Diakui bahawa hujah-hujah yang diutarakan adalah padat dan sukar untuk ditangkis. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk rakyat Sarawak menerima UMNO setelah melihat sendiri apa yang berlaku di Sabah.
Diantara persoalan besar yang perlu ditangani oleh UMNO ialah kemana perginya status "WILAYAH" yang ada pada Sarawak sewaktu ia bersama-sama Tanah Melayu dan Sabah membentuk Malaysia?
Kembalikan hak kami sebagai sebuah WILAYAH !!!!!!!!!!!!!!! Berikan kepada kami status WILAYAH serta kuasa-kuasa yang ada pada status ini!!!
--------------------------------oleh: Syed Hussein Al Attas
Sarawak bukanlah negeri yang asing bagi saya. Saya memang ada ramai kenalan di merata tempat di bumi Kenyalang. Baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang yang senama dengan saya, Hussein bin Zainuddin yang banyak menghabiskan masanya di Semenanjung semasa bersekolah dulu.
Dia seorang aktivis politik yang berjiwa agresif. Ada dua tiga orang yang pernah berkawan dan senama dengan saya mempunyai watak yang hampir serupa. Dia berbakat menulis dan kertas kerjanya yang bertajuk Pengembangan Parti UMNO ke Sarawak saya isikan ke dalam buku ini.
Selesai membaca saya fikirkan pula apa yang hendak disampaikan atau yang perlu saya kongsikan bersama dengan pembaca saya. Mengikut analisis dan pandangan saya, memang bukan mudah UMNO mahu berkembang ke Sarawak. Di Sabah dulu pun macam itu juga dulu. Mari kita belajar dari sejarah bagaimana UMNO masuk ke Sabah kerana jika lulus jarum luluslah kelindan.
Apakah kerana ada pihak yang takut terkorban (hilang kuasa) bila politik bertukar tangan atau seperti iblis yang tak mahu terima bila Tuhan mahu mencipta Adam a.s hingga mahu membuatkan makhluk yang bernama manusia ini suka bermusuhan? Tuhan Maha mengetahui, Tuhan tak peduli dengan pendapat iblis yang tak mahu tunduk pada manusia.
Pada 25 November 1986 Almarhum Tun Mustapha manten Presiden USNO dalam mesyuarat tergempar telah mengingatkan sama ada ahlinya berpindah menyertai UMNO dengan membubarkan USNO atau lupakan UMNO kekalkan USNO kerana keputusan muktamad akan disampaikan kepada Tun Mahathir ketika itu Presiden UMNO sebelum 29 November.
Dalam temuramahnya dengan Sunday Star, 16 November, Tun kata dia beritahu Mahathir beliau akan menyuruh ahli USNO membuat pilihan mereka yang menentukan atau menolak. "Saya takkan paksa atau mempengaruhi mereka."
Persoalannya apakah Taib Mahmud sanggup dan berani lakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Almarhum Tun Mustapha? Siapa sebenarnya yang takut akan kedatangan UMNO ke Sarawak? Rakyat bumiputera atau segelintir pemimpin yang ada kepentingan?
Dalam Star, hari Jumaat, 21 November 1986, Datuk Musa Hitam ketika itu Timbalan Presiden UMNO juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita, "UMNO telah membuat keputusan akan mengembangkan sayapnya ke Sabah. UMNO akan membuka bahagian dan cawangan ke negeri di bawah bayu. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO. UMNO perlu berkembang ke seluruh negara bukan saja ke Sabah."
Sudah hampir 20 tahun UMNO bertapak ke Sabah, bila pula Datuk Najib selaku Timbalan Presiden mahu membuat pengumuman UMNO masuk ke Sarawak? Apakah dia perlu menunggu lampu hijau dari Pak Lah atau kata sepakat dari Majlis Tertinggi UMNO? Hanya Majlis Tertinggi UMNO saja yang boleh memberi kata putus.
Tun Musa Hitam adalah pemimpin UMNO yang pertama yang mendedahkan secara terbuka kemasukan UMNO ke Sabah yang kini sudah pun menjadi sejarah.
Apabila menyebut orang-orang Melayu bersatu pada zaman itu, iaitu dalam tahun 1946, kita tidak boleh melupakan jasa-jasa wartawan-wartawan Melayu yang berkhidmat dalam surat khabar Melayu seperti Utusan Melayu di Singapura, Majlis di Kuala Lumpur dan Warta Negara di Pulau Pinang. Mereka menulis dengan serius meniupkan semangat setiap individu Melayu dan menyeru supaya bersatu-padu, menentang projek Malayan Union dan menuntut kemerdekaan negara dari penjajah British. Perkara yang sama juga berlaku di Sarawak.
