Wednesday, March 2, 2011

Datuk Shafie Abdullah, is this true???

Rayuan Terbuka Untuk Datuk Seri Najib Tun Razak



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia Presiden Parti UMNO Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Kami amat terkejut dan rasa terlalu sedih apabila membawa kenyataan Datuk Seri dalam BERNAMA pada tarikh 19 Januari 2011 yang menggambarkan Datuk Seri menyokong kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Sarawak.

Ketika Datuk Seri diminta untuk mengulas kenyataan Ketua Menteri  Sarawak yang mengatakan komuniti Cina perlu mempunyai jumlah wakil rakyat yang banyak yang menjadikan suara komuniti Cina kedengaran dengan nyaring dalam Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri dilaporkan berkata: “Maka, apabila kita membentuk kerajaan negeri, insya-Allah, selepas pilihanraya, ianya adalah penting untuk kerajaan BN untuk mendapatkan penglibatan wakil rakyat dari komuniti Cina. Oleh sebab itu Pehin Seri (Abdul Taib) membuat kenyataan tersebut, untuk mengelak hanya sebilangan kecil wakil Cina apabila kita (BN) membentuk kerajaan.”

Kami tertanya-tanya sama ada Datuk Seri ada membaca laporan-laporan bertulis mengenai situasi politik Sarawak yang telah diberikan kepada Datuk Seri oleh Setiausaha Politik Datuk Seri, Datuk Shafiee Abdullah.

Sekiranya Datuk Seri ada membaca dan faham dengan sejelas-jelasnya intipati laporan-laporan bertulis tersebut, adalah mustahil untuk Datuk Seri membuat kenyataan menggambarkan sokongan terhadap Ketua Menteri Sarawak.

Adakah perlu kami mengingatkan Datuk Seri bahawa Datuk Shafie Abdullah telah melaporkan secara bertulis bahawa Ketua Menteri Sarawak tidak lagi popular di Sarawak?



Dengan jelas telah dinyatakan oleh Datuk Shafie Abdullah bahawa Ketua Menteri Sarawak bukan sahaja tidak popular di dalam bandar tetapi juga di luar bandar.

Sekiranya Datuk Seri ada bertanya kenalan rapat Datuk Seri dari Sarawak, sudah pasti Datuk Seri mendapat kepastian kebenaran keatas laporan-laporan bertulis tersebut.

Pada masa yang sama Datuk Seri juga dapat memastikan kebenaran laporan dari Datuk Shafie Abdullah yang menegaskan isu tanah di luar bandar menyebabkan Ketua Menteri Sarawak tidak popular dikalangan rakyat.

Disebabkan Ketua Menteri Sarawak tidak lagi popular, beliau merupakan satu liabiliti kepada Barisan Nasional Sarawak.

Maka tidak wajar untuk Datuk Seri membayangkan sokongan kepada beliau dengan menggesa masyarakat Cina agar berdiri di belakang Barisan Nasional Sarawak yang diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak.

Umum mengetahui bahawa masyarakat Cina tidak menaruh sebarang keyakinan ke atas kepimpinan beliau.

Kekalahan SUPP kepada DAP dan juga PKR dalam pilihanraya negeri dan umum lepas amat jelas menggambarkan kejelekkan masyarakat Cina terhadap Ketua Menteri Sarawak.

Kegagalan Barisan Nasional mempertahankan kerusi Sibu dalam pilihanraya kecil yang lepas juga disebabkan faktor kebencian yang membuak-buak terhadap Ketua Menteri Sarawak dikalangan masyarakat Cina.



Datuk Shafie Abdullah juga telah mencatatkan hal ini dengan jelas dalam laporan bertulis yang telah diberikan kepada Datuk Seri.

Setiausaha Politik Datuk Seri juga telah memaklumkan secara bertulis kepada Datuk Seri bahawa rata-rata masyarakat Melayu mahukan Ketua Menteri Sarawak, yang berketurunan Melanau, berundur dengan segera.

Masyarakat Melayu sudah muak dengan Ketua Menteri Sarawak yang hanya tahu menjaga kepentingan kaum Melanau sahaja dan meminggirkan kaum Melayu.

Datuk Shafie Abdullah juga telah menjelaskan kepada Dato' Sri dalam laporan-laporan beliau bahawa Ketua Menteri Sarawak tidak menyokong syarikat-syarikat milik Melayu seperti Shorefield, Javel Engineering dan OBYU Holdings untuk mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan.

Sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau sepatutnya berusaha untuk membantu syarikat-syarikat milik Melayu dan bukannya bertindak sebaliknya.

Bahkan telah banyak tuduhan-tuduhan nepotism yang telah dilemparkan kepada Ketua Menteri Sarawak terdapat dalam internet yang benar belaka terutamanya dalam Sarawak Report.

