Tuesday, October 5, 2010

UBF - Celoteh Pak Aji Julaihi

This article was earlier posted at http://knightadventure.blogspot.com on April 29, 2010

Komentari Haji Julaihi Haji Suut
April 2009

Kelahiran Malaysia
“Tanggal 31, bulan lapan, lima puluh tujuh…” Demikian nyanyian allahyarham Sudirman Haji Arshad. Ada pulak seorang lagi artis Malaya buat lagu kemerdekaan Malaysia. “Saya anak Malaysia… sembilan belas lima puluh tujuh, bulan lapan aku dilahirkan…."

Pesanan pakcik buat mamat-mamat yang sekolah tak cukup: “Engkorang anak Malaya sebenarnya, bukan anak Malaysia.”

Buat orang-orang Malaysia yang sebetul-betulnya Malaysia, ingat ini baik-baik. Ingat sampai ke anak-cucu. Tak kira apa kata orang Malaya, tak kira apa diaorang tulis dalam buku sejarah sekolah tadika sekalipun, sebetul-betulnya perkara ialah Malaysia merdeka tanggal 16 bulan sembilan tahun 1963. Satu dunia tahu. Komunis-komunis pun tahu.

Ingat, nama MALAYSIA hanya bertapak dengan rasminya pada tahun 1963, bukan 1957 seperti yang digila-gilakan orang Malaya. Borneo hanya bersetuju untuk meraikan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos. Haribulan sahaja, bukan tahun. Rancangan asal ialah Malaysia merdeka 31 Ogos, 1963. Tetapi disebabkan beberapa masalah semasa pembentukkan Malaysia ketika itu, Malaysia akhirnya berjaya ditubuhkan pada 16 September, 1963. Secara dasarnya 31 Ogos; secara praktikalnya 16 September.

Debate on The Malaysia Bill in The British Parliament 19th July 1963: “During September, 1962, the legislative assemblies of (Sabah) and Sarawak adopted resolutions unanimously welcoming in principle the decision to establish Malaysia by 31st August this year (1963).”

Arkib Negara dan www.heritage .gov.my: “Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan resminya (*rasminya) di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963.”

Malaya masuk Malaysia
Ingat lagi satu perkara. Ingat sampai ke anak-cucu. Sabah dan Sarawak tidak MASUK Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah dua bahagian daripada empat bahagian, termasuk Malaya dan Singapura, yang membentukkan satu negara bernama Malaysia. Sebenarnya lima bahagian kalau dikira Brunei sekali. Tapi Brunei masa tu tak nak bercantum dengan kitaorang.

Perlu rasanya pakcik menerangkan lebih lanjut kes masuk-masuk ni. Persekutuan atau dalam bahasa Inggeris ‘Federation’, bermaksud dua kerajaan, atau lebih, bergabung untuk membentuk satu negara… tetapi sempadan masing-masing tidak terusik. Sama macam empat buah rumah buat satu kampung kecil. Kita sekampung dalam Malaysia, tetapi sempadan rumah aku, sempadan rumah engkau dan apa kita buat dalam rumah kita… masing-masing punya hak. Isteri aku engkau jangan usik. Anak perempuan aku kalau engkau nak, engkau masuk meminang. Pokok durian aku dan ayam ternakan aku kalau engkau nak, aku boleh sedekahkan. Jangan jadi kurang hajar macam UMNO di Sabah.

Kalau dilihat dari sudut kritis dan sinis, sebenarnya Sabah dan Sarawak yang buat Malaysia. Maka sebetul-betulnya kata, Malaya yang masuk Malaysia. Kalau Malaya tak sedap hati dengan pendapat pakcik ni, apa kata kita satu Malaysia ubah mentaliti kita. Mulai hari ini jangan lagi ada bisikan-bisikan ‘Sabah dan Sarawak masuk Malaysia’. Selepas ini kalau ada stesen TV, suratkhabar atau majalah yang kata Sabah Sarawak Masuk Malaysia… kita saman dia.

