Wednesday, November 3, 2010

Talip, tell us why!!!

You said the rental is cheap, i.e. between RM150 to RM400.

But the rental is actually between RM475-RM1,200
a month!!!

Please tell us WHY ???





RINTIHAN PENIAGA-PENIAGA KUBAH RIA KERANA JANJI PALSU SEDC

Saya ingin merujuk kepada keratan akhbar Utusan Borneo, bertarikh 31 Oktober 2010, yang bertajuk “Kosongkan Gerai Jika Tiga Bulan Tidak Membayar Sewa, kata Talib”, dan kenyataan YB Datuk Talib Zulpilip berkenaan penyewa-penyewa Kubah Ria: “Talib yang juga Menteri Muda Pelancongan berkata kajian SEDC mendapati sewa setiap gerai amat murah berbanding disediakan pihak lain.Justeru, mustahil para peniaga mengadu tidak mampu kerana menurut beliau sewa dikenakan adalah antara RM150 dan RM400.”

Excuse me YB Datuk! Do your do your job or homework before making such statement?? Jangan pulak cakap reporter salah buat statement. Sewa yang dikenakan ke atas peniaga-peniaga Kubah Ria bukanlah dalam lingkungan RM150-RM450 seperti yang dijanjikan dan diwar-warkan dalam media sebelum ini. Sewa yang dikenakan adalah dari RM475 ke RM1,200! Dulu, keluar semua suratkhabar dan media heboh mengatakan sewa di Kubah Ria Baru adalah antara yang terendah kerana ingin membantu usahawan bumiputera, iaitu RM160 bagi gerai makanan dan minuman, dan RM250-450 bagi gerai runcit. Mana tidak, berpusu-pusu peniaga dan usahawan yang memohon dengan harapan tinggi menggunung. Maklumlah lah, projek kerajaan katakan, nak membantu rakyat. Tapi bila menerima surat tawaran, lain pula ceritanya, rupanya janji tinggal janji, harapan yang tingi menggunung hancur berkecai! Bagi gerai makanan dan minuman, sewa yang dikenakan adalah RM475-RM550, manakala bagi gerai runcit, sewa adalah dari RM650-RM1,200. Mana janji-janji manis sebelum ini, kami peniaga-peniaga berasa amat tertipu oleh pihak pengurusan SEDC. Bukannya kami peniaga-peniaga tidak mahu membayar sewa tapi kami berasa tertipu tanpa ada sebarang penjelasan daripada pihak SEDC. Ni nak tolong rakyat ataupun bunuh rakyat!!

Dahlah sewa naik mendadak sehingga 3 kali ganda dan manabur janji palsu dengan rakyat, deposit yang perlu dibayar juga amat tinggi iaitu 3 Bulan Deposit Sewa + 1 Bulan Sewa, Deposit Air & Deposit Elektrik & Stamp Duty. Wahai YB Datuk, kami peniaga-peniaga Kubah Ria dah bayar sewa 3 months in advance + 1 bulan sewa sebelum menjejakkan kaki lagi ke Kubah Ria! Ini tidak, terus keluar kenyataan menyuruh peniaga kosongkan gerai jika 3 bulan tidak bayar sewa. Kubah Ria baru je berapa bulan beroperasi, deposit sewa kami pun masih ada 3 bulan. Ingat kami peniaga ni anjing kurap ke nak dihalau begitu saja!

Sudah lah begitu, tempoh bernafas (grace period) pun tak nak kasi. Sekurang-kurangnya bagi lah tempoh bernafas beberapa bulan tanpa sewa bagi membantu peniaga-peniaga yang baru nak bertapak di tempat baru. Barulah ikhlas namanya nak membantu. Jangan pula cakap tak serupa bikin.

Bukan itu sahaja, 10% kenaikan sewa dikenakan setiap tahun kepada penyewa-penyewa Kubah Ria, seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran! Ni nak kaut keuntungan dan menindas rakyat ke?? Kalau menyewa rumah kedai komersil dan persendirian pun taklah sampai naik sewa 10% setiap tahun. Inikan pula projek kerajaan yang nak membantu rakyat dan usahawan Alahai YB Datuk, pilihan raya dah dah nak dekat. Jangan sampai rakyat ‘lose hope’ dengan kerajaan pulak. Tepuk dada tanya selera.

Lain pulak ceritanya dengan ruang letak kereta di Kubah Ria. Bayaran yang dikenakan adalah RM0.50 setiap jam!! Banyak rungutan yang diterima daripada orang awam dan pengunjung mengenai sistem parkir berbayar yang dikenakan. 
Manakan tidak, kadar yang dikenakan adalah antara yang termahal di Kuching! DBKU pula hanya mengenakan RM0.20 setiap setengah jam melalui sistem kupon. Inilah yang akan membuat pengunjung-pengunjung berfikir dua tiga empat dan lima kali sebelum mahu singgah di Kubah Ria. Antara contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan adalah E-Mart Hypemarket. Sebuah pasaraya gergasi yang cukup popular di Kuching, yang kalau parkir masuk RM5 pun orang sanggup bayar.
 
 
Tapi, ruang letak kereta mereka adalah percuma! 
 
Choice Super Mall pula, siang malam pengunjung tak henti-henti, sudah hampir 10 tahun beroperasi, ruang letak kereta mereka juga percuma! Dua buah pusat membeli belah terbesar di Kuching iaitu Boulevard Shopping Mall dan Spring Shopping Mall, lebih setahun parkir mereka adalah percuma kerana tujuan promosi. Sekarang baru mereka mengenakan bayaran, itu pun ‘per entry’. Inikan pulak Kubah Ria yang baru beberapa bulan beroperasi, sudah mengenakan bayaran ‘per hour’, rasa macam berkunjung ke 5-Star Shopping Mall pulak. Pengunjung yang menjamu selera pun tak sempat nak bersiar-siar ke gerai-gerai retail Kubah Ria, sebab takut parkir terlebih masa, mahal katakan!

Kami peniaga-peniaga Kubah Ria telah pun menulis dua pucuk surat bertarikh 28/9/2010 dan 26/10/2010 kepada pihak atasan SEDC memohon pengurangan sewa serta beberapa cadangan lain dan mencadangkan dianjurkan juga satu sesi dialog di antara peniaga-peniaga Kubah Ria dengan pihak pengurusan tertinggi SEDC. Tetapi malangnya, sehingga kini belum ada apa-apa maklumbalas yang diterima daripada pihak SEDC dan mereka belum lagi berani tampil ke hadapan bersemuka dengan peniaga-peniaga Kubah Ria untuk memberi penjelasan.

Mungkin mereka lebih selesa memberi kenyataan di hadapan pihak press daripada bersemuka sendiri dengan kami peniaga-peniaga di sini.

Kami amat berharap pihak pengurusan SEDC dan kerajaan negeri dapat mengambil langkah yang sewajarnya mengenai isu-isu yang dikemukakan. Kubah Ria Kompleks adalah salah sebuah projek murni kerajaan yang bertujuan membantu rakyat dan peniaga-peniaga kecil.

Kekalkan ia sebagai projek kerajaan yang benar-benar ingin membantu rakyat, dan bukannya hanya kerana ingin mengaut keuntungan jangka pendek semata-mata oleh sesetengah pihak.

Selaras dengan gagasan yang sering dilaung-laungkan oleh kerajaan:

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bukannya

“Keuntungan Diutamakan, Rakyat Dibelakangkan”

 -Peniaga Tertipu

Also read:
* The 'high' rental rate stays! Troublemakers are to be kicked out!!!
* An email to Najib on SEDC
* Is The Rental Rate Too High???
* Talip, is SEDC helping Bumiputera contractors?
* Is SEDC still helping the Bumiputeras?

35 comments:

  1. kami sukar nak cakap hal Kubah Ria, kerana ia baru satu bulan dibuka dan mamsih belum ada massalah, dan kami sik fahamdengan cara SEDC beri jawapan.
    Tetapi gerai SEDc di Sematan, bintulu dan BGS,
    Kuching adalah kini jadi soal.
    Kami di Kubah Ria terasa tertipi oleh piohak SEDC dan kami minta pihak Pej. Perdana Menteri datng ke Kuching dan cari penyelsaian hal ini, kami peniaga kecil tertindas dan tertipu oleh SEDC.

    ReplyDelete
  2. Rakan kami pernah berniaga dengan menyewa gerai dalam kewasan Sarawak Plaza, Kuching, dan sewanya adalah RM 400+ dan sik dapat dikurng kurang, sedangkan jualan kami satiap hari sik sampai RM 30.- dan bagi satu bulan x30= RM 900.- Tolak sewa, tolak transsport, tolak upah kuli dan tolak sagu hatiu kpd Pegawai dan bakinya tingal RM 100.- dan kiraan sahari pendapatan bersih RM 3.00 Dan jika bagini lah cara SEDC buat bantuan, sampai bila kami jadi kaya?

    ReplyDelete
  3. Kepada orang baru masuk dalam bidng perniagaan, carita SEDC bantu Bumiputra adalah carita yang hebat sekali, tetapi selepas mengikuti programnya dan berniagaa dibawah premisnya baru tahu sakit susah dihadapi, sapoerti Gerai di Gersik, adakah tempat basuh tidak dibuat supaya air basuhan senang keluar mengalir dengan mudah , tertapi dalam gerai ia berbelit belit dan sampai dalam masa 7 hari saluran jadi sumbat dan berbau. Baunya pun cukup hebat dari bau benda yang sik berbasuh, itulah kaedahnya. Jadi kami terpeksa buka dan potong saluran paip dan sambung terus agar air dapat mengalir kelongkang. Itu lah kadaannya seksa kami orang yang menyewa gerai itu. Dan syarat yang ditetapkan dalam perniagaan juga terlalu ketat sampai macam lah sidak SEDC chukup mahair dalam bidang perniagaan. Sedangkan sik. Sik ada satu contoh dimana perniagaan yang dijalankan olih pegawaia SEDC maju dan bolih jadi contoh kpd orang ramai.Mana satu coba kita semua lihat.

    ReplyDelete
  4. Orang atasan dan pengurusan SEDC hanya pandai berkata-kata dan megurus sahaja, tetapi mereka bukan lah business people seperti peniaga-peniaga yang menyewa dengan SEDC. Walaupun kami ini peniaga-peniaga kecil, pihak SEDC should respect us and listen to our ideas and suggestions because we are the one who are doing the business. Maybe you all orang atasan berpendidikan tinggi, ada phd or master, but when come to business you guys should listen to us. Kebanyakan peniaga-peniaga retail Kubah Ria sekarang berpendidikan tinggi, ada degree and diploma dan berani menceburkan diri dalam perniagaan. SEDC should take this opportunity and listen to their brilliant ideas and suggestions to improve Kubah Ria. Jangan jadi Bodoh Sombong. Bila membangunkan kompleks Kubah Ria, in business view, contohi kompleks lain yang telah berjaya seperti E-Mart and Choice Super Mall. Dont make stupid rules and regulations and ikut kepala sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  5. ooohar...SEDC nk jadi Robin Hood kah...merompak wang secara sewa tinggi...kemudian kata bantu bumiputera...dalam betul maksud SEDC ni...jawapan dan kenyataan SEDC cukup mudah, peniaga terikat dgn perjanjian bernama kontrak...cuba kita imbas kenyataan dari media masa...kos sewa cukup marah katanya...tapi bila dipanggil utk menandatangani perjanjian...alamak...3 hingga 4 kali ganda kenaikan sewa...belum lagi kenaikan tahunannya...tapi sbg peniaga...peluang utk berniaga di "KOMPLEK" KUBAH RIA tak mahu di lepaskan begitu saja...di tandatangani juga demi merebut peluang berniaga di "KOMPLEK" yg tersergam indah luarannya...kerana apa?...kerana peluang tidak dtg berkali2...habis tanah, brg kemas dan segala harta benda di gadai mahupun di jual dan tidak mustahil meminjam wang dari ALONG utk membyr wang pendahuluan kepada SEDC yang jumlah nya hmm wow...wow sgt...tak di sangka..sekejam itu keputusan nak membantu peniaga bumiputera ye...31 Oct, alamak...Terkejut benar dgn kenyataan bos besar SEDC di media...seolah-olah mengumpamakan pihak peniaga di Komplek Kubah Ria tidak punya wang untuk membyr sewa...smp mengeluarkan kenyataan peniaga di Kubah Ria TIDAK BERTANGGUNJWP DAN TIDAK PUNYA ETIKA...WAH...bukan main lagi ye...org awam telah membaca dan tidak mustahil beranggapan betapa rendahnya maruah peniaga bumiputera di situ...byr sewa serendah itu pun tak mampu...hakikatnya...sewa mmg tinggi...nak jadi Robin Hood...hmmm...jika beginilah terma dan syarat ukt berniaga di "KOMPLEK" Kubah Ria, tak mustahil juga...peniaga di komplek tersebut akan silih berganti dek kerana tak tertanggung dgn kadar sewa yang tinggi...persoalannya...bagaimana nak bayar sewa kalu hasil jualan kedai tak sampai ke tahap sewa pun...ada otak pakai...ada telinga dgr...jgn samakan pengendali makanan dan minuman dgn peniaga kedai biasa...umpapa langit dan bumi...Komplek Kubah Ria mmg ramai di kunjungi org terutamanya ketika malam...tujuan nya ... makan...makan ... makan..peratusan ke premis biasa amat sedikit...Wakil-wakil SEDC yang membawa fail ke sana sini yang kononnya memantau keadaan peniaga di sana cuma berlagak sahaja...apa diluah...tak sampai kemana...mesyuarat tp bincang hal perniagaan makanan dan minuman...kenapa berat sebelah...peniaga premis biasa ni umpamanya apa...peniaga makanan dan minuman bermandi wang ringgit...mungkin hasil satu hari dapat membyr sewa utk tempoh sebulan...munkin...semuanya mungkin..tp bagaiman nasib peniaga premis biasa...tarikan Komplek Kubah Ria cuma satu...makanan & minuman...Peniaga premis biasa bergantung kepada nasib...tak mustahil peratusan bumiputera Sarawak akan bersilih ganti berniaga di KOMPLEK KUBAH RIA...PERGI DAN DTG...bertukar-tukar wajah dan karenah dek kerana SEWA dan hasil kedai yang tak setimpal...bukan niat nak menuding jari ...tapi ini cuma luahan rasa hati...terkasar bahasa harap di maafi..SEDC...SEDC...SEDC...BUATLAH SESUATU...jadilah hero yang sebenar...jgn sia2kan KOMPLEK KUBAH RIA...

    ReplyDelete
  6. Nukilan di atas di tulis oleh Konchum Opek.

    ReplyDelete
  7. Salam, SEDC selama ini sering kali disandarkan sebagai satu IKON yang digunakan untuk memajukan masyarakat Sarawak. Itulah SEDC, dasar sama ada selari dengan moto hanya mereka sendiri yang sedar... Ucapan yang dikeluarkan oleh YB amatlah menghiris hati dan merendahkan maruah peniaga yang berniaga disana dan mereka yang berkaitan... YB harus faham sebagai sebuah badan yang seharusnya membantu dan mempunyai pengalaman puluhan tahun .. seharusnya isu yang diutarakan dapat diselesaikan dengan baik ibarat menarik rambut di dalam tepung.
    Kronologi pembukaan Kompleks Kubah Ria dari awal lagi banyak memaparkan kelemahan pihak2 SEDC di antaranya Peniaga-peniaga digesa berpindah serta-merta sedangkan ikut penerangan SEDC selepas Hari Raya, dek nak ikut masa perasmian sudahlah lampu/letrik dan air tak ada ketika itu nak buat renovation pun susah. Nak cari tukang masalah lain pula...tak ada yang sangup sebab nak raya.
    Isu sewa juga manimbulkan kemusykilan kerana awal2 lagi YB dah memeberitahu sewa tak MAHAL hanya RM200-RM450 tetapi hakikatnya sewa yang dikenakan adalah dari RM450-RM1,200 jadi percanggahan yang YB buat adalah amat menyakitkan hati.
    Banyak lagi yang boleh saya tambah sebagai contoh... pasal tempat meletak kereta berbayar, tidak mencukupi terutama ketika waktu malam, trafik jam kat KKR pada waktu malam dan jadi rungutan sudahlah tak ada tempat parking kena bayar sebab stuck tak dapat keluar.
    Masalah peniaga retail dan peniaga gerai makan dan minuman adalah berbeza, cuba fahami dan selami masalah mereka jangan letak dalam stuasi yang sama lantaran pelanggan yang banyak datang juga kebanyakkan untuk makan dan minum dan peniaga ratail hanya mengharapkan pelanggan yang berbeza.. nak naik ke atas pun dapat dihitung yang masuk dan berbelanja sekadar menjamu mata dan memuaskan rasa ingin tahu. Pihak SEDC boleh menjalankan survey dan jangan salahkan pihak peniaga semata-mata. kadar jualan dan hasil pendapatan hanya dapat menampung bayar sewa, belum termasuk gaji, modal,bayar balik hutang dan sebagainya.
    Pemerhatian saya SEDC tidak banyak mempromosi KKR yang ada hanya kain banner dirail hadapan KKR dan penyataan YB di surat khabar tempatan (bad publisiti)...
    Sebagai kesimpulan dari kepelbagaian masalah di atas harapan saya, pihak SEDC dan pihak YB harap dapat tangani dengan baik dan rasional.
    Sekian, harap maklum. Ahli Keluarga Warga KKR

    ReplyDelete
  8. kita perlukan bisnesman bumiputera yang berjaya duduk sebagai chairman. bukan bisnesman yang pandey tangkap project kak ya ambik untung atas angin. sidak kedak tok, termasuk chairman sedc kinek tok, sik berupaya menyelami masalah penaiaga. sebag ya datuk yb ambik sik peduli.

    ReplyDelete
  9. mtk maap lah kitak org. kmk dh pg ke kubah ria. kt sia nang rami org pg boleh kata tempat ya nang bgs lah k kita bumiputra beniaga. Tapi, sy kesal nangga sikap segelintir bumiputra yang x menggunakan peluang yang ada ya sebaik2 nya. bukan nk muji kedei cina rah sia, tapi sememangnya terdapat kede cina kat sia lebih laku n sidaknya mena2 bejual kt sia dibandingkan kede melayu yang merik servis yang jaik, makanan x sedap dan mcm2 gik lah. ada yang x engah2 nk bejual. ada yang bguro, bpelente. rasanya sik salah mun nya merik tempat ya kpd org lain yang lebih layak. tentang sewa 3 bulan x bayar, ya salah peniaga ya mpun kerana gagal bersaing dlm perniagaan kt sia. peluang dah diberik, bantuan dh diberik tapi x menggunakan sebaik2nya. kita mok tempat ya kdk kat open air rah pasa nun. kede cina byk, laku, nyaman. mun dh trdapat segelintir sidak kt kubah ria ya ya main2 dlm berniaga, mtk maap lah, ya salah kitak org x berniaga mena2. x semua bumiputra yang saya pdh ya bplente bejual. ada kede yang nyaman n laku kat sia. kepada peniaga kat sia, beniagalah bena2. kitak org tauk realiti sebenarnya cara kita SEGELINTIR bumiputra kita berniaga. paham2 lah. citok, kmk nk memuji gerai2 yang bertahan kat kubah ria lamak, yg pindakh ke kubah ria baru, kerana sidaknya tauk cara beniaga n ada pengalaman sidaknya dari kede sidaknya lamak. peniaga baru kat sia yang jadi masalah. rasanya kedei lain kat sia xda masalah. yg menjadi masalah cuma gerai2 makanan. mintak maap mun ada pihak yang tersinggung. mun kedei laku, x menjadi masalah sewa mahal. ya menjadi cabaran untuk kitak org berniaga mena2 dgn kemudahan yang ada. -muhammaddanial-

    ReplyDelete
  10. 50 sen sejam boleh dikata mahal?? berik malu org sarawak. kita pegi spring rm2-rm3 sik bekira. 50 sen jak bah. bkn kita dudok sia 24 jam. mun dari segi pengunjung, kmk rasa parking ya bukan masalah. sidak peniaga boleh mintak parking free kat sia. 50sen ya, kmk rasa rakyat kuching tok maseh mampu nk bayar. mintak maap byk2. kmk kesal nangga sikap kitak org yang x besyukur dgn kemudahan diberi. bukan kmk nak nyokong SEDC dgn isu ya. tetapi, isu yang dibangkitkan adalah tidak relevan sama sekali. sebenarnya apa lagi yg kita bumiputra maok? memang, ada masalah dlaman politik dh segala isu. tapi tok, bukan isu yang berasas. mun nk mena, mena juak. jgnlah kita merik malu bumiputra kita mpun. mtk maap semua.
    -muhammaddanial-

    ReplyDelete
  11. mintak maaf -muhammaddanial-. mun kamek urang tok cina, dah lamak YB YB yang berkenaan tersungkur dalam election. ktk cuba membandingkan melayu ngan cina. mungkin ktk tok sempit minda politk sampey sik dapat niat giney cina ngamok ngan supp. hal di amok supp ya bukannya besar gilak mun diekot. parit tersumbat sikit, lalu ngundi dap. jangan orang melayu dah ngambik sikap cina baruk nak mujuk balit madah orang cina jangan di ekot. mun nak muji cina, bertempat sikit pok. diat giney politik sidak.

    ReplyDelete
  12. Saudara muhd danial...tahniah kerana anda salah srg insan yang berckp tanpa tau apa masalah sebenar...memburukkan kaum dan bangsa sendiri...tok kah melayu...do you know wt really happen at KOMPLEK KUBAH RIA ... u know nothing...yg u tauk...makan parking makan parking...jgn nak jd hero SEDC di ctok...tok tempat sidak peniaga nak meluah perasaan tentang sik kepuasan hati...kaji n nilai lah sendiri...jgn buang masa bertanya dgn SEDC...jwpnya byk berselindung di sebalik selimut...tell me sapa x byr sewa 3 bulan di KOMPLEK KUBAH RIA ya..sewa pertama baru jak di collect hujung bulan oktober...tok madah 3 bulan dah sik byr sewa...kenyataan sapa...bos besar SEDC...ckp mcm sik tauk menauk ttg projek sendiri...sapa tipu sapa...MUHD DANIAL ...tahniah sekali lagi keran pertahankan bangsa asing di sia...jgn terlalu pandang rendah dgn bangsa sendiri..tok antara penyebab pergaduhan sesama sendiri..hasad dengki...rezeki masing-masing...hak tetap hak...kalau nak tau perkara sebenar...pergi ke KOMPLEK KUBAH RIA...tanya apa masalah peniaga di sana...then u know apa itu kebenaran...Tahniah...to SEDC...buatlah sesuatu sebelum masalah menjadi lebih rumit.

    ReplyDelete
  13. sigek lagi. cina sik komplen kerna ya tempat orang kita. mun ktk muji cina melangit, cuba lah ktk pegi tempat majoriti cina. tanyak sidak cina yang berniaga. pakey baju supp. lom sempat ktk nak madah apa-apa, udah kenak sembur. mentaliti kedak tok la di maok kitak? ekot cina kata ktk. orang melayu sebenarnya senang di embak berunding. tapi jangan amik mudah. dan jangan memperlekehkan aduan-aduan kedaak tok. perlu ingat, jangan sampey melayu jadi lebih cina dari cina.

    ReplyDelete
  14. Enough k...jgn di layan org mcm MUHAMAD DANIAL ya...sik dtg hasil langsung...biar nya dgn dunia nya...terlajak perahu boleh di undur tp terlajak kata...binasa...biarlah...byk lagi org mcm MUHD DANIAL ya...jgn dilayan...buang masa...bersatu teguh bercerai roboh...kepda warga Komplek Kubah Ria...masa utk ktk org buka mata org yg terlalu memandang rendah peniaga bumiputera..bukti kan sesuatu...SEDC pasti akan bantu...sidak sik sekejam ya...masa jak akan nentu...

    ReplyDelete
  15. okay. kmk terimak kritikan trhadap komen kmk. mtk maap lah. mmg benar apa dipadah kitak. mungkin kmk xtauk masalah sebenar. kmk setuju dgn pendapat kitak. kmk cuma ingin nangga melayu bejual mena2. berniaga mena2. guna semua kemudahan yang ada. isu lain ktk dirikpun lah komen. kmk cuma mok komen tentang attitude, effort, initiative. yang lain serah ngn kitak org lah. bkn sy nk jd hero SEDC ka BN ka. tok hanyalah pendapat ikhlas bagi org biasa kdk sya. xda niat memburukkan bangsa sendiri. kita tauk sapa kita. mintak maap lah semua. kita bpegang prinsip yang baik kita terima, yang buruk kita tolak. rasanya kmk x menyebelahi mana2 pihak. tok hanya komen. komen org biasa. jgnlah terlalu ambik hati dgn komen kdk tok. x salah rasanya. MD

    ReplyDelete
  16. Kenyataan media ygn cukup memberi impak yg cukup negatif kepada warga peniaga Komplek Kubah Ria. SEDC !!! kembalikan maruah peniaga yang sudah tercalar kini ... jadilah pejuang bumiputera yang sebenar...

    ReplyDelete
  17. Syabas kepada saudara 'Peniaga Tertipu' di atas yang menulis artikel "Rintihan Peniaga-Peniaga Kubah Ria Kerana Janji Palsu SEDC"! I love the article! Pemimpin & Pejuang bumiputera yang berani dan lantang memperjuangkan hak beginilah yang kita perlukan pada masa sekarang.
    Tahniah sekali lagi kepada anda!
    SEDC pls do something!!!!!!!!!!

    -Spy Kerajaan-

    ReplyDelete
  18. kepada saudara mohd danial, tq for the comments. saya bersetuju dgn komen ada ada segelintir peniaga bumiputera di gerai makan/minuman yang tidak serius berniaga dan saya juga bersetuju dengan anda bahawa waktu malam ramai pelanggan yg datang ke kubah ria, dan saya juga bersetuju bahawa berik malu org kuching jak sewa RM0.50/sejam mahal.
    Tapi saudara yg dihormati, jangan lihat kita satu sudut sahaja. cuba pula lihat bahagian kedai-kedai retail di dalam kompleks yang lenggang dari pagi sampai malam. masyallah, bila saya lihat gerai-gerai di situ, saya amat berbangga dengan usaha mereka membuat renovation kedai yang begitu cantik dan mesti memakan belanja yg besar. barang2 yang dijual pula amat berpatutan dan berkualiti. Dari pemerhatian saya juga, kebanyakan mereka berpengalaman luas dan berpendidikan tinggi.Saya amat berbangga dengan usahawan bumiputera sebegini.Tetapi saya lihat, mereka macam diabaikan dan fokus sedc lebih kepada gerai makanan dan minuman. dan peniaga retail inilah juga yang membayar sewa jauh lebih mahal, bukan seperti yg dijanjikan oleh sedc. nasib mereka sepatutnya dibela. Kasihan.....
    Pasal komen anda berik malu org Kuching parking RM0.50/sejam mahal. saya rasa mmg mahal! bukan masalahnya berik malu org kuching, tapi mmg dah mind set org bila parking berbayar org akan pikir dua tiga kali nak masuk. Alangkah baiknya projek kerajaan sebegini biarlah parking free, kalau tak pun free kan lah dulu untuk setahun dua, bagi menolong mempromosi tenpat baru. insyallah, kalau parking free, berlipat ganda org datang ke Kubah Ria. Untuk kebaikan semua.
    komen saya ini berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang businessman yang berpengalaman. dan artikel saudara 'Peniaga Tertipu' di atas patut diberi pujian. salam 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    -Hj AshBurn-

    ReplyDelete
  19. izinkan saya menambah di sini....
    Dan kenyataan seorang YB, yang menjadi pemimpin rakyat, membuat kenyataan yang dikatakan 'pebulak' tanpa usul periksa, adalah amat memalukan. saya sendiri merasa malu sebagai rakyat melihat pemimpin dan seorang leader yang membuat kenyataan yang tidak betul. wahai pemimpin2, pejuangkanlah nasib rakyat, sepertimana amanah yang telah diamanahkan kepada anda semua......

    -Hj AshBurn-

    ReplyDelete
  20. pemimpin kedak tok patut diganti.

    ReplyDelete
  21. Sik guna kita cakap dengan sidak dalam SEDC semuanya keras kepala, apa kata sidaknya aja kena pakai orang lin sikbolih, itulah kaedahnya. Kita orang kena lah buat sesuatu pada pilihan raya tok sik lama lagi. Yang pertamanya kenalah kitak orang ajarkan sidak politik, dan jangan turun gundi, biar apa terjadi kita orang jangan turun undi. Inilah cara nya kita orang ngajar sidak yang sombong dan pekak dan biarlah sidaknya tahu dan merasa sama sama .

    ReplyDelete
  22. datuk yb madah tok lah masalah org melayu. sik maok ekot macam org vaee yang lebih berdisiplin. org melayu tok, belum apa-apa gik dah bisin. polah lah dolok. mun dah 10 tahun 20 tahun, masih juak sik dapat di polah, baruklah komplen. tok lom gik sampey duak bulan di kubah ria, dah bisin macam nak mati. jadi, datuk yb madah org melayu mesti didisiplinkan. ekot budaya org vaee yang taat setia.

    ReplyDelete
  23. tau kitak bisnis tok bukan dapat untong over nite. cuba satu/dua taun dolok baru merontak. tok belum beperang lagi dah ngaku kalah. ni keturunan pehlawan kitak orang raja muda, dato patiggi etc.

    ReplyDelete
  24. PA Talip, mun janji seperti yang dikotakan no problem. kamek org sedia ikut. masalahnya, cakap lain, janji lain. tok kenak ke org melayu kuching yang masih considerate n bertimbangrasa, mun kenak ke org semenanjung or chinese, abis u all kenak.
    hahha.....nunggu 10 tahun n 20 tahun???? bukan zaman YB muda dolok tunggu lamak ya, tok zaman IT n teknologi, semua maok cepat. yalah org melayu sik maju2, mind set org atas nyuruh nunggu 10 or 20 tahun dolok. hehehe.....
    Dan org melayu kita kinek tok bukannya mcm orang melayu dolok, sentiasa menurut perintah, mcm dicucuk idung. Org kita melayu zaman tok dah berani bersuara, berpendidikan tinggi, very smart, well educated and bukan mudah nak diperkotak katikkan lagi. we should proud of this.

    ReplyDelete
  25. datuk yb madah betul pa padah 'pro talip'. cuba dolok. bila dah di coba, masih juak sik dapat, maksudnya sik pandey la berniaga. keja ngan orang jak, kata datuk yb. sigek gik pesan datuk yb, educated bukan bermaksud pandey. ya jak dipadahnya. apa dimaksudnya, sik la tauk.

    ReplyDelete
  26. Dear Pro Talip or PA Talip,
    Saya rasa peniaga2 bukan mahu memberontak atau menjadi troublemaker. kalau saya sendiri pun dalam keadaan mereka saya akan paham. sebab yang menjadi masalah apabila seorang YB Datuk membuat kenyataan agak merendahkan martabat peniaga2 apabila mengatakan di dalam akhbar sewa Kubah Ria murah Rm150-450, itupun masih tak mampu bayar. walhal sewa mereka adalah RM475-Rm1200! tu yang menjadi ketidakpuashatian mereka sebenarnya. kalau saya sendiri dalam keadaan mereka pun, saya akan meminta penjelasan. masalah sekarang wahai org2 atasan adalah mereka berasa tertipu. kalau anda adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan prihatin, turun padang dan perjelaskan lah kepada peniaga2. tulah cara terbaik.
    dan nasihat saya juga kepada sesiapa, bila kita sudah menjadi pemimpin, kita telah dipilih oleh rakyat. tugas adalah untuk rakyat. jadi, apabila rakyat bersuara dan menyatakan ketidakpuashatian, dengar lah suara mereka, selidik dan ambik tindakan apa yang termampu. segala komen dan masalah, take it positively untuk kebakain bersama. jangan pula mudah melenting dan melatah bila rakyat bersuara. renung-renungkanlah............

    -Hamba Prihatin-

    ReplyDelete
  27. saya sungguh terguris dengan kenyataan PA Talip di atas bahawa orang melayu perlu di disiplinkan. Bukan dgn cara begini saudara PA Talip. Walaupun ditipu, orang melayu mesti juga taat setia dengan alasan utk mendisiplin kan mereka, masyallah, saya sendiri pun takut nak mengaku bangsa Melayu.
    Jangan anggap kami peniaga2 ni pemberontak, sama sekali tidak! saya rasa pihak atasan masih tidak paham masalah kami. kami mahukan penjelasan terutamanya mengenai sewa yang begitu bercanggah dari apa yang dijanjikan dan diwar-warkan dalam media. kami juga ingin memgemukan cadangan-cadangan membina supaya dapat di dengar untuk kebaikan bersama. tapi belum apa2 lagi, baru nak bersuara, dah dicop sebagai troublemaker, pemberontak, tak pandai berniaga, perlu di disiplinkan, berlagak hero, tak reti nak bersyukur dan sebagainya. astaga, kalau begini lah caranya pihak atasan mengendalikan masalah rakyat................

    Peniga Tertipu

    ReplyDelete
  28. highest votes during the PBB's MKT's election lah katakan. Nampak gaya, sia-sia undi ketua-ketua cawangan PBB,perwakilan Bapa, Wanita & Pemuda.
    Terkilan rasa, madu dibalas tuba.
    SEDC sebuah ikon sarawak, alahai...dah sedekad tuk, sik ada apa yang kita nampak dipolah. Tauk-tauk, manage Margherita, Riverside, Swak Cultural Village, Everly Hotel Bintulu, Everly Hotel Miri etc. Mun kita pun, dengan dana kerajaan, pande juak manage.i fikir, bila dah diberi mandate dalam parti, ingat boleh nolong rakyat. Pegi lah duduk kat riverside, mana satu ada barang usahawan local kecil-kecilan/sederhana ada dalam Riverside & management lain SEDC? sidak pande merik org kursus, tapi product org kursus sidak empun sik maok pamer/absorb.
    adohai SEDC. i dengar juak keluhan penyewa gerai SEDC dibandar lain seperti di Sibu. Gerai Tanahmas. Mun sik buka sehari, kena denda bayar dengan SEDC RM10 atau RM20 tek kah.hmmm... nampaknya ada ahlong dlm kerajaan. sedih dah dengan. Pun didengar, SEDC sik ada peduli dengan kebajikan staffs. sedih sedih
    i fikir, SEDC nak nolong rakyat.office bukan main agik.tapi yalah tek, khabar dari dalam, pegawai-pegawai SEDC semua pro Cina.
    Ada iklan kerja kontrak, eksen ajak. Sikboh ajak adik kakak nak ikut nender, Pegawainya siap dah ada proxy-proxy cina yang sebenarnya dah siap beli brg-brg untuk melaksana kerja-kerja kontrak.sik perlu award letter sbb dah tauk gerenti dapat. Sehingga hal nak menguntungkan orang bumiputera, gedak kursus burung walit, pun diberi dengan Cina. kelak Jabatan Veterinar madah rumah burung boleh dipolah dari kayu asal betul hukum hakam nya, tapi bila SEDC molah kursus, ahlamak, maok modal RM300ribu uuuuu...heran heran.nak ku kata YB Datuk tuk sik pro bangsa, tapi nya wakil Parti PBB, dari kawasan Jepak.
    sik lah tauk mun nya macam Pisang Cavendish, kulitnya kuning, isinya putih.
    benar kata geng kat situk, mupok baduk agik YB Datuk ya.dah babo.jangan tandah lamak gilak megang SEDC & megang Jepak.kelak duit SEDC banyak pake beli pampers nya, dak Jepak gago agik malit segala nak di kemeh merata rata...dah nyanyuk.
    Tolonglah Pehin Sri, selamatkan nama baik Sarawak.Kita banyak orang bijak pandai, mana nak udah sik pande nak tadbir staffs, sik pande nak menilai undi rakyat..silakan bersara. Bolehlah bercuti ke tempat peranginan yang paling nya suka, Christmas Island kata empunya badan. iyalah kita di Sarawak, bukan sik ada Island..banyaaakkk..cuma sik dibangun dak SEDC...oh cekolok juak mulut tuk...babo dah nena tuk kohhhh...

    ReplyDelete
  29. Teringat kamek dgn kata2 Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa tahun lepas dalam ucapannya di sarawak : "Sudah berpuluh tahun dah SEDC, berapa orang kah jutawan bumiputera yang telah dihasilkan oleh SEDC??? Jawapannya ialah TIADA".
    So, SEDC, jangan cakap banyak, cermin diri dulu dan perbaiki kelemahan, belajar dari kesilapan, dan komen2 serta aduan rakyat pandang serius untuk kebaikan bersama...........

    ReplyDelete
  30. Carita pasal sewa tinggi di Kubah Ria adalah satu perkara dan apa bila penyewa masuk nyewa apa kena sik baca surat perjanjian dahulu dan kini cari berbagi sik guna, baik semua yang sik setuju, keluar aja dan sewa tapak niaga ditempat lain banyak ada di Kuching buat bising sik ada orang nak dengar hal kita orang cuma yang kata kata adalah melapas batuk ditngga, dan juga jika orang kita berani, coba buat tunjuk perasaan berarak ke Pej. YAB KM dan walau pun kerja saperti ini memang salah , tetapi jika habis usaha masih juga sidak SEDC sik mahu berondeng, buat apoa sahaja demi kita puas hati.Itu lah nasishat kami.

    ReplyDelete
  31. masa nerimak surat tawaran, kamek org semua terkejut dengan sewa yang terlalu tinggi sik seperti yang dijanjikan. kamek org diberik masa 3 hari untuk sign. sidak sedc madah, mun kitaorg sik mauk, ramai gik org beratur nunggu maok nyewa. sidak sedc madah juak, sign ajak surat offer letter ya, kelak kitakorg boleh tulis surat merayu mintak kirang sewa. yalah dalam keraguan, kamek org sign ajak surat ya, sik sangka camtok jadinya. masalahnya, kamek org dah molah renovation berpuluh ribu ringgit, yalah susah nak angkat dari sitok. mun awal2 tauk taktik kotor sedc, sik petah nak nyewa bangunan sedc, bagus agik nyewa d luar, mahal sikit tapi berbaloi.

    ReplyDelete
  32. YB talip, jangan ambik mudah hal tok. mun u pikir kelohan dalam blog tok sik mendapat perhatian pihak atasan, cuba tanyak asfia.

    ReplyDelete
  33. The new Damai complex (comprised of 1 huge administration buildings + 10 kiosks/bazaar) yg fund molahnya SEDC dpt Free dr Min.Of Tourism now udah di sub-manage kpd a non bumi sdn bhd:Damai Bay Management Sdn Bhd Managing Director Terence Tiong Ing Huat Level 3, 111 Jln Hj Taha Kuching.for RM10ribu/mth for 10yrs *well well, I wonder dimanakah peginya policy Unit BCIC -Bumiputeraa Commercial and Industrial Community dlm SEDC.if sudah di sub manage at tht price,berapa lagik jadi harga sewa kiosks?I thought bila Fund udah dpt free,SEDC boleh sewakan kiosks2 tersebut pd harga yg rendah utk penggalakan usahawan/belia mencebur dlm bidang keusahawanan.SEDC dah hilang arah?

    ReplyDelete
  34. SEDC bukan agensi untuk kita kaum bumiputera nak berpaut..sik sama macam perbadanan kemajuan negeri2 lain...aiyaa poket sendiri pun mau tengok ma

    ReplyDelete
  35. Untuk mengubah style SEDC bantu kaum Peniaga Bumiputra mudah sahaja, jangan buat apa apa komen dan jangan marah kpd sidak pegawai SEDC. Sidaknya orang makan gaji aja. Pada bulan Ogos ada perhimpunan minta ganti ketua kerajaan negeri Sarawak, ikut serta dalam perarakan dan buat luahan masing masing terhadapa penukaran kepimpinan, barulkah padan muka sidak SEDC. Ini adalaha satu satu cara untuk kita orang luahkan perasaan dan kemarahan kita orang.

    ReplyDelete