Wednesday, August 28, 2013

Najib Wajib Meletakkan Jawatan Perdana Menteri - Perkasa



Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan

"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Ordinan Darurat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," katanya.
Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.
"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," katanya lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.
"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam PRU lepas," katanya.

Asalamuaalaikum, 

1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL. Ini adalah kerana kepimpinan yg mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26% dan undi kaum India . Bagi kaum cina ianya terbukti gagal, peratusan kaum cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8%. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat.

Terbukti kegagalan ini sedah diterjemahkan daripada PRU13 tempoh hari. Malangnya kepimpinan tertinggi Negara masih lagi menagih kepada kaum-kaum ini, melatik orang-orang yang tak sepatutnya dilantik. Laungan 1 Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu-pengampu, saya mahu tanya apakah 1 Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ianya terbukti gagal.
BR1M pula kerajaan yang mana konon-kononnya membantu rakyat, tetapi sebenarnya inilah rasuah yang di halalkan oleh kerajaan. Atas dasar apa pemberian ini? Apakah ianya dapat membantu rakyat? Membantu tetapi rakyat meminta minta. Ini juga adalah ketidak pandaian kerajaan mentakbir urus Negara.

Betapa singkatnya pemikiran kerajaan sehingga perlu memberi duit kepada rakyat? Kerajaan juga memberi wang rakyat yang telah disalah gunakan. Terbukti cara begini juga tidak berjaya.
Peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan mendapat peruntukan jutaan ringgit, peruntukan sekolah-sekolah ini diberi dengan banyak sekali jika berbandingkan dengan sekolah pondok. Perdana Menteri yang meluluskan peruntuka-peruntukan ini lalu terus melemahkan parti-parti komponen. Hj Najib menjadi hero ataupun pengkhianat yang mana memberi peruntukan dengan begitu banyak sedangkan sekolah-sekolah jenis tidak ada dalam perlembagaan Negara.
Demi mendapatkan undi sehingga Kalimah ALLAH di benarkan diguna pakai oleh pihak kristian,  Hj Najib selaku Perdana Menteri dan Hisamuddin semasa memegang Menteri Dalam Negeri. Apakah semua cara membolehkan Nj Najib mendapat 2/3?.

Segala usaha mengadai hak-hak melayu untuk mendapatkan undi tidak berjaya, diterjemahkan pada PRU13 yang lepas, Melayu masih memberi undi kepada kerajaan. Bukan sebab kerajaan pimpinan Hj Najib itu terbaik, tetapi disebabkan Melayi tiada pilihan seketika itu. Nampak Hj Najib masih lagi menggunakan kaedah lama yang mana masih meminggirkan kaum pribumi di Negara ini dan mengagong agongkan kaum lain. Penggunaan Kalimah ALLAH adalah klimax. Mana letaknya jiwa sebagai seorang Islam? Sehingga sanggup menggadai kalimah ALLAH.

Sudah cukup segalanya digadai, sudah cukup....... Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia berharap supaya Hj Najib meletakkan jawatan.


No comments:

Post a Comment