Monday, August 19, 2013

Sesiapa saja boleh jadi Ketua Pemuda PBB tidak semestinya Fadillah - Pemuda PBB zon Lawas, Ba Kelalan

Richard Silo Pemuda PBB Zon Lawas

YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerjaya Persekutuan

PBB Ba’ Kelalan setuju siapa saja boleh jadi Ketua Pemuda

Utusan Borneo August 18, 2013, Sunday
SIBU: Setiausaha Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Ba’ Kelalan, Richard Silo bersetuju dengan kenyataan Pemuda Gelombang Biru Wilayah Tengah dan cawangan Limbang bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Ketua Pemuda PBB.
Menurut Richard, barisan Pemuda kini memerlukan transformasi di dalam setiap aspek mengikut perkembangan semasa.
“Namun yang sangat mengecewakan ialah terdapat perpecahan atau puak-puak di dalam barisan exco,” ujarnya dalam kenyataan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), semalam.
Katanya lagi, memang tidak dinafikan ada usaha telah dibuat segelintir barisan exco terkini bagi memperjuang dan melaksanakan program untuk menjaga kebajikan ahli-ahli Pemuda dari cawangan-cawangan.
Tetapi, ujar beliau, tiada kesefahaman di kalangan ahli exco itu sendiri telah membantutkan usaha tersebut.
“Dan di sini kita lihat macam mana Ketua Pemuda negeri boleh memainkan peranan dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan di dalam exco.
“Perpecahan di kalangan exco negeri merupakan kegagalan kepada Ketua Pemuda negeri untuk menyatukan ahli exconya sendiri,” jelas Richard.
Menyentuh mengenai Program Armada Pemuda PBB, beliau memberitahu tiada apa yang istimewa dan menarik mengenai program, apatah lagi memberi kesan jangka masa panjang kepada barisan Pemuda.
“Bunyi sahaja hebat dan tidak seimbang dengan kos perbelanjaan penganjuran,” ujarnya sambil mahu barisan exco akan datang tampil dengan sesuatu program yang benar-benar memberi faedah kepada ahli-ahlinya.
Richard turut memberitahu, Pemuda PBB Ba’ Kelalan akan tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden parti bagi menentukan siapa yang layak untuk menjadi Ketua Pemuda negeri sama ada dari sayap Pesaka atau Bumiputera.
“Kita tetap setia kepada Presiden parti dan kita juga cinta kepada parti PBB,” tambah beliau.
Kelmarin, Setiausaha Pemuda gelombang Biru Wilayah Tengah Mohd Junaidi Sambang bersetuju dan menyokong dalam soal sesiapa sahaja boleh menjadi Ketua Pemuda PBB pada perhimpunan parti akan datang.


Tiada pemilihan di Merdong, Halmi menang tanpa bertanding Ketua Pemuda PBB Meradong




Halmi kekal terajui Pemuda PBB Cawangan Meradong

Posted on August 19, 2013, Monday
BINTANGOR: Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Meradong mengadakan sesi pemilihan ahli jawatankuasa baharu, semalam.
Pada sesi pemilihan tersebut, Halmi Morsili kekal menerajui Pergerakan Pemuda PBB Meradong selepas menang tanpa bertanding.
Halmi, 38, berpengalaman lebih 10 tahun dalam politik terus mendapat kepercayaan untuk menerajui jawatankuasa berkenaan.
Mengulas mengenai pemilihan itu, Halmi berkata, ia merupakan satu tugas berat, namun beliau tetap akan melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin demi parti.
“Pihak kita akan berusaha memantapkan lagi pergerakan parti ini, agar sokongan dan kepercayaan di peringkat akar umpi terus kukuhi.
“Pada masa sama, jawatankuasa akan bergerak dari semasa ke semasa untuk membantu parti mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan datang, serta menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat,” katanya.
Turut menang tanpa bertanding, Jakeri Haji Form yang menyandang Naib Ketua.
Pada masa sama, Zaini Busrah sebagai Setiausaha dan dibantu Jkhann Julaihi, Abang Zakaria Abang Waslie memikul amanah selaku Bendahari dan dibantu Isnin Berang.
Jawatan Ketua Penerangan pula disandang Dainel Nooral yang dibantu Abang Abdul Zakir.
Tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) dan tiga pelantikan lain ialah Abang Abu Seman, Saat Busrah, Masino Adenan, Mohammad Ugor, Fauzan Mahdi, Mastapa Majid, Ismail Bakar, Abang Yahya Abang Othman, Kamsul Suhaili dan Rosemandi Saufi.


Saturday, August 17, 2013

Fadillah tidak tepati janji dan tidak tolong kebajikan pemuda PBB - Pemuda PBB Wilayah Tengah

