Monday, August 12, 2013

PBB tidak akan dapat kuota besar kabinet persekutuan jika PBB tidak bersatu - YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari

Timbalan Presiden PBB YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg

See hua daily

Hari ini Yang Berhormat Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg telah menyuarakan pendapat bahawa BB akan kerugian jika parti pecah.  Beliau juga menyatakan bahawa segala perancangan baik untuk membawa Sarawak maju 2030 tidak akan menjadi jika PBB tidak bersatu.

Sejak tahu lepas kumpulan seorang pemimpin kanan telah 'membiayai' ramai YB-YB dan ketua-ketua cawangan PBB untuk mendapat 'sokongan' untuk melanggar dan membuang YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg dari kerusi Timbalan Presiden PBB.

Jika tidak dapat maka kumpulan seorang pemimpin kanan itu akan menyapu semu naib-naib presiden dan ahli majlis tertinggi supaya Timbalan Presiden Yb Datuk Amar Abdul Rahman Zohari Tun Openg tiada taring atau 'lame duck'.  Setiuasaha Politik kanan yang juga dalam kumpulan pemimpin kanan itu menyatakan bahawa usaha dan 'generosity' mereka 'membiayai' ramai YB-YB dan ketua-ketua tidak akan tersia-sia.  Setiausaha Politik Kanan itu juga menyatakan bahawa pemimpin kanan tersebut mendapat 'backing' yang kuat dari tauke-tauke besar.  Beliau berkata, "we are unstoppable".



Abg Johari enggan ulas jawatan dalam PBB

Posted on August 12, 2013, Monday
KUCHING: Timbalan Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg enggan mengulas mengenai kemungkinan mempertahankan jawatan kedua tertinggi parti itu pada pemilihan Oktober depan.
Beliau yang masih dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri berkata masih terlalu awal untuk beliau bercakap mengenai hal-hal parti terutama membabitkan kedudukan beliau sebagai timbalan presiden kanan pada pemilihan akan datang.
“PBB mengamalkan budaya perpaduan yang kukuh antara ahli-ahli dalam parti dan disebabkan perpaduan yang kukuh ini juga parti mampu memberi kesan yang baik kepada Barisan Nasional (BN) hingga diberikan empat jawatan menteri penuh dalam kabinet persekutuan.
“Jika PBB berpecah kita tidak mungkin akan dapat empat menteri penuh dan tiga timbalan menteri daripada PBB sahaja dan sudah tentu budaya ini harus kita pertahankan pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas menerima kunjungan Hari Raya daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah serta rombongan yang lain.
Tambah Abang Johari, Sarawak mempunyai perancangan untuk membangunkan negeri ini secara tersusun hingga tahun 2030 di bawah kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden PBB.
“PBB adalah tulang belakang kepada rancangan membangunkan negeri Sarawak dan mereka yang terlibat dalam rancangan pembangunan hingga tahun 2030 adalah daripada kalangan mereka yang sudah biasa dengan rancangan ini.
“Kalau PBB sebagai tulang belakang negeri Sarawak berpecah dan tidak kuat sudah tentu perancangan ini terjejas dan saya yakin rakan-rakan BN yang lain akan menyokong usaha ini,” katanya.
Mengulas mengenai rancangan pembangunan negeri ini, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan berkata selain pembangunan pembuatan yang berteraskan industri, penekanan juga diberikan kepada pembangunan sosial iaitu perumahan bandar.
Perkara ini menjadi cabaran yang besar kerana pilihan raya yang lepas memberi petunjuk bahawa kawasan bandar adalah kawasan yang harus dibangunkan oleh kerajaan negeri di bawah BN.
“Sekarang ini penghijrahan ke bandar adalah ketara dan nisbah kita ialah 50:50 bermakna penekanan pembangunan bandar adalah penting.
“Oleh itu, kita mempunyai perancangan secara menyeluruh dan sepertimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri kita akan bangunkan prasarana yang dapat membabitkan industri perkhidmatan termasuk pelancongan,” ujarnya.




No comments:

Post a Comment