Friday, December 9, 2011

Menjelang TDC SUPP 2011


Sih kecewa ada pihak cuba halang TDC ikut jadual

Posted on December 8, 2011, Thursday

SEMANGAT SA’ATI: Sih (tengah) bersama dua calon yang akan bertanding untuk jawatan Pengerusi Pemuda SUPP; Timbalan Pengerusi Pemuda Lawrence Kong (kiri) dan Setiausaha Agung Pemuda Tan Kai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Pemuda.
KUCHING: Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sih Hua Tong mendakwa beliau mendengar beberapa kelompok kecil dalam parti tersebut sedang dalam proses memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) yang dijadualkan pada hujung minggu ini.
Sih berkata, tindakan sedemikian bertentangan dengan peraturan dan perlembagaan parti.
“Saya begitu sedih dan kecewa, dan saya tidak faham kenapa ada orang tertentu yang ingin sekali menghalang TDC ini diadakan mengikut jadual,” ujarnya sebelum menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Pemuda SUPP.
Sih berkata, tindakan yang tidak wajar ini telah menimbulkan kemarahan ramai ahli dan penyokong parti.
“Saya tidak faham kenapa ada puak tertentu yang tidak peduli langsung tentang kelangsungan parti.
Apakah motif mereka sebenarnya? Saya tidak tahu dan saya tidak dapat membuat tekaan dan memahami tindakan itu kerana mereka masih mahu bertanding merebut jawatan dalam parti.
“Mereka kata, mereka masih mahu memberi khidmat kepada parti namun mereka mengambil tindakan yang bertentangan dengan kehendak sendiri.
Mereka kata, mereka sayang parti, mereka mahu merebut jawatan tetapi mereka pula yang mengambil pelbagai langkah untuk membatalkan pendaftaran atau cuba membekukan parti,” tegasnya.
Justeru, Sih menggesa puak-puak yang bertelagah supaya menyerahkan nasib parti kepada wakil-wakil delegasi TDC.

No comments:

Post a Comment