Wednesday, February 20, 2013

Pergerakan menyingkirkan penyandang Batang Lupar dan Mukah bermula



Perhimpunan minta Muhammad Leo digantikan kurang sambutan

Borneo Posted on February 20, 2013, Wednesday
MUKAH: Perhimpunan mendesak supaya Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad digantikan dengan muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak tidak mendapat sambutan di kalangan penduduk tempatan.
Diketuai Aini Suhaili, perhimpunan yang diadakan di Balai Raya Kampung Bom, Oya, dekat sini semalam cuma dihadiri tidak lebih 20 orang, terdiri daripada penduduk kampung itu.
Mereka yang menyertai perhimpunan bermula jam 10 pagi itu turut membawa bersama kad manila tertera kata-kata seperti “Kami mahu calon baru BN di P213” dan “Beri peluang calon baru BN di P213”.
Aini, 48, yang mahu dikenali sebagai ‘pengundi BN’ berkata mereka tidak menentang BN cuma ingin melihat muka baharu di Parlimen P.213 Mukah.
“Kami berkumpul di sini bukan untuk menunjukkan bahawa kami adalah penentang BN ataupun Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahupun mewakili pihak perseorangan atau parti pembangkang.
“Kami berkumpul di sini hanya menzahirkan rasa kecewa dengan perkhabaran mengenai penamaan semula Dato Sri Muhammad Leo Toyad sebagai Calon BN P.213 Mukah pada PRU13 kelak,” katanya.
Justeru, beliau memberitahu mereka sebagai pengundi BN memang tidak menolak BN, PBB ataupun Ketua Menteri dan yang penting mereka tidak menolak Muhammad Leo.
“Dato Sri (Muhammad Leo) sudah 30 tahun menjadi penyandang kerusi Parlimen Mukah, jadi apa salahnya kali ini beri peluang kepada muka baharu untuk tampil mewakili kami di parlimen ini.
“Kita juga mengakui bahawa Muhammad Leo adalah antara pemimpin berpengalaman dan telah lama berkhidmat selaku Ahli Parlimen. Justeru, sudah sampai masanya untuk beliau memberi laluan kepada muka baharu calon BN pada PRU13 kelak,” katanya.
Aini menegaskan, mereka tetap menyokong BN dan kepimpinan Ketua Menteri tetapi hasrat mereka untuk melihat muka baharu harap dipertimbangkan.
“Kami akan menerima sesiapa sahaja muka baharu yang dicalonkan sebab kami ingin melihat muka baharu.
“Kami berharap, hasrat kami sebagai pengundi dapat dipertimbangkan, rakyat yang selama ini setia dan sedia mendokong serta menyokong kerajaan dan BN tetap pilihan kami,” katanya.


Timbalan Ketua PBB Cawangan Sebuyau mahu YB Datuk Rohani Karim di tukar

Posted on February 20, 2013, Wednesday
SEBUYAU: Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sebuyau Asli Yahya kesal dengan sikap pihak tertentu yang menggunakan namanya menyokong Datuk Rohani Abdul Karim dicalonkan semula bagi mempertahankan Parlimen Batang Lupar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau berkata, kenyataan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya dan penggunaan namanya dilakukan golongan yang tidak bertanggungjawab.
“Memang terkejut saya melihat laporan akhbar tempatan yang melaporkan bahawa saya menyokong penyandang sedia ada untuk bertanding pada PRU13.
“Tindakan golongan ini menggunakan nama saya adalah untuk melobi dan kepentingan peribadi,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.
Menurutnya, pihak bertanggungjawab memberi kenyataan itu sepatutnya memperbetulkan keadaan dengan segera kerana ia akan menjejaskan namanya sebagai ahli parti dan penyokong setia Barisan Nasional (BN).
Bagi Ahli Jawatankuasa PBB Cawangan Sebuyau Henry Chuban berkata, sudah tiba masanya untuk parti mengemukakan calon baharu untuk Parlimen Batang Lupar.
Tambahnya, jika penyandang sedia ada dicalonkan semula, mungkin ada di kalangan pengundi akan melakukan protes.
Beliau yang juga Ketua Ranting PBB Kampung Sungai Rama mendakwa, penyandang sedia ada untuk Parlimen Batang Lupar lebih cenderung membantu individu yang pernah menentang BN sebelum ini.
“Batang Lupar adalah kerusi kuat BN. Kita tidak mahu tindakan penyandang ini akan menyebabkan kerusi ini jatuh kepada pembangkang.
“Kita memang mahu perjuangan PBB dan BN dalam membela nasib rakyat di kawasan ini,” ujarnya.



