Monday, August 1, 2011

Happy Blessed Ramadhan

To All Muslim Readers,




Ramadan (Arabic: رمضانRamaḍān, Arabic pronunciation: [rɑmɑˈdˤɑːn]) (also Ramazan) is the ninth month of the Islamic calendar, which lasts 29 to 30 days. It is the Islamic month of fasting, in which participating Muslims refrain from eating and drinking during daylight hours and is intended to teach Muslims about patience, spirituality, humility and submissiveness to God. Muslims fast for the sake of God (Arabic: الله‎, trans: Allah) and to offer more prayer than usual. Compared to the solar calendar, the dates of Ramadan vary, moving backwards by about eleven days each year depending on the moon; thus, a person will have fasted every day of the calendar year in 34 years' time. Muslims believe Ramadan to be an auspicious month for the revelations of God to humankind, being the month in which the first verses of the Qur'an were revealed to the Islamic prophet, Muhammad. (source: Wikipedia)

17 comments:

  1. Selamat berpuasa pada rakan rakan baik saya di Sarawak yg mungkin jadi pembaca pembaca dan pemberi pendapat di blog ini. Ada yang bagi pendapat hebat hebat sebab saya ada mengikuti forum ini dari masa ke semasa.

    Harap semua okay dalam berpuasa, bersederhana membelanja dan sentiasa berusaha mendapat keberkatan ALLAH Rabbul Jalil dalam bulan mulia ini. Amin

    Salam Persahabatan

    - Dr Alwi Asri,
    Klang Selangor Darul Ehsan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diucapkan kerana meluangkan masa membaca blog ini dari jauh.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Selamat berpuasa pada bekas patron / penaung ( tahun 2003 hingga 2007 ) dan mentor kami yang kini ditugaskan di Sarawak. Semoga beliau sentiasa sudi berkunjung ke JB dan sudi untuk berbuka puasa dengan kami sebagaimana yang beliau buat selama ini. Ramai yang sudah berjaya di dalam hidup selepas tamat universiti dan ini hasil bimbingan dan motivasi beliau.

    Kami berdoa yg beliau akan bertugas lagi di Johore Bahru di masa hadapan.

    Wassalam

    - Ihklas dari Bekas penghuni Rumah Anak Yatim Berkat JB

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Terima kasih di atas ucapan dan kata pengharapan berkenaan. Malangnya diari saya terlalu ketat, cuma akan berada di KL untuk 4 hari sahaja dalam Bulan Ramadhan. Tetapi Syawal juga satu bulan. nsya ALLAH, mungkin saya akan mencuri masa untuk ke JB samada dalam Aidil Fitri ataupun Aidil Adha.

    Saya amat terharu dengan pencapaian cemerlang beberapa bekas penghuni anak Yatim dan saya selelu melihat ini sebagai hikmah ALLAH di kemudian hari yang tidak ternilai indahnya. Lihatlah. Cemerlang di hari kemudian diKurnia ALLAH RABBUL JALIL, ALLAH yang amat Pemurah dan Maha Adil. Untuk yg lain yg akan menyusul, teruskan kecemerlangan ini samada dalam bidang akademik atau bidang yang lain.

    Saya cerita sikit pengalaman lampau. Masa saya lepas sekolah dulu, ketika baru nak ke universiti saya telah bertemu beberapa rakan sebelum pergi ke negeri lain. Saya masih ingat hari di mana dia mengucap Selamat Berjaya pada saya, kawan saya baru bekerja sebagai pencuci kereta di sebuah workshop dan baru terasa basahnya tangan dia masa dia berjabat tangan dengan saya.

    Setiap kali saya balik ke Sarawak, saya lihat peningkatan pada dirinya, iaitu dari menjadi pencuci kereta, dia menjadi mekanik, dan kemudian menjadi " foreman " atau mandur.

    Setelah tamat pengajian universiti, saya mendapat pekerjaan yg baik Alhamdullilah. Tapi rakan saya baru saja membuka workshop kecil kereta dan baru keluar dari lingkungan makan gaji dan mula bekerja sendiri. Dan dari tahun ke tahun, dia mendapat ramai pelanggan dan akhirnya membuka workshop besar dan juga dua cawangan workshop yang lain di Semenanjung. Saya amat kagum. Dia sekarang concentrate di Johore Bahru dan mendapat kontrak kerajaan untuk membaiki kereta rasmi dan juga mebaiki kereta persendirian yang lain. Dia berjaya dalam hidupnya dengan izin ALLAH SWT.

