Monday, August 19, 2013

Sesiapa saja boleh jadi Ketua Pemuda PBB tidak semestinya Fadillah - Pemuda PBB zon Lawas, Ba Kelalan

Richard Silo Pemuda PBB Zon Lawas

YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerjaya Persekutuan

PBB Ba’ Kelalan setuju siapa saja boleh jadi Ketua Pemuda

Utusan Borneo August 18, 2013, Sunday
SIBU: Setiausaha Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Ba’ Kelalan, Richard Silo bersetuju dengan kenyataan Pemuda Gelombang Biru Wilayah Tengah dan cawangan Limbang bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Ketua Pemuda PBB.
Menurut Richard, barisan Pemuda kini memerlukan transformasi di dalam setiap aspek mengikut perkembangan semasa.
“Namun yang sangat mengecewakan ialah terdapat perpecahan atau puak-puak di dalam barisan exco,” ujarnya dalam kenyataan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), semalam.
Katanya lagi, memang tidak dinafikan ada usaha telah dibuat segelintir barisan exco terkini bagi memperjuang dan melaksanakan program untuk menjaga kebajikan ahli-ahli Pemuda dari cawangan-cawangan.
Tetapi, ujar beliau, tiada kesefahaman di kalangan ahli exco itu sendiri telah membantutkan usaha tersebut.
“Dan di sini kita lihat macam mana Ketua Pemuda negeri boleh memainkan peranan dan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan di dalam exco.
“Perpecahan di kalangan exco negeri merupakan kegagalan kepada Ketua Pemuda negeri untuk menyatukan ahli exconya sendiri,” jelas Richard.
Menyentuh mengenai Program Armada Pemuda PBB, beliau memberitahu tiada apa yang istimewa dan menarik mengenai program, apatah lagi memberi kesan jangka masa panjang kepada barisan Pemuda.
“Bunyi sahaja hebat dan tidak seimbang dengan kos perbelanjaan penganjuran,” ujarnya sambil mahu barisan exco akan datang tampil dengan sesuatu program yang benar-benar memberi faedah kepada ahli-ahlinya.
Richard turut memberitahu, Pemuda PBB Ba’ Kelalan akan tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden parti bagi menentukan siapa yang layak untuk menjadi Ketua Pemuda negeri sama ada dari sayap Pesaka atau Bumiputera.
“Kita tetap setia kepada Presiden parti dan kita juga cinta kepada parti PBB,” tambah beliau.
Kelmarin, Setiausaha Pemuda gelombang Biru Wilayah Tengah Mohd Junaidi Sambang bersetuju dan menyokong dalam soal sesiapa sahaja boleh menjadi Ketua Pemuda PBB pada perhimpunan parti akan datang.


No comments:

Post a Comment