Monday, November 14, 2011

Majlis Perbandaran Sibu terima rasuah dari kedai-kedai?


Jangan pilih bulu keluar kompaun

Borneo Post November 4, 2011, Friday
SIBU: Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Sibu (MPS) tidak harus pilih bulu ketika mengeluarkan kompaun terhadap pemilik motosikal yang diletakkan di kawasan kaki lima kedai di sekitar bandar ini.
Seorang wartawan sebuah akhbar yang enggan namanya disiarkan menjelaskan, anggota terbabit harus mengeluarkan kompaun terhadap semua motosikal yang diletakkan di kaki lima dan bukannya kaki lima kedai tertentu.
“Tindakan pilih bulu dalam mengeluarkan kompaun itu tidak adil bagi mereka yang kena saman,” ujar beliau.
Sebelum itu, motosikal wartawan terbabit yang diletakkan di kaki lima bangunan Wisma See Hua, Jalan Tuanku Osman telah dikenakan kompaun oleh pegawai penguat kuasa MPS, pagi semalam.
Namun apa yang menjadi persoalan wartawan berkenaan, mengapa deretan motosikal yang diletakkan di kaki lima kedai di Jalan Bindang bersebelahan dengan Jalan Tuanku Osman tidak dikenakan kompaun.
“Kami sedar meletakkan motosikal di kaki lima adalah satu kesalahan… tetapi yang menjadi persoalannya mengapa deretan motosikal di Jalan Bindang dan tempat-tempat lain di sekitar bandar tidak dikenakan kompaun,” katanya.
Justeru ujar beliau, pihak penguat kuasa MPS perlu lebih telus dalam perkara berkenaan, lebih-lebih lagi dalam usaha mereka menguatkuasakan peraturan yang ada.

8 comments:

  1. Berhati hati membuat tuduhan. Ada bukti kah ada perbuatan rasuah ? Perlakuan rasuah itu buruk tapi itu bukan cukup bukti untuk menuduh

    ReplyDelete
  2. hj kip pastikan anak buah buat sehabis baik.........

    ReplyDelete
  3. Knights of Saladin: kenak terasa??!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wrbt.

    Pada Sdra yg menulis di atas pada 17hb. November 2011 jam 9.35 p.m.

    Saya tidak terasa apa apa sebab saya bukan orang Sibu dan jarang ke Sibu. Tapi saya cuma mahu menegak keadilan, sebab adalah mudah untuk menuduh rasuah. Sesiapa pun boleh menuduh sesiapa. Tapi buktinya di mana ?

    Kalau sesiapa yang menulis di blog ini dan sesiapa yang menulis post di sini atau yang berminat menulis post, jika ada bukti, sila laporkan pada SPRM. Laporan anda akan dirahsiakan dan begitu juga identiti anda. Saya menentang rasuah seperti semua tulisan saya tentang rasuah tetapi ini mesti berdasarkan bukti.

    Kalau kita selalu menuduh, maka kita mendedahkan diri kita kepada tindakan saman sivil malu oleh orang lain. Dah banyak berlaku. Misalnya Cong Siew Chiang dari DAP telah menyaman Dominic Ng dari PKR kerana Dominic Ng telah memfitnahkan beliau. Dan Siew Chiang telah menang. Mahu kah kamu ini berlaku pada kamu iaitu di saman kerana memfitnah orang lain ?

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Setuju. Saya cabar org yg nuduh di sitok lapor jak pada ACA. kenak takut lapor mun menar ? Jgn nuduh jak. Kelak kitak org di saman fitnah, nok pa polah kitak kelak ? Ne bukti kitak ne ? ..tok cabar menar saya....

    ReplyDelete
  6. Oh ya, bagi sesiapa nak lapor pada SPRM nombor telefon ialah 03-88867000, itu SPRM Putrajaya. Bagi SPRM atau sms pada 019-6000696.

    Ayuh, jangan takut. Laporlah jika kamu yakin kamu benar dan ada bukti. Untuk pengetahuan kalau laporan kamu sulit, kamu akan dilindungi oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, makna jika laporan ini ialah LAPORAN LISAN DI MANA KAMU TAK MAHU MEMBERI ATAU MEMBUAT LAPORAN BERTULIS.

    Ayuh jangan takut. Pada saudara yang menulis pada 17hb. November 2011 jam 9.35 p.m. itu, jangan kamu sekali kali mendakwa saya terasa. Saya terasa untuk apa ? Kerana apa ? Saya bukan bekerja di MPS atau di Sibu. Saya bukan orang Sibu dan jarang ke sana. Saya cuma nak menegakkan prinsip keadilan. Tahukah kamu yang bila kamu menuduh tanpa bukti, kamu jugak melakukan kezaliman pada orang lain.

    Jangan berdebat dengan saya, nanti kamu demam.

    ReplyDelete
  7. no wonder sibu now far from establish as bandarayaku........people there full with beating for life

    ReplyDelete