    Ingat lah, mula lah hidup kita dengan menikmati gaji dan pendapatan yang halal, jangan kita menipu dan memakan benda dari hasil yang haram. Insya ALLAH, ALLAH SWT akan membantu kita.

    Jadi bagi yang berjaya dalam bidang akademik, maka cuba lah " excel " dalam di profesyen masing masing dan yang tidak berjaya dalam akademik, maka pintu masih terbuka. Insya ALLAH saya akan becerita lebih lagi tentang kejayaan rakan rakan saya yang lains sebagai inspirasi pada kamu semua.

    Wassalam,

    SELAMAT MENUNAI IBADAH PUASA DALAM RAMADHAN IL MUBARAK.

    ReplyDelete
  5. SEIKHLAS RENUNGAN DI MASA LAMPAU,

    Buat rakan rakan saya yang memnbaca post ini,

    Semasa saya di zaman kanak kanak dulu, saya banyak berkawan dari kalangan mereka yang susah, dan sederhana hidupnya.

    Teringat saya masa yang seronok bagi saya ialah pergi ke kampung nenek perempuan saya, sebab ia di tepi pantai. Saya masih ingat cuti sekolah saya, ayah dan ibu saya selalu bawa saya bercuti di kampung permai itu. Pantai pasir keputih putihan. Saya kagum dengan al marhum nenek saya, sungguhpun sudah tua tapi boleh bangun awal untuk sembahyang Subuh dan beliau pula yg mengerak saya dari tidur untuk sembahyang. ( sekarang saya dah improve : ) )

    Saya selalu terlihat seorang budak sebaya dengan saya menjual kuih dari rumah ke rumah pada waktu pagi di kampung nenek saya. Saya sangat suka kuih muihnya yg manis, yg paling saya suka ialah penyaram yang baru masak di waktu pagi. Oleh itu selalulah nenek saya memanggil budak itu dan membeli darinya kerana nenek saya sangat tahu kegemaran saya.

    Saya berkawan dengan budak itu, ayahnya sudah tiada sementara ibunya menoreh getah di kampung dan tinggal di rumah yg usang. Air mereka ialah air takungan hujan, dan kalau tiada maka air dari sungai, dan sungai yang sangat bersih ( waterfall )

    Beberapa tahun berlalu, bila saya masuk universiti, saya terkejut yang beliau juga masuk universiti pada waktu yg sama dengan saya. Persahabatan kami bertambah erat, dan masa tu kakak beliau baru saja masuk bekerja jadi guru dan beliau sentiasa kesempitan wang dan menunggu biasiswa juga agak lama. Jadi masa dalam menunggu biasiswa itu, saya dan rakan yg lain membantu beliau dalam segala keperluan beliau dan ini mengeratkan lagi persahabatan kami.

    Beliau mengambil jurusan ekonomi sementara jurusan saya, yang tu tak boleh dinyatakan di forum ini : )

    Kami lulus juga di waktu yang sama dan beliau menyertai sebuah bank perdagangan sebagai eksekutif biasa sementara saya menyertai perkhidmatan lain dalam kerajaan. Di pendekkan cerita, kini beliau ialah seorang yang berpangkat Pengurus Besar sektor pelaburan dan saya sangat bangga dengan kejayaannya. Bila saja kami bertemu, beliau selalu memesan kuih kegemaran saya di restoran atau hotel , kerana teringat yang itulah yang membuat kami sebagai kawan dulu.

    Saya mengesa semua pelajar dan golongan muda supaya mengambil contoh kesusahan hidup orang yang kemudiannya berjaya, ambil lah contoh kejayaan ini sebagai motivasi. Saya tengok banyak pelajar yang datang dari keluarga berada tetapi mereka tiada kesungguhan untuk maju dalam hidup dan akhirnya tiada excel samada dalam akademik ataupun bukan akademik. Kenapa ? Mengapa tiada motivasi ?

    Jadi bulan Ramadhan ini ialah bulan yang baik untuk golongan muda untuk " look back " dan melihat kekuatan mereka dan mengetahui potensi hidup mereka.

