Sunday, August 8, 2010

Hasidah sengaja memberi masalah kepada Fadillah?


oleh: JJ

KUCHING: Sebahagian besar daripada penduduk Kampung Sungai Midin di Samariang disini berang dengan kenyataan YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam sebuah tabloid nasional yang ‘menggambarkan’ penduduk kampung tersebut akan dipindahkan. 

Menurut laporan Metro Harian yang dinukil oleh Abdul Rahman Adam (muka surat 8 bertarikh Ogos 6, 2010) YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata : “dialog bersama penduduk kampung tersebut akan diadakan agar dapat memberi kesedaran mengapa mereka harus dipindahkan.”

Ketua PBB ranting kampung tersebut Abang Aspa Abang Julaihi mewakili penduduk kampung berkenaan telah menemui YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di pusat khidmatnya di Jalan Astana pada jam 10:30am pada tarikh Ogos 06, 2010 untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataannya. 

YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut dan sebalìknya menyalahkan penulis berita tersebut. 

Apakah ‘permainan’ YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebenarnya?

Apakah YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali betul-betul ‘terlepas kata’ atau berniat untuk ‘mengalihkan’ pandangan orang ramai mengenai ‘penglibatannya’ dalam isu dengan sebuah (projek gajah putih) dewan masyarakat yang sedang panas diperkatakan.

Ataupun YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebenarnya ingin ‘membalas dendam’ terhadap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi YB Fadillah Yusuf kerana tidak memberinya ‘amaran awal’ tentang ‘bahana’ dewan masyarakat tersebut maka dia dengan ‘secara tidak sengaja’ mengungkit isu Kampung Sungai Midin. 

Walau apapun alasannya, sekali lagi penduduk kampung tersebut yang menjadi mangsa. 

Difahamkan juga bahawa kebanyakan penduduk kampung tersebut bersedia menerima Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merancang untuk menemui wakil PKR dalam masa yang terdekat untuk menyatakan ‘syarat’ mereka bagi memberi sokongan pada pilihanraya akan datang. 

YB Fadillah Yusuf dan YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebenarnya hanya ingin mengumpan undi dengan melengahkan isu status tanah kampung itu.

“Kerajaan BN tidak akan menukarkan status tanah kerajaan kepada tanah kampung kerana menguatiri trend ini akan melanda 1Malaysia dan merugikan kerajaan,” ujar seorang penduduk kampong. 

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Barisan Nasional (BN), jangan salahkan orang lain di atas kesilapan diri sendiri - bak kata Thomas Edison, “your failure will give others opportunity.” 


p/s A meet-the-people session is planned to be held in the village today by YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sila baca :  (a) NEWS FLASH - Sungai Midin villagers not happy with Hasidah
                 (b) Who is guilty - Hasidah or Fadillah? Or both?

16 comments:

  1. Dulu pihak PKR sokong blogger kemudian blogger disisihkan apabila mereka mulai menyokong media. Sekarang lihatlah apa dah terjadi mereka cuma ingin melaga-lagakan ahli parti.

    Sebelum pilihanraya di Perak dulu bloggers disanjung dan dipuja kemudian habis madu sepah dibuang. Inikah golongan yang hendak diminta pertolongan. Mungkin semua Semariang dijanjikan tidak dipindah iyalah politik! Itulah politik. Begitulan janji Calon DAP kalau dipilih menjadi wakil di Padungan maka Pasar Khinzir tidak dipindahkan selepas menang macam dia peduli nak buat apa pun. Iyalah dah dapat pegang kawasan ADUN la katakan. Kalau tuan bagaimana? Ingatkah janji kepada penduduk Semariang? Saya pun sukar nak memastikan kebenarannya...

    ReplyDelete
  2. Ooo pleaze la! Fadillah is history and Hasidah is a rising star. Let's just make it a simple truce, lets not harp on this petty issue anymore. She is too good for the ignorant man.

    ReplyDelete
  3. agree ............................

    ReplyDelete
  4. Ya baruk ckit kenak bukak ya..belum tebukak abis cerita tok..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya penduduk dari Sg Midin datang daripada kawasan luar bandar dan terus menetap di situ. Ada beberapa penduduk tersebut adalah kakitangan kerajaan yang telah mempunyai rumah tetap di tempat lain dan sengaja mendirikan rumah di Sg Midin meskipun mereka sedia maklum status tanah tersebut adalah tanah kerajaan. Yb Sh Hasidah sedang berusaha untuk membantu panduduk di Sg. Midin sehinggakan beliau sendiri terpaksa mengeluarkan wang drp poket sendiri utk menampung perbelanjaan bekalan minyak disel bagi menjana elektrik di Sg. Midin.

    ReplyDelete
  6. bagus la yb hasidah cuba membantu sidak penduduk. hal sidak kakitangan kerajaan yang coba ngaut keuntungan dari bisnis rumah sewa di sia, mintak yb hasidah cuba atasi. mun dapat nama sidak tok terus embak ke atas terus. sak dapat diambik tindakan oleh state secretary. tapi mudahan state secretary sik da nerimak kantaw dari sidak kakitangan kerajaan tok. mudahan yb hasidah menang pilihanraya tok.

