Sunday, June 13, 2010

Martin Ben perkenal diri kepada para pengundi Kedup


Oleh Thun Diwan 

SERIAN: Martin Ben dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dikhabarkan telah menemui penduduk di kawasan Dewan Undangan Nengeri (DUN) Kedup sebagai usaha untuk mendapatkan pencalonan pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Anak kepada mendiang Temenggong Datuk Michael Ben itu dikatakan mula bergerak apabila  ADUN Kedup, Ferderick Bayoi Manggie membuat kenyataan terbuka menyerahkan kepada pucuk pimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) untuk menentukan kedudukannya kelak.

Mendiang Datuk Michael Ben adalah mantan anggota Kabinet Negeri dan juga ADUN Tebakang (Tebedu sekarang). 
Kedup diwujudkan berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada satu ketika dahulu.

Ia adalah hasil pecahan kawasan DUN Tebakang dan Simunjan ketika itu.

Bayoi memulakan karier politiknya apabila dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri 1987 untuk kawasan DUN Tarat sebelum dipindahkan ke Kedup selepas persempadanan semula itu.

Pengundi di Kedup bagaimanapun mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza terhadap perkara

No comments:

Post a Comment