Sunday, April 21, 2013

Tiki Lafe harus ada PRINSIP dan letak jawatan Pengerusi MLKN kerana melawan calon BN - YB Ranum Mina


Datuk Dr Tiki Lafe

YB Datuk Peter Nansian
YB Ranum Mina
Naib Ketua Wanita UMNO Kebangsaan Datuk Kamilia Ibrahim dipecat kerana bertanding sebagai bebas dalam PRU 13 ini.  Namun Rebel SPDP G5 Datuk Dr Tiki Lafe berasa tidak salah untuk dia 'have the cake and eat it at the same time'.  Bak kata melayu sarawak Tiki Lafe mahu 'pak untung', lawan BN juak mauk dan jawatan kerajaan BN pun mauk juak.



Dr Tiki harus letak jawatan Pengerusi MLKN: Ranum Mina

Borneo Post on April 21, 2013, Sunday
BAU: Calon Bebas Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe digesa meletak jawa- tan sebagai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Ranum Mina berkata, gesaan itu adalah susulan keputusan Dr Tiki bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
“PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) adalah program kerajaan, jadi tidak wajar bagi beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan se- dangkan beliau bertanding sebagai calon Bebas,” katanya ke-pada pemberita di Pusat Pe-namaan Calon Parlimen P.192 Mas Gading di Dewan Suarah Bau di sini, semalam.
Beliau mengiringi calon BN Anthony Nogeh Gumbek bagi mengemukakan pencalonan untuk bertanding di Parlimen Mas Gading.
Selain Anthony dan Dr Tiki, kawasan tersebut turut menyaksikan pencalonan Mordi Bimol (DAP) dan Patrick Anek Uren (STAR).
Dr Tiki bertanding sebagai calon Bebas susulan beliau tidak dicalonkan semula oleh BN.
Pada 2011, beliau dipecat daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) susulan krisis dengan Presiden parti itu, Tan Sri William Mawan Ikom.
Beliau bagaimanapun masih mengakui bersama BN meskipun tidak menganggotai mana-mana parti komponen.
Ranum berkata lagi, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie juga harus menyatakan pendirian sama ada memihak kepada calon BN atau Dr Tiki.
“Sebagai menteri muda beliau sewajarnya menyokong calon BN,” katanya. Nansian merupakan seorang daripada rakan Dr Tiki yang sama-sama keluar daripada SPDP.
“Beliau perlu menyatakan pendirian sekarang agar tidak wujud kekeliruan di kalangan orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Dr Tiki me-nyerahkan keputusan berhubung kedudukannya sebagai Pengerusi MLKN kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Tidak ada sebab untuk saya meletak jawatan semata-mata kerana saya bertanding sebagai calon Bebas,” katanya.


3 comments:

  1. Awang Tengah KM dan Awang Asfia TYT 2013April 21, 2013 at 7:25 PM

    Tiki Lafe adalah orang awang tengah dan awang asfia. Mereka tidak mahu kehilangan MP daripada kumpulan mereka dalam perancangan mereka untuk merampas kuasa km dan tyt sarawak. awang tengah mengarahkan tiki lafe untuk terus melawan BN walaupun masih memegang jawatan kerajaan. awang tengah telah menghancurkan kerjaya politik Datuk Jacob Sagan di Baram dengan menggantikannya dengan orang suruhannya Anyi Ngau. Oleh itu awang tengah mahu kumpulannya membesar kepada G6.

    ReplyDelete