Apa itu Melayu sebenarnya? Cuba kita berikan defensi makna Melayu mengikut prospektif bangsa. Apakah Melayu itu cuma sekadar satu kaum saja atau Melayu dari pandangan satu rumpun bangsa di Kepulauan Melayu?
Melayu jika dinilai sebagai satu bangsa, di Sarawak saja ada 27 kaum, Iban, Seadayak, Bidayuh, Land Dayak, Penan dan Penon, Murut, Kenyah, Kayan, Lunn Bawang, Kelabit, semua suku kaum ini adalah satu bangsa yang hidup di Kepulauan Melayu yang menjadikan bahasa Melayu selaku bahasa pengantar dan tak banyak bezanya dengan Cina.
Apakah mereka yang menolak UMNO kerana ia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu? Mengikut Razali bin Sabang dalam suratnya yang bertarikh 11 September, kepada Tun Khalil ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO:
"Saya pernah menyelar Datuk (Abdul) Taib Mahmud dalam Sarawak Tribune semasa lawatan Tun Mahathir ke Sarawak dalam sekitar pertengahan tahun lapan puluhan, guote "Anybody who opposed the coming of UMNO to Sarawak to unite the Malay must be a person who is suffering from serious mental delusion" unquote.
Melayu mengikut defensi Perlembagaan Persekutuan berbeza-beza antara Johor, Kedah dan Kelantan. Melayu bukan sekadar satu kaum, tapi asas utama Melayu itu Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, ikut budaya Melayu, berasal dari kepulauan Melayu. Di negeri Johor, saya tidak diterima sebagai Melayu biarpun lahir di Johor. Bapa saya lahir di Surabaya dari kepulauan Melayu tapi kerana kami berketurunan Arab maka dianggap bukan Melayu dan tak boleh beli tanah rezab Melayu.
Namun boleh jadi menteri seperti Datuk Syed Hamid Albar. Itulah peliknya Johor. Mereka menolak syed dan sharifah sebagai Melayu sedangkan di Sabah dan Sarawak segala bangsa yang berkahwin dengan perempuan bumiputera diterima sebagai bumiputera, bukankah ini 'double standard'? Di Perlis, syed boleh jadi raja, boleh jadi Yang Di pertuan Agung. Apakah di Johor pun ada dasar apartheid?
Datuk Paduka Haji Osman Arof ketika di minta memberi komen mengenai apa yang dikatakan oleh Tun Mustapha bahawa tak ada masalah menerima UMNO kerana ada kaum Melayu Siam di Kedah yang menjadi ahli UMNO. Osman berkata, "orang keturunan Siam yang tinggal di Malaysia sebelum merdeka diterima sebagai Melayu mengikut pelembagaan Kedah, mereka berhak menerima keistimewaan yang diperoleh oleh Melayu dan bumiputera."
"Mereka selaku rakyat Malaysia berhak membeli rezab Melayu dan tanah, biarpun mereka bukan Islam. Ada kampung di Kedah di mana terdapat 10 peratus kaum Thai, mereka diberi peluang menyertai UMNO dan akhirnya menjadi pengikut setia UMNO."
Cakap pasal Kedah, semasa pilihan raya di Anak Bukit dan Pendang ketika itu Megat Junid jadi Ketua Penerangan UMNO dan saya selaku AJK Penerangan UMNO diberi tugas untuk berceramah di kuil Buddha untuk mempengaruhi undi. Saya lakukan tugas ini bersama anak angkat saya, Cham Nong Aliap, Melayu berketurunan Siam.
Sungguh pelik kata-kata bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang juga ADUN Serdeng, Datuk Asfia Awang Nassar, "UMNO sukar dapat masuk ke Sarawak kerana soal keMelayuan, Islam dan Bumiputera." Siapa Asfia Awang Nassar?
"Siapa yang nak UMNO ke Sarawak? Yang benar-benar nak, adalah dari Semenanjung. Permintaan pemimpin serpihan terutama Permas." Malah katanya lagi, "persoalannya bila dan siapa yang benar-benar akan bawa UMNO ke Sarawak?"
Bagi Asfia jika Tun Rahman yang akan bawa UMNO ke Sarawak, UMNO akan gagal sebab Tun Rahman sudah ditolak oleh rakyat Sarawak. "Kalau mahu UMNO kalah, suruhlah dia."
