Oleh: Prof. Dr. X
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau mana-mana parti pembangkang yang bercadang bertanding di kawasan DUN Semop pada pilihan raya negeri akan datang disaran agar meletakkan calon anak tempatan.
Anak tempatan lebih mempunyai perasaan kebertanggujawaban terhadap kawasan, tidak seperti wakil rakyat kawasan tersebut pada masa sekarang - Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar.
Seorang penduduk di sebuah kampung di Pulau Bruit mendakwa Asfia gagal membangunkan taraf sosial dan ekonomi di kawasan tersebut kerana bukan anak kelahiran di kawasan yang diwakilinya.
Dia yang enggan dikenali baru-baru ini memberitahu asas tersebut mungkin isu yang boleh digunakan pembangkang untuk sekurang-kurangnya meraih pertambahan undi dalam menentang Asfia.
Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, dikatakan berasal dari Bintulu. Lantas asal-usul dia yang bukan penduduk di situ menurut sumber itu lagi, telah menyumbang terhadap 'kemunduran abadi'.
Mundur akibat kurang peluang pekerjaan, mundur sebab tidak dapat dihubungi menggunakan jalan raya, mundur kerana ketiadaan bekalan air paip, dan mundur berikutan tahap pendapatan masih terlalu rendah.
Dengan matlamat PKR hendak memenangi kawasan-kawasan DUN di luar bandar, para pemimpin pembangkang perlu bijak mengatur strategi untuk menumbangkan Asfia.
Gunakan kelemahan yang ada termasuk kurang kebertanggungjawaban Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar terhadap penduduk kerana bukan tempat asalnya.
Apa yang dilakukan Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ini terhadap para pengundi, terutama di Pulau Bruit? Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar patut menepuk dada dan bertanya selera, jika dia tewas kelak.
Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar nyata lemah dalam mengatur strategi untuk memulihkan keadaan di kawasannya. Hingga menyebabkan kelemahan dia ditutup dengan kehadiran Datuk Norah Abdul Rahman.
Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar nyata lemah dalam mengatur strategi untuk memulihkan keadaan di kawasannya. Hingga menyebabkan kelemahan dia ditutup dengan kehadiran Datuk Norah Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Tanjung Manis itu amat prihatin dengan kawasannya, termasuk DUN Semop. Ini adalah strategi BN bagi menutup kelemahan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar.
Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika melawat Bruit baru-baru ini, berkata RM10 juta akan ditambah terhadap jumlah yang diperuntukkan sebelum ini bagi kegunaan membekalkan air bersih ke pulau tersebut.
Muhyiddin mengakui ramai penduduk di situ yang seramai hampir 9,000 orang, tergolong dalam kategori miskin.
"Tetapi kuat semangat dan kekal sokong BN," katanya.
Muhyiddin begitu yakin. Dia tidak sedar kebencian para pengundi di situ kini sedang membuak-buak terhadap Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar.
Jangan umpama kes 'pembalasan' pengundi DUN Nangka terhadap wakil rakyat mereka, Datuk Awang Bemee Ali Basah berulang seumpama yang berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, 16 Mei lepas.
Para pengundi di kawasan majoriti Melayu/ Melanau itu enggan memberi sokongan padu terhadap SUPP sebagai undi protes kepada Datuk Awang Bemee Ali Basah.
Ini kemudiannya menyumbang kepada kekalahan BN yang diwakili Robert Lau Hui Yew daripada SUPP.
Jika benar seperti didakwa oleh penduduk Bruit bahawa Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar bukan penduduk tempatan, BN mungkin perlu meletakkan calon terdiri daripada anak tempatan Semop untuk dipertaruhkan di situ.
"Mana dia mahu ingat kebajikan rakyat di sini, kerana dia sendiri bukan dilahirkan di sini," katanya.
Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar telah dipilih menjadi wakil rakyat sejak 1991. Meskipun 'pondan' dan lembik, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar tetap menang.
Pada pilihan raya negeri kesembilan, Mei 2006, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar menang kerusi Semop (dahulu dikenali Serdeng). Dia menewaskan Noh Sa'bi Saabi daripada Parti Keadilan dengan majoriti 3,226 undi.
PAS will put a candidate here!!!
ReplyDeletesaya anak jati pulau Beruit,..memang patut wakil rakyat tu ditukar,.3 penggal menerajui pulau Beruit,tidak ada apa2 pun pembangunan yg beliau buat,..kami penduduk pulau Beruit tk minta banyak,kami mahukan kemudahan asas seperti bekalan air bersih (air paip) dan jalan raya untuk kami berhubung dengan kampung2 bersebelahan..tu je.
ReplyDeleteseelok-eloknya, all bruit netters sehati sekata dalam kempen ganti asfia ... tapi sama ada nak undi bn o pr ya, secondary.
ReplyDeletemintak Izin untuk republish..
