk menggugurkan kedua-dua pemimpin atasan parti dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS Pusat Dato' Mustapha Ali.