Saturday, October 2, 2010

Datuk Zaid Ibrahim, The Next PKR President???

Who is a better person to lead Parti Keadilan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah or Azmin Ali?

Based on his manifesto, it seems that Datuk Zaid Ibrahim is indeed a very intelligent person who knows what he wants.

Although Azmin Ali is said to enjoy strong supports from the party members in the state, Datuk Zaid Ibrahim could still win the minds and hearts of the Sarawakians if he could project an image of a "I-am-NOT-your-Malayan-Master" leader who genuinely respects the people of Sarawak (and Sabah).


Oct 1, 2010

Oleh Datuk Zaid Ibrahim
Saya telah pun mendapat pencalonan dari Cabang-cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Saya akan membuat pengumuman untuk menerima tawaran ini tidak lama lagi. Jika dipilih, berikut adalah antara cadangan yang akan saya laksanakan jika perubahan ini mendapat persetujuan pemimpin parti yang lain:
1. Mengambil inisiatif untuk mempelawa ramai lagi menyertai parti dan merangka perjuangan parti supaya lebih semangat dan dinamik, dan bukan berkisar kepada isu lama. Keadilan memerlukan lebih banyak keahlian dari yang ada sekarang dan aktiviti kemasukkan ahli-ahli baru mesti digiatkan. Kita perlu mempelawa sesiapa saja yang berkebolehan dan ingin memberi sumbangan, tanpa mengira baru atau lama, atau yang sudah ‘ditarbiah’ atau pun belum. Meritokrasi dalam parti kita sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihanraya. Parti ini perlu lebih inklusif dari apa yang ada sekarang. Beberapa bekas ahli-ahli dan mereka yang berdiam diri ataupun kurang minat kepada parti (antara yang saya anggap ‘reformis sebenar‘) perlu dijemput kembali. Mereka yang berkebolehan mesti diberi peluang memikul tanggungjawab dan peranan yang lebih besar.

2. Kegiatan akar umbi menjadi ukuran penting kejayaan sesebuah parti politik. Cabang-cabang parti perlu diberi tenaga dan dokongan kewangan yang berterusan. Hari ini banyak Cabang “hidup segan mati tak mau” disebabkan faktor kekurangan sokongan kewangan. Saya mampu menghidupkan kembali kekuatan Cabang ini, termasuk mencari jalan mengisi tabung Cabang supaya kita mempunyai jentera yang kuat dan bersemangat. Dengan itu, Cabang dapat berfungsi dengan baik dan berkesan terhadap rakyat dan ahli-ahli parti yang lain di cabang masing-masing. Saya telah mengenalpasti punca utama kelemahan cabang-cabang disebabkan oleh kekurangan dana untuk menggerakkan kegiatan parti disemua peringkat walaupun pemimpin-pemimpinnya bersemangat tinggi.

3. Kekuatan Keadilan sangat kritikal bagi penyatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.. Hakikatnya, Keadilan perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya melayakkan kita menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan. Parti perlu mempunyai kekuatan tersendiri; kita juga perlu mempunyai hubungan akrab dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya mampu memainkan peranan ini dengan lebih berkesan supaya kekuatan parti terjamin. Kerajaan negeri yang dipimpin oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat juga akan diberi peranan besar supaya usaha menguasai pelbagai lapisan rakyat bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang dapat digerakkan bersama secara bersepadu.

