Saturday, February 19, 2011

Projek Perparitan Kampung Sourabaya Ulu tidak tepati piawaian

Click Image
Projek Perparitan tidak tepati piawaian

Penduduk kesal sistem perparitan semakin mendatangkan masalah kepada mereka

KUCHING, Januari 26, 2010 : Rata-rata penduduk di Kampung Sourabaya Hulu mengadu berhubung masalah sistem perparitan dan jalan raya walaupun ia sudah dinaik taraf.

Berdasarkan tinjauan Utusan Borneo di kampung berkenaan, parit yang dibina tidak mengikut piawaian yang tepat dan betul, manakala jalan raya yang menuju beberapa rumah pula tidak diturap sepenuhnya.

Salah seorang penduduk kampung tersebut, Ruslan Abdul Ghani Morshidi, 46, memberitahu mereka mulai mengetahui parit yang baru siap dibina pada tahun lepas, tidak berfungsi dengan baik apabila musm hujan pada awal Januari lalu.

"Apabila hujan turun, air akan bertakung di luar parit tersebut kerana paras lantai parit sama aras dengan tanah.

"Manakala dinding parit dibina lebih tinggi dari aras tanah yang menyebabkan air hujan sukar memasuki saliran parit tersebut," katanya.

Tambahnya, parit itu juga tidak dibina sepenuhnya kerana ia putus-putus dan tidak mempunyai saliran utama yang membenarkan air mengalir ke sungai berdekatan.

Pada masa sama, Ruslan turut memberitahu bahawa selepas pembinaan parit itu siap sepenuhnya, dinding pada bahagian luar parit yang bersebelahan jalan raya tidak ditimbus dengan tanah.

Keadaan tersebut boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya, kata Ruslan.


"Selain itu, beberapa jalan di kampung kami juga tidak diturap sepenuhnya, sebaliknya mereka (pihak kontraktor) hanya menampung jalan yang lama.

"Sepatutnya, dalam projek naik taraf itu, semua jalan di kampung ini mesti diturap tetapi pihak berkaitan hanya menurap beberapa jalan sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Bujang Mohd Nor, 57, yang juga ahli jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ranting kampung berkenaan memberitahu projek parit tersebut memang baik tetapi pembinaannya yang tidak mengikut piawaian menyebabkan ia menyusahkan penduduk di situ.

"Lantai parit itu harus dalam dan digali terlebih dahulu tetapi ia tidak dilakukan dan lantai parit sama paras dengan aras tanah serta dindingnya lebih tinggi yang menyebabkan air dari kawasan luar parit sukar memasuki saliran parit berkenaan," jelas Bujang.

Noraini Marsit, 41, yang sudah lama mendiami kampung itu pula berkata, parit yang terdahulu lebih elok kerana ia tidak menghalang air daripada mengalir ke saliran parit berbanding parit baru tersebut.

"Jika hujan turun dalam tempoh yang lama, air akan bertakung di luar parit kerana ia sukar mengalir masuk ke dalam parit baru itu, disebabkan dindingnya lebih tinggi dari aras tanah," katanya.

Jesteru, mereka berharap agar masalah sistem perparitan dan jalan raya yang dialami mereka dapat perhatian dan diselesaikan secepat mungkin.

"Kami bukan menyalahkan kerajaan tetapi orang yang melaksanakan projek ini tidak menjalankannya dengan betul kerana mahu mengaut keuntungan yang lebih tinggi," ujar mereka. - Utusan Borneo

Also read:
* Emm...... P B B..... it is not a surprise at all ! 

15 comments:

