Saturday, January 26, 2013

KM tidak percaya Awang Tengah beli YB-YB dan kakitangan kerajaan - Yb Dollah Saidol




Taib bersikap tenang terhadap dakwaan rancangan jatuhkannya

Posted on January 24, 2013, Thursday
KUCHING: Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersikap tenang terhadap dakwaan rancangan menjatuhkannya seperti ditulis oleh portal berita Sarawak Report.
SUMBANGAN BNBBC: Abdullah (tiga kanan) menyampaikan antara hadiah utama cabutan bertuah Malam Penghargaan Media KDJA kepada Setiausaha KDJA Jacqueline David. Turut kelihatan Aidel, Snowdan dan Timbalan Presiden KDJA Sulok Tawie.
Abdullah berkata Taib juga menganggap artikel tersebut hanya mainan biasa menjelang Pilihan Raya Umum.
Abdullah bersama Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan perjumpaan dengan Taib di sini pada Selasa susulan artikel yang menyatakan wujud cubaan menjatuhkan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu pada konvensyen parti Mei depan.
Sarawak Report melaporkan bahawa Awang Tengah mengetuai beberapa wakil rakyat, termasuk Abdullah, dalam rancangan berkenaan.
“Ketika berjumpa pada kira-kira jam 11 pagi semalam (Selasa), beliau (Taib) tidak marah tentang itu, malah tidak juga terkejut.
“Beliau kata jangan risau kerana semua ini berlaku menjelang pilihan raya,” katanya pada majlis ringkas penyerahan hadiah cabutan bertuah sumbangan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak sempena malam penghargaan media Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di pejabat Utusan Borneo dan The Borneo Post di sini, semalam.
Turut serta, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan.
Sambil mengulangi kata-kata sebelum ini bahawa tidak wujud rancangan menjatuhkan Taib, Abdullah memberitahu pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PBB mempunyai kesepakatan dalam menentukan pucuk pimpinan parti.
“Budaya untuk menentukan pemimpin amat difahami oleh generasi lama dan baharu dalam parti.
“Apa yang penting ialah perpaduan di kalangan ahli dan pemimpin tetap teguh,” ujarnya.
Menurutnya, Taib masih sihat, bijaksana dan tenang untuk terus mengetuai kerajaan dan parti.
Sementara itu, Abdullah yang juga ketua BNBBC berkata pengundi di Sarawak wajar meneruskan sokongan besar kepada BN untuk memerintah negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kemenangan besar BN di Sarawak kelak katanya akan membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan di negeri ini.
“Hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan mesti kukuh agar kita boleh memohon peruntukan bagi melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan,” ujarnya.
Menurutnya, sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009, Najib begitu mengambil berat tentang hal ehwal Sarawak terutama daripada aspek pembangunan.
“Sebab itu kita perlu memberi mandat yang kukuh pada pilihan raya akan datang agar keperluan dan permintaan kita dapat dipenuhi,” katanya.


3 comments:

  1. Dollah Saidol CPS tengah dan bukan Pehin SriFebruary 1, 2013 at 4:43 PM

    Benarkah? Adakah benar-benar YAB Pehin Sri KM tidak percaya atau YB Dollah Saidol buat cerita kononnya YAB Pehin Sri KM percaya penuh awang tengah. Ramai kakitangan kerajaan sudah mula menyuarakan tidak puas hati dengan YB Dollah Saidol. YB Dollah Saidol sering beri arahan "CM mahu ini dan CM mahu itu" tetapi apabila diperiksa tiada CM beri arahan atau mahu apa yang dikatakan YB Dollah Saidol.

    ReplyDelete
  2. Orang lamak CM sejak Ming CourtFebruary 1, 2013 at 4:51 PM

    Dollah! Kau pikir CM sukakah kau kelakar dengan press apa yang kau rasa CM pikir! Semua CPS CM selamak 32 tahun sik pernah PRESUME to say CM rasa macam tuk atau CM rasa macam ya. Kau sorang ajak kurang ajar nak pretend to know pemikiran dan kehendak CM. Dan kemudian 'boasting' kepada press. Ataupun boss sebenar kau adalah awang tengah dan memang niat kau mengelirukan CM dan public...

    ReplyDelete
  3. Tembelang Dollah terbuka selalu jual nama bos bosnya. Siapa sik kenal modus operandi Dollah tok.

    ReplyDelete