16 comments:

  1. Projek Tengah KM 2013February 20, 2013 at 4:36 PM

    Tengah menggerakkan orang-orangnya untuk menyingkirkan YB Datuk Rohani Karim, YB Dato Sri Leo Toyad, YB Datuk Wahab Dollah dan YB Datuk Norah Tun Rahman. Kesemua mereka tidak setuju pergerakan Tengah menggulingkan Taib Mahmud. YB Hasbi dan YB Henry Sum sudah menyokong pergerakan Tengah untuk menggulingkan Taib Mahmud.

    ReplyDelete
  2. Tengah beli YB untuk sokongnya dan singkir YB yang tidak sokongFebruary 20, 2013 at 4:41 PM

    Tengah menggunakan YB Julaihi Nahrawi, setiausaha politiknya awang jamudin dan radin kadri untuk membunuh YB Datuk Rohani Karim. Awang Jamudin menulis laporan buruk dan palsu mengenai YB Datuk Rohani Karim dan radin kadri merasuah seberapa banyak pemuda pbb batang lupar untuk boikot YB Datuk Rohani Karim. Tengah mahu menggantikan YB Datuk Rohani Karim dengan setiausaha politiknya awang jamudin supaya bertambah yb-yb dalam pergerakannya menggulingkan Taib Mahmud.

    ReplyDelete
  3. Adalah tidak benar bahawa YB Julaihi Nahrawi cuba menyingkirkan YB Datuk Rohani Karim. Ya memang seluruh AJK cawangannya menyuarakan desakan YB Datuk Rohani Karim disingkirkan tetapi YB Julaihi Nahrawi tidak pernah membuat kenyataan umum sebegitu. Juga Awang Jamudin hanya menyuarakan apa yang penduduk tempatan rasakan iaitu mereka benci yb datuk rohani karim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelanggang Politik Bukan Untuk Buat Fitnah tetapi Harus Cermin Diri .Siapa YANG BERSALAH ?Dulu di Santubong -Abg RAUF,Mbok Mordiah ,Alimatsah ,Wan Hamzah Paiee ,Hj Rosdi,Hj Bujang Helmi DI TUDUH OLIH MP yang sama ;KINI di Btg LUPAR -Dtk Bolhasan Di,Hjh Simoi ,Hj Mosidi Jon,Wan Edward ,Awangku Jamuddin ,Buanie Effendi ,Julaihi Narawi,Awg Sarie dan lain lain menjadi SASARAN MAK JANDA.Manusia yang BERAKAL akan menilai siapa yang BETUL atau SALAH ?ALLAH SWT TAHU SIAPA YG BETUL,INSAFLAH ..DUNIA HANYA LALUAN KE ALAM AKHIRAT.RAKYAT JUGA BIJAK KERANA BERAKAL ,MUNGKIN MP DAH LUPA UNTUK CERMIN DIRI DAN LUPA BAHAWA DIA SEORANG SAJA YANG SEMPURNA.INGATLAH KITA PASTI MATI DAN ITU PASTI.

      Delete
    2. Satu KOMEN YANG PROFESIONAL YANG BARU PERNAH SAYA LIHAT DALAM SEBANAKU,KOMEN SEBEGINI BAIK UNTUK MENDIDIK MASYARAKAT.YANG TAK BAIK ITU KERANA SIKAP MANUSIA ITU SENDIRI KERANA MULUT NYA YANG TERLALU CELUPAR BAH !MASALAH UTAMA SAYA DENGAR BERPUNCA DARI 10 AKUJANJI YANG DI BUAT OLIH MP SENDIRI DI HADAPAN YAB PS KETUA MENTERI-MP JANJI YANG TIDAK DI TEPATI .TANYA SAMA JULAI ,SIMOI ,BOL !!!atau PBB.