  1. Inilah tugas SPRM ..... cakap-cakap kat blog tidak ada faedah, hanya mendatangkan fitnah dan umpat mengumpat sesama sendiri. nanti kata salah pbb, salah kroni yb dan salah taib! pegi jumpa pegawai sprm dan buat aduan supaya sprm dapat "gali" lebih dalam "parit" yang mereka bina ini! selamat berjaya!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kpd Datuk Wan dan Dr Rahman kerana telah datang ke kampung sourabaya ulu pada 2 Feb dolok untuk meninjau masalah parit. Nya duak datang dalam hujan lebat. Nang sah parit ya dipolah oleh sidak kontraktor dengan semberono. SAO dari pejabat daerah ada juak dengan dua org YB ari ya. SAO ya janji nak nyuruh kontraktor ngator balit parit yang sik betol dipolah. Rumah aku sik jauh dari projek parit ya jadi sempat juak nengar apa nak dipadah oleh YB. YB akan mengarahkan teknician dari JKR dan cdak pejabat daerah untuk panggil kontraktor yang berkenaan untuk baiki parit2 tok. Hot menar YB2 ari ya. Dlm hal tok semua pelaksanaan projek dan pengagihan projek2 kpd kontraktor di kampung2 kita adalah tanggunghjawab sidak pejabat residen dan daerah Kuching. Pemantauan projek pun adalah tugas sidaknya. Jadi sik dapat nak menyalahkan KK kerana KK sik ada kuasa memberi arahan kepada kontraktor tok. Kontraktor Kelas F tok hanya nengar kata sidak DO dan JKR ajak. Semua projek kampung macam ya. Jadi aku harap lepas lawatan Datuk Wan dan Dr Rahman ari ya, sidak DO dan SAO tolong perbaiki parit2 kamek yang sik ikut spek ya. Sayang duit kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Salam sdra Ruslan, apa yang ditulis oleh sdra memang ada kebenarannya. Kita sebagai orang bumiputera Sarawak khasnnya yang diam di kawasan Petra Jaya jgnlah mengambil jalan mudah hanya menuding jari kepada kontraktor, pejabat daerah dan JKR sahaja. Sebenarnya masalah begini timbul apabila pihak yang memberi kontrak selalunya mengambil kontraktor yang menawarkan harga yang rendah. Banyak projek-orojek kecil di mana-mana kampung kita ini kontraktor dipaksa membayar PROTECTION MONEY kepada gangster-gangster Melayu kampung berkenaan dan ini melibatkan kos luar jangka pihak kontraktor.

    Saya tidak memihak kpd mana-mana kontraktor bumiputera yang terlibat tetapi kebanyakkan yang mengaut keuntungan lebih adalah orang tengah. Pihak NGO dikampung-kampung dapat memainkan peranan agar perkara sebegini dapat dibendung dalam usaha kita bersama-sama memajukan kampung dan wang kerajaan biarlah berbaloi untuk dibelanjakan.

    ReplyDelete
  4. tang jual jak ikan trubok kau ya... pandei nak gago juak!!

    ReplyDelete
  5. Sdr mumin jangan kata demikian, walau pun sdr kita ya penjual ikan terubuk, tetapi ia ada semangat untuk menilai hak orang kampoung dimana projek kerajaan perlu pemantauan jika tidak apa akan jadi.Dan semua orang kampung jadi mangsa projek, dan lihatlah dimasa hujan ;lebat, dikewasan berberapa rumah dimasuki air hujan dan ini terjadi satiap kali hari hujan, siapa nak nolong sidaknya tok. kau mumin, tau cakap aja apa yang kau tolong, jangan di batu api sidak yang makan wang haram dari kontraktor.

    ReplyDelete
  6. Projek rata rata dikampung dibuat oleh sub kon Cina, daan sik pernah kontraktor itu nampak muka dikampung. Jadi Cina yang buat kerja terpeksalah ambil hati sidak yang berkuasa dikampung untuk siapkan kerja ikut kemahuan sidak yang berkuasa, Penghulku dan wakil wakilpenghulu. Ada pernah projek parit di kampung surabaya ulu dibuat pendek dan labih simen untuk bina tangga simen yang diluar projek. Dan siapa yang meluluskan kerja kerja ini? Tangga simen ini khas untuk kegunaan kauam kerabat wakil penghhulu.Pihak pej. Daerah harus lah peka dan buat pamereksaan sebelum buat bayaran kpd kontraktor.

    ReplyDelete
  7. Kami orang orang kamoung surabaya ulu, pernah buat aduan diatas dan salinan aduan dihantar kpd pihak SPRM. Kini sudah hampir satu bulan tindakan PiKami minta pehak SPRM mencontohi pihak Polis dalam tindakann. SPRM macam membiarkan sahaja hal ini dan juga tidak ada tindakan lanjut dibuat. Adakah pihak SPRM perlu dan tunggu lagi bokti lanjut dalam hal ini? Sampai bilakah kami kena menunggu dan lihat pihak SPRM bertindak.?

