by Sebanaku Sarawak
KUCHING: A copy of this letter was given to the master mind of the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Kawa branch controversy.
When he was later approached by the Hashim Yap group, he pretended to support the group by accusing a state assemblyman, who later turned out to be his cohort, for causing the mess in the PBB branch.
But without the knowledge of the Hashim Yap group, he had used the PBB HQ to stop an effort to nullify the branch youth meeting.
All had to listen to him because he is the chairman of a powerful committee in the PBB.
-------------------------------------------------------------------
(courtesy from a PBB member. Thank you.)
PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU BATU KAWA
Kepada:
...
Yang Berhormat,
Per : BANTAHAN MESYUARAT AGUNG PEMUDA CAWANGAN N13
Merujuk kepada pekara di atas, saya selaku ketua pemuda PBB ... merangkap Ajk Pegerakan Pemuda cawangan N13 mewakili 7 ranting iaitu ranting
a) Sandong
b) Sinar Budi Lama
c) Rantau Panjang
d) Sungai Tengah
e) RPR Landeh
f) Landeh
g) RPR Fasa 2 Batu Kawa
Amatlah tidak berpuas hati dengan tindakan Ketua Pemuda Cawangan N13 ... kerana membuat mesyuarat agung tanpa memaklumkan kepada kesemua ranting yang tersenarai di atas.
2. Selain itu juga ... telah mewujudkan jawatan kuasa pemuda ranting Sandong dan ranting Landeh menjadikan ianya mempunyai dua orang Ketua pemuda dalam satu ranting tanpa pengetahuan kami,sedangkan kami sudah bermesyuarat terlebih dahulu dan telah disahkan oleh ketua ranting dan ketua Cawangan.
3. Manakala ranting Sebuak yang tidak mempunyai ahli telah diwujudkan ajk pemudanya dan ranting ini masih belum mendapat kata putus dari ibu pejabat PBB mengenai masalah tidak mempunyai ahli di dalam ranting mereka.
4. Adakah tindakan ... ini termaktub di dalam perlembagaan parti. Dia bertindak seolah-olah mempunyai kuasa mutlak membuat tindakan dengan sesuka hatinya. Kami faham jika 7 ranting ini hadir pada mesyuarat agung berikut maka ... akan kalah dan tidak dapat menyandang jawatan itu.
5. Kami amat kesal dengan taktik kotor yang digunakan ... untuk menjadi ketua pemuda cawangan. Adakah mesyuart agung yang diadakan ... itu sah jika ranting yang hadir pada waktu itu tidak sah sama sekali.Bermakna pihak penyelaras yang dijemput untuk menyelaras mesyuarat itu juga turut terpedaya oleh ... atau pun memang mengetahui pekara sebenar.Kami berasa hairan kenapa Ketua Cawagan N13 Batu Kawa tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat ini.Adakah patut tindakan yang dibuat oleh ... ini membelakangi Ketua Cawangan untuk menyembunyikan perbuatan yang tidak betul tidak juga di persoalkan oleh penyelaras yang hadir pada mesyuarat tersebut.
6. Kami semua telah sebulat suara membantah dan tidak bersetuju dengan mesyuarat pemuda cawangan yang lepas kerana tidak mengikut perlembagaan parti.Kami mahukan pemilhan semula mengikut perlembagaan bukan nya mengikut taktik kotor ... untuk mengadakan mesyuarat yang telah dipratikkan oleh dia beberapa penggal yang lepas.
7. Diharap ... dapat menerima keluhan rasa ketidak puasan hati pihak kami ini sebagai ahli berdaftar yang sah dan mempunyai hak untuk turut serta didalam mesyuarat tersebut untuk menegakkan keadilan yang selama ini tidak pernah wujud selama di pimpin oleh ... .
8. Dengan ini kami mohon agar tindakan diambil keatas ... dan mereka yang terlibat dalam konspirasi yang dibuat oleh ... dan membatalkan mesyuarat Agung Pemuda Cawangan yang telah diadakan oleh ... pada bulan November 2009.
9. Disini saya kepilkan bersama tandatangan ketua pemuda ranting yang kecewa dan tidak berpuashati yang bersama-sama dengan saya membantah keputusan mesyuarat tersebut.Sila lihat lampiran yang dikepilkan.
Sekian harap maklum
Yang Benar
AJK Pegerakan Pemuda Cawangan N13
Batu Kawa Kuching.
S.K 1.YB. Dato Sri Haji Mohd Asfia Awang Nasar
Pengerusi Jawatan Kuasa Eksekutif PBB Sarawak
2. Yb. Dr. Stephen Rundi Anak Utom
Setiausaha Agung PBB Sarawak
3. Encik Awang Bujang Awang Antek
Setiusaha Eksekutif PBB Sarawak
No comments:
Post a Comment