Sunday, December 11, 2011

Gentleman and honourable are BN Leadership hallmarks





Najib mahu calon-calon SUPP berdamai selepas bertanding

10/12/2011 9:58pm

KUCHING 10 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang bertanding dalam pemilihan parti itu supaya mengamalkan sikap suka berdamai, berhati mulia dan inklusif dalam tindakan mereka sebaik ia berakhir.
Semasa memberikan nasihat itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, mereka mesti merapatkan semula barisan bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat kerana pertukaran pucuk pimpinan tidak dapat dielakkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana parti.
"Mereka yang menang bukan menang kesemuanya dan mereka yang kalah bukan hilang semuanya kerana musuh mereka adalah pembangkang dan bukan anggota dan rakan dalam SUPP,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali SUPP yang ke-22 di sini.
Setiausaha Penyelaras parti, Datuk Seri Peter Chin, yang pada awalnya dicalonkan bertanding menentang Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Seri Wong Soon Koh bagi jawatan Presiden, dijangka menang tanpa bertanding apabila pencalonan ditutup tengah hari ini.
Soon Koh tidak hadir pada persidangan. – Bernama

No comments:

Post a Comment