Beliau turut membuat laporan secara bertulis tentang masalah alam sekitar yang berlaku di Sarawak disebabkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak sekarang.

Bagi pihak para penyokong setia UMNO di negeri Sarawak, kami merayu Datuk Seri meluangkan masa untuk meneliti laporan-laporan bertulis yang disediakan oleh Datuk Shafie Abdullah yang menggambarkan situasi politik yang sebenar di Sarawak.

Sekiranya Datuk Seri ada membaca laporan-laporan bertulis ini, sudah tentu Datuk Seri tidak akan membuat kesilapan dengan memberikan sokongan kepada Ketua Menteri Sarawak yang merupakan liabiliti kepada Kerajaan Barisan Nasional yang mana UMNO berperanan sebagai parti tulang belakang.


Hidup UMNO !


Sekian. Terima kasih.



Also read:
* Miri Marriot 'Confidential'? (Part 1)
* Miri Marriot 'Confidential'? (Part 2)
 

19 comments:

  1. ha ha ha, sound like....racist to me.

    Dah agik pok, kita di sarawak tok berbilang kaum, sik ada kaum yang majoriti. Let the political cause menentukan arah tuju kepimpinan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  2. Shorefield, Javel Engineering, kcc, wahtung travel semua dibawah OBYU Holdings mun mok tauk....nisik ada nama syarikat lain kah?? nampak jak compromi kompeni yaa dengan kerajaan...

    ReplyDelete
  3. TO STOP UMNO FROM COMING INTO SARAWAK IS BY VOTING OUT PKR AND PASS FROM SARAWAK !!!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt.,

    Any important matters brought in the above article.? No..
    Anything that special?..No..
    What happened.? Nothing...
    What really important then?.. Our sovereignty..
    Actually what the issue?.. Great support from PM to CM concerning to Chinese representation in BN..
    So What.?.. I am not sure but I am sure that in Sarawak we are 1Malaysians... We have Chinese friends, Indian partners, Iban and Orang Ulu relatives..
    How..? Our tradition for mixed marriage are well accepted by the majority of Sarawakians. Malay guy married to Chinese Gal.. Iban Gal engaged to Melanau, Indian married to Orang Ulu.. Nothing happened and they are happily ever after...
    So what is the real issue then?.. Again still talking about PM supporting CM in his support for more CHinese in BN..
    Then? I would say then it is nothing so special about that..
    What do you think about PM to CM.? CM is elected by majority and chosen through transparent and democratic process. He is State BN Head. PM is Federal BN Head.. What is the problem for PM to support CM in this case?..None. The support from PM will enhance and strengthen the unity among BN component. Federal BN is not stand stronger if State BN is not strong enough.
    What is this post actually trying to tell readers? They are trying to split the unitu of BN Component by charging allegation of PM supporting CM while CM is no longer popular.
    How to they know that CM is not popular?. Hearsay maybe. If he is not popular why all this while Opposition, Bloggers or even Sarawak Report focus on him NOT SITI NURHALIZA..?. Frankly speaking, Sarawak Report really made our CM become popular. Then suddenly people said his is no longer popular..? From which point of views? Be specific..
    But while PM as UMNO President supporting CM who is PBB President, UMNO Sarawak is screaming. WHy?..Thats mean UMNO Sarawak is not aligned with UMNO Federal which PM is the President. IF they are aligned, they should respect and support any move taken by PM for the sake of national unity. Critising PM publicly is a humiliation to PM himself. For me UMNO Sarawak should think about this before making any sensitive statement if they still assume PM as their party leader. For me what kind of party is that if the party members criticized their own President publicly just because he is supporting the President of another BN Component Party..
    Therefore is advisable for UMNO Sarawak to reconcile with UMNO Federal and extend their apology to PM and CM unless UMNO Sarawak intend to become an Opposition Party in Sarawak.
    So what is your advice as a person?.My advise to all, please do not sensationalize issue that you cant estimate its repercussion. Study and analyse the whole story properly before making any statement. Otherwise it will backfire... Nevertheless, we should leave the fate of our nations to our own people without interference from outsiders.. We are Sarawakians.. We know how to handle our own problems..This is NOT an ordinary nation. This is A DEMOCRATIC STATE OF SARAWAK..

    ReplyDelete
  6. REMYLAN-PRO BN: WELL SAID DUDE!!!

    ReplyDelete
  7. http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/02/tangkap-isteri-sedang-doggy-dengan.html

    ReplyDelete
  8. http://rubbertapperz.blogspot.com/2011/02/tangkap-isteri-sedang-doggy-dengan.html

    orang umno?? kah..kah....we aim to expose the truth...only the truth.....

