Sunday, June 27, 2010

Budaya Sogok dan Ugut, Wakil Rakyat (N.36)

Pulau Bruit (Siri IV) : Budaya Sogok dan Ugut, Wakil Rakyat (N.36) Tidak Ambil Iktibar
Jun 15, 2010
Oleh : Pemikir (re-posted with permission)

1. Mudah dan senang untuk di ramal. Nak tahu bila pilihanraya, pengumuman itu pada kebiasaanya akan dilakukan oleh para kontraktor di kawasan anda. Apabila para kontraktor yang merupakan orang kuat Wakil Rakyat kawasan anda memulakan satu projek, itu bermakna pilihanraya akan menjelang tiba dalam masa yang terdekat. Sifirnya mudah, projek ini akan berada pada fasa pembinaan apabila tibanya tarikh mengundi tiba dan tidak akan disiapkan sekiranya mereka kalah.

2. Budaya ini sebenarnya adalah budaya Sogok dan Ugut kepada pengundi. Budaya yang selama ini memang menjadi tradisi politik negara ini. Namun sejak kebelakangan ini, dengan peningkatan taraf hidup dan pendidikan rakyat Malaysia, budaya ini dianggap sayu budaya yang memperbodohkan para pengundi dan akibatnya BN Tumbang di Lima buah negeri di Semenanjung dan kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.


3. Rentetan itu, BN di semenanjung Malaysia dan Sabah pantas mengambil pengajaran dan bertindak memenangi hati rakyat secara berterusan dan turut menjalankan projek pembangunan sepanjang masa dan bukan lagi untuk pilihanraya. Jawapan kepada itu semua, kepercayaan kepada kerajaan yang di selidik oleh Merdeka Center iaitu sebuah badan bebas menunjukkan sokongan meningkat kembali kepada 72 peratus.

4. Amat mengecewakan, perkara ini (pengajaran), bagaikan dipandang sepi di Sarawak, perlaksanaan projek tebatan banjir yang dilakukan di Sibu yang secara jelas bertujuan untuk pilihanraya Kecil telah memakan diri. Namun Pemikir berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana meneruskan projek itu yang memakan belanja yang besar walaupun tewas.
5. Pemikir inigin membawa isu ini secara lebih spesifik. Pulau Bruit. Perlaksanaan projek PPRT, Pemberian Enjin Sangkut, Pembinaan Jalan Raya (sekangkang kera / untuk tayangan sahaja), Projek Air Bersih dan beberapa projek lagi. Semua projek ini adalah projek yang berulang sebelum pilihanraya.

6. Projek PPRT, dan Enjin sangkut akan ada setiap kali nak berlangsungnya pilihanraya, yang merupakan gula gula tetap kepada kroni YB. Tetapi apabila di selidik ramai yang kurang berpuas hati tentang perkara ini kerana pemberian tidak telus dengan mereka yang benar benar layak tidak diberikan bantuan ini.

7. Pembinaan jalan raya yang bermula sebelum pilihanraya dan akan terbengkalai selepas sahaja pilihanraya. Perkara ini berlaku sejak saya masih kecil sehingga kini saya telah berusia 32 tahun. Perkara sama berlaku, bila nak pilihanraya, projek akan bermula dan apabila mereka dah menang, projek akan terbengkalai. Inikah balasan atas kesetiaan kami terhadap BN...? Parit (Gambar) masih lagi menjadi laluan utama kami berhubung antara kampung itupun kalau air pasang. Kalau masalah kecemasan berlaku masa air surut, Bertawakkal sahajalah jawabnya.

8. Projek air bersih, pernah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad, membuka paip besar dan air mencurah curah keluar, hari ini apa yang ada di Pulau Bruit, air hujan dan air sungai juga yang masing juga menjadi teman setia. Sekali lagi ini lakonan berkaitan projek ini sedang berjalan di Pulau Bruit, paip besar banyak di bawa masuk ke pulau di Kampung Betanak, apakah pengakhirannya pada kali ini. Mungkinkah satu lagi Gimik pilihanraya...? Tungguuuuuu sehingga tong biru anda reput.

9. Dalam isu ini Pemikir berharap, BN pusat akan mengambil tindakan perlu supaya budaya yang kurang sihat ini tidak berterusan dan akan memusnahkan Kubu Kuat (Sarawak) BN di Malaysia. Seruan juga kepada penduduk Pulau Bruit supaya jangan mudah tertipu dengan kalu belit yang setia kepada DS Asfia Awang Nasar. Beberapa lagi isu lain akan diketengahkan.