    ReplyDelete
  7. Hasil pertemuan dgn org Sg. Midin ada yg menerima baik projek Rumah Mesra Rakyat yg akan dilaksanakan dan ada pihak yg membantah dengan alasan tidak mampu utk membayar balik pinjaman sekitar Rm150 ke Rm200 sebulan. Tapi yg peliknya mereka mampu untuk membeli kereta dsbnya. Apabila pihak SPPPS menghantar konsultan utk membuat 'soil test', konsultan tok dipulau cdak Sg Midin. Jadi mcm nay cdak agensi kerajaan nak membantu cdak tok, kelak madah Yb sik nolong, Kmk rasa tandah ajak cdak tok mcm ya serba salah org dibuatnya. Mun x jadi 'boat people' jak kedak di Hong Kong lagi pun berapa org jak pengundi berdaftar di sia 200 lebih jak tapi berlagak mcm 2000 pengundi.

    ReplyDelete
  8. raja, benar juak padah u. giney sidak tok madah sik mampu nak bayar balit pinjaman rm150 ke rm200 sebulan tapi da kereta dsbnya. dan sik patut sidak sik merik kerjasama ngan sppps. tapi pada masa yang sama sidak sg midin sik pat di salah 100 peratus. sidak tauk da tanah-tanah disia dah atas nama sidak geng abang joe. sidak tok berbagi sama dirik. sidak dapat free. jadi kenak perlu sidak yang bukan dari geng abang joe pun sik dapat free juak. sidak ya bukannya sik rasional tapi nak keadilan.

    ReplyDelete
  9. 1. Saudara Anonymous, sebenarnya sik ada geng abg joe memiliki tanah di sia, boleh diperiksa di Pejabat Tanah & Servei Jln Badaruddin masih lagi status state land.

    2. Saya rasa adalah lebih mulia kita memberi komen yg benar berdasarkan fakta. Sekiranya pemimpin membuat kesilapan mereka memang patut ditegur mengikut adat kesopanan org melayu. Saya tidak menyalahkan 100% penduduk di Sg. Midin tetapi mereka seharusnya berfikiran terbuka untuk menerima pembangunan di kawasan mereka dan beri peluang agensi kerajaan menjalankan kerja mereka.

    ReplyDelete
  10. factor d kawasan sameriang senang kalau boleh yb sharifah jangan make si haji paip - hj mansor senang jak tok terhegeh hegeh lagak lebih dari yb i dengar nya x dapat masuk kawasan taman sukma kena maki hamun dan kena buru oh tedah mat mansor

    ReplyDelete
  11. sejak yb sharifah x berkiblat dengan hj khalid saya tengok banyak perubahan sudah yb sharifah buat dulu masa yb melungak hj khalid susah nak buat appointment dengan yb sekarang senang na jumpa bukan kamek ranting na jumpa na minta peruntukan na bagitau permasalahan di ranting mun kita x dapat selesai masalah dengan apa guna kita jadi ketua ranting tapi sekarang alhamdulilah banyak perubahan satu lagi nasihat saya kepada yb jangan lah lebih gilak berkiblat saturanting saja seperti kpg lintang macam mana dengan kamek d ranting na buat aktivitiu x ada peruntukan x kan ada kamek na keluarkan poket sendiri kalau perjuangan dulu memang dapat sekarang selangkah da kira duit x ada peluang kita na buat aktiviti x ada duit tau aja kinek tok bukan dapat budjet 200 atau rm 300 faham faham ajak lah.
    Jadi pandangan saya lah kalau boleh yb sediakan peruntukan untuk setiap rantingan secara purata bila kita dah buat banyak aktiviti diranting masa election kita dah sedia tapi mun masa tok kita na bergerak its too late Sekarang musuh kita PKR dah canggih dapat mengadakan majlis macam macam Kita d ranting kadang rasa malu juga walhal kita tok parti pemerentah x ada peruntukan na buat aktiviti.Election kita jangan too complesen kerana PKR lebih canggih dengan pengatahuan ITnya ada yang sampai tau no hp pengundi oleh itu dari tok sama sama lah kita insaf kan diri dan berkerjasama demi PBB dan BN - Hidup Pehin Sri kamek d ranting amat menyokong beliau