Fadillah Yusuf
Junaidi Sambang
Abdullah Saidol bakal pencabar Fadillah Yusuf

Pemuda PBB Wilayah Tengah setuju siapa saja boleh jadi Ketua

Posted on August 17, 2013, Saturday
SIBU: Pemuda Gelombang Biru Wilayah Tengah menyokong serta bersetuju dalam soal sesiapa sahaja boleh menjadi Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada perhimpunan parti akan datang.
Setiausaha Pemuda PBB Wilayah Tengah Mohd Junaidi Sambang berkata, sebagai ahli-ahli Pemuda di peringkat akar umbi, mereka menyerah sepenuhnya kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.
“Jika Presiden memberi jawatan tersebut kepada Pesaka, kami akur dan tetap menghormati keputusan tersebut.
“Sesiapa yang bakal menjadi Ketua Pemuda PBB Negeri Sarawak pada perhimpunan nanti, tidak menjadi persoalan atau masalah besar jika mendapat restu daripada Presiden,” ujarnya kepada pemberita, semalam.
Sambil bersetuju dengan rakan-rakan seperjuangan dari Limbang, Junaidi berkata, setiap kali konvensyen parti, banyak janji-janji yang tidak ditepati dan semata-mata untuk meraih undi para perwakilan didengar.
Selepas konvensyen, katanya, lain pula agendanya, malah hendak bertanya khabar kepada ahli-ahli pun ibarat jauh panggang dari api, termasuk juga barisan ahli Majlis Tertinggi.
“Sebulan sebelum konvensyen baharu tahu hendak bertanya khabar dan menghubungi cawangan-cawangan di luar bandar,” jelasnya.
Menyentuh mengenai Program Armada Pemuda PBB, beliau memberitahu program itu dibuat umpama melepaskan batuk di tangga dan hanya untuk ‘syok’ sendiri sahaja.
“Pun masih juga kami seperti lima tahun yang lepas, tiada apa perubahan dari sudut ekonomi dan sosial. Lainlah pula bagi mereka yang sudah terpilih dan duduk di dalam exco,” katanya.
Junaidi juga memberitahu, mereka sudah meluak dengan sandiwara kebudak-budakan dan sangat bersetuju jika semua jawatan tertinggi barisan Pemuda dipertandingkan demi keutuhan dan kekuatan parti.
“Pemuda Gelombang Biru Wilayah Tengah bagaimanapun tetap menyokong dan berada di belakang barisan serta Presiden parti yang sangat kami hormati dan sanjung tinggi,” tegasnya.


Monday, August 12, 2013

PBB tidak akan dapat kuota besar kabinet persekutuan jika PBB tidak bersatu - YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari

Timbalan Presiden PBB YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg

See hua daily

Hari ini Yang Berhormat Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg telah menyuarakan pendapat bahawa BB akan kerugian jika parti pecah.  Beliau juga menyatakan bahawa segala perancangan baik untuk membawa Sarawak maju 2030 tidak akan menjadi jika PBB tidak bersatu.

Sejak tahu lepas kumpulan seorang pemimpin kanan telah 'membiayai' ramai YB-YB dan ketua-ketua cawangan PBB untuk mendapat 'sokongan' untuk melanggar dan membuang YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg dari kerusi Timbalan Presiden PBB.

Jika tidak dapat maka kumpulan seorang pemimpin kanan itu akan menyapu semu naib-naib presiden dan ahli majlis tertinggi supaya Timbalan Presiden Yb Datuk Amar Abdul Rahman Zohari Tun Openg tiada taring atau 'lame duck'.  Setiuasaha Politik kanan yang juga dalam kumpulan pemimpin kanan itu menyatakan bahawa usaha dan 'generosity' mereka 'membiayai' ramai YB-YB dan ketua-ketua tidak akan tersia-sia.  Setiausaha Politik Kanan itu juga menyatakan bahawa pemimpin kanan tersebut mendapat 'backing' yang kuat dari tauke-tauke besar.  Beliau berkata, "we are unstoppable".



Abg Johari enggan ulas jawatan dalam PBB

Posted on August 12, 2013, Monday
KUCHING: Timbalan Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg enggan mengulas mengenai kemungkinan mempertahankan jawatan kedua tertinggi parti itu pada pemilihan Oktober depan.
Beliau yang masih dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri berkata masih terlalu awal untuk beliau bercakap mengenai hal-hal parti terutama membabitkan kedudukan beliau sebagai timbalan presiden kanan pada pemilihan akan datang.
“PBB mengamalkan budaya perpaduan yang kukuh antara ahli-ahli dalam parti dan disebabkan perpaduan yang kukuh ini juga parti mampu memberi kesan yang baik kepada Barisan Nasional (BN) hingga diberikan empat jawatan menteri penuh dalam kabinet persekutuan.
“Jika PBB berpecah kita tidak mungkin akan dapat empat menteri penuh dan tiga timbalan menteri daripada PBB sahaja dan sudah tentu budaya ini harus kita pertahankan pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas menerima kunjungan Hari Raya daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah serta rombongan yang lain.
Tambah Abang Johari, Sarawak mempunyai perancangan untuk membangunkan negeri ini secara tersusun hingga tahun 2030 di bawah kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden PBB.
“PBB adalah tulang belakang kepada rancangan membangunkan negeri Sarawak dan mereka yang terlibat dalam rancangan pembangunan hingga tahun 2030 adalah daripada kalangan mereka yang sudah biasa dengan rancangan ini.
“Kalau PBB sebagai tulang belakang negeri Sarawak berpecah dan tidak kuat sudah tentu perancangan ini terjejas dan saya yakin rakan-rakan BN yang lain akan menyokong usaha ini,” katanya.
Mengulas mengenai rancangan pembangunan negeri ini, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan berkata selain pembangunan pembuatan yang berteraskan industri, penekanan juga diberikan kepada pembangunan sosial iaitu perumahan bandar.
Perkara ini menjadi cabaran yang besar kerana pilihan raya yang lepas memberi petunjuk bahawa kawasan bandar adalah kawasan yang harus dibangunkan oleh kerajaan negeri di bawah BN.
“Sekarang ini penghijrahan ke bandar adalah ketara dan nisbah kita ialah 50:50 bermakna penekanan pembangunan bandar adalah penting.
“Oleh itu, kita mempunyai perancangan secara menyeluruh dan sepertimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri kita akan bangunkan prasarana yang dapat membabitkan industri perkhidmatan termasuk pelancongan,” ujarnya.