Kampung Malaysia
Sebelum Malaysia, kerajaan-kerajaan manusia bersiong sekitar Gunung Ledang, kampung-kampung pelarian Siam persisiran laut Terengganu, mukim-mukim lanun bersara sepanjang Selat Tebrau, kongsi-kongsi lombong dan estat-estat kuli getah sekitar Lembah Klang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya sehingga 1963. Bukan Malaya yang buat Malaysia. Kerajaan British yang tentukan nasib jadi ke tak jadi Malaysia.

Debate on The Malaysia Bill in The British Parliament 19th July 1963. The Under-Secretary of State for the Colonies (Mr. Nigel Fisher): “May I say that the leaders of the countries, which are to unite on 31st August, have shown a very high level of statesmanship throughout the past two years, and I am persuaded that they will continue to do so. We in this House certainly—I know that in this respect I speak for the whole House—wish them well in their task of creating this new independent nation in the Commonwealth, and I am quite confident that hon. Members will give the Federation a good start by giving this Bill an unopposed passage through the House of Commons today.”

(Mr. R. W. Sorensen): “I support the Bill because I believe that, on the whole, the majority of the people in the four territories of Singapore, Malaya, Sarawak and (Sabah) want Federation, if not with enthusiasm at least with what I may call prudent wisdom.”

Mr. A. G. Bottomley of Middlesbrough, East: “We are not only having an extension of Malaya. We are, in fact, creating a new (country Malaysia) … the other Commonwealth Governments have been consulted and that they will cordially welcome the new (country Malaysia) into the Commonwealth.”

Malaya merayu pada Borneo
Ingat satu lagi perkara. Ingat sampai ke anak-cucu. Malaya yang beriya-iya memujuk Sabah dan Sarawak untuk buat satu negara dengan Malaya dan Singapura. Borneo endah tak endah, mahu tak mahu, jadi tak jadi, selamba jer. Sabah dan Sarawak masa tu ada pilihan. Sama macam Brunei ada pilihan. Dia nak ke tak nak buat negara dengan Malaya, tak boleh paksa.

Malaya kowtim, bagi makan best-best, urut-urut, bawa round kampung wakil-wakil Borneo yang dijemput melawat Semenanjung Tanah Melayu. Minah-minah kabaret pun masuk menu kot. Tetapi Borneo masih tak suka MELAYU RAYA. Borneo pilih MALAYSIA. Ha! Dengar tu. Sabah dan Sarawak yang pilih nama Malaysia. Itu pasal nama Malaysia ada sehingga ke hari ini.

POINT 5: “Malaysia” but not “Melayu Raya”

Sabah dan Sarawak juga yang tentukan rupa bentuk bendera Malaysia. Kalau diikutkan pilihan Malaya, bendera Malaysia ada lambang keris bersilang dikelilingi bintang pecah lima. Engkorang ni tak habis-habis dengan Keris, serupa Iban Sarawak tak habis-habis dengan terabai.

Borneo bela Melayu
Ingat satu lagi perkara. Perkara paling penting. Ingat sampai ke anak-cucu. Sabah dan Sarawak menyelamatkan keris-bersilang-bintang-pecah-lima di Malaya, sehingga hari ini Malaya masih ada raja-raja. Sehingga Melayu boleh membesar sebagai johan dan bertaktha sebagai UMNO. Jasa Sabah dan Sarawak sangat besar kepada Melayu. Sabah dan Sarawak bela nasib Melayu dari hari pertama Malaysia ditubuhkan dan dibutuhkan.

Sebelum ada Malaysia, Singapura dah dua kali cadangkan Malaya dan Singapura bergabung buat satu negara – pertengahan 50an dan 1959. Tapi Melayu di Malaya takut. Melayu takut! Sebut sekali lagi, Melayu takut! Takut bukan apa. Cina Singapura campur Cina Malaya, tenggelam Melayu.

Menurut bancian 1960 di Malaya: Melayu 3.460 juta; Cina 2.552 juta; India 700 ribu. Bancian di Singapura pula: Melayu 232 ribu; Cina 1.253 juta; India 140 ribu. Malaya campur Singapura: Melayu 3.6 juta, Cina 3.8 juta. Cina masa itu memang dah kaya raya, ada kekuatan tentera Chin Peng pulak tu. Maksudnya, tuan-tuan dan puan-puan, kalau Singapura dan Malaya buat satu negara, Malaysia hari ini adalah negara Cina. Islam akan dikulupkan dibawah pengaruh komunis.

