Saturday, May 29, 2010

Asfia - Tegas di Dewan, 'pondan' di kawasan.

Oleh: Prof. Dr. X

KUCHING: Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar bijak dan tenang dalam mengendalikan persidangan Dewan Undangan Negeri.

Bijak dan tenang ketika mengawal kekecohan persidangan lebih ketara apabila para wakil rakyat pembangkang semakin berani bersuara mempersoalkan kewibawaan kerajaan.

Di sebalik kepintaran dan ketegasan Speaker Dewan Undangan Negeri itu, dia sebenarnya patut malu apabila duduk di kerusi empuk Dewan.

Sedangkan gaya hidup mereka yang meletak dia di kerusi tersebut amat jauh bezanya dengan taraf hidupnya yang mewah.

Tinggal di banglo yang sudah pasti kos pembinaannya mencecah jutaan ringgit.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar kaya, rakyat di kawasan merana!

Dia merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop - satu kawasan pilihan raya yang merangkumi penempatan penduduk termiskin di Sarawak.

Selamat datang ke Pulau Bruit! Satu penempatan yang tidak ada bekalan air paip sejak Sarawak menyertai Tanah Melayu, Sabah dan Singapura secara rasmi membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963.

Sumber air dari bawah tanah juga perlu dirawat dengan kos tinggi kerana faktor muka bumi.

Pulau tersebut dikatakan wujud kesan mendapan tanah di kuala Batang Rejang sejak sekian lama.

Kira-kira 98 peratus penduduk kampung-kampung di Pulau Bruit merupakan Melanau-Muslim. Lain-lain adalah Cina.

Air sungai pula masin. Makan dan minum serta mandi, hanya bergantung dengan air hujan yang ditadah dalam tong.

BN menang di Semop kerana undi para penduduk di situ.

Alasan tidak ada peruntukan sejak hampir 50 tahun merdeka bukan satu sebab yang boleh diterima.

Kampung Sebakau, Tekajong dan Penipah, masih banyak keluarga yang tinggal di rumah daif keadaannya.

Kampung Sebakau tidak ada bekalan elektrik.

Manakala kekuatan tenaga elektrik di kampung lain juga tidak mencukupi bagi menampung pertambahan rumah.

Disebabkan kedaifan mereka, program Sarawak Task Force (STF) yang dikendalikan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah cuba memulihkan kemiskinan.

STF merupakan serampang tiga mata yang mencakupi menambahbaik taraf pendidikan anak-anak, kesihatan dan zat makanan.

Datin Fatimah Abdullah sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, program itu kini menunjukkan perkembangan positif.

Benar atau tidak, cuma Allah yang tahu. Itu kurang penting.

Penduduk di situ ramai yang masih bekerja sebagai nelayan pesisir pantai.

Pendapatan tidak seberapa. Sekolah cuma sekerat jalan sebab kurang kesedaran.

Peranan wakil rakyat mereka umpama tidak wujud dalam menyemai 'benih kepentingan pendidikan' di kalangan ibu bapa dan anak-anak muda.

Rakyat di DUN Semop membandingkan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar dengan Ahli Parlimen Tanjung Manis Norah Abdul Rahman.

Norah Abdul Rahman dikatakan kerap melawat kawasan. Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar tidak.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar mungkin malu untuk bertandang kerana bekalan air dan jalan raya tidak ada di situ.

Saban tahun, penduduk sudah muak menunggu bekalan air paip.

Jalan raya tidak ada. Setiap kali raya puasa, bot ekspres penuh penumpang menuju ke pulau tersebut.

Jika ada jalan raya, mereka yang bekerja di bandar dapat pulang selesa anak-bini.

Muak dengan Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar , sesetengah penduduk di situ enggan mengundi BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Alasannya mudah.

Ini ungkapan seorang lelaki pertengahan umur di sebuah kampung di Pulau Bruit : "Undi BN tidak ada bekalan air paip dan jalan raya, undi pembangkang pun sama. Lebih baik pilih pembangkang daripada menaruh harapan sejak sekian lama."

Pakatan Rakyat (PR) Sarawak amat menunggu peluang itu.

Mereka berhajat membentuk kerajaan baru.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar, penyandang, pada pilihan raya negeri 2006 menang dengan majoriti 3,226 undi apabila menewaskan Noh Saabi daripada Parti Keadilan dari PR Sarawak.

Pada 2001, kawasan pilihan raya negeri itu yang dikenali sebelum ini sebagai Serdeng dimenangi Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar dengan majoriti 2,919 undi.

Pada pilihan raya negeri 1996, dia menang dengan 2,747 undi. Begitu juga dengan 1991, dia menang dengan majoriti 1,510.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar mungkin sangat yakin sokongan para pengundi masih kukuh. Tetapi dia perlu beringat, pengundi semakin matang menilai keihklasan wakil rakyat.

Andai kata dia dipindahkan kerusi ke kawasan bandar yang majoriti pengundi merupakan Cina, mungkin dia pada masa sekarang sudah lingkup.

Dato Sri Mohd Asfia Awang Nasar, masa semakin suntuk, perbaiki khidmat kepada masyarakat di kawasan.

Lebih baik lantang menyuarakan masalah rakyat berbanding sekadar lantang menghalang pembangkang daripada bersuara dalam persidangan Dewan.

1 comment:

  1. Dulu, sebelum merdeka, rakyat di kawasan Pulau Bruit di beri Tanah oleh Kerjaan British kepada pendudok pendudok Pulau Bruit, tetapi sekarang senerio nya berlainan, YB dari parti (PBB) BN sanggup merompak dan memperkayakan sendiri sehingga mempunyai rumah mewah dan kereta mewah dan lain2 mewah dengan menggadai dan menjual hakhak pendudok pulau Bruit kepada orang bukan bumiputera (china) sehingga Pendudok pulau Bruit kini di label dan di Iktiraf sebagai Miskin Tegar. Kalau sudah Tegar , terlalu payah untuk membaikinya. kalau di ibaratkan dengan Besi, kalau sudah tegar , besi itu tidak dapat di guna lagi (Jual Kilo jadi nya ). Itulah keadaaan sebanarnya. Sanggup Aspia mengadai hak dan kepentingan pendudok pendudok pulau Bruit demi untuk memperkayakan dia seorang sahaja . Selama 20 tahun Aspia menjadi Wakil Rakyaat apa yang di tolong oleh Aspia kepada pendudok pulau Bruit yang telah menaikkan nya sehingga ke posisi yang dia pegangi sekarang.Dia bolih di ibaratkan "macam melepas Anjing tersempit". Who was Aspia 20 years ago ? .He was nobody, a bloody liars Lawyer. Memang dasar penjajah ( orang pakistan ) untuk mengaut sebanyak yang dapat sebelum dia mati. Ingatlah Aspia, harta yang diROMPAK dari rakyat Pulau Bruit itu akan menjahanam kan kamu di Padang Mahshar nanti. Insah Allah , kamu akan di soal dari mana harta kamu rampas dan rompak itu sehinggakan rakyat Pulau Bruit menjadi Miskin Tegar. Rakyat Pulau Bruit tidak akan memaafkan kelakuan kamu itu. Sama2 lah kita berjumpa ALLAH RABUL JALLIL, DI PADANG MAHSHAR KELAK.
    Ini belum habis lagi.... Insah Allah berjumpa lagi di lain masa.

    ReplyDelete