"PKMS yang tidak terima Melanau sebagai Melayu sedangkan Melanau juga adalah rakyat pribumi Sarawak. Ketua Menteri berdarah keturunan raja Brunei. Takrif PKMS tak benar tentang Melayu. Berdasar itu PKMS tolak semua bumiputera. Apakah dengan cara ini UMNO boleh berkuasa?"
"Di Sabah, UMNO masuk kerana untuk tenteramkan kekecuhan di Sabah. Di Sarawak tidak ada kekecuhan tetapi yang ada adalahkestabilan. Jadi tak ada alasan untuk UMNO datang ke sini. Tak ada alasan kuat untuk UMNO ke Sarawak," tambahnya lagi Massa 29hb. Mac 1997
Sejak dari dahulu, memang terdapat usaha berterusan samada daripada sebelah pihak tertentu UMNO di Semenanjung Malaysia ataupun dari sebelah pihak tertentu UMNO di Semenanjung Malaysia ataupun daripada sebelah Sarawak, untuk membawa masuk UMNO ke Sarawak. Tetapi tidak diketahui sama ada usaha-usaha tersebut telah digembeling secara sistematik atau tidak. Maka, sebagai satu langkah dalam usaha secara sistematik, dokumen ini disediakan sebagai salah satu sumber rujukan atau perbandingan nota antara kedua-dua pihak. Hussein Zainuddin
Kata Tun Mustapha, UMNO mesti masuk ke Sabah untuk menyatu-padukan bumiputera sama ada Islam atau bukan Islam. Almarhum Tunku Rahman pun membuat kenyataan yang sama.
In response to the Datu Bandar's renewed initiative and the Tunku's conviction that Indonesian opposition to Malaysia made Malay unity in Sarawak all the more important, Ghazali Jawi, UMNO's SecretaryGeneral, was despatched to Kuching in early October. His mission was to have talks with PANAS and BARJASA leaders and heal the rift between the two parties. On his arrival he told the press that UMNO was not just for the Malays but for all indigenous people who wished to join.
He offered two possible alternatives: UMNO could establish branches in Sarawak which members of existing parties could join, or the parties could affiliate themselves with UMNO. PANAS's goal had always been for a merger with UMNO but this was politically difficult: it would signal a clear preference for PANAS over BARJASA, something UMNO was naturally not prepared to countenance.
Some progress was made during Ghazali Jawi's visit; indeed, PANAS and BARJASA officials were reported as saying that the gap between them was 'almost closed'. The likely outcome seemed to be that PANAS and BARJASA would both become official branches of UMNO. Nevertheless, Ghazali Jawi's undiplomatic emphasis on Malay unity was bound to upset PANAS's non-Malay members, who felt threatened with being left out in the cold if the party's Malay membership joined UMNO.
Rather than allow this to happen, Leong Ho Yuen and some of his Chinese colleagues succeeded in having an emergency meeting of the party's Central Executive Committee called for 18 October to discuss the issue but in the absence of the Datu Bandar and Abang Hj. Othman there was no quorum and nothing could be resolved. Instead, there was an embarrassing slanging-match in the pages of the Sarawak Tribune, culminating in Leong's resignation .
In the meantime, Dato' Abdul Razak had persuaded Tunku Abdul Rahman that the Datu Bandar should be brought in from the political wilderness. Visiting Kuching, he asked Abang Hj. Mustapha if he would agree to be appointed Senator and Minister without Portfolio in the new Federal government. Possibly for reasons of pride, the Datu Bandar was at first unwilling. However, his PANAS colleagues urged him to accept, believing that it would restore the party's acceptability and pave the way for its re-incorporation within the Sarawak Alliance. In their view, it was a way of 'hilangkan conteng di-muka' (making a fresh start).
Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu bersedia menimbangkan hasrat tersebut sekiranya persetujuan menerima UMNO diperolehi.
"Kita bersedia mempertimbangkan kemasukan UMNO asalkan majoriti bumiputera di negeri itu mahukan UMNO."
"UMNO tidak ada rancangan memasuki Sarawak walaupun sampai bila-bila. Walaupun sampai tahun 2000 atau bila-bila pun kita tidak akan membawa UMNO kesana melainkan atas kehendak majoriti rakyat bumiputera."
UMNO hanya melihat segelintir sahaja rakyat khususnya bumiputera di negeri itu menerima kemasukkan UMNO.
Bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yakub berkata, beliau akan memberikan sokongan padu sekiranya UMNO dapat dikembangkan ke Sarawak kerana masa termasuk kestabilan politik di negeri itu membolehkan UMNO bertapak.
