Wednesday, May 8, 2013

Roland Engan musykil keputusan pilihanraya parlimen Baram




Roland belum terima kekalahan

utusan Borneo May 8, 2013, Wednesday
MIRI: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram Roland Engan belum dapat menerima hakikat kekalahan kepada calon Barisan Nasional (BN) Anyi Ngau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Roland memberitahu, pihaknya mungkin memfailkan petisyen terhadap keputusan Pilihan Raya Umum itu sekiranya mempunyai cukup bukti menyokong tindakan berkenaan.
“Saya belum lagi dapat menerima (hakikat) keputusan tersebut,” katanya di sini semalam.
Menurut Roland, pihaknya bakal menilai dan melihat daripada pelbagai sudut sama ada wujud sebarang kemusykilan mengenai keputusan tersebut.
Katanya, beliau turut menanti keputusan secara rasmi undi berdasarkan stesen yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pada Ahad lalu, Anyi mendapat 9,182 undi sementara Roland mendapat 8,988 undi manakala undi ditolak 242.
Calon Bebas Patrick Sibat Sujang hanya mendapat 363 undi sekali gus hilang wang pertaruhan dalam perebutan tiga penjuru di konstituensi berkenaan.


1 comment:

  1. Macam tulah bila dah kalah. Ndak uleh nerima kekalahan. Mesti salah orang bukai bila kalah, Baka lagu bangau, BANGAU OH BANGAU KENAPA ENGKAU KURUS, BAGAIMANA AKU TAK KURUS, RUMPUT PANJANG SANGAT. RUMPUT OH RUMPUT KENAPA ENGKAU PANJANG, BAGAIMANA AKU TAK PANJANG KERBAU TAK MAKAN AKU.....

    ReplyDelete