Oleh Asan
KUCHING: Semua blog-blog milik pembangkang kini sedang di pantau oleh "New Media Unit", sebuah unit baru di tubuhkan oleh sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sarawak semalam.
Menurut didalam laporan berita dalam beberapa akhbar tempatan utama bertarikh hari ini (Jun 28hb), ketua penerangan Pemuda PBB Sarawak, Abdul Aziz Tan Sri Adenan berkata penubuhan unit ini bersesuaian tepat pada masanya kerana blog-blog sedemikian kini tumbuh seperti cendawan dan perlu di awasi.
Penubuhan unit ini adalah cadangan asal dari Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga presiden PBB Sarawak serta saranan dari timbalan PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.
Apakah blog seperti "Sebanaku Sarawak" di kategorikan sebagai blog pembangkang walhal blog ini hanya memaparkan kisah-kisah yang benar belaka?
Siapa sebenarnya yang ada hak untuk menentukan sama ada sesuatu blog itu sebenarnya anti-kerajaan atau blog yang sayangkan negeri mereka di sebalik mengeluarkan kritikan pedas tapi benar?
Saya harap bila unit siber ini memantau blog-blog yang dikatakan sebagai pro-pembangkang, ia akan prihatim dengan masalah-masalah yang ditimbulkan memandangkan permasalahan tersebut adalah benar-benar belaka.
Pada pendapat saya, rakyatlah yang sebenar-benarnya yang berhak untuk menentukan samaada mereka hendak melihat mana-mana blog yang ada. Tepuk dada tanya selera.
Aziz Denan?
ReplyDeleteNak monitor buat apa? Aziz nak duit lagi? Tak cukup atau tak tahu nak buat duit sendiri?
Dia orang nak baca-baca lah. Bukan kah terang tertayang? Kamudian jawab. Mengapa tak jawab blog2 tu semua? Apa kena, dah ampus macam bapanya?
nanggar blog gene?mun madah salah kerajaan jadi satu kesalahan lah ya?..ne adil gia..mun barang ya benar gene?..mun benar-benar yb sik pande kerja kakya makan duit gene?diam ajak kah?..idup sebanaku sarawak..kitak orang nulis blog tok patut jadi pemimpin kerana paham masaalah rakyat..puiii BN..
ReplyDeletesabar pok...iboh meludah piaa,biar sidak kasar kta iboh sama ngan sidaknya,nok benar gerenti menang mun sidak bebulak sidak bedosa , sidak masuk neraka jahanam yg kita tok sik tauk ujung pun geney?
ReplyDelete