Laporan akhbar The Sarawak Tribune bertajuk 'Illegal to distribute UMNO membership forms' dan Utusan Sarawak bertajuk 'Haram Edar Borang Keahlian UMNO' yang masing-masingnya memetik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak harus direnung sedalam-dalamnya.
Kenyataan Datuk Seri Najib, kononnya menurut laporan kedua-dua akhbar berkenaan, sebagai tidak sah menyebarkan borang keahlian UMNO adalah bertentangan dengan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Fasa 4, Perlembagaan UMNO.
Fasal 4, Perlembagaan UMNO juga menyebut "Perlembagaan UMNO membenar-kan seseorang warganegara Malaysia, Melayu atau Bumiputera, yang berusia 18 tahun ke atas memohon menjadi ahli."
Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Dr. Mahathir itu, UMNO tidak pernah menutup pintunya kepada rakyat Sarawak yang memiliki status warganegara Malaysia untuk memohon menjadi ahli UMNO.
Bagaimana mungkin UMNO dapat mengetahui sokongan rakyat Bumiputera Sarawak kalau bukan diadakan pengambilan dan pendaftaran keahlian? Sokongan tidak dapat dibuktikan hanya dengan secara bersuara sahaja. Atau berdasarkan kenyataan pucuk pimpinan atasan PBB sahaja.
Persoalannya sekarang, adakah kenyataan Datuk Seri Najib itu releven atau sengaja diputar belitkan oleh dua buah akhbar tempatan yang menjadi milik Datuk Wahab Dolah?
Dalam konteknya ini, umum tentunya dapat mentafsir siapa sebenar-benarnya takut akan kedatangan UMNO ke Sarawak. Adakah rakyat Bumiputera atau segelintir pemimpin yang berkepentingan.
Soal sama ada perlu atau tidak UMNO menggembangkan sayapnya ke Sarawak seharusnya tidak timbul sama sekali kerana di dalam Fasal 4. Perlembagaan UMNO tidak pernah melarang sesiapa sahaja yang mahu menjadi ahlinya. Malah dalam Fasal 4, Perlembagaan UMNO ada menyebut dengan jelas dan terang bahawa "Ahli biasa adalah warganegara Malaysia atau Bumiputera yang berusia 18 ke atas layak menjadi ahlinya."
Malah bekas Setiausaha Agung UMNO, YB Dato' Sabbarudin Chik dengan jelas berkata bahawa, "soal kelulusan keanggotaan parti merupakan hak mutlak Majlis Tertinggi (MT)" Utusan Borneo, Jumaat 10 Januari 1997.
Jadi soal lulus atau tidak adalah hak MT UMNO sendiri. Yang pasti tiada larangan kepada sesiapa pun sahaja yang mahu menjadi ahli UMNO seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pemimpin hari ini.
Dari itu, tiada sebab mengapa orang Melayu atau Bumipuera Sarawak tidak dibenarkan daripada menjadi ahli UMNO. Fasal 4, Perlembagaan UMNO dengan jelas menyatakan bahawa tiada sebarang halangan bagi sesiapa sahaja rakyat Malaysia di negeri Sarawak terutama orang Melayu ataupun Bumiputera memasuki UMNO asalkan sahaja mereka sudah mencapai usia 18 tahun ke atas.
Sila baca:
* UBF - The Malayan Colonialists Are Still Conning Sarawak & Sabah
* Are The PKR Malayans At It Again?
Ada gik nama ASFIA yg di sebut. Nang popular nya tok. Popular with issue. Kenak asfia jak ?
ReplyDeleteu aim for the truth ...only the truth BUT how could u do that when u yourself is made of sheer falsehood!
ReplyDeletedr nyuruh umno masuk srwk..bgs kita org srwk berusaha memajukan negeri..xkanla sumor idup nk d jajah!