    SEMOGA PUASA KITA TERUS BERJAYA DARI HARI KE HARI.


    Akan menulis lagi jika ada masa.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Sdra Knight of Saladin.

    Cerita Saudara sangat menawan hati, iaitu kenangan masa lalu. Ada juga yg mengeli hati.

    Tapi saya kagum yg walaupun saya rasa Sdra seorang yg berpangkat tinggi, ( walaupun saya belum pernah jumpa Sdra ) tapi jiwa suka merendah diri dan berkawan dengan orang biasa subur dalam diri Sdra.

    Selamat meneruskan ibadat puasa.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    T/kasih atas penghargaan berkenaan.
    Sama sama lah kita menggunakan peluang di bulan Ramadhan untuk mendapat seberapa banyak ganjaran ALLAH SWT.

    Pada ini jugak saya terlalu rindu sangat nak bersama rakan rakan dan beberapa kakak angkat di Semenanjung samada di Johore atau Selangor untuk berbuka puasa dan bergurau senda di dapur. Saya memang suka suasana ini semua, berbuka puasa ramai ramai. Dan yg paling saya suka di wakaf Che Yah Kelantan, yg tu bestnya berbuka tak terkata : )


    Semoga puasa Saudara juga sentiasa terpelihara sentiasa dan malam di imarahkan dengan amal ibadah dan kebajikan yg baik dan ikhlas. Dan moga semua ini ALLAH terima atas keikhlasan kita.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  8. Salam, Sdra Knight of Saladin,

    Mesti ada orang yang sebenarnya di rindu kitak di negeri Cik Siti Wan Kembang ya.

    Apa apa pun, Selamat berpuasa jak pada Saudara.

    ReplyDelete
  9. MENGHARUNGI KEINSAFAN DI RAMADHAN MUBARAK

    Teruskan lah budaya dan amalan memperbanyakkan ibadah dan amal di Ramadhan yg mulia. Janganlah segan segan untuk menderma setakat yg mampu, dan kalau ada kesempatan, berilah orang makanan untuk berbuka.

    Berbuka dengan anak yatim amat digalakkan. Doa anak yatim ialah antara doa yang tiada hijabnya dengan ALLAH, lantaran bila anak yatim berdoa, maka Insya ALLAH, ALLAH terima doa itu dan memakbulkannya. Doa lain yang ALLAH terus terima ialah doa ibu dan doa orang yang di zalimi.

    Tapi di Sarawak, anak anak yatim hidup agak mewah jugak di kompleks mereka di hampir semua bandar bandar seluruh negeri. Belum ada kesempatan saya untuk berbuka tapi saya difahamkan yang sudah ramai orang perseorangan dan syarikat yang sudah awal awal booking untuk meraikan mereka.

    Bila saya di Johore, anak anak yatimlah yg menjadi tumpuan saya di bulan Ramadhan. Bukan saja setakat berbuka puasa, tapi juga aktiviti aktiviti sebelum berbuka. Misalnya pada hari minggu, saya dan rakan rakan saya akan mengadakan pertandingan memilih " asrama dan bilek mana yang pailing bersih dan paling cantik.."

    Sebelum berbuka saya dan rakan rakan yang lain, yang juga golongan professional, juga akan memberi sedikit motivasi. Untuk menekan kepentingan pendidekan dan moral atau akhlak yang tinggi.

    Selepas berbuka, dan selesai solat Maghrib dan selesai solat Isya dan Terawih, kemudian majlis dimeriahkan lagi dengan pemberiaan hadiah hadiah yang disumbang oleh saya dan rakan rakan saya. Sebenarnya semua dapat hadiah, yang menan dapat hadiah besar dan yang tak menang dapat hadiah kecil.

    Begitu juga pencarian saya dan rakan rakan di akhir Ramadhan. Kami mencari musafir musafir di masjid masjid dan surau untuk menyumbang bahan untuk berbuka pada mereka dan ini saat yang sangat indah semasa saya di Johore Bahru.

    Tapi susah sangat untuk mendapat musafir di masjid dan surau sebab orang Johore dan penduduk negeri lain rata rata juga murah rezeki mereka dan jarang bermusafir di surau dan masjid. Ada juga tapi banyak masjid sendiri sudah ada peruntukan untuk mereka.

