Tuesday, November 22, 2011

Pemilihan SUPP : Apakah disebalik tabir?





Sejak Pilihanraya kecil Sibu 2010 semakin menyerlah rancangan segelintir tauke-tauke besar Foochow untuk menguasai kuasa politik Sarawak.  Sebagaimana sedia maklum Foochow sudah memegang kuasa dominan ekonomi Sarawak dengan menguasai 80% industri-industri sumber alam dan 70% industri perkhidmatan.  Pada Pilihanraya kecil Sibu 2010 konglomerat besar Rimbunan Hijau Berhad (milik Sir Tiong Hiew King dan Tiong Thai King) dan Delta Group Sdn Bhd (milik Hii King Chiong dan Hii Hium Ung) telah menyokong calon DAP Wong Ho Leng untuk menentang calon Barisan Nasional.  Untuk beberapa tahun Rimbunan Hijau telah membayar banyak ’Yuran Guaman’ kepada firma guaman Wong Ho Leng.


Datuk Bandar Sibu Tiong Thai King yang dilantik Barisan Nasional telah memberi banyak kebenaran kepada calon DAP Wong Ho Leng untuk menggunakan Dewan-dewan kerajaan untuk ceramah di kota Sibu. Ceramah-ceramah tersebut dijadikan landasan oleh DAP untuk menghumban pemfitnahan dan pembohongan kepada orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (yang meletakkan Rimbunan Hijau Tiong Thai King sebagai Datuk Bandar).

Secara hakikatnya DAP Sarawak sudah dikuasai oleh tauke-tauke besar Foochow menerusi ’imbuhan’ mereka selama beberapa tahun yang lepas (memang sudah berdekad lama tetapi sekarang memuncak kerana ada perancangan).  Sekarang tauke-tauke Foochow mahu menguasai parti cina komponen Barisan Nasional untuk memegang kuasa politik kaum cina Sarawak secara seluruhnya (pembangkang dan parti komponen BN).

Harus diingatkan bahawa tauke-tauke segelintir Foochow sudah menguasai ekonomi Sarawak menerusi pembalakan (haram dan sah), kelapa sawit (mengambil tanah kampung dan meningkatkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan) dan penyeludupan.  Dengan tunai berpuluh billion yang dipegang mereka bukan sahaja politik Sarawak boleh diganggu-gugat tetapi politik dan keselamatan negara juga boleh terancam.
Sir Tiong Hiew King juga menguasai beberapa suratkhabar seperti akhbar Sin Chew Jit Poh yang terbukti sungguh kritikal terhadap  pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Perancanganan politik elit Foochow (tidak termasuk 'masses' Foochow) ini sekarang menyokong Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh untuk mengambil jawatan Presiden SUPP Sarawak.  Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh adalah seorang yang baik dan berjasa kepada masyarakat Cina tetapi dikhuatirkan terlalu terpengaruh oleh syarikat-syarikat besar ini.

Bulan November ini telah menyaksikan tauke-tauke besar Foochow memberi banyak imbuhan politik wang untuk memastikan kemenangan calon-calon ’pilihan mereka’ dalam parti SUPP.  

Sarawak sekarang diambang perubahan dimana kuasa ekonomi segelintir tauke-tauke besar sedang digunakan untuk mengambil alih kuasa politik seluruh kaum cina.  Dengan itu lebih 30% kuasa politik Sarawak di tangan segelintir tauke-tauke besar ini.  Adakah tampuk politik kaum bumiputera Sarawak sasaran mereka yang seterusnya?


7 comments:

  1. Dengan itu lebih 30% kuasa politik Sarawak di tangan segelintir tauke-tauke besar ini. Adakah tampuk politik kaum bumiputera Sarawak sasaran mereka yang seterusnya?

    Sekarang ni pun ramai YB.. Bumiputera yang menjadi "Kawan Baik"tauke Cina.

    ReplyDelete
  2. Well, udah kita bumiputera tok termakan duit dak cina, giney gaya? Mun sikda duit, giney nak servis motor jaguar, beli intan berlian, polah majlis arak di luar negeri, kahwin baru, mengkayakan anak cucu dsb dll? Ujung2 sidak elit Foochow la nok mentadbir negeri. Kita bumiputera tok ngan sidak bukan bumiputera nok biasa2 makan gaji, habis diratah dak nya!

    ReplyDelete
  3. Yalah susah..lelah lelah kita tok ngundi sidak,pasya senang senang jak sidaknya 'dibeli'tokey tokey Cina.Sidak layap bila di offer harta benda free.

    ReplyDelete
  4. hahaha...
    kalau hari raya YB2 suka kalau tokey2 besar datang ke rumah..lihat sahaja majlis kahwin anak2 YB ..ramai tokey besar datang...
    atau masa terima darjah kebesarab..ada lalah tokey iklan tahniah..

    di sinilah banyak hint untuk kajian political economy...

    ReplyDelete
  5. Baam..think.!
    "Money can buy anythings..anythings at all.."
    "lang bo ciak lang, lang ciak lang" a famous foochow saying..!!

    Sorry if i'm wrong..!!

    ReplyDelete
  6. yes of course my fellow foochow will control this country not far from now coz what i heard some of the wellknown tokey now are put saturn area or state is 100 % on their target through economy run by money lender,social by secret society,religion by cycling boy and by money for whose desperate people like head of interest government in this state especially related to land,custom and bumi right.

    ReplyDelete