ReplyDeleteBalik kita berkenaan UMNO Ke SARAWAK. Terimakasih kpd Tuan Syed Hussein diats berita berkaitan. Lama tidak dengar dari Tuan Syed. Dalam hal ini rmai telah buat cerita dan ramai juga yang dimangskan. Siapa mahu atau siapa tidak mahu tidak timbul, oleh kerana rata rata yang nak bawa UMNO ke sarawak terdiri dari orang orang bawahan, dan bekas bekas anggota pembangkang dan PKMS yang tidak disukai oleh pucuk pimpinan, maka dari itulah hal UMNO ini jadi carita di kedai kopi dan dirumah rumah orng kahwin atau majlis kenduri kendara sahaja, keluar satu dua carita dalam akhbar untuk jadi tuntunan ramai. Pasal pihak pihak yang hilang kuasa, terpulanglah kpd keadaan mareka sendiri, jika mareka buat baik, balasannya baik, dan jika sebalikya terimalah kesan buruk dari rakyat. itu sahaja. Dalam zaman dato Abg Abu Bakar pada masa beliau masih dalam PBB, banyak kerja dibuat untuk membawa UMNO Ke Sarawak, banyak wang ringgit dan masa telah digunakan, akhirnya beliau jadi mangsa dan demikian jugalah lain lain. Apa ada untuk ditakuti tidak ada orang hilang kuasa apa bila UMNO datang, tidak ada yang perlu ditakuti, kpd mareka yang ada dalam kebenaran, dan sebalik lah kpd mareka yang buat banyak salah, ambil harta orang dan meng aniyayai orang lain, dan mana kuncu kuncu yang hidup atas ehsan orang yang tudak ada perasaan malu dalam mesyarakat akan takut.
ReplyDeleteLagi lambat UMNO datang ke sarawak, lagi banyak kerugian kpd kaum Melayu dan Bumiputra diSarawak. Itu sahajalah dapat kami bayang secara keseluruhannya. Terimaksih Tuan Syed, dan bila nak datang ke Sarawak, ramai kawan menunggu.
Assalamum Alaikum Tuan Syed Hussien.
ReplyDeleteSila buat buku carita atas Siapa tidak mahu atau tidak suka UMNO datang ke Sarawak. Buku carita sapertiini perlu untuk dibaca oleh jenarasi muda yang ramai tidak tahu carita sabenarnya, dan rata rata anggap carita UMNO hanya Politik dari Simananjung, dan carita sabenarnya perlu untuk ramai memahami perkara ini. Kami berharap Tuan Syed dapat menyiapkannya dalam tahun ini.Cobalah.
assalmkum , nang benarkah org bukan bumiputra di sarawak bila nikah ngan org bumiputera dapat status bumi?
ReplyDeleteooo perlu polah reseach sikitlah al-atas, maaf sik pernah juak dengar namanya.mun setakat ada kenalan jak di Sarawak iboh jak nak molah cita hal sarawak ,kpadA ANON NAK NUNGGU NYA DATANG YA TUNGGU KO SORANGGGGGGGGGGGGG.................
sik boh jak..,umno menyusahkan jak//...
ReplyDeleteHuh? Masyarakat Melayu Sarawak sik pandey nak menyuarakan hak sendiri kah? Sampey maok nyuruh UMNO masok? NO THANKS! Membiarkan kita menjadi BONEKA kepada UMNO? Org Semenanjung is no better than Org Sarawak. Biar kita menegakkan hak sendiri. Kemasukan UMNO akan membawa belah bahagi antara komuniti yang dah sedia ada. Ktk org rela menjadi asuk bajingan sidak UMNO tok? Mungkin segelintir kecik jak... yang lain? Maaf jak, mbak jak idea politik ktk org ke tempat lain. Banyak gilak kepincangan dalam parti UMNO. Perlukah kita tambah sigek lagik parti bermasalah ke dalam negeri kita tok? NO. Mengundang masalah jak. Bak kata pepatah omputih, "Out from the frying pan and into the fire."
ReplyDeleteSar. Anonymos bertanya hal bukan bumi kahwin dgn bumi bolih jadi Bumiputa? Ini adalah benar mengikut perlembagaan/dan adat negeri suami yang mahu jadi bumi perlu lulus berberapa keteria yang ditetapkan melalui Pej. Daerah dan Majlis Penghulu-penghulu dan jika suami tidak bolih, anaknya nanati bolih jadi bumi dimana anak itu dibesar dalam kampong, dan bertutur bahasa tempatan dan ikuti adat rasan disebelah ibunya dan ia qualify untuk jadi bumiputra berdasar kpd peratoran yang ditetapkan melalui Pej. daerah dan majlis Penghulu-penghulu.
ReplyDeleteSoal pernah timbul dalam Veb ini adalah kerana pihak bukan bumi telah banyak mempersoalkan issu ini dan sapatutnya mareka yang keinnginan menghubungi Pej. Daerah dan berondeng dengan Penghulu penghulu satempat. Telah banyak orang bukan bumi jadi Bumi mengikut peraturan ini.
Selamat berjaya.
Berkenaan dengan perkara status Wilayah yang dipersoalkan masa kini, sapatutnya tidak timbul, kerana kita telah pun mencapai merdeka dan membentuk negara Malaysia sama sama negeri negeri lain dan status wilayah kita hilang adalah tidak menasabah, jika lain lain negeri saperti simananjung dan sabah mareka masih ada status wilayah, maka kita diSrawak juga dengan stomatik ada ia tidak hilang. Apa yang perlu dikembalikan jika ia tidak dihilangkan.?