    Jadi saya dan rakan saya berusaha lah untuk pergi ke masjid di kampung dan alhamdulillah kesempatan untuk membantu orang lain berbuka itu ada di sana.

    Saya sentiasa berharap untuk bertugas di Semenanjung lagi di masa hadapan Insya ALLAH.

    Saya akan menulis lagi bila ada kelapangan.

    Wassalam,

    ReplyDelete
  10. Sdr Knight of Saladin,

    Lebih bagus I baca tulisan kitak di forum tok jak. Kitak sik nganok atau ngentam orang lain dlm bulan posa tok.

    Sidak lain ya di forum lain beranok sik abis abis. Udah gik. Tok bulan posa. Tangar Sdra Knight of Saladin tok, nya nulis nak menyeru pada kebaikan, jemput orang supaya ambik kesempatan molah ma'aruf.

    Sik ada nya cerca orang lain. Kitak org ya di forum lain, cuba udah gik. Klak pahala posa makin kurang. Yg dapat klak lapar dan dahaga ajak. Ikut contoh Sdr Knight of Saladin, sik putus menulis benda kebaikan dan cara mudah nak molah yg ma'aruf.

    Teruskan puasa

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wrbt

    Menyeru pada yang ma'aruf dan mencegah pada yang mungkar itu tugas fardhu yakni fardhu khifayah. Jika di dalam masyarakat itu masih ada sebilangan manusia yang membuatnya tapi walaupun yang bilangan besar yang lain tak membuatnya, nescaya masyarakat itu selamat dari dosa sebab ada sebilangan manusia yang masih lagi melakukannya.

    Menyeru pada yang ma'aruf itu, amat afdal lebih lebih lagi di bulan Ramadhan. Susah sangat kah kita untuk menyeru pada yang ma'aruf pada rakan rakan kita atau ahli keluarga kita ? Sudah tentunya tidak. Dengan sepatah lidah kita berkata kata, menyeru supaya yang mendengarnya itu melakukan kebaikan dan amalan kebajikan, maka itu sudah menyeru pada yang ma'aruf. Bermakna kita menyelamat bilangan majority yang lain yang mungkin lupa menyeru pada yang ma'aruf itu, mungkin mereka terlupa atau kurang ilmu. Bayangkan. Lidah kita boleh banyak melakukan kebaikan, kita boleh menyelamat orang lain ( innocent bystander ) dari dosa kerana lidah kita sendiri telah melakukan fardhu khifayah.

    Begitu juga dalam soal mencegah kemungkaran. Jika kita mengingatkan orang lain, hatta walau seorang rakan pun tentang dosa maksiat, maka ini juga bermakna kita berdakwah dan membuat fardhu khifayah dan menyelamat masyarakat lain yang tidak melakukan fardhu khifayah berkenaan.

    Saya sentiasa berdoa semoga negara kita, negeri kita aman dan diBerkati oleh ALLAH SWT. Dan kerana dengan Rahmah dan BaraqahNYA lah kita dapat hidup seperti hari ini. Sujudlah pada KeKuasaan ILLAHI, bertauhidlah kita pada KeEsaannya, dan insafilah kita pada KeBesaranNYA. Semoga Rabbul Izzati menerima amal ibadah kita, kebajikan kita dan doa doa kita yang baik baik di bulan yang mulia ini.

    Wassalam,

    Akan menulis lagi jika diIzinkan Insya ALLAH.

    ReplyDelete
  12. KONSEP NEGARA ISLAM DAN HUBUNGAN DENGAN SEMUA LAPISAN RAKYAT PELBAGAI AGAMA

    Sebenarnya sudah lama saya ingin mengupas subjek ini tapi masa selalu tidak mengizinkan. Perkara tugas rasmi menunda hasrat saya.

    Walaupun forum ini menekan pada ibadah puasa, tapi saya ingin berkongsi ilmu kerana menyampaikan ilmu juga satu ibadah.

    Sebenarnya saya sangat tidak bersetuju dari awal lagi dengan konsep negara Islam PAS dan kini konsep negara kebajikan PAS. Tapi walaupun tidak setuju, saya sentiasa memelihara silaturahim dengan shabat sahabat saya dalam PAS.