      Delete
    3. hahaha.... baru2 nie semasa majlis perasmian FERI Batang Lupar oleh DS Micheal Manyin,,, YB Julai berucap,,, kata2nya feri itu adalah usaha beliau,,, ibarat kata dialah yg bertanggungjawab menjayakan feri itu,,, tapi ramai rakyat tahu hakikat sebenar,,, siapa yg usahakan siapa yg buat kerja,,, sape yg trn kwsn jumpa rakyat dan siapa yg cuba boikot calon...
      Saya secara konsisten, walaupn perlu berdepan dgn YB Julai, sy tetap katakan yg dia adalah wakil rakyat DUN Sebuyau yg PENIPU..... x trn kwsn, x tunaikan janji khususnya dgn kami masyarakat Iban,,, sy konsisten YB JUlaihi PENIPU,,, slps majlis itu sy didatangi org2 kuat Julaihi,,, tanyakan betulkah semasa Julaihi berucap, bersama beberapa org sy kata dia penipu,,, sy kata betul dtglah ke kpg Iban khususnya dgr apa org kpg ckp psl Julaihi... Diorg akan kata JUlaihi PENIPU,,, yg akan pertahankan julaihi hanya puak2 AJK CAWANGAN PBB SEBUYAU yg cukup2 sygkan Julaihi dan dipilih duduk di jawatan mereka bukan atas pilihan ahli ttp ditunjuk2 oleh YB Julaihi...
      Provoksi org2 kuat Julaihi slps majlis itu mmg kuat,,, sampai maki sy dr dlm kereta,,, dan sy ingin nyatakan disini sy konsisten,,,, YB JUlaihi DUN N22 Sebuyau terlalu banyak TIPU rakyat... dia tak sealiran dgn prinsip politik DS Najib yg sentiasa menepati janji...
      Kami di kwsn tahu YB uUlaihi cuba boikot Calon BN Btang Lupar Datuk Rohani Karim... Sejak lebih setahun lalu,,, tak ada satu pun pgrm Datuk Rohani yg Julaihi hadir utk tunjukkan sokongan mahupn bantu BN...
      Kini bila PRU13 berlangsung,,,, PBB melalui cwgn N22 Sebuyau yg dikuasai puak2 Julaihi menguasai bilik gerakan di Sebuyau,,,, Sekarang kecoh,,, banyak kpg tak diberi poster kononnya ranting PBB takda atau tak sah.... malah ada petugas bilik gerakan bergaduh dgn wakil kpg yg datang nak ambil bahan kempen... Apa nie, betul mungkin mereka takda ranting,,,, tapi yg kita cr bukan Ranting yg rapuh tp undi utk BN... Apalagi baju2 parti,,, semua khas utk puak2 mereka, org kpg yg ikhlas nak skg parti BN atas faktor DS najib hanya melihat sahaja....
      Tak percaya pergilah tgk di DUN Sebuyau, meriahkah pgrm, meriahkah poster, meriahkah bendera.... hanya sekadar ada....
      Utk puak2 YB Julaihi sy nyatakan disini YB JUlaihi yg kamu sanjung itu PENIPU...

      Delete
  4. Pengarah KEMAS Rapaiee di'biayai' TengahFebruary 22, 2013 at 4:41 PM

    Pengarah Negri Sarawak Abang Rabaee sudah dibeli oleh Tengah untuk membuat laporan-laporan yang tidak baik mengenai ahli-ahli parlimen yang hendak disingkirkannya. Di Majlis bersama PM di batang lupar semalam Rabaee bersama kakitangannya bukan meraikan majlis tetapi cuba mengeruhkan majlis dengan menunjukkan penduduk batang lupar benci YB Datuk Rohani Karim.

    ReplyDelete
  5. Cerita ini bulak dan sik betul.Rohani janganlah Bersikap tidak adil terhadap Pengarah dan kaki Tangan KEMAS..Merekalah yg bolih menaik dan menurun Wakil Rakyat ...Tapi bukanlah KEMAS Sarawak.Malah KEMAS lah lamak tuk sentiasa membantu menaikkan IMEJ Mak Janda sbg Wakil Rakyat Btg Lupar.

    ReplyDelete
  6. Kesimpulannya dan pendekata...masalah di Batang Lupar berpunca daripada wakil Rakyat itu sendiri.Betullah ..yb Julai dan datuk Bol dan yang lain lain -Rohani lah sendiri yang cari serta buat masalah.Kalaulah wakil Rakyat yang bermasalah ;Tukarlah dan Cari muka baru yang lebih Mesra Rakyat macam apa yang Tun Mahatir kata -CALUN RAKYAT AKAN MUDAH DI JUAL.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan salam perpaduan, saya agak terkilan sedikit bila KEMAS disebut disini. Saya mohon kepada mana-mana Yang Berhormat atau mana-mana yang sudah menjadi Yang Berhormat tolonglah, tolonglah jangan mempersendakan kewibawaan mereka ini. Sejak 1970 lagi KEMAS wujud untuk membantu masyarakat luar bandar. Malah ada sebilangan dari yang bergelar YB naik atas perjuangan KEMAS. Kami tidak mendabik dada, kami tidak juga mahu dijulang nama namun berilah kami kehormatan dan jangan dituduh sembarangan. Sedangkan pemimpin tertinggi lagi mempercayai KEMAS......tolonglah. Kami akan sentiasa berdiri teguh bersama Pengarah kami untuk terus berbakti membela dan membantu rakyat. Jika ada YB tak inginkan pertolongan kami tidak apa.....