ReplyDeletesdr, pasal pandei atau tidak tidak jadi soal, kini kita sudah kahwin dalam Malaysia hampir satengah abad, dan masih berkelahi saperti kelahi dalam cawan.Jika tidak mahu patutnya dulu kelahi dan tidakmahu , dan kini setelah kahwin love sama love dan ada anak banyak anak, baru sedar pandei tidak panei dan mahu cerai ikot orang masa kini sidak glamor lah kononnya.Coba kita fikir pada masa ini kita selalu menghibuhkan yang kitalah yang punya ramai wakil dalam Dewan Rakyat dan mengapakah tidak dibawa bincang dalam Dewan rakyat hal yang kita ini dipingir, dijajah, dan lain lain lagi, mana sidak YB yang bijak pandai mengapa sik utarakan hal ini, sampai semuanya malu kelakar dan sik mahu ikut sama berbincang dalam Dewan, ikut kata YB Datuk Wan Junaidi dulo, mungkin benar YB YB kita dari Sarawak malu nak cakap? Jika demikian hal nya siapa ppatut dipersalahkan? Dan jika benar benar mahu cerai, ikut peraturan dan lepas cerai dalam Mahkamah Syariah, dan bukan dalam kedai kopi ooi. Jangan ikut nyaman mulut bertutut, kata YB Datuk Amar Bra. Adenan Hj Satem, kita, yang bakal nak jadi penganti KM, nanti. Sama samalah kita nunggu. Jika berjaya, kita ramai ramai pergi kerumahnya dan makan besar bersama YB Datuk Amar.
ReplyDeleteMasih ingat pasal Mahkamah Syariah, Bangunannya terletak di Jalan Satok, Kuching. Kini tempai ini jadi ramai pengunjung dan ramai berurusan denga Jabatan Agama sampai tempat letak kareta ssidaknya senantiasa penuh, ada satengah kareta yang datang untuk menumui Pengarah terus ,a,sil dalam kewasan parking dari pagi sampai ke Petang, dimilik oleh suku sakat sidak Pengarah yang memperoperasikan kedai makan Ayam Penyik di Jln Haji Taha. Sapatutnya kewasan letak kareta itu untuk orng ramai dan bukan untuk suku sakat pihak Pegawai Majlis Islam? Parking aja dikewasan biasa apa salahnya, jika ada business maju bayar parking sapatutnya tidak jadi massalah. Beroperasilah dengan bijak dan orang lain juga mahu sama sama senang, dan jangan sampai pijak kaki orang lain.
ReplyDeleteMinta kerjasama YB Datuk Daud Abd Rahman untuk lihat apa yang berlaku dikewasan parking Bangunan Mahkamah Syariah, dan jangan ingat hal sijil halal sahaja lihat lihat juga kpd salah guna tempat letak kareta yang sik halal.
ReplyDeleteDiharap semuanya dapat dihalalkan mengikut peraturan yang ada.
OOOi, sidak di Pejabat majlis Islam, jika mahu buat buisess, buatlah ikut peratoran dan jangan
ReplyDeleteikut hati mahu kaya dan hantam sahaja mantang mantang kitak orang yang menguasai Sijil Halal, dan sesuka hati buka kedai makan, sampai tempat letak kareta pun mahu free juga.
Apa macam punya orang ini yang tidak ikut etika dan peratoran. Minta pihak DBKU dan lain lain Majlis lihat kpd perkara ini dan betulkan keadaan dan ambil tindakan jika salah guna dan salah menjadi peniaga sedangkan masih berkerja dengan Kerajaan.?Kini nampak tembelang mareka dan jadi pakerja Majlis Islam, sanggup buat kerja salah? YB Datuk Daud perlu lihat kpd perkara ini.?
apa kitak org gago mok nyusuh org luar masok campor hal sarawak.. dah la cdak ngambik 95% sumber bumi dari kita.. suruh gik cdak jajah kita di ctok, makin papa2 kedana la kita... hampir juak bodo kita sik dapat handle negeri kita empun suruh org lain handle.. dah la cdak nganok kita diam dlm utan, kakya, kita ngembak cdak masok ctok.. pike la ckit.. org dah kita, kita gik ngegeh2 embak cdak masok... ney mata ktkorg, buta ka!!! sik ngga suma... mun ktkorg mok nolak kerajaan Sarawak, sikkan la ktk org menghambakan drik ngan org MALAYA!!!!! undi la parti dari Sarawak, bukan parti asal usul dari MALAYA!!!.. blaja jak tinggi, tp sik nampak suma ya... come on la, politik kita lebih matang dari cdak cnun.. pike jak ktkorg, Sarawak adalah yang pertama mempunyai council negri yang pernah berlangsung 1867, yang pertama di MALAYSIA... ya pun siki namapak ka... Jangan lupak dengan 20 PERKARA PERJANJIAN PENGGABUNGAN ANTARA MALAYA DAN SARAWAK.. ingat benda ya, sampe bila2... HIDUP SARAWAK!!!! SAY NO TO UMNO!!!!!!