    Konsep negara Islam yang sebaik baiknya ialah yang bersandarkan keihsanan pemerintah terhadap rakyat dan layanan terhadap semua dengan adil tak mengira samada mereka Islam ataupun bukan Islam.

    Seorang ahli akademik sejarawan Barat yang terkenal iaitu Professor Dr Thomas Arnold dalam bukunya bertajuk "..The spread of Islam in the world - A history of peaceful preaching..." menyatakan yang tanggapan yang Islam ialah agama yang ganas dan menindas ialah tanggapan yang palsu, keliru dan penuh dengan pendustaan. Professor dari Amerika itu menyatakan yang sejarah pengembangan Islam di Timur Tengah dan di negara Barat seperti Spanyol, Greece, Constantinople dan Cordoba ialah kerana keihsanan pemerintah Islam itu sendiri.

    Uri Avnery, seorang Yahudi yang juga bekas ahli Parliamen Israel juga mempunyai pendapat yang baik tentang Islam. Beliau menngingatkan pihak yahudi Israel yang sejarah menunjukkan yang pemerintah Islam di Spanyol lah yang memberi pelindungan pada orang yahudi yang di buang dari Baitul Muqaddis oleh tentera Salib dan di mana pada zaman " Inquisition " itu ramai Yahudi yang dibunuh oleh tentera Kristian dan yang selebihnya melarikan diri berlindung di negara Islam. Uri Avnery juga menyatakan semasa Islam memerintah Spanyol, mereka juga berlaku adil terhadap penduduk Kristain Spanyol dengan melantik orang orang Kristian dalam kabinet menteri dan juga orang Yahudi sebagai menteri dalam kerajaan Islam.

    Malah Uri Avnery juga mengingatkan Barat yang semasa Islam memerintah Spanyol dan Greece, tiada seorangpun orang bukan Islam yang dipaksa memeluk Islam, malah sekolah sekolah Kristian dibiayai oleh pemerintah Islam yang adil. Sebab itu lah penduduk Greece hinggake hari ini mengakui keadilan Islam yang sebenarnya.

    Saya mengesalah PAS belajar dari sejarah masa lalu, dan jangan menukar pendirian semata mata untuk memuaskan hati parti parti lain. Dulu PAS memperjuangkan Islam huddud, sedangakn pemahaman masyarakat Islam terhadap hudud dan hukum Islam belum lagi kukuh. Sekarang PAS bertukar pulak, ke negara kebajikan, untuk memusakan DAP dan PKR.

    PAS sebenarnya sebuah parti yang tertipu dalam perjuangannya. Ini general statement berbentuk " fair comment " dan bukan kutukan atau umpatan peribadi. Dan saya tahu yang rakan saya dalam PAS yang membaca ini akan marah pada saya tapi masih jugak mereka sudi berbuka puasa dengan saya pada hari ini :) Itulah ukhwah kita sesama Islam.

    Wassalam,

    Akan menulis lagi.

    ReplyDelete
  13. Syabas Sdra Knight of Saladin,

    Betul lah kata pepatah Turki lama iaitu

    "...Orang yang berilmu ialah mereka yang menerangi hidup orang lain sementara orang yang tiada ilmu ialah mereka yang akan sentiasa dibayangi orang lain di sepanjang usianya..."

    Teruskan perkongsian ilmiah ini wahai Saudara Knight of Saladin yang amat dihormati.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wrbt

    Meneruskan tulisan saya tentang era kegemilangan Islam di zaman Islam memerintah Baitul Muqaadis, iaitu Sultan Salahudin al Ayubi ( Knights of Saladin ) dan masa memerintah Eropah lama, sebenarnya banyak titik contoh dan iktibar yang boleh kita dapat sebagai penduan di masa hadapan.

    Saya suka melihat pendapat penulis Barat yang bebas tentang Islam. Saya juga melihat pandangan penulis Muslim kita, tapi kita kena ingat yang bila kita menulis tentang agama kita, kita menulis atas dasar tauhid pada ALLAH SWT dan sudah tentunya yang indah indah yang kita tulis tentang umat Islam.