    ReplyDelete
  12. MALAM TOK AKU TERIMA MASSAGE ANNUAR IBRAHIM KE TAMAN SUKMA RUMAH BELAKANG SURAU SIAPA NA IKUT AKU KE SIA DATANG AWAL SIKIT AKU SUKA PAKE NGAJAR SIDAK YB FADILAH ,SARIFAH HASIDA JANGAN NYA RASA AMBIL MUDAH GILAK DENGAN PENGUNDI DI KAWASAN SAMERIANG KAMEK TOK NANG PENYOKONG PBB TAPI X SUKA DENGAN YB YA BENGANG GILAK KITA DENGAR JAK WALAUPUN ANWAR YA SUKA BUAT BULAK TAPI SIK ADANYA BEZA DENGAN FADILAH YA NEY NYA PANDAI NA BERCAMPUR DENGAN SIDAK PBB SAMERIANG AKU DENGAR MALAM TOK PEMUDA PKR TAMAN SUKMA ATUR BANYAK PROGRAM UNTUK TARIK AHLI DAN PENGUNDI BARU DAN SIDAK NYA AKAN D BERI COUNSLING DAN LAIN LAIN HASUTAN UNTUK MEMBENCI PBB TAPI MALANG NYA APA PBB DI KAWASAN YA BUAT UNTUK COUNTER ATAU SUROH SIDAK AJK SURAU BUAT PROGRAM KEUGAMAAN UNTUK MELARIKAN JUMLAH ORANG DATANG KE SIKA DAN JUGA APA RANTING TAMAN SUKMA DIAM AJA MASA ELECTION AJAK GAGO KAH KAMEK ORANG ATAS PAGAR AKAN MELIHAT GELAGAT AJK PBB DAN SURAU D TAMAN SUKMA APA BOLEH DEPA BUAT HA HAHE HE HE MASA UNTUK BERUBAH LAWAN TETAP LAWAN ,,,,,,,,,,,,BUKA LAH MATA YB MASING MASING ADAKAH UNTUK MEMAMBAH UNDI PKR TAHNIAH SUDARA ZAIDI KERANA DAPAT MEMBAWA ANWAR KE TAMAN SUKMA ,SAYA TERLIMPAS D KAWASAN RUMAH SAUDARA ZAIDI WAH HEBATNYA PERSEDIAAN YANG DI BUAT SEKALI DENGAN BOUNCER BERBADAN BESAR PULA DAN KELIHATAN BANYAK BUDAK PERTENGAHAN UMUR DENGAN BAJU BIRU NYA SEDANG MEMBUAT PERSEDIAAN DAN MENULIS BORANG DAN KELIHATAN SI YB DOMINIK D RUMAH YA DENGAN KERETA BESAR BESAR MUN SIK D AMBIL ITIHAR ROSAK LAH PBB SAMDERIANG JANGAN LEKA WALAUPUN SAYA PERNAH BERJUANG DENGAN PBB DULU TAPI SAYA AMAT KECEWA DENGAN SIKAP AMBIL MUDAH YB YANG TELAH D BER KEPERCAYAAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT TAIB ...... HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI SEMOGA YB NERKENAN X DI PILIH LAGI KERANA SIKAP YB TOK SEOLAH SABOTAGE PBB DAN YAB TAIB BAK KATA YAB NAJIB CALON BN ADA LAH YANG DAPAT MEMENANGI BN BUKAN NYA ORANG YANG BERKEPENTINGAN DAN X DAPAT MEMBUAT DAN TIDOR AJAK D RUMAH NUNGU ORANG DATAI KE RUMAH NUAN ................

    ReplyDelete
  13. NEY YB FADILLAH NADAI NYNEGOK DI KAWASAN N 7 SAMERIANG BATANG HIDUNG NYA NADAI NAMPAK JANGAN LAH MIKIR KEPENTINGAN SENDIRI MASA TOK LAH YB HASIDAH MERLU BANTUAN TAPI NYA X NAMPAK KELIHATAN LANSUNG D RANTING RANTING TAPI X APA PARLIMEN X LAMA LAGI KELAK KITA TAU DAN MCM NE ORANG RANTING BERDEPAN DENGAN FADILAH TANPA KAMEK ORANG FADILAH X JADI YB DAN JADI DATUK DAN INGAT LAH MASA PILIHANRAYA KELAK KAMEK NULONG BN TAPI X APA KELAK KITA NANGAR MASANYA BERTANDING KELAK KITA NULONG NYA SETENGAH SETENGAH AJAK X SEPENUH HATI SAK NYA TAU ADA BUDI ADO BALAS MUN NYA NYUROH MUKA KAU DIAT KATA ORANG SARAWAK DAN ORANG BERSIKAP MACAM TOK LAH PERUSAK BN MUN BOLEH JANGAN DIPILIH NYA SEBAGAI WAKIL PBB DALAM PILIHAN RAYA KELAK APA SUSAHNYA NA MELAWAT KAWASAN RANTING YA TERAMAT PENTING

    ReplyDelete
  14. Ahli PBB SamariangApril 15, 2011 at 3:26 PM

    YB Fadillah tuk orang sik guna-guna...Nyesal aku ngundi nya dolok.. Sekali tok, aku nak kempen 5 orang kawan jangan ngundinya lagik..5x5x5x5x5 cukuplah....

    ReplyDelete
  15. Embok ya d cnea masa kempen...2x5 jak. 10 tahun aku d samaring, sik pernah jenguk surau area aku. At least fadillah ada juak. Sorry, ari ujan tok. Malas aku nak ngundi.....embok, my vote for BN but not YOU !!!

    ReplyDelete
  16. apa na jadi dengan YB fadillah Pemuda dah x percaya dengan nya

    ReplyDelete