Friday, October 19, 2012

Wong Judat confirm bertanding di Julau menentang Datuk Joseph Salang




Larry Sng versus James Masing battle begins


Wong sah calon SWP di Julau

Posted on October 14, 2012, Sunday
PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.42 Meluan, Wong Judat adalah calon pertama yang diumumkan oleh Parti Pekerja Sarawak (SWP) akan bertanding di kerusi Parlimen P.209 Julau untuk menentang calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) di kawasan terbabit pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Wong Judat, Naib Presiden SWP, dijangka menentang calon PRS yang juga penyandang kerusi Julau dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.
Berucap pada Majlis SWP Bersama Rakyat di Rumah Ganda, Manding di sini semalam, Presiden SWP, Larry Sng berkata, SWP akan bertanding di enam kerusi Parlimen milik PRS iaitu Julau, Selangau, Hulu Rajang, Lubok Antu, Kanowit dan Sri Aman.
“Calon untuk lima kerusi yang lain pula, parti kita akan mengumumkannya secara berperingkat-peringkat dalam tempoh terdekat ini. Tetapi, apa yang paling nyata ialah kesemua kerusi yang bakal kita letakkan calon adalah milik PRS,” katanya pada majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 2,000 penduduk Pakan dan Julau.
Dalam ucapannya, Larry berkata, pada masa kini jumlah keahlian SWP yang berdaftar di seluruh Sarawak telah mencecah 13,000 orang.
“Bagi kawasan Parlimen Julau ini, jumlah ahli SWP adalah sekitar 4,000 orang dan berdasarkan sambutan daripada masyarakat, kita yakin ia bakal bertambah dari semasa ke semasa, apatah lagi mereka sudah mengenal pasti siapa calon yang bakal bertanding mewakili mereka pada PRU13 nanti.
“Kepada masyarakat, kita ingin jelaskan bahawa SWP adalah sebuah parti yang mengutamakan rakyatnya.
“Dewasa ini, kita telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini. Selain Tabung Pendidikan kepada anak-anak ahli SWP dan insurans kepada ahli SWP, kita juga ada menyediakan perkhidmatan peguam.
“Perkhidmatan peguam ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada ahli berdaftar, khasnya untuk mewakili mereka dalam hal atau perkara yang berkaitan dengan masalah tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), dan semua ini adalah percuma,” jelas Larry.
Sementara itu, Wong dalam ucapannya berkata, PRU13 adalah perjuangan politik yang sangat penting untuk SWP.
“Kita yakin rakyat telah sedar tentang siapa yang sepatutnya menjadi pilihan mereka pada PRU13 nanti dan kita juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat dari seluruh pelosok negeri yang telah memberikan sokongan kepada kita.
“Banyak manfaat yang bakal menunggu rakyat di kawasan ini nanti sekiranya SWP berjaya menakluki kerusi Parlimen di kawasan ini.
“Dan salah satu janji kita ialah untuk membawa Tabung Pendidikan SWP ke kawasan ini yang akan memberi banyak peluang dan kemudahan kepada generasi muda khasnya,” jelas Wong.
Pada majlis tersebut, Larry turut mengumumkan penyerahan peruntukan bernilai RM10,000 kepada Rumah Ganda.

No comments:

Post a Comment