    ReplyDelete
  8. I eran ketua pemuda pbb sik pernah nak keluarkan dlm news kah supaya calon di kalangan pemuda diketengahkan. wanita pbb relaks relaks mrncadangkan secara terbuka calon calon wanita. Terit jak pemuda pandei besora. Bacul gilak pemimpin pemimpin pemuda ya. Nie tuju hero pemuda pbb.? Sik lamak gik pbb pemimpin tertinggi parti pbb diterajui wanita jak. Cobalah wahai ketua pemuda pbb negeri berani sikit memperjuangkan pemuda. Baruk sidak pemuda menyokong kitak. Jangan takut dilucut jawatan timbalan menteri ya, tanggungjawab dan amanah pemuda perlu dijalankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed with Anon Feb 27..Pemuda all LEMBU CUCUK HIDUNG and i don't even see any Pemuda being appointed as Polsecs . All polsecs PBB are YBs of just NKRA -NADAI KERJA ROUND AJAK esp the Chief Polsec who is everywhere under the sun .He should push for the potential Pemuda PBB to be appointed as Polsecs such as Pandi Suhaili , Aziz Adenan , Hamzah Ibrahim ,Safri Abdillah ,Wan Hamzah ,Aziz Abg Rauf dan lain lain.Ini bila KERJA ,PEMUDA DI PERAH TAPI HABUK PUN TAK ADA.TERINGAT KATA SUKARNO ..."BERI AKU 10 PEMUDA ,MEREKA AKAN MENGEGGARKAN DUNIA ". I AGREED with this famous PRESIDENT RI.

      Delete
    2. NKRA is actually NANG KULUKILIR ROUND AJAK ,true to some extent cos CPS -Chief Palau Secretaries seems to be all rounder but saw him quite often in the pub ,Ketua Secretaries Pub@KSP . Well done cos a lots of political inputs you could easily gather from those PALAUs and don't forget to invite Yb Ah Jen to join your palau sessions next time prior to PRU 13. YAMSENG !! YAMSENG !!! ANWAR IS COMING !!!

      Delete
  9. Tidak ada seorang pun yb di batang lupar perlu gulingkan rohani. Apa yg berlaku dewasa ini adalah desakan rakyat yg mahu rohani tidak dicalon lagi. Lihatlah tuan tuan strategi rohani selama 2 penggal di batang lupar memakan diri. Rohani selama 2 penggal berpandangan serong dgn yb yb di batang lupar. Tidak mengiktiraf dan menghormati yb yb batang lupar dan ahli parti pbb. Sekarang baru dia sedar dan mahu berbaik baik dengan yb yb batang lupar dan parti pbb. Mungkin sudah terlambat. Allah maha adil. Setiap perbuatan jahat pasti dibalas dgn kerugian. Renungkanlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang terkini setiap Ranting di sogok dengan 1Ribu Ringgit dan di suruh menandatangani BORANG KOSONG yang bermotifkan UDANG DI DALAM MEE.INI TAKTIK PENIPU punyalah !!LEPAS ITU BUAT SATU SURAT BAHAWA YANG TANDATANGAN SEMUA SOKONG PENCALUNAN SEMULA YG BERBOHONG UNTUK JADI MP BATANG LUPAR.SIK HAL ,DTK BOL TELAH DI TEBANG MENGGUNAKAN TIPUHELAH YG SAMA DAN KALI INI KITA SEMUA "JANGAN UNDI ROHANI@JUR-AUR-ANANG UNDI ROHANI ". KITA TENTUKAN BN-PBB TUMBANG DI BATANG LUPAR KERANA TIAP PERBUATAN KHIANAT KITA BALAS DENGAN KHIANAT JUGA. KALAU TUKAR CALUN SAPA AJAK ! KITO SOKONG BN POK .

      Delete
  10. Mun dah sik cun ngan calon BN (Rohani Karim), apa tunggu gik, undi calon PKR (Abang Zul), abis cerita. Mun maok mangkang, mangkang betul2, jgn alang2. Tuk madah sik suko calon nak dipileh pucuk parti, dah yo klak, muko yo juak diconteng jadi YB. Sik ku eran perange org PBB/BN yo bah. Cakap jak bunyi nak mecah langit, tapi mcam gik bepelir n kelentit jak.

    ReplyDelete