4. Keadilan adalah parti berbilang kaum dan agama. Keunikan ini juga merupakan suatu kekuatan kita. Kejayaan kita menyatupadukan ahli-ahli dari kepelbagaian kaum, agama dan budaya ini adalah pengukur kejayaan usaha penyatuan kaum di negara ini. Sedangkan usaha penyatuan kaum ini ternyata gagal dilaksanakan oleh pemerintah sekarang walaupun telah lebih 53 tahun merdeka. Kita mempunyai ruang dan peluang yang terbuka luas untuk membuktikan bahawa impian kita untuk menyatukan kaum-kaum akan menjadi kenyataan oleh lebih 28 juta rakyat di negara ini. Ruang ini perlu diisi, peluang ini perlu direbut. Masanya telah tiba untuk melenyapkan prajudis dan syak wasangka antara kumpulan, kaum dan agama ini dari terus menguasai minda rakyat. Dasar pecah dan perintah sebagaimana di amalkan oleh pemerintah sekarang bukanlah cara berpolitik yang sihat dan progresif. Justeru, sebagai sebuah parti politik masa depan, Keadilan perlu menghidangkan wadah perjuangan politik yang lebih terbuka dan demokratik yang melepasi sempadan kaum, agama dan budaya dalam konteks perlembagaan yang sedia ada supaya semua kepelbagaian ini dapat dimanfaat oleh seluruh rakyat di negara ini. 

5. Seseorang pemimpin tidak akan berkesan kalau ia mempunyai masalah yang banyak (sama ada berbentuk politik atau peribadi). Masanya akan lebih banyak tertumpu untuk penyelesaian perkara-perkara ini dari melunaskan masalah yang membabitkan parti dan rakyat. Saya berkeyakinan saya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan secukupnya kepada hal ehwal parti.

Memanglah, saya tahu ramai pemimpin kanan dalam parti yang menolak gagasan dan wawasan saya ini dengan berbagai-bagai alasan. Itu sebenarnya tidak penting bagi saya tetapi saya menyedari rakyat dan ahli-ahli parti telah cukup matang untuk melihat dan menilai setiap pemimpin yang ada. Maka terpulanglah kepada ahli-ahli menilai gagasan yang saya bawa ini.

Pemilihan 2010 adalah mercu tanda dalam sejarah negara dan untuk Keadilan. Dan jika ahli-ahli parti bersehaluan dengan cadangan-cadangan yang telah saya ajukan di atas, saya yakin yang perubahan dalam parti PKR mampu menjadi batu loncatan untuk mengubah Kerajaan kita.

Also read:

4 comments:

  1. dato zaid ini seorang yg ada prinsip. sanggup tinggalkan kerusi empuk menteri untuk menyertai PKR. tetapi sepanjang tempoh bersama UMNO zaid ini tidak menonjolkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin. sekarang beliau sudah menjangkau umur 50-an. sekiranya selepas berpuluh tahun bersama UMNO beliau tenggelam dek kehebatan pemimpin UMNO yang lain, jadi apakah alasan konkrit untuk kita percaya beliau akan menjadi pemimpin besar yang menonjol di dalam PKR. ya, beliau seorang yang bijak, cerdik, berprinsip dan sebagainya dan ini sangat bagus tetapi itu bukan satu-satunya tiket untuk ke pucuk pimpinan.

    PKR ini parti muda, ahlinya juga golongan muda maka adalah lebih baik pemimpin muda dipersediakan untuk mengambil alih. kenapa hendak meletak kuda tua yang kelihatan hebat di hadapan sedangkan kita tahu "ketampanan" kuda tua ini tidak akan dapat menarik perhatian MAJORITI kuda-kuda muda yang lain di atas padang sana ? sesungguhnya generasi muda adalah pemimpin masa depan negara dan harapan bangsa... maka dari faktor umur zaid ini sebenarnya sudah kalah sebelum bertanding...

    ReplyDelete
  2. HIDUP DATUK ZAID IBRAHIM KAMI ORANG2 SARAWAK DALAM DIAM2 SUKONG DATUK ZAID IBRAHIM MEMIMPIN PKR. SAYA PERCAYA KALAU DATUK MIMPIN PKR RAMAI AKAN IKUT DATUK. WE TRUST YOU BROTHER.

    ReplyDelete
  3. tapi sayang datuk zaid selalu saja mengatakan dia kecewa. memang dia kecewa. dalam umno pun dia kecewa. sekarang pun dia kecewa. kabar nya orang sarawak tidak sukong dia.

    ReplyDelete
  4. orang sarawak perlu sokong datuk zaid kerana datuk zaid satu-satunya pemimpin atasan dalam pkr yg boleh diharapkan untuk menhormati perjanjian pembentukan malsyai.

    ReplyDelete