    ReplyDelete
  8. Ne kau tauk sidak SPRM x da turun...x sidak ya madah mun nak turun.kau ya cakap ajak,tapi x tauk apa-apa kau ya.SPRM ngan polis pun dpt nilai nak dikomplen org bodo cam ktk org ya.yang ada kepentingan dikpun.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Sdra Bujanh Mohd kerana berani membuat laporan kpd SPRM atas kepincangan projek parit di kampung. Harap pihak SPRM turunlah membuat siasatan. Saya kesian tengok KK kampung yg kena tuduh bermacam2 atas kesilapan yang dibuat oleh orang lain iaitu kontraktor, subkontraktor dan termasuk pihak DO dan JKR yang tidak membuat pemantauan secara serius. Dengar cerita kontraktor dengan gengster2 amat bermaharajalela apabila sudah dapat projek. Betul kata Sdra Anonymous bahawa projek yang diberikan kpd kontraktor bumiputera kelas F banyak di subkon kpd bisnesman cina yang bukan kontraktor pun. Mereka akan menyuruh sapa2 saja membuat kerja projek di kampung kita tanpa mengikut spek projek hingga projek jadi lintang pukang. Yang menanggung rugi ialah org kampung kita. Kontraktor ini berkawan dengan gengster dan pihak JKKK kampung tidak berani membuat teguran, takut kena belasah. Ini lah yang berlaku disesetengah tempat. TOLONGLAH ORANG2 SPRM PERIKSA PROJEK INI DENGAN TELITI. JANGAN BAGI MUKA MEREKA2 YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI. Dua tahun lepas ada pihak SPRM turun dan periksa tapi tiba2 senyap saja. Syabas sdra Ruslan Ghani kerana berani berkata benar dan memberi sokongan ikhlas kepada KK kampung kita. Harap selepas ini penduduk Kampung Surabaya Ulu akan lebih sejahtera dengan masyarakat kampung yang lebih bersatu padu.

    ReplyDelete
  10. Kamek dengar cdak pembangkang beriya2 nak jadikan masalah projek parit tok jadi isu yang maha besar. Lewat juak ko, dah sik da modal agik kah rupanya sidak wan jenal tok. Coba lah embak cerita perancangan nya pun nak membangunkan kampung kita mun nya menar2 nak jadi pemimpin besar. Tok ulang2 tape recorder lama. Macam kata org negeri sembilan - pi mai pima tang tu ajak. Kamek orang kampung boring. Macamlah kamek tok org bodoh2 semua. Coba tunjuk keliber saudara sebagai pejuang bangsa dan agama. Apa projek yang boleh saudara wan jenal dan kuncu2nya dapat embak ke kpg kita di seberang hilir. Habok pun sik ada. Kompelen hal parit konon. Ya masalah yg dipolah oleh sidak kontraktor yang sik bertanggungjawab. Pejabat daerah dah memberi peluang kpg kontraktor tok molah projek. Diberinya dgn Cina. Digohednya sebarangan, sik ikut design dsbnya. Ya jadi macam ya. Bukan salah kerajaan pok. Bukan salah ketua kampung. Wan jenal pandey tuduh macam2. Nya ajak betul. Cuba u pergi pej DO, cek sapa kontraktor ya. dedahkan identitinya. Masukkan cerita dalam suratkhabar. Minta DO blacklisted nama kompeninya. Repot dgn sidak sprm. Baru gentleman pok.Aku biasa gilak dgn wan jenal tok. Marek rapat kamek duak. Macam adik beradik. Masalah nya tok suka kelakar tinggi langit. Macam superman, semua nya boleh molah. Orang lain semua salah. Nya nak jadi orang muda ajak. Ya aku boring. Start tahun 2008 aku malas agik nak ikutnya. Tok aku nengar nya berjalan agik ke kpg2 , edar risalah, anok orang ya anok orang tok...Udahlah wan jenal, Berenti lah usaha nak memecahbelah orang kita. Baru bagus dan berjaya orang kita, u coba nak memporakperandakan org2 kpg kita. Ya kerja berdosa lah pok... Bertaubatlah saudara... Kelak you kenak cerca dan dikutuk oleh generasi akan datang sebagai petualang yang menghancurkan umat Islam dan bangsa kita. Geng2 you semua dah balit hidup macam biasa dengan masyarakat. Tenang I nanggar kawan2 lamak kita. Tinggal kitak duak aji mura agik. Sampei bila pok!!!!!