ReplyDeleteThanks
Pemikir
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePetikan komen forum "bagaimanakah cara meningkatkan pendapatan petani dan nelayan" dari web site Komuniti Pulau Bruit http://bruitsayang.ning.com
ReplyDeleteHmmm..tajuk forum yg menarik, namun kebanyakkan pemberi komen agak kurang memahami kehendak or point yang diberi.."apa cara untuk meningkatkan pendapatan petani & nelayan". tapi komen seolah-olah persoalan yang dikemukakan ialah "bangunkan infrastruktur dahulu, barulah fikir yg lain"..hal ini boleh dikatakan "lain yang dibincang, lain pula yg dijawab"..persoalan bukan mana yg dulu kena buat, tapi "bagaimana nak tingkatkan pendapatan petani dan nelayan".
Untuk itu, saya akan memberi pandangan berdasarkan apa yg di ingin dikupas oleh saudara elrient..so,apa yg dinyatakan dan dikemukakan oleh beberapa pengomen dalam ruangan ini mmg betul..bangunkan infrastruktur jalan raya seperti yg dikemukan oleh Sallina memang membantu. begitu juga dengan menubuhkan pusat pengumpulan hasil oleh saudara elrient memang sangat bagus untuk ke meningkatkan harga hasil yang dikeluarkan oleh petani dan mengurangkan kos pengeluaran dan kos pengangkutan.
Bagitu juga dengan "bangunkan dulu infrastruktur asas dan bina dulu jalan raya" oleh Nazaruddin dan Irraman Ismail memang betul..Namun pandangan tidak dikupas berdasarkan topik persoalan yang betul menyebabkan ia tidak mempunyai point apa2 membantu persoalan yang dikemukakan di sini.
Bagi saya,, semua pandangan kalau digabung akan menghasilkan sesuatu yang sangat mantap untuk meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Tetapi masalahnya semua ini hanya akan menjadi sia-sia walaupun diajukan kepada pihak yang sepatutnya memikul amanah menjaga kebajikan penduduk Pulau Bruit kerana meraka tidak akan bertindak. Bukti sudah jelas dengan keadaaan taraf hidup penduduk di semua kampung di Pulau Bruit sekarang. 955 miskin tegar. Sekiranya kerajaan benar2 ingin membantu, perkara ini sudah tentu sudah dilakukan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. So, tepuk dada tanya selera..Dengan terus terang, kenapa kita tidak gunakan kuasa sebagai pengundi untuk memilih wakil rakyat yang mungkin boleh membantu ke arah peningkatan pendapatan petani dan nelayan. sekurang-kurangnya kerajaan sedia ada membuka mata daripada terus mengabaikan keperluan rakyat di Pulau Bruit.
Bukan kah begitu wahai Sin Chan?
Dipersilakan ... TQ
ReplyDeletePerkataan "Penduduk BRUIT" dan "penduduk PULAU BRUIT" adalah dua perkataan yg mempunyai makna yg berbeza. Hati2 dgn penggunaan perkataan tersebut.... Atau adakah penulis memang berniat untuk cuba mengeksploitasi dan mengelirukan pembaca atas topik ini. Kalau penduduk Bruit yg dieksploitasi bermakna satu kesilapan besar telah dibuat oleh penulis artikel ini ... sbb penduduk Kpg Bruit masih perlukan dan masih menyokong YB Dato Seri Mohd Asfia sebagai WR bagi pilihanraya akan datang. Apa2pun tomahan dan kata2 kesat yg diajukan kpd YB DSMAsfia untuk menjatuhkan dan memburuk2kan nama beliau kami tetap setia dan menyokong untuk beliau dicalonkan semula ... kalau PKR nak letakkan MHS sebagai calonnya bukanlah menjadi kesalahan dan MHS bebas memilih untuk dicalonkan selaku anak jati PB seperti yg diinginkan ...
ReplyDeleteBruit Sayang ... mula2 kita kena tlg ibu bapa yg susah payah kuarkan wang walaupun berhutang sekiling pinggang untuk menjadikan kita seperti sekarang. Cakap2 di sini tak akan membantu kehidupan keluarga kita sebenarnya .. gigihkan usaha untuk membangun keluarga daripada terlalu banyak memperkatakan tentang membangun dan mentadbir dunia. Itulah yg kita katakan mengubah sikap dan minda kita bukan cuma mengharapkan bantuan atau subsidi kerajaan sahaja.
ReplyDeleteKalau memberi komen, memang perbincangan tidak akan menemui jalan buntu dan tiada penyesaian. kalau boleh pihak cerdik pandai,penduduk kampung,serta orang yang boleh diharap,,,,berkumpul pada masa yang sesuai dan bedailog....berbincang.....dan di situ dapat kita kumpul edia yg bernas......kalau kita tidak faham kita minta dijelaskan disitu juga.
ReplyDelete