Dr Ooi Keat Gin, pakar sejarah Asia Tenggara: “Why Malaysia? The initiative apparently came from the wishes of Singapore’s leaders. David Marshall, Chief Minister of Singapore during the mid-1950s, was keen for a merger but the Tunku then was reluctant. Then in 1959, when Lee Kuan Yew of the People’s Action Party assumed the chief ministership, he too proposed a Malaya-Singapore merger for economic and political reasons. The Tunku’s initial reaction was at best lukewarm. As the political Left in Singapore gained momentum, however, the Tunku began to warm up to Lee’s persuasive arguments of merger.

Although the Tunku and his Malay colleagues in the United Malay National Organisation (Umno) did not want to have a Left-leaning Singapore as their neighbour, neither did they wish for a merger with Chinese-dominated Singapore that would mean upsetting the racial arithmetic in favour of the Chinese.

The Borneo territories then became imperative components in the wider federation scheme. Nearly 70% of the nearly 1.3 million inhabitants (1960 census) of Sabah, Brunei and Sarawak comprised Malay-Muslims and non-Muslim indigenous peoples, the Borneo territories were viewed favourably as a counterweight to Singapore’s Chinese majority.”

Malaya hanya berani buat negara dengan Singapura kalau Borneo juga masuk sama. Dengan adanya Melayu-Muslim dan masyarakat pribumi yang ramai di Sabah dan Sarawak, pecahan penduduk Cina dan bukan-Cina di Malaysia jadi seimbang.

Dr Ooi Keat Gin: “This racial arithmetic, however, hinged on an assumption: “that in extreme racial issues the indigenous population of Borneo might choose to align themselves with the Malays (of Malaya), to whom they were racially akin, rather than to the Chinese”.”

Bila tahu Cina tak boleh dah pegang Malaya, Singapura keluar Malaysia 9 Ogos 1965. Sekaligus Melayu menjadi majoriti di Malaysia. Tetapi peranan Borneo dalam politik Malaysia kekal. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, orang Cina sudah jadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1969. Sila rujuk peristiwa berdarah 13 May.

Ha! Lagi Melayu nak sombong kat orang Borneo? Ha! Cetakkan cerita ini dan baling kat muka diaorang. Bagi UMNO baca puas-puas. Sedar diri tu sikit. Cakap kat dia, diaorang tu sebenarnya penakut. Dia jadi berani hanya bila Sabah dan Sarawak jadi geng dia. Kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak, entah apa jadi dengan nasib Melayu.

Bumiputera kita
Kita tahu lah Malaya memang penakut, tapi apa yang Malaya phobia sangat dengan Borneo? Tak cukup dia nak meng-UMNO-kan satu Borneo, PAS Malaya ada pulak cita-cita nak meng-Islam-kan satu Malaysia. Respek lah sikit. Ingat janji kita tahun 1963. Ingat jangan tak ingat.

Malaya ada singaphobia ye? Takut Sabah dan Sarawak keluar Malaysia macam Singapura keluar Malaysia tahun 1965 ye? Malaya takut rugi tak ada minyak dan kayu balak ye? Malaya takut Cina kembali berkuasa ye? Malaya takut Tun Perak kena berlawan sorang-sorang dengan Siam ye? Malaya takut, kalau tiada Sabah dan Sarawak, Malaysia akan dilabelkan negara 100 peratus extremis Islam oleh kuasa barat ye?

Habis tu apasal pentingkan sangat isu-isu Melayu Malaya bila berurusan dengan hal ehwal Borneo? Seolah-olah Melayu itu satu komoditi yang boleh dilombong, ditebang, digerudi sehingga dapat memuntahkan jongkong-jongkong emas? Melayu dan Bumiputera Borneo sebenarnya sama perahu, sama nasib, sama impian, sama perjuangan, sama cap. Bumiputera Borneo pun setaraf Melayu Malaya juga tau? Baca 20-Point Agreement (Sabah) dan 18-Point Agreement (Sarawak).

POINT 12: “In principle, the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malays’ formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo.”