    ReplyDelete
  11. Wan Zainal ya kain buruk!!! Udah gik kau ya ngapi org melayu mcm Anwar juak pengkhianat bangsa!!! Nak election tok yalah nya tok start nak carik duit gugok dari langit.

    ReplyDelete
  12. Aku setuju menar apa yg dikata oleh hj awang sahbana. Nang bekas kawannya wan zainal ya sik dpt diharap. Ari dolok aku nanggar nya berjalan di kpg dgn 3 org entah dari siney ndak kah. Rupa gaya 2 org ya mcm org Malaya. Gaya bejalan sidak nya bukan main eksen lagi. Gaya sombong menar. Dah lah sik pernah nampak muka selama tok. Masa dekat eleksyen tok lah nya jd org paling gago di dunia. Betul kata u kawan, wan zainal tok dah jd kain burok. Dipakei oleh sidak pembangkang dari semenanjung bila perlu ajak. Tanggar kitak selepas tok, gerenti nya dibuang mcm lps pilihanraya dolok2. Sapa agik kawan2 wan zainal? Dominic? Hafsah Harun? Baharudin? Baru Bian? Bujang Ulis? Semua dah melarikan diri darinya. Semua nabun lari. Tinggallah nya duak aji mura menjaga rumah yg nak ruboh. So balit ke cerita tadi, wan zainal kinek gago jd messenger boy. Kulu kilir ngembak risalah untuk memfitnah dan memecahbelahkan org2 kpg kita. Ada ria aku ngekot sidaknya bejalan dan ngedar surat2 layang ya. Takut2 sidak nak meri dgn org kpg. Ada lalu disebuah kpg, kesian aku nanggar nya kenak anok oleh seorg tua. Panjang juak lecture org tua ya. Apa di anok nya sik dpt aku nengar tp nang marah muka org tua ya. Last2 aku nanggar org tua ya misak kertas yg dberi di depan muka wan zainal pun. Kesian juak aku nanggar muka wan zainal. Terus lari lah sidak 4 org dari kpg ya.

    ReplyDelete
  13. Kontraktor ney sik maok untung....tapi bila orang "dalam" dah mintak kanthow...apa gik nak pakey untung .....fikir2 lah salah sapa....molah kerja sik ada untung...sapa maok....

    ReplyDelete
  14. Jangan disangka air tenang sik ada boya, gitulah keadaan dikampung Seb.Hilir ba nyak bandera dan banyak poster bukan maananya udah menang,Undi ditangan orang kampung yang berdafter, dan tok megah dengan ramai para pemuda yang sik ada register gundi, sampai orang orang tua yang bolih undi sik diambil kira dan sik diketahwi kedudokkan mareka, apa akan terjadi jika mareka ya terus dilupa dan balasannya mareka akan lupa kpd YB.DiKpg surabaya ulu caritanya pelek, Cawangan ranting PBB AJKnya sik sabulu dengan Ketua, Ketua rondengan dengan KK buat kerja jadi AJKnya sik diberi tahu apa apa sampai sidak pasang bandera sik diberi upah yang cukup, Duit peruntukkan belanja ditangan Ketua dan ia kongsi guna dengan Ketua Operasi bilik Gerakkan dalam belanja wang itu, Upah kaum Ibu kerja hanya REM 2.00+ dan keadaannya sungguh meruncingkan.Semua ini salah siapa dan YB Dr bertanggong jawab dan jangan salahkan orang lain jika keputusan undi nanti berpihak kpd YB Wan Zainal..Selamat tinggal YB Dr.

    ReplyDelete
  15. Pihak SPRM sik berani bongkar adualn projek parit yang sik ikut piawaian, dan sampai kini udah 4 bulan pihak SPRM terus membisu dan ini beri jawapan yang pihak yang berkomplot buat kerja terus maharajalela dalam kewasan. Apa lagi ditunggu oleh pihak SPRM, ? sampai bila lagi?

    ReplyDelete