Wednesday, September 11, 2013
Ketua Cawangan PBB Piasau Kanselor Sardon Zainal mendapat tentangan hebat dari calon 'tajaan' YB
Ketua PBB Cawangan Piasau iaitu Kanselor Sardon Zainal telah dicabar oleh calon yang diketahui ramai di Miri sebagai 'tajaan' YB PBB Zon Utara. Dalam sejarah PBB lazimnya jawatan ketua cawangan tidak dipertandingkan dan hanya dirundingkan melalui konsensus atau nasihat pemimpin atasan. Piasau adalah antara cawangan yang 'ganjil' dimana jawatan ketua cawangan di cabar.
Setakat ini Beting Maro, Piasau dan Demak lawat telah menyaksikan cabaran mengejut untuk jawatan ketua cawangan. Juga di perhatikan bahawa ada seorang ahli perniagaan berbangsa Tiong Hua (bukan ahli PBB) yang telah berada di perkarangan Mesyuarat Agung Penggal itu dan memberi 'imbuhan' kepada perwakilan untuk mengalahkan Kanselor Sardon Zainal. Ahli perniagaan Tiong Hua itu adalah rakan perniagaan seorang YB PBB Zon Utara. YB PBB itu adalah termasuk dalam group besar dan kuat seorang Menteri PBB. Beliau sering menyatakan kepada orang Miri bahawa Menteri PBB itu mahu itu dan mahu ini. YB PBB ini juga mendapat sokongan kuat dari PBB HQ. PBB HQ sering menalipon cawangan-cawangan Zon Utara untuk mengikut citarasa YB PBB zon Utara ini (namun arahan atau nasihat bertulis tidak diberi kerana gerakan YB PBB ini sering melanggar undang-undang PBB). YB PBB Zon utara ini juga 'menaja' calon menentang penyandang di beberapa cawangan-cawangan PBB yang lain.
Walaupun mendapat tentangan hebat dan kempen 'berimbuhan' namun Kanselor Sardon Zainal telah menang jawatan Ketua Cawangan Piasau.
Terima Kasih kepada AJK Piasau yang telah memberi maklumat dan gambar-gambar mengenai perkembangan ini. Adalah di fahamkan bahawa keterangan saksi-saksi dan gambar-gambar 'partner' YB PBB ZON utara ini sedang di lampirkan untuk laporan ke atas.
Tuesday, September 10, 2013
YB Razaili Gapor menghantar bantahan rasmi mengenai TGM PBB Cawangan Beting Maro
Adalah difahamkan bahawa ADUN Beting Maro iaitu YB Razaili Gapor telah menghantar surat bantahan rasmi mengenai Mesyuarat Agung Penggal bagi cawangan Beting Maro yang diadakan baru-baru ini. Beliau membantah pengecualian beliau dari dibenarkan bertanding jawatan ketua cawangan yang di sandang oleh Datuk Bolhassan Dee.
Surat bantahan di hantar ke ibu pejabat PBB dan khabarnya diterima oleh Setiausaha Eksekutif PBB iaitu Awang Bujang Atek.
Friday, September 6, 2013
Parti-parti politik baru di Sarawak tidak akan tahan lama - YB Abdullah Saidol
New parties won’t last the distance — BNBBC chief
Borneo Post September 6, 2013, Friday
SIBU: New political parties, still being a blurred entity with fragile political vision and mission, would find it an insurmountable task to be accepted by the people.
State Barisan Nasional (BN) Backbenchers Club (BNBBC) chairman Abdullah Saidol did not discount the possibility of their lifespan being short.
“Therefore, I am confident that the emergence of new political parties in Sarawak will not affect BN’s position in the state.
“People are now more matured and able to objectively analyse the political ideologies and sincerity of a political party in managing their welfare, development of the state and defending the sovereignty of the country.
“Political parties in the state BN component understand and work together in moulding the political direction of BN,” Saidol, who is Semop assemblyman and chief political secretary to the Chief Minister, noted.
He was asked if BN would continue to be people’s preferred brand amidst the emergence of new political parties in Sarawak.
Five newcomers, namely Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), Parti Bumi Kenyalang, Peace Party and Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) and Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) had entered Sarawak’s political arena.
Saidol was uncertain if these new parties would be BN-friendly or adversaries.
He pointed out that the integrity, strength and influence of a political party depended on the history of its inception, and later through a maturity process in shaping a certain culture as well as a unique political formula accepted by way of consensus amongst its members.
“The key factors deciding the sustainability, relevance and credibility of a political party also depend on the wisdom and stature of its leaders and unity among members,” he said.
Wednesday, September 4, 2013
YB RAZAILI BIN GAPOR disqualified from contesting PBB Beting Maro Branch Chief Post
YB Razaili Gapor
Penyandang Datuk Bolhassan Dee
Kertas pencalonan YB Beting Maro iaitu YB Razaili Gapor telah ditolak. Dengan itu YB Razaili Gapor telah 'disqualified' dan penyandang Datuk Bolhassan Dee telah menang tanpa bertanding.