Entah apa tafsiran engkorang tapi kefahaman pakcik tentang POINT 12 ialah hak-hak keistimewaan orang Melayu di Malaya dikongsi sama dengan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain daripada garisan halus yang memisahkan Melayu Malaya dan Bumiputera Borneo, pada dasarnya Bumiputera di serata Malaysia berkongsi nasib, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

Itu janji kita dulu. Itu sumpah kita walau sampai ke liang lahad. Borneo sudah membela nasib Melayu Malaya di zaman kegetiran 1960an, bersama-sama dengan Melayu Malaya menembak komunis-komunis di hutan Pahang, sehingga hari ini mereka membesar sebagai johan, bertaktha sebagai UMNO.

Giliran Melayu Malaya pula membela Borneo. Silakan… (bersambung)

15 comments:

  1. kalau nak cerita pasal merdeka tu, elok lah. Jangan kutuk bangsa, geng. Kutut UMNO sama erti kutuk MELAYU. Keris lambang kebesaran MELAYU - SO WHAT.....

    ReplyDelete
  2. Sdr, jangan salah cakap, Singapura buka keluar dari Malaysia pada tahun l965, dan ia dikeluarkan. Misti tepat dalam buat carita, kini sudah hampir 50 tahun kahwin+Malaysia, dan sudah pun ada anak ramai, dan kini mahu cakap cerai apa macam punya orang yu ini. Dulu berebut rebut kahwin, kini berebut rebut nak cerai. Buat carita gelamorkah, sidak artis demikian, tetapi kita lain. Kita Hormat apa kita buat dan ada juga yang buat salahdan megah diatas kemajuan salahnya.

    ReplyDelete
  3. pelek cerita tok berpusing ke belakang.yang sudah jadikan sejarah.1 malaysia lah kita malaysa sarawak dan sabah.baguslah singapura tak dalam malaysia, kalau tidak,tauk apa akan jadi.lihatlah sendiri.untuk sekarang dan masa depan,kita bersama-samalah maju ke hadapan dengan berusaha lebih gigih tanpa jemu, manalah tahu berkat rajin berusaha,poket jadi tebal.mun asyik memikir yg sudah lalu, mati berhayal apakah itu lebih baik untuk negara.kita selalu saja berfikiran negatif kepada sesuatu isu,tidak pernah mencuba untuk terus membaiki yg salah dan silap saudara semalaysia buat.asyik tidak betul saja.kalau begitulah keadaan hasat dan dengki yg tidak ada dalam ajaran agama manapun apa lagi orang Islam, lambat laun kita bersama monyet dan unggas sahaja.law of the jungle.

    ReplyDelete
  4. yalah..jgn apapun pertahankan apa yg ada kinek tok..tok jgn crita kdk tok kdk ya lh..bialh singapore dgn cina nya..kita msti pertahankan yg kta pun..
    pikir mena2 hala tuju negeri..seblm nk tukar pmimpin..

    ReplyDelete
  5. 1 Persoalan = Kesamarataan = Kelayakan = Adakah diterjemahkan = penjawat awam = kaki tangan persekutuan di Sarawak ini..? ( 1 Malaysia tahu akan kedudukan itu..)

    ReplyDelete
  6. iboh kita nak berhujah hal-hal lain. kita kelakar hal pokok.

    ""Debate on The Malaysia Bill in The British Parliament 19th July 1963: “During September, 1962, the legislative assemblies of (Sabah) and Sarawak adopted resolutions unanimously welcoming in principle the decision to establish Malaysia by 31st August this year (1963).”"

    Coba itong, berapa tahun baruk orang malaya 'terpaksa' bersetuju untuk 'meraikan' tarikh 16 September????

    Kenak sidak malaya perlu di pressure baruk sidak 'menghormati' penjanjian pembentukkan malaysia???

    Ya pun belum settle gik hal tarikh 16 september tok.

    hari merdeka masih 31 Ogos. entah berapa tahun gik kita orang borneo perlu menunggu baruk sidak malaya ngambik keputusan secara rasmi untuk meraikan hari merdeka pada 16 september.

    ya baruk hal hari kemerdekaan. belum gik hal-hal lain.

    sidak yang menyokong sidak malaya tok sebenarnya sapa? demi politik atau dendam kesumat, sarawak sanggup digadey?

    mun nak bkempen ngencang taib, go hed la... mun nak nukar kerajaan, go hed la ...

    dari pemahaman kamek, kempen tok berkenaan, orang malaya jangan campur tangan hal sarawak.

    sik kira la orang malaya ya dari umno ataupun pr.

    ReplyDelete
  7. bukan nak menanguk di air keruh.macam nea kita sik mauk orang semenanjung look into our affair.kita dah dalam malaysia.kena fikirlah dan lihat kiri kanan, jangan cakap lepas sahaja, satu hari mun sesuatu terjadi kpd politik sarawak, berapa ajak jumlah orang islam.misal cina bergabung bumi lain,kitak ingin jadi singapura atau penangkah.mana mungkin orang malaya sik diperlukan,jangan hantam keromo sahaja, inilah hal sensitif yg kita perlu jaga dan berhati hati.ingat sik bila sabah sebelum kemasukan UMNO.nasib musa aman sekarang jadi ketua menteri.aduh cakap siang pandang pandang cakap malam dengar dengar, kan ia perpatah melayu.o tedah masih juak nak menegak benang basah.

    ReplyDelete
  8. "orang melayu semenanjung sik sama dengan orang melayu sarawak" - mendalam maksud tok. orang dah banyak makan garam tauk pa maksud tok. orang yang idealist tapi sik cukup pengalaman, akan terpinga-pinga. ya lah, level pemikiran belum cukup.
    mun orang melayu malaya nak nulung, sik jadi masalah. tapi biar la tulung ya ikhlas. dan cara untuk tunjuk iklas ialah dengan menghormati 18 point perjanjian pembentukkan malaysia.
    sik kira di siney u nak mandang - ke kirik ka, ke kanan ka, ke debah ka, ke atas ka, ataupun pejam mata - 18 point ya mesti lah di hormati.
    jgn d depan madah nak nulung orang melayu sarawak. hidup melayu kata orang melaya. tapi kita orang melayu sarawak kak ya jadi kuli. berbaloi ka? ney maruah jadi orang melayu (or bumiputera) SARAWAK?

    ReplyDelete
  9. nsb baik melayu ktk xpecah glak..kta org xketara..kta xmok melayu n bumiputera kta kdk kt cnun..ckuplh apa yg tjadi dkt penang singapura...nasib perak btuka balit....tapi cdak cnun msti ingt..wlpn 1malaysia suma heboh pdh..apa yg org sarawak nk jgn dpertikaikan...sapa yg cetek psl sejarah sarawak dgn malaysia..jgn rasa pandey glak...sebab ya point of agreement kta msti kta ptahankan jgn ada org yg sanggup gade semata2 kerana nk senang..sampey negeri drkpun org lain pegang...bialah melayu n bumiputera d sarawak kuat jgn sesekali melatah...

    ReplyDelete
  10. Siapa sebenarnya.....?

    Orang Melayu..???

    Orang Bumiputera..???

    B U M I P U T E R A... SAIPA PADA HAKIKATNYA YANG ASAL.. Bumiputera @ Melayu..!!??

    TAHUKAH ANDA BAHAWA SARAWAK & SABAH SEBENARNYA NANG MASIH "DIJAJAH"..ITULAH HAKIKATNYA YANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.
    SESESANGAT JELAS SEJELASNYA HAMPIR KESEMUA JAWATAN TERTINNGI DALAM JABATAN PERSEKUTUAN DI SARAWAK & SABAH "DIROGOL" OLEH SIAPA. bETUL ATAU BENAR KAH ORANG SARAWAK @ SABAH TIDAK BERKELAYAKAN.??? BUKAN HASUTAN INI ADALAH KEBENARAN YANG JELAS DAN NYATA YANG MENUNJUKKAN SARAWAK @ SABAH MASIH DIJAJAH..!!

    ReplyDelete
  11. ya... kita orang bumiputera di sarawak mesti bersatupadu berdepan dengan orang malaya. hidup sarawak!!!

    ReplyDelete
  12. dari permerhatian saya yg sekolah sik tinggi tok, sebenarnya orang sarawak secara amnya sik lalek sambutan merdeka dipolah pada 31 ogos. dan banyak lagik pengorbanan orang sarawak demi malaysia. tapi yg jadi masalah ialah orang malaya tok take orang sarawak for granted. kita tok seolah2 kuli, sidak seolah2 bos. sidak expect, sidak say lompat, kita lompat, sidak say duduk, kita duduk. ya diexpect sidak.

    kita orang sarawak tok jenis peramah. mungkin lebih peramah dari orang malaya kerna bila sidak datang ke sitok, kita sambut macam 'raja'. tapi bila kita pergi sinun, sumak ndak jak sidak melayan kita. tapi kita sik amik ati. masih juak kita layan sidak macam raja bila sidak dtang sitok.

    tapi... da batas la... kita layan sidak mcm raja bukan membawa maksud kita tok nang maok sidak jadi raja. kita hanya hormat ngan sidak bah. ya jak. bukannya kita mengagungkan sidak malaya - bait melayu, india or cina.

    mun dari segi ilmu, kita sama jak bah. mungkin kita lebih bagus agik dari sidak dari segi perpaduan - something which the malayans have to learn from us!!! we don't run down our iban neighbours or our malay neighbours. but they did to their neighbours. even to their own race!!!

    giney nak ngekot orang2 kedak tok? demi agama? demi bangsa?

    demi agama? sidak semayang with two imams in one mosque or surau? ajaran nie nak d ekot? islam umno or islam pas?

    demi bangsa? bangsa bumiputera? bangsa melayu? ditanggak ney orang melayu atau bumiputera sarawak dalam konsep bangsa melayu atau bumiputera yang dilaungkan oleh orang malaya? ditangga debah sekali macam sidak sabah?

    kita takut dengan orang cina? sidak nang opportuninist dari dolok sampey kinek tok. pa jak plan perpaduan yang dipolah oleh sidak melayu or bumiputera, mesti da muka sidak tok. cuba diat parti pbds. parti bansa dayak tapi da cina menyelinap masuk.
    cuba diat parti umno, walaupun sik da cina, tapi cuba diat de belakang pemimpin2 besar sdak ya? mun u kata sik da cina de belakang sidak ya, belum la cukup ilmu u hal sidak tok. pegi jak bertapa di malaya untuk meneropong sidak cina-cina di belakang sidak tok. so, basically the chinese will folow the flow for their own benefit. mun sik cayak, cuba all bumi support bn election tok, and all chinese support dap. lekak ya kita akan lihat sidak dap tok akan masuk bn or jadi pro-bn. nang sejak datuk nenek sidak, sidak cina tok opportunist. so, sik eran la sidak macam ya.

    ReplyDelete
  13. "LANG BO CHIYAK LANG..LANG CHIYAK LANG"

    "Orang tak makan orang..akan dimakan orang"

    Jadi apa U maok..maok sik maok daripada kita dimakan orang lebih baik kita yang dahulu makan orang.

    Tak percaya tanyalah geng cina kitak orang ya..!
    ya lah proverb cina dalam hal ekonomi..niaga.!

    ReplyDelete
  14. sapa jajah sapa. sapa bolot harta di sarawak. tukuk dada kitak orang ya. sebenarnya disebab pekara kecik2 sik diambik laleklah kepala orang sarawak yang jadi ikut telunjuk saja jadi macam ya. mun dah tauk kuasa itu hebat di tangan pemimpin sarawak, kenapa aok ajak bila pegawai di sarawak bukan anak sarawak. kenapa sik memberontak. ala cakap senang. cuba dalam bicara randau kita orang tanyakkan kepada pemimpin atasan sarawak sapa yang membenar orang malaya memimpin kitak orang ya jugak yang bodo sik pande protes.sik dgn kasar berlapitlah mun nak melemparkan cadangan agar jangan orang malaya menerajui semua jabatan kerajaan di sarawak.sikit2 kesal, sapa yang harus ditujukan persoalan tok bukan rakyat biasa di sitok, ya yang lama mempimpin sik lejuk2 patut lah bertanggungjawab. bila diterbeliak jak mata, semua kecuk perut.bodo

    ReplyDelete
  15. THE DAY WILL COMES..!!

    ReplyDelete