    Memang Islam itu agama sempurna, tetapi jika kita mahu tahu samada umat Islam juga mengikut contoh agama itu, maka penting kita melihat apakah persepsi orang bukan Islam terhadap kita. Tapi persepsi ini mestilah kita dapatkan dari orang bukan Islam yang bijak pandai, terbuka fikiran mereka dan mengkaji secara objektif agama Islam tanpa rasa prasangka ( biasness ) dan prejudice. Jangan kita tanya mereka yang memusuhi agama kita, sebab sudah tentunya keterbukaan tiada pada musuh kita.

    Professor George Bernard Shaw, seorang jurist atau pakar falsafah perundangan menyatakan pandangannya terhadap junjungan Besar kita iaitu Rasulullah s.a.w dengan menyatakan berikut :

    "...I have always held the religion of Muhammad in high esteem, because of it's wonderful vitality. It is the only religion to me which has the capacity to the changing phase of existence which makes itself appeal to every age. I have studied the wonderful man, and in my opinion far from being called anti Christ, he ( Muhammad ) must be called the saviour of humanity. I have prophesised that the faith of Muhammad would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today..." ( Quotation from A collection of writings of the Eminent Scholars England 1935 page 77 )

    Dalam mengkaji kata kata George Bernard Shaw itu, saya menyedari yang sebenarnya apa yang beliau katakan amat benar. Islam sekarang merupakan agama yang paling pesat berkembang di Eropah, dan ini termasuk UK.

    Di Norway beberapa minggu yang lepas, seorang pemuda telah menembak 77 orang hingga mati dan bila saya membuka laporan berkenaan di CNN dan BBC, dinyatakan yang Islam sekarang menjadi agama kedua terbesar di Norway dan tujuan pemuda berkenaan ialah untuk menunjukkan kebencian pada umat Islam.

    Jadi ramalan George Bernard Shaw hampir 100 tahun dahulu menjadi kebenaran iaitu Islam akan merebak ke Eropah dengan pesatnya.


    Wassalam,

    Akan menulis lagi jika ada kelapangan

    ReplyDelete
  15. Sdra Knight of Saladin yg amat dihormati,

    Saya sentiasa merasa teruja membaca pendapat Sdra. Terlalu tinggi keintellectullannya. Tiada penulis dan pembaca lain yg mampu menandingi Saudara. Sdra menulis dengan fakta dan meluahkan pendapat dengan jiwa nurani yang mulia. Bahasa Saudara bahasa halus dan bersantun dan tidak pernah menggunakan bahasa dan perkataan yang merendahkan orang lain seperti beberapa pembaca kita yang menulis soal politik di forum lain dalam blog ini. itulah Bahasa orang yang berketurunan baik bak dan mendapat didekan yang sempurna, dan membina sahsiah yang terpuji dan Saudara ialah di antara orang itu.

    Jarang sekali Saudara mencerca orang lain, jika pun ada Sdra menegur dengan ikhlas dan mempersilakan orang lain membela diri mereka.

    Dan saya tidak pernah melihat sesiapa di forum ini dan forum yang lain yang mampu menyanggah pendapat saudara. Misalnya Saudara menulis dari sudut perlembagaan tentang kedudukan minyak dan royalti dan tiada siapa yang menyanggah pendapat saudara. Yang saya nak tahu sikit di sini ialah, dari tulisan Saudara, nampaknya Saudara seorang yang amat arif tentang undang undang. Adakah itu disiplin Saudara ?

    Sungguhpun demikian Saudara tetap merendahkan diri dan suka memaafkan kekhilafan orang dan sentiasa menghormati pandangan orang lain. Saudara cendiakawan yang sebenarnya, berilmu tetapi berjiwa besar.

    Saya harap Saudara Knight of Saladin dapat menulis lagi terutama dalam subjek agama Islam untuk renongan kita bersama sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini untuk berkongsi ilmu dengan kita semua.

    Yang mengharap manafaat bersama,

    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Saudara di atas,

    Memanglah Sdra Knight of Saladin bijak dan tinggi intelleknya.

    Malangnya kita sik tauk sapa diriknya yg sebenarnya. Nya urang S'wak rasa saya lah. Tapi nampaknya hati diriknya bukan di Sarawak agik tapi dah berlabuh di Semenanjung. Apa kenak gia ?

    Ada lah urang Malaya di dalam hatinya ya : )

    Senyum saya.

    Teruskan berpuasa.