10. Kita bukan lagi rakyat yang mudah diperkotak katik dan diperbodohkan. Undi dan kuasa 'melantik' siapa sahaja wakil rakyat berada di tangan kita. Harap maklum

14 comments:

  1. macammana nak menghapuskan sogok..PM najib sendiri yang mengamalkannya "JIKA ORANG SIBU MENJADIKAN ROBERT LAU SEBAGAI MP SAYA AKAN MENYEDIAKAN CEK SEBANYAK RM% JUTA BESOK JUGA."-najib tun razak

    ReplyDelete
  2. Hehehe manusia yang bercakap berkaitan perkaya yang dia sendiri tidak paham... ikut je apa orang cakap... rugu je ada akal..

    ReplyDelete
  3. setuju ... gunakan akal ya to undi Pas

    ReplyDelete
  4. hoi..itu mukan lasuah lah..itu tulun punya hal ler.."u sekelatch my back..i sekelatch ur back laa."..ayoo toke..jangan manyak mising aaa..itu olang bruit sudah lama modo..jangan bikin dia olang pandai lah..nanti dia olang tidak mahu undi BN lagi ooo..saya sama itu latuk asfia susah cali makan..bo lui beytang ciak ooo wa see liau oo..itu bluit olang..nanti mahu lekat election wa sama latuk asfia kasih itu loli sama trektor masuk lu olang punya tumpat exsyen-exsyen kasi mau bikin jalan..lu olang undi BN haa..habis election wa suruh itu loli pegi laa..ok aa..yalah..saya kasi kopi sikit laa..RM20 macam biasa sama satu baju BN free aa..apa?mau topi BN juga kah..haiya sudah pandai lu olang ooo..ok lah..satu topi free juga..haiya was hok lu lang sa..lu lang ai bo..see o lu lang..

    ReplyDelete
  5. hahaha ... funny comment...

    ReplyDelete
  6. kami tetap sokong PBB dan YB Dato Sri Mohd Asfialah pemikir ... kalau u stand jd calon PKR,Dap ke itu u punye pasallah pok ... dan kalau u jd calon PBB / BN tak tau le ... fikir dulu le sbb tak terjamin kami akan menjadi lebih maju dari sekarang ini ... ada gerenti ke. Tapi kalau ada masa lagi .. kalau ada masa le .. belajar dgn org2 PBB .. ahli2 PBB peringkat kpg di Penipah cara2 bergaul, bercakap dgn baik sesama rakyat le. bukan nak ajar tp peringatan cuma sebelum u jd WR .. kalaupon jd ...

    ReplyDelete
  7. Yang baru belum tentu boleh, tetapi yang lama dah tentu tak boleh... apa ke bodoh orang PB ni.

    ReplyDelete
  8. Orang PB memang bawah tempurung. sebab tu lah asfia boleh bodohkan mereka semua hahahaha sampai kiamat la pulau u all tak maju kalau masih fikir macam katak

    ReplyDelete
  9. Ya... Jelumi, aku sokong pendapat u. Orang PB janganlah terlalu ghairah dengan dakyah si Pemikir ya. Harap sidak ya berfikir betul-betul, kelak jadi YB tunggul ajak..lagik teruk..

    Belum ada jaminan... bahkan mungkin lebih teruk lagik kerana nampaknya lebih kepada dendam pribadi..jadi rakyat PB lah yang tersepit..

    kalau kelakar ikut hati memang nak nganok orang ajak rasa, tapi mun berfikir dolok betul-betul ada logik apa yang di kata oleh Jelumi ya...

    ReplyDelete
  10. Baam... cuba nasib..

    Biarlah sesiapa sahaja ada hak..!biarlah seramai mungkin nak mencuba nasib nak jadi DUN..N36 pada pr kali ini..!! The choice is yours..!!

    ReplyDelete
  11. lai katong.. asfia tu bukan lagi tunggul... tak nampak langsung...

    korang beruntung sekarang ini pun sebab PEmirkir dah gertak dia, baru lah nampak muka.

    lai kaong ni rupanya ketua segala katak bawah tempurung.. hehehe

    ReplyDelete
  12. bukan juak sidak pemikir yang gertak...ya adalah tanggunjawab sebagai YB. membina infrastruktur untuk rakyat..kan bagus.. terima kasih kepada orang seperti pemikir ini... bagus juak

    ReplyDelete
  13. Baru DSA eksen2 nak merik tok2..kitak orang madah kena geretaklah..nya ada $$$ nya merik lah.. Yang kitak orang ya..merik air liur basi ajak.. siapa maok..!! Sik lamak agik banyak agik maok diberi oleh DSA ya..!! Mun nya menang kelak agik banyak beri nya..mun sik pecaya..polah nya menang klak kitak orang nangar..projek2nya..!! Untung kitak orang kelak..!! Tetak sekali hj suib & hj bedi nengar ya..!!

    ReplyDelete
  14. berik janji boleh la.. hahahahaa memang dia boleh berik janji janji janji dan janji...

    ReplyDelete