Monday, May 10, 2010

OBYU HOLDINGS SDN BHD & PENGKHIANATAN

by Sebanaku Sarawak
(terjemahan dari artikel asal)

Sibu: Ketua Perkasa negeri Abdul Nasser Abang Hadari mengatakan dia kagum dengan kesetiaan yang diberikan oleh masyarakat pribumi kepada Barisan Nasional pada pilihan raya negeri yang lepas.

Dan ia mengatakan walaupun ada kes masalah yang dihadapi oleh Bumiputera yang gagal ditangani oleh kerajaan (dibaca sebagai kerajaan tempatan yang dipimpin oleh SUPP di Sibu), semua permasalahan ini hanyalah akibat dari terlepas pandang.

Tidak lebih dan tidak kurang - mengikut kata Nasser.


Oleh itu beliau mahu Bumiputera untuk terus memberikan sokongan kepada pihak BN di pilihanraya kecil parlimen Sibu.

Sekiranya BN negari mempunyai lebih banyak pemimpin seperti ini, maka lebih baik untuk Pakatan Rakyat (PR) Sarawak.

Nasser sebenarnya memalukan diri sendiri dengan mendesak Bumiputera, khususnya orang Melayu, untuk terus memberikan kesetiaan mereka kepada BN walaupun hakikatnya kesejahteraan mereka tidak dijaga oleh pihak yang diamanahkan untuk melakukannya.

Dia harus memeriksa fakta-fakta terlebih dahulu sebelum membuka mulut untuk menjilat para pemimpin BN.

OBYU Holdings Sdn Bhd adalah salah satu contoh yang sangat baik.

Setelah episod Ming Court, orang di belakang syarikat tersebut telah diamanahkan untuk menjaga ekonomi orang Melayu di Sibu.

Perjanjian yang telah dibuat ialah beliau mendapatkan projek di peringkat negeri dan nasional dan kemudiannya menyerahkan kepada orang Melayu di Sibu.

Dan hampir 30 tahun selepas beliau diberi mandat ini, bukannya ekonomi orang Melayu di Sibu semakin baik, bahkan telah menjadi lebih buruk (atau mungkin perkataan yang paling tepat adalah 'terburuk' atau 'terburuk-est', jika perkataan tersebut ada).

Orang Melayu Sibu teramat marah kerana jumlah wang yang melebihi dari RM2 bilion ringgit tersebut tidak dapat dirasai oleh mereka.

Beliau itu sepatutnya membahagikan projek-projek kepada orang Melayu dalam Sibu agar kesejahteraan am masyarakat Melayu akan meningkatkan.

Tapi beliau bukannya menunaikan janji keramat tersebut untuk membantu orang Melayu di Sibu, kerana beliau membantu dirinya sendiri dan kroni-kroninya - dan tiada untuk kontraktor Sibu Malaysia yang 'tulen'!

Beliau menipu kumpulan individu-individu di Sibu yang dipergunakan beliau untuk mendapatkan semua projek peringkat negeri dan nasional.

Dia berkata kepada kerajaan bahawa projek tersebut untuk orang Melayu Sibu, dan apabila beliau telah mendapatkannya, beliau tidak berkongsi dengan orang Melayu Sibu.

Apakah Nasser mengharapkan mereka untuk terus memberikan kesetiaan mereka kepada BN? Adakah beliau gila?

Ketua Perkasa negeri harus malu pada dirinya sendiri kerana mengabaikan fakta bahawa OBYU Holdings Sdn Bhd menipu orang Melayu Sibu.

Hakikatnya Nasser sebenarnya mengkhianati perjuangan Perkasa.

Tetapi jika perbuatan khianatnya itu dibandingkan dengan orang dibelakang OBYU Holdings Sdn Bhd, ianya seumpama membuat perbandingan antara seekor semut dengan seekor ikan paus.

Setidaknya Nasser belum mendapat projek atas nama Perkasa tetapi dalang di belakang OBYU Holdings Sdn Bhd telah menerima lebih daripada RM2 billion atas nama orang Melayu Sibu!

Jadi, ianya adalah satu keputusan yang tepat untuk orang Melayu Sibu untuk memberikan sokongan mereka kepada PR Sarawak / DAP untuk menunjukkan ketidak-puasan mereka setelah ditipu sebanyak lebih dari RM2 bilion dalam jangka masa hampir 30 tahun!

Namun, jika orang Melayu Sibu memutuskan untuk memilih BN, maka Nasser yang benar - iaitu Melayu Sibu adalah sama gila dengan beliau.

Jika ini berlaku, OBYU Holdings Sdn Bhd akan terus menipu orang Melayu Sibu berulang kali untuk mendapatkan projek-projek baru yang bernilai RM1 billion.

(Sekiranya ada percanggahan diantara versi Bahasa Malaysia dan Inggeris, versi Inggeris akan diterima pakai sebagai benar. Sekian.)

3 comments:

  1. is he the legendary sibu conman?

    ReplyDelete
  2. there is the possibility that he is the same person ... Sibu folks should know better ...

    ReplyDelete
  3. brother of a YB?

    ReplyDelete