    ReplyDelete
  9. Wahai sahabat sarawakian semua...Jgn tutupkan fikiranmu.. buka aqalmu.. hanya 1 ayatku. " cukup-cukup la ATM tu " Dah lamak dah.. bodo gilak ka sarawakian sampai dah sikda org lain? Maaf..hanya untuk buka mindamu dan hatimu.

    ReplyDelete
  10. in fact this type of talk talk talk can never be over.. and politics will always be politics: can be very dirty if personal agendas being the priority.. and also it can be very noble if people agendas being promoted.. di malaysia ada parti promote cina, melayu, india, iban, bidayuh, dll sikda masalah ya semata-mata utk memperjuangkan nasib kaum masing2 berkongsi kekayaan negara atas semangat perpaduan, unik ya bah.. sik salah pun afterall itulah matlamat asal sebenarnya politics, tapi mun dah agama dipolitikkan - habislah.. mcm kawan kita dalam parti bulan penoh contohnya, kerana politic, yg betul jadi salah, yg salah boleh jadi betul? baru2 ini ada sorang hamba Allah bekas celebriti contohnya, baguslah kalau dia dah insaf dan dah mula nak berdakwah tapi soalannya kenapa harus mempolitikkan niatnya utk beribadat? sik boleh kah berdakwah khusus utk niat dakwah sahaja tanpa perlu berdiri atas platform parti bulan penoh dan nganok parti2 lain sik bagus la apalah...?? nok mcm tok lah mecah-belahkan org!! apa cerita tok???

    ReplyDelete
  11. Sarawak UMNO? Ketuanya sik berkaliber langsung yang saya nampak. Duduk di kedai kopi, mengumpat hal orang, as if nya pande gilak. mauk menaja UMNO datang Sarawak, tapi yang sebenarnya mauk projek lepas ya meli BMW. siapa sik tauk. Benci gilak ka dengan dengan bangsa melano. Bila Taib mahmud nulong orang melano ajak2. tangar ajak keadaan orang melano di persisir, kesian nangar sidak. Kita orang melayu di kuching iboh terikut2 dengan sorang mauk nyadi pemimpin kedak EFFENDY JEMAN ya asik nak ngungkit bangsa lain ajak

    ReplyDelete
  12. Malas nak kakar pasal penaja umno swk tok,buang karen jak melayan...

    ReplyDelete
  13. setuju nok kedak ya lah banyak mengarei kinek tok maok jadi yb nak ngaut projek jak2 iboh umno swak sidak pbb bait nya tua atau pemuda sama juak... lainnya jenis nok gila pangkat gelaran sampei ke seberang laut 'shopping' for datukship haha... dunia dunia.. menar kata u pok... buang karan jak melayan!!!

    ReplyDelete
  14. datk shafi, kita di sarawak ikhlas dengan datk apabila memberi kerjasama dan layanan tip top kepada datk apabila datk berkunjung ke sarawak. tapi mengapa menikam ketua menteri kami dari belakang? MENGAPA???!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. kompeni ya jak,,,mun x CMS,,OBYU,javel,,,,,menyampah,,,,,,,,,cdak makin kaya terus kaya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,YB semua ngenyang dirikpun jak,,,,,,,,undi aku kali tok cuma untuk PR....mintak maap jak BN k....u dah OveRRR

    ReplyDelete
  16. perlu kita antar surat bantahan kepada shafie yang celaka?

    ReplyDelete
  17. sik perlu kita sumpah orang macam ya gilak bah. kitak pikir kitak ya orang benar2 bait kah.
    sekok tok lagi cms kah, obyu kah . kenak cina kaya kita nisi bising. dato chiew dapat res patut kita bising. orang kita jadi broker jual tanah ncr & tanah kampung gan sidak cina kita diam. protes pok. baru u boleh di mertabat jadi seorang pelawan. nisi perlu bunuh gabnor nok jadi pahlawan.

    ReplyDelete
  18. betoi pok, kito orang melayu, melano ndang sik suko nagga orang kitapun maju,kayo.. cheredit orang kito tun mun hai yo, pok...pok

    ReplyDelete
  19. mun hal nak kritik mengkritik, nak anok beranok org melayu n melano nang teror...tp semua hampeh..bila YB datang kelak...semua cair, polah KONSERT, PESTA YA, PESTA TOK...semua enjoy, tp kenak waktu ya sik membantah...cuma bantah ramei2, sik boh turun nangga, nadak kh YB perasan kita sik minat perkara ya...bagus budget ya pakei ngator, parit, suro, masjid, merik org fakir miskin...ndak berfaedah dari belanja2 sik faedah.............

    MELAYU AND MELANAU SYOK...

    maaf...aku melayu/Melanau atau MalayNow...

    ReplyDelete