    Menunggu tulisan Sdra Knight seterusnya

    ReplyDelete
  17. Keihsanan dalam undang undang tentera Islam

    Atas permintaan beberapa saudara kita, saya akan menulis lagi tentang kemuliaan pemerintahan Islam dan betapa bezanya Islam yang sebenarnya yang diamalkan di zaman dulu dan yang kononnya diamalkan oleh exremist Islam sekarang.

    Merujuk pada zaman dulu masa Khalifah Umar inbu al Khattab ( r.a ) Umar selalu berpesan pada tenteranya supaya berhati hati, bila mencapai kejayaan jangan sampai menindas dan berlaku kejam sungguhpun pada musuh.

    Umar berpesan yang bila bala tentera Islam memasuki negara dan bandar yang ditawan maka tidak boleh sama sekali memusnahkan tempat ibadat agama lain malah hendaklha menghormatinya. Tidak boleh mengambil tawanan dan mengapa apakan kaum wanita, yang tua, yang sakit dan kanak kanak. Dan tentera musuh yang ditawan hendaklah di layan dengan baik, diberi makanan yang sama dengan tentera Islam dan diberi rawatan perubatan jika perlu.

    Seorang cendekiawan dari Oxford Professor G Christopher Weeramantry mengkagumi cara ini dan menyatakan yang sebenarnya Islam lah yang memperkenalkan undang undang bertamadun mengenai tawanan perang beribu tahun dulu lagi.

    Di dalam ucapannya Professor Christopher mengatakan "...Prisoners of war detained by Muslim armies enjoyed the same good treatment like the Muslim soldiers. They were given good food and treatment. Infact if any prisoners wanted to send letters to their family then such letters would be transmitted across battles by Muslim soldiers even at the risk of the Muslim soldier. Prisoners of war were freed upon payment of compensation money. For those with no means, then they would be free if the teach at least 10 children of the Muslims the ability to read and write and would then be freed upon doing so. Such humane treatment of prisoners earned respect for the Muslim armies even from their adversaries..." ( quote Professor G Christopher Weeramantry on Speech " Does International law matters - Maxmillian - Oxford )

    Di zaman kegemilangan Islam di Cordoba dan Spanyol, kerajaan Islam maju dalam bidang sains, mathematic dan sastera. Malah di situ lah seorang penyair Yahudi yang bernama Yehuda Halevy tinggal, di negara Islam Sepanyol dan beliau gembira hidup memperkenalkan sasteranya di bawah pemerintahan Islam yang adil. Ada juga paderi Yahudi atau Rabbi yang bernama Maimonidies yang gembira dengan kerajaan Islam. Di dalam kabinet menteri kerajaan Islam terdapat menteri Kristian dan Yahudi.

    Kekayaan hasil negara juga terlihat, semua rakyat mendapat manafaat Baitul mal dan rakyat bukan Islam diberi perlindungan pencen di hari tua. Begitu juga dengan kekayaan ilmu. Para pemikir Islam bergabung dengan pemikir Kristian dan yahudi untuk menterjemah sastera Greek lama dan disimpan di perpustakaan khazanah ilmu.

    Para penduduk Yahudi Sepanyol bergelar " Sephardi " dan mereka rasa lebih selamat di dalam pemerintahan Islam kerana mereka tahu nasib Yahudi yang dibunuh tentera Salib dulu.

    Itu lah antara kegemilangan pemerintahan Islam di zaman dulu. Ada banyak lagi yang boleh saya tulis lagi jika ada masa. Saya sebenarnya nak menulis tentang " arahan " Rasulullah s.a.w kepada Gabenor Mesir bila Mesir menjadi negara Islam dan Rasululah s.a.w ada mengarahkan yang kerajaan Islam hendaklah menghormati Gereja Besar di Saint Katherine Mesir dan arahan ini terkandung dalam Utusan Rasulullah s.a.w dalam " Charter of Freedom of St Katherine ". Ini dokumen lama. Tapi dokumen ini terlalu panjang untuk saya huraikan di sini.

    Sungguh mulia Islam dipandang orang bukan Islam masa itu. Tapi sekarang kita ada golongan extreme macam al Qaeda dan yang lain lain yang ganas dan tidak macam Islam yang sebenarnya.

    Saya akan menulis lagi jika ada masa.

    Wassalam,

    Teruskan puasa di bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete