Wednesday, June 30, 2010

Asfia dan Norah Membuat 'DAMAGE CONTROL' Untuk Atasi Kekecohan Kes Tanah di Pulau Bruit

Oleh Waarheid Mirino

SIBU: Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar dikatakan menuduh Ahli Parlimen Igan Datuk Wahab Dollah sebagai dalang dalam kekecohan yang membabitkan tuntutan tanah seluas 5,000 hektar di Pulau Bruit, Daro oleh penduduk Kampung Bruit.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar mungkin mengaitkan kisah lampau beliau dengan Datuk Wahab Dollah sebagai alasan untuk membuat tuduhan yang keras ini.

Beliau, menurut satu sumber, menuduh Datuk Wahab Dollah menaja Pengerusi Jawatankuasa Kelapa Sawit Daro Haji Jaafar Kara untuk mendedahkan perihal tanah itu.
Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar  dan Datuk Wahab Dollah dikatakan pernah bermasam muka kerana saling menuding jari tentang punca kemunduran Pulau Bruit.

Pada ketika itu kawasan yang diwakili Datuk Wahab Dollah turut merangkumi Pulau Bruit.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar dikatakan telah meminta kerjasama Haji Jaafar Kara agar tidak memberi kenyataan kepada media.

"Ada berita baik, YB (Dato Sri Mohd) Asfia (Awang Nasar) dan YB Norah (Tun Rahman) sedia untuk berbincang dengan penduduk kampung selepas isu tanah disiarkan dalam akhbar.

"Kita bukan hendak jatuhkan sesiapa tetapi sekadar menuntut hak," jelas sumber tersebut.
Malahan dua wakil rakyat tersebut turut didakwa cuba memujuk Haji Jaafar Kara dengan menghadiahkan sebuah enjin sangkut 15 kuasa kuda.

Sumber berkata bagaimanapun beliau menegah Haji Jaafar Kara menerima pemberian itu.

"Kelak jika sudah terhutang budi, matlamat sebenar akan lenyap," katanya.

Isu tanah di Pulau Bruit yang terletak di kuala Batang Rejang menyebabkan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar enggan bertemu pengamal media.

Mungkin beliau risau jika dikaitkan dengan keputusan untuk memberi tanah kepada Poh Zhen Sdn Bhd, anak syarikat Jaya Tiasa Holdings yang beribu pejabat di Sibu.

Tepuk dada, cuba tanya diri sendiri wahai Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar !!!

Menurut sumber lagi, YB Norah Tun Rahman bernada tinggi ketika berkata-kata dengan orang kampung, terutama kepada kumpulan yang enggan tunduk terhadap 'arahan'beliau.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Haji Jaafar Kara bercadang untuk membangunkan tanah berhampiran kampung mereka sebagai ladang kelapa sawit.

Pada 2002 mereka mengemukakan permohonan kepada Jabatan Tanah & Survei Bahagian Mukah.

Mereka hanya sekadar dimaklumkan permohonan sedang dalam proses sehinggalah dikejutkan dengan kehadiran mesin-mesin di tanah yang dipohon oleh mereka.

Mereka amat terkejut apabila mendapati tanah tersebut diberikan kepada orang luar - pada masa yang sama mereka diberitahu bahawa permohonan mereka masih lagi diproses.

Usaha membuka ladang oleh orang kampung adalah untuk mencari ikhtiar keluar dari kepompong kemiskinan, kata Haji Jaafar Kara.

Lantaran ketika dalam kontroversi, Pengarah Jabatan Tanah & Survei Datu Sudarsono Osman mengambil keputusan agar Majlis Bersama Media 'ditangguhkan'.

Pada asalnya, ia akan diadakan pada 23 Jun lalu.

Mungkin enggan menjawab soalan-soalan daripada media, Datu Sudarsono Osman lantas enggan meneruskan program tersebut.

Apa yang pasti Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar ialah orang yang paling teruk terjejas akibat dari isu tanah di Pulau Bruit.

Pilihan raya negeri dikatakan akan berlaku pada bila-bila masa.

Dan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar perlu berhati-hati.

------------------------------------------
p/s

by Sebanaku Sarawak

The bad bloods between Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar and Datuk Wahab Dollah are said to be well known among the local media.

In fact, years ago they tried to kill each other through the media.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar sponsored a team of TV3 media team to visit an area under Datuk Wahab Dollah to expose the hardship of the people due to no development brought by their elected representative.

Datuk Wahab Dollah was pissed off when TV3 carried out the news in its bulletin.

To get even with Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Datuk Wahab Dollah sent a team of Utusan Sarawak / Sarawak Tribune reporters to visit an area under Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar to do similar revelation.

8 comments:

  1. Jadi gene cerita Jabatan Tanah? Dah diberinya tanah ya denga Asfia dan Nora?

    Muka Sudarsono ya! Perlu di teka lagi kah?

    Bongkar semua !!!

    ⊕KamekTok

    ReplyDelete
  2. Sidak ahli politik tok semuanya sama.... Dato Asfia, Datuk Wahab... sama ajak. Anak tempatan, sik anak tempatan, semuanya sama. Mun di Bruit, tanah dioleh syarikat apa endak, di Matu tanah dioleh Datuk Wahab empun. Nya duak ya pelandok duak serupa... Kelahi nya duak ya sik pandei habis... seorang nganok seorang... Lejuk udah kamek org dengar!!!

    ReplyDelete
  3. Datuk Wahab towk mcm2 agenda .. molah baju bertulis nganok Dato Seri Asfia untuk org2 PB nya juak ... sik faham gilak politik dak towk.. nya ya nang kuat nak ngeluar YB Semop .. apasal sik tauk juak.

    ReplyDelete
  4. masih juga nak undi mereka supaya terus berkuasa.yalah kitak orang mun ajaj di peringkat tertinggi BN macam ya, tak boleh dipercayai lagi, masing masing nak kaya dirik, rakyat jadi mangsa.jika rakyat sanggup berkorban, biar timbul macam sabut tengelam macam batu, pandai2 lah mengajar mereka orang tok.jangan dibiarkan lama2 menghangat kerusi YB, agar semua dapat merasa memimpin.nak jadi pemimpin memberi teladan macam ya, kruss semangat sik ada rakyat heran,so jangan dibiar lamak gilak mereka memimpin kita kelak macam suharto dan marcos yg menambah parah lagik hidup rakyat yang membayar hasil kpd kerajaan dan duitnya dipakei geyang diri masing2.mana tidak mun ada projek diberikan kpd kroni2.mun ditegur nak gejel orang yg benar2 mintak dipimpin,rakyat memang mengharapkan mereka utk maju, tetapi mun dah selama2 tak berubah apa guna mereka tok lagi, jangan nak bersekongkol dgn pemimpin macam tok.hidup di dunia melarat entah bagaimana lagik di akhirat yang kekal abadi.

    ReplyDelete
  5. Saya link laman ini di FB saya dan mendapat reaksin dan komen.

    ReplyDelete
  6. Dah lamak kitak org swak tok ditindas negeri kita kaya, tapi byk anak2 swak pergi merantau oleh kerana dinegeri dirik pon mcm susah jak nak maju. Yang senang kaya raya sapa... sik perlu nak nak diluahkan disitok... bangun anak2 swak bukak mata dan minda kita... kita melaungkan kemerdekaan sudah merdekakah kita... dolok ditindas oleh bangsa asing kinet tok bertahun2 ditindas oleh bangsa sendiri. hasil peribumi kita kaya balak.. minyak tapi rakyat kita dipendalaman masih juak mcm ya. Kamek sedih dgn org kita... bangun...

    ReplyDelete
  7. Dear Saiee Driss,

    We wish to say thanks.

    ReplyDelete
  8. Apa yang dibongkar, apa yang nak didedahkan sebenarnya...mun ada orang benar2 nak membantu penduduk pulau bruit untuk keluar dari kemiskinan tegar....setakat tok semuanya berlakon dan bermotifkan politik semata-mata. cuma baru2 tok adalah YB yang telah menunjukan kesungguhan...walaupun kelukaan dihati penduduk PB amat sukar untuk diubati. Klaua betul nak bantu rakyat...baik JADIKAN ORANG PB SEBAGAI PENEROKA..kemudian sebagai pekerja ladang...kalau tidak baik hentikan sebelum ada pihak membawa atau menjadikan nya modal politik. saya tidak peduli pasal Asfia atau Wahab itu cerita lama.

    ReplyDelete