ReplyDeleteaku mok nambah gik, mok ka KITA JADI MACAM SABAH????.. kita antara negeri terbaik sekali di Malaysia... Tanpa BANTUAN UMNO!!! apa gik ktkorg MOK.... SABAH adalah antara NEGERI MUNDUR DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO.. ya pun kita sik nampak ka... aku lebih suka parti sarawak memerintah, bait SNAP yang dah jadi bebas kinek tok.. JANJI PARTI ORG SARAWAK!!!!
ReplyDeletesedar ckit duit kita yang majukan KUALA LUMPUR ya.. org malaya gik NULAK UMNO!!! tang ada2 jak kita ngegeh2 mok nerimak cdak.. ya pun ktkorg sik nampak ka?? INGAT 20 PEKARA PENGGABUNGAN MALAYA DENGAN SARAWAK.. http://dayakbaru.com/weblog08/2010/02/03/sabah-20-points-sarawak-18-points-agreement/ tok nya link 20 pekara ya.. bukan kita mok masok, kita di jemput masok.. sedar la ckit wahai rakan SARAWAK ku Sekalian....
ReplyDeleteKALAU UMNO BERKUASA DI SARAWAK..SEMUA (SEMUA) RAKYAT SARAWAK TAK LAYAK (TIDAK MEMPUNYAI KELAYAKAN) UNTUK MENJAWAT JAWATAN TERTINGGI DI MANA2 JABATAN PUN.. BELUM MASUK PUN DAH ADA CIRI2 KE ARAH ITU..!!
ReplyDeleteU - UNTUK
M - MELAYU
N - NEGERI SEMENANGJUNG AJAK
O - ORANG LAIN - AKAN HANCUR
1. SARAWAK MAJU MUNDUR SEMUA DI TANGAN PEMIMPIN SARAWAK SENDIRI, BUKAN DI TANGAN PEMIMPIN MALAYA.
ReplyDelete2. PERJANJIAN 18 PERKARA KELIHATAN DI PERKOTAK - KATIKKAN MALAYA KERANA PEMIMPIN SARAWAK SENDIRI YANG KITA LANTIK TIDAK BERDIRI MEMPERJUANGKAN HAK SARAWAK. PEMIMPIN SARAWAK INI TERLALU KENYANG DAN GEMUK SEHINGGA TIDAK SANGGUP LAGI BERDIRI TEGAK UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK SARAWAK DI HADAPAN PEMIMPIN MALAYA. MEREKA INI TERLAULU GEMUK, KOTOR DAN MENYEBABKAN MEREKA TAKUT KEPADA BOSS BESAR DI MALAYA. MEREKA INI HANYA MENJAGA KEPENTINGAN DIRI MEREKA SENDIRI SAHAJA.
WAJIB & HARUS.. PEMIMPIN YANG TIDAK PERFORM ATAU YANG "TIDAK BERANI" MEMPERJUANGKAN HAK2 KITA ORANG SARAWAK DITUKAR, DEMI KEBAIKAN GENERASI SARAWAK AKAN DATANG. JANGAN SAMPAI KITA SUDAH TIDAK DAPAT "MENGAWAL KEADAAN" BARU NAK SEDAR. INI BUKAN UNSUR HASUTAN AKAN TETAPI YANG KEBENARANNYA DISENGAJA / DISEDARI / DICATUR OLEH PEMIMPIN PUSAT.