Adalah di dapati bahawa YB Razaili Gapor telah di khianati oleh orang yang dipercayainya. Penyokongnya (yang dipercayai YB Razaili Gapor) telah sengaja meletakkan nombor mykad yang salah dalam kertas pencalonan YB Razaili Gapor. Dengan itu 'penyokong' YB Razaili Gapor telah memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Datuk Bolhassan Dee.
Friday, August 30, 2013
SWP tidak berprinsip dan amal politik tidak jujur: Daud
Utusan Borneo August 30, 2013, Friday
KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) adalah sebuah parti yang tidak berprinsip dan mengamalkan politik yang tidak jujur, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Daud Abdul Rahman.
Atas dasar itu, katanya beliau yakin gabungan kerjasama parti yang pernah mengiktiraf diri sebagai mesra Barisan Nasional (BN) itu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak akan membawa apa-apa impak kepada BN.
“Mula dulu kata diri mesra BN tapi menentang calon BN pada Pilihan Raya Umum lepas.
“Kemudian mereka kalah di semua kawasan menyebabkan mereka rasa tidak mempunyai masa depan dalam BN dan ingin cuba di tempat lain.
“Ini menunjukkan SWP adalah parti yang tidak jujur dalam perjuangan mereka dan tidak mempunyai hala tuju sedangkan sebelum ini kata mesra BN tetapi sekarang mahu bergabung dengan DAP,” katanya mengulas mengenai SWP di mana Presidennya Larry Sng berkata parti tersebut bersedia berganding bahu dengan DAP.
Beliau ditemui ketika menghadiri Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, semalam.
Sehubungan itu, Daud berkata kemasukan SWP ke beberapa kawasan luar bandar misalnya pada pilihan raya lepas telah ditolak oleh kaum Bumiputera khususnya masyarakat Iban.
“Saya pasti mereka (SWP) akan meletakkan calon di kawasan masyarakat Iban pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
“Ini strategi mereka tetapi saya percaya masyarakat Sarawak khasnya Bumiputera tahu akan prinsip BN dan akan terus menyokong BN,” katanya.
Mengulas mengenai kewujudan parti baharu seperti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baharu, Daud berkata ia juga tidak akan memberi impak kepada BN.
“Kita mengamalkan demo-krasi dan siapa sahaja boleh mencadangkan parti baharu untuk bertanding.
“Biasalah, hendak pilihan raya maka banyak parti baharu ditubuhkan kerana ingin mencuba nasib.
“Namun berdasarkan sejarah 50 tahun kita mengamalkan demokrasi di Sarawak, setiap parti baharu yang bertanding tidak akan mendapat sokongan orang ramai,” katanya sambil menambah BN Sarawak kini masih kukuh dan kuat tanpa sebarang masalah.
Wednesday, August 28, 2013
Najib Wajib Meletakkan Jawatan Perdana Menteri - Perkasa
Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan
"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Ordinan Darurat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," katanya.
Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.
"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," katanya lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.
"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam PRU lepas," katanya.
Asalamuaalaikum,
1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India . Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat.
Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik. Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal.
BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan. Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat membantu rakyat? Membantu tetapi rakyat meminta minta. Ini juga adalah ketidak pandaian kerajaan mentakbir urus Negara.
Betapa singkatnya pemikiran kerajaan sehingga perlu memberi duit kepada rakyat? Kerajaan juga memberi wang rakyat yang telah disalah gunakan. Terbukti cara begini juga tidak berjaya.
Betapa singkatnya pemikiran kerajaan sehingga perlu memberi duit kepada rakyat? Kerajaan juga memberi wang rakyat yang telah disalah gunakan. Terbukti cara begini juga tidak berjaya.
Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok. Perdana Menteri yang meluluskan peruntuka-peruntukan ini lalu terus melemahkan parti-parti komponen. Hj Najib menjadi hero ataupun pengkhianat yang mana memberi peruntukan dengan begitu banyak sedangkan sekolah-sekolah jenis tidak ada dalam perlembagaan Negara.
Demi mendapatkan undi sehingga Kalimah ALLAH di benarkan diguna pakai oleh pihak kristian, Hj Najib selaku Perdana Menteri dan Hisamuddin semasa memegang Menteri Dalam Negeri. Apakah semua cara membolehkan Nj Najib mendapat 2/3?.
Segala usaha mengadai hak-hak melayu untuk mendapatkan undi tidak berjaya, diterjemahkan pada PRU13 yang lepas, Melayu masih memberi undi kepada kerajaan. Bukan sebab kerajaan pimpinan Hj Najib itu terbaik, tetapi disebabkan Melayi tiada pilihan seketika itu. Nampak Hj Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di Negara ini dan mengagong agongkan kaum lain. Penggunaan Kalimah ALLAH adalah klimax. Mana letaknya jiwa sebagai seorang Islam? Sehingga sanggup menggadai kalimah ALLAH.
Sudah cukup segalanya digadai, sudah cukup....... Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap supaya Hj Najib meletakkan jawatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)









