Friday, September 28, 2012

PKR See Chee How (penulis Hornbill Unleashed) dan Wan Zainal Wan Sanusi mengaku telah memfitnah YAB Pehin Sri




Taib tarik balik saman, maafkan dua pemimpin PKR

Borneo Post on September 26, 2012, Wednesday
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerusi pe-guamnya memohon mahkamah menarik balik saman fitnah terhadap dua pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah kedua-dua defen-dan memohon maaf dan bersetuju untuk tidak lagi menyiarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah.
Hakim Datuk David Wong Dah Wah menerima permohonan yang di-buat oleh plaintif untuk menyelesai-kan perkara itu, tanpa sebarang kos.
Pada 11 April 2007, Taib memfailkan saman terhadap Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How dan Ketua Penerangan PKR Negeri Wan Zainal Wan Sanusi yang mengedarkan risalah mengandungi artikel ber-unsur fitnah yang dipetik daripada portal berita atas talian Japan Times dan disiarkan oleh Malaysiakini.
Artikel yang dicetak dalam empat bahasa itu telah diedarkan kepada orang ramai di beberapa tempat.
Dalam penghujahan yang dibuat oleh peguam plaintif,  defendan sedar artikel yang disiarkan telah diterbit-kan sepenuhnya dan tanpa asas.
Defendan juga tidak mengesahkan kesahihan artikel dengan portal berita atas talian berkenaan, kata kenyataan yang dikemukakan kepada Mahkamah.
Taib telah memfailkan saman untuk memohon ganti rugi umum serta ganti rugi teladan dan injunksi untuk menghalang defendan daripada me-nerbitkan kata-kata fitnah atau apa-apa seumpamanya.

1 comment:

  1. Apalah sik saman sidak ya balik?

    Takut tempayan kasam besar lagi ah?

    ReplyDelete