Oleh Indera Putera
SERIAN: Adakah semudah itu undi daripada kaum Bidayuh diperolehi pada pilihan raya negeri akan datang? Hanya dengan melantik Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot Jaem ke jawatan timbalan menteri dalam kabinet persekutuan?
Langkah mudah SUPP dikecam DAP.
Setiausaha DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen mendakwa parti yang kini berusia 51 tahun itu tidak ikhlas melantik Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar.
Jika tidak kerana desakan daripada pemimpin Bidayuh, Datuk Richard Riot Jaem yang juga Pengerusi SUPP Serian mungkin sekali lagi menggigit jari.
Bekas presiden DBNA Datuk Peter Minos lantang dan tidak segan meminta agar wakil rakyat Bidayuh daripada SUPP tidak lagi diketepikan dalam pelantikan ke jawatan-jawatan penting.
Peter Minos sekadar menyuarakan kebenaran yang beliau diperolehi dari masyarakat Bidayuh.
Beliau bimbang BN akan hilang kerusi lebih banyak pada pilihan raya negeri akan datang andai SUPP terus mengabaikan permintaan komuniti Bidayuh dalam SUPP.
Bidayuh melihat sesuatu jawatan dalam kerajaan sebagai amat penting untuk meraih keyakinan rakyat atau pengundi dan seterusnya mampu mengekalkan kerusi yang disandang.
Datuk Richard Riot Jaem , 20 tahun pengalaman sebagai wakil rakyat Serian, pernah dikatakan merajuk kerana pernah dijanjikan pucuk pimpinan SUPP untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Parlimen di mana-mana kementerian dalam kabinet persekutuan.
Tetapi malang bagi beliau kerana pada ketika BN mengalami kekalahan teruk menerusi Pilihan Raya Umum 2008, saiz kabinet dikecilkan oleh perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun). Jawatan Setiausaha Parlimen dihapuskan.
Datuk Richard Riot Jaem kemudiannya didakwa di antara Ahli Parlimen daripada BN Sarawak yang sanggup lompat parti untuk membentuk kerajaan baru di bawah propaganda anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tetapi Datuk Richard Riot Jaem sehingga kini masih setia dengan SUPP.
Mungkin beliau ada ditawarkan satu bentuk ganjaran lain. SUPP mempunyai tiga wakil rakyat Bidayuh.
Selain Parlimen Serian, dua di kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu YB Dr Jerip Susil di Bengoh dan YB Ranum Mina di Opar.
Datuk Peter Minos mendakwa sokongan Bidayuh di beberapa kerusi pilihan raya negeri menunjukkan kegoyahan. Dikhuatiri, akan bertambah teruk apabila pilihan raya diadakan hingga menyumbang kekalahan kepada BN.
Lebih parah apabila SUPP tewas di kawasan majoriti Bidayuh apabila pada masa yang sama mereka semakin kurang menyengat di kalangan pengundi Cina terutama di bandar-bandar.
Ini cukup membimbangkan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang masih kekal mengemudi parti tersebut sehingga sekarang.
Tidak ada petunjuk yang mengatakan sokongan di kalangan pengundi Cina pulih terhadap SUPP. SUPP tewas kepada DAP pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, 16 Mei lepas.
Jika gagal mengekalkan sokongan pengundi Bidayuh, ia mungkin membawa makna SUPP terpaksa akur dengan kehendak rakyat tatkala menghampiri usia 'pencen'.
Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam melenting apabila YB Chong Chieng Jen melempar kata-kata yang benar bagi menggambarkan keadaan SUPP. SUPP tidak rela melihat kerusi-kerusi disandang mereka sedikit demi sedikit kian lenyap.
Malahan SUPP bimbang peranannya sebagai sebuah parti komponen BN Sarawak kedua terbesar tercalar. Besar hanya pada nama, tetapi tidak lagi gah dari aspek sumbangan kerusi.
Bidayuh pula boleh dikaitkan dengan perumpamaan 'menangguk di air yang keruh'.
Apa sahaja yang kosong, ada sahaja alasan dan 'amaran' agar mereka menang dalam merebut sesuatu jawatan. Mereka mendakwa, itu hak mereka untuk membuat desakkan meminta sesuatu.
"Sekian lama Bidayuh diabaikan dari pelbagai aspek, sudah tiba masa untuk Bidayuh bangkit," kata seorang yang berketurunan Bidayuh. Dia terpelajar dan merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.
Selepas berjaya 'memeras ugut' pucuk pimpinan SUPP dan BN negeri, golongan pendesak Bidayuh mengidam untuk memperoleh jawatan pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP).
Jawatan itu kosong selepas YB Batu Kawah Tan Joo Phoi menjadi menteri muda di Jabatan Ketua Menteri.
Datuk Patinggi Tan Sri George Chan berkata: "Soal kaum tidak penting apa yang mustahak ialah adakah dia layak dan berupaya bekerja demi rakyat?"
"Tidak semestinya jika dia Cina cuma bekerja untuk kaum Cina. Kita dalam BN bekerja untuk semua kaum."
Mungkin beliau sudah muak apabila kerap diajukan soalan itu oleh wartawan.
Tunduk atau tidak SUPP terhadap desakan Bidayuh, ia hanya dapat diketahui selepas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mencapai keputusan.
When pro-Dayak papers, i.e. Borneo Post and Utusan Borneo, quiet after the appointment of Riot as the deputy minister, then we know already that the Bidayuhs have no problem to give the MPP chairman post to a Chinese.
ReplyDeleteAnd did the Bidayuhs make a lot of noise when the appointment of the Chinese was announced by George Chan?
All quiet like women!!! don't dare to say anything!!!