(Nov 02, 2010)
YB Dato Sri Mohammad Ali Mahmud:-
Kota Samarahan adalah Kota Ilmu di mana UNIMAS, UiTM, INTAN, Institut Latihan Perguruan telah dibangunkan. Dengan bertambahnya bilangan pelajar, maka kemudahan kesihatan adalah semakin mendesak.
Adakah kerajaan merancang untuk membina sebuah hospital umum di Kota Samarahan dalam Rancangan Malaysia Ke-10?
Minister of Environment and Public Health Dato Sri Wong Soon Koh:-
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Muara Tuang, buat masa ini Kementerian Kesihatan tiada perancangan untuk membina hospital umum di Kota Samarahan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 memandangkan Hospital Umum Sarawak hanya terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Samarahan dan terdapat juga klinik kesihatan di Kota Samarahan untuk menampung keperluan perkhidmatan perubatan orang awam. Selain daripada itu, perkhidmatan perubatan juga disediakan sendiri oleh pihak institusi pengajian tinggi seperti UNIMAS dan UiTM untuk keperluan penuntuk di institusi masing-masing.
No comments:
Post a Comment