Utusan Borneo Oktober 31, 2010
BINTULU: Peniaga gerai milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Kubah Ria, Kuching akan diarah mengosongkannya (gerai) jika tiga bulan sewa tidak dibayar.
Pengerusi SEDC Datuk Talib Zulpilip berkata pihaknya tidak akan teragak-agak berbuat demikian memandangkan ramai yang berminat untuk berniaga di kawasan yang baru dibuka pada September lepas.
"Ramai yang kini diletakkan dalam senarai menunggu. Jika peniaga sedia ada enggan membayar sewa, kita akan arah mengosongkan gerai dan menggantikannya dengan peniaga dalam senarai.
"Mereka yang menunggu juga akan marah kerana gerai tidak bayar sewa terus diberi ruang berniaga," katanya ditemui pada majlis perasmian Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar di Kuala Tatau, dekat sini semalam.