ReplyDeleteJUSTERU ITU..INGATAN BUAT PATRI ASING DARI SEMENANJUNG. LEBIH BAIK KAMU ORANG "BEREBUT-REBUT' PERINTAH SEMANANJUNG AJAK. DON'T TRY TO DISUNITE SARAWAKIANS..!!
orang sarawak tidak ada pilihan kalau keadaan meruncing.orang melayu terutamanya, jangan cakap besar dan sombong terhadap usaha orang UMNO atau PR ke Sarawak.Dah berapa lama kita takutkan mereka itu hingga sekarang keadaan binggung sudah menguasai sebilangan orang sarawak yg ikut perkembangan politik sarawak. sudah lama kita diperintah oleh suku kaum sarawak sendiri dan adakah semua orang kaya raya.setiap kali nak pilihanraya, dan bercakap tentang pilihanraya,akan banyaklah janji untuk menolong orang sarawak di sana sini.10 tahun dulu gaji tukang sapu mula masuk 300.00 namun sekarangpun masih begitu juga.contoh saja sebelum pilihanraya, ada anak orang tak mampu atau beranak banyak nak mintak baitulmal membiayai masuk ke IPTA, permohonan ditolak langsung,bukan ada usaha lain untuk membantu anak yg ingin melanjutkan pelajarannya itu.bermacam alasan diberi.fed up dgn keadaan itu, akhirnya anak itu teruslah menunuggu utk mendapat peluang lain sehingga usaha utk meminjam dgn along dilakukan.kalaulah orang sarawak sendiri yg telah lama memerintah dan kaya raya kenapa tidak membantu, kiralah 5 juta setahun dari poketnya sebagai amal jariah,bukan dari mana mana yayasan, tidaklah orang mempersoalkan sangat hasil harta yg diperolehi selama memerintah sarawak.yang perangai kedekut kikir yg membuat orang sakit hati.memang dah lama kaya raya, tak kan membantu dan buat amal jariah tak dapat.cukuplah kita risau pasa UMNO dan PR,bagus mereka ke sini agar utk masa depan banyak perkara sulit dapat diselamatkan.Jangan tunggu lama gilak, sehingga habis harta sarawak dikikis lengis oleh para pemimpin yg tidak mengenang jasa kita mengundi mereka.selepas pilihanraya, dah menang, mata hidung pun sik nampak,semua berhayas berehat seiisi keluarga di luar negara, kerna diberi upah menang. dah bila dapat projek dari persekutuan, beri kpd ahli keluarga sahaja.Kalau UMNO atau PR ke sarawak, tender2 tidak lagi dipegang oleh mereka yg tamahak dan loba itu.biar kita mendapat habuan juga.tender terbuka.sekarang ramai ahli peniagaan yg lari ke malaya kerna mencari bisnes lain drp menunggu durian tak jatuh dan buruk di sarawak.kedatang UMNO atau PR memang dialu alukan apabila keadaan pemerintah sekarang tidak lagi mementingkan rakyat tapi hanya undi sahaja.apa nak peduli, kita tak untung apa2pun kekayaan yg hanya dimilik oleh satu kumpulan sahaja.semua orang marah, kerna cerita ini sudah tercecer di jalan raya, di kedai kopi, di restoran, di hotel, di internet dan di mana2pun. janji bila menang akan memberi perhatian kpd rakyat sarawak, memang tidak dinafikan, akan tetapi tidak memuaskan.lihat saja tidak ada usaha utk meramaikan kuching pada waktu malam agar merancakkan ekonomi setempat. kalau sibu boleh buat dgn penduduk kurang dari kuching, kenapa tidaknya. sapa nak datang ke kuching yg sepi selepas jam 7.semua pemimpin sarawak, bila nak dekat pilihanraya barulah macam monyet cabut kutu, bait bukan cerita.udahlah kita dipermainkan macam ya, tak habis2, sekarang pandai2lah kita mencari rezeki baik di mana2 di bumi Tuhan, jangan nak harapkan pertlongan pun bantuan, berik jak kpd mereka.kelak di dalam kubur rasalah siksaan yang amat pahit kerna telah mengambil harta rakyat dan tidak dikongsikan kekayaan kepada rakyat itu sendiri.beginilah keadaan susahlah kita nak rasa kaya pada 2030,kerna angka tahun ini mudah saja nak disebut, tetapi bagaimana nak menunaikannya bukan mudah.apa yg penting jangan berjanji banyak sangat, kerna tidak semua janji dapat ditunai.kalau kerja fokus kpd sesuatu yg utama dahulu demi membantu rakyat, rakyat pasti tak marah.ini tidak cakap saja, dan bila bising...
ReplyDeletepeople who did all the comments here and still didnt realize with what is happening in this country. i feel sorry for each and everyone of you. we learn from history, and make a difference thus, improve them. not by repeating them. dont take it for granted. people change. everybody does. grow up, be mature. accept the upcoming changes. dont be too negative. dont be racist. dont be stupid. UMNO wont be an issue to find its place in sarawak once every bit of corruption has been find out. then you'll know who has